Jika masih segar di dalam
kotak ingatan setiap dari kita, pernah wujud sejenis permainan purbakala yang
dinamakan 'polis sentri'. Ntah kutu mana yang reka nama 'polis sentri' ni
padahal nama betul dia 'Police and Thieves'.
Permainan taktikal kategori
hardcore ini memerlukan lebih daripada dua orang permain. Lagi ramai lagi
bagus. Nak main dua orang pun boleh sahaja sebenarnya, cuma jadi tak logik
akal. Mana ada polis Malaysia kejar orang jahat seorang diri.
Sukan yang memerlukan
kepantasan dan ketepatan ini sesuai dimainkan oleh apa jua jantina, bangsa dan
apa juga agama. Sesungguhnya tiada unsur syirik dan khurafat dalam permainan
ini. Cara permainan ini mudah dan ringkas seperti mana nama permainannya.
Permainan yang sesuai diaplikasikan di mana-mana situasi dan keadaan. Cuma
mungkin sedikit bangang jika dimainkan dalam hujan.
Cara permainan adalah pemain
yang ramai-ramai tadi akan dibahagikan kepada dua kumpulan secara undian.
Sebelah pihak menjadi polis dan satu lagi pihak menjadi pencuri. Teknik undian
bebas mengikut skill dan trend semasa, asalkan ianya adil. Undian paling
mainstream adalah nyanyian ‘Polis sentri one two jaga, polis mati pencuri
jaga.’
Apabila selesai undian, sebuah
penjara ataupun kandang akan dilukiskan di atas tanah berpasir membentuk sebuah
bulatan besar berkadaran mengikut bilangan pencuri. Kecil sangat nanti tak
muat, besar sangat nanti jadi selesa pula pencuri kat dalam.
Permainan dimulakan dengan
kiraan kadar patut dan pihak yang menjadi pencuri akan lari bertempiaran dan
pihak yang menjadi polis akan menangkap pencuri untuk dimasukkan ke dalam
penjara. Pencuri bebas untuk berlari, melompat hatta berguling asalkan tidak
sampai tertangkap oleh polis. Seperti mana pencuri, pihak polis juga bebas untuk
menggunakan segala aplikasi penangkapan. Peliknya polis di dalam polis sentri
ini tidak dibekalkan sebarang cota, pistol ataupun senapang. Kalau ada pun
polis yang curi-curi guna, ia tidak berkesan sama sekali kepada pencuri.
Pencuri yang tertangkap oleh polis
akan dibawak masuk ke dalam penjara atau kandang yang dilukis tadi. Ketika
dibawa polis, pencuri hendaklah akur menurut perintah dan tidak boleh melawan
atau buat-buat terlepas. Permainan akan tamat apabila kesemua pencuri telah
berjaya dimasukkan ke dalam penjara.
Walaupun begitu, pencuri yang
dimasukkan ke dalam penjara boleh dilepaskan dengan cara dicuit tangan oleh
pencuri yang masih belum tertangkap. Menjadi tanggungjawab salah seorang polis
untuk menjaga pencuri di dalam penjara supaya tidak dicuit tangan.
Jika permainan telah tamat
dengan kesemua pencuri telah selamat ditangkap, permainan akan dimulakan semula
dengan pihak polis pula menjadi pencuri dan sebaliknya. Tidaklah pernah dikaji
entah kenapa polis menjadi pencuri secara tiba-tiba dan pencuri boleh menjadi
polis juga secara tiba-tiba.
*****
Tahun 2015.
Budak-budak sekarang mengadap
smartphone main COC. Sedih betei.
Yang sebenarnya, ini bukan
masa mereka untuk buat semua tu. Ini masa untuk dia main congkak, main batu
seremban, main terup lipat, main tuju selipar, main snap, main gasing, main
teng-teng, galah panjang, panjat pokok. Walaupun bunyinya ketinggalan zaman,
tapi itulah yang perlu dibuat oleh anak kecil. Dah besar nanti, kau hadaplah
smartphone sampai muntah-muntah.
Adik-adik, abang takut bila
hang sudah dewasa nanti, hang akan menyesal tak jadi menjadi budak sewaktu
masih budak. Rugi!
😉
ReplyDelete😉
ReplyDelete