Aku rasa mercun zaman sekarang dah tak berapa nak power berbanding mercun zaman dulu. Mercun papan misalnya, bunyi dah takde kick. Telinga tak berdesing. Balut tak padat. Dengan mercun bola aku rasa dah cicir jauh.
Dulu masa aku sekolah rendah, bakar sebiji dah boleh buat halau kera dalam 2 jam setengah kat kebun durian atok aku. Sekarang ni kalau bakar, aku kena gelak dengan kera. Tak patut anak Melayu ada prinsip macam aku ni kena gelak dengan kera.
Jadi aku harap pihak berwajib dapat ambil berat sikit la pasal hal ni. Kalau perlu buat seminar, kita buat seminar.
sungguh tepat saranan tuan hamba!
ReplyDeletepatik galakkan~ kalau dulu meriam buluh dimain, gegar gempita sungai perak depn kg ambe, siap tenggelam timbul buaya putih, skrg, dye kelip2 mata je gara2 hanya bunga api yg diputarkan.
sebab tu kebelakangan ni banyak kes kecacatan yang melampau2, mercun yang standard tak power deme modified kasi power..tapi silap deme terlupa plak nak cipta SOP (standard of procedure) then main taram je..
Deleteend up..ramai anak2 melayu yang raya kat spital dalam keadaan cacat cela..hahaha :)
haha best kak men perang2 ala2 perang dunia ke dua..last2 kena kejar ngan jiran sebab bising anak kecik nak tido...berterabor semua..hahaha
ReplyDeletekesedaran dalam diri sendiri paling penting.. nak seribu daya, tak nak mula la nak berdalih.. hihi..
ReplyDeletehaha tula pasal tapi ramai beno yang wat2 tak sedar diri hahah
DeleteKalau ada lagi zaman sekarang tak tau la apa jadi..jadi buruan polis kot.. beraya dalam penjara.. sebab meruntuhkan bangunan pencakar langit..kihkih
ReplyDeletehahha dah macam penjenayah perang pula..terbaek..ramai nanti yang terkorban...hahahha :)
Delete