Bebanan dan tugas yang ditanggung oleh para guru masa kini sangat berat. Kami ‘yang menurut printah’ ini terlalu memikirkn urusan kerja yang tak pernah surut sehinggakn kekadang keluarga dan rumahtangga terabai. Semalam, seorang rakan kami yang mengajar di SMK USJ4, Subang Jaya telah kehilangan seorang anak yang berumur 3 Tahun yang lemas di dalam kereta.
Kisahnya, guru ini menghantar anaknya ke rumah pengasuh. Kebiasaannya, guru ini menghantar kedua-dua anaknya yang masing-masing berumur 4 dan 3 Tahun. Tetapi semalam hanya si kakak yang dihantar ke rumah pengasuh manakala si adik masih berada di seat belakang. Guru ini terus pergi ke sekolah kerana mengajar sesi petang. Tiba di sekolah pada kul 11.45 pagi, guru itu tidak menyedari yang anaknya berada di seat belakang. Guru itu mengambil buku di bahagian belakang tetapi langsung tak nampak si anak tadi dan terus MESYUARAT .
Selesai MESYUARAT pada kul 5 petang, ketika membuka pintu kereta belakang, si anak telah kaku tidak bernyawa. Paling menyedihkan ialah anak patung kecil yang dipegang basah dengan air mata si anak. Si ayah bergegas dari p.pinang balik ke Subang Jaya.
Jadikanlah ini sebagai renungan dn iktibar kepada kita semua. Jangan tinggalkan anak-anak kecil di dalam kereta. Sebelum mengunci kereta pastikan tiada orang di dalamnya. Walau apapun ajal maut di tangan tuhan, kita hanya mampu merancang. InsyaAllah , bagi si ibu, si anak tadi akan menunggunya di pintu syurga. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.
Baru semalam cerita kat mak mertua.. masih lagi nak mengalir air mata.. sedihnya teringat kat mereka. Mak kata, kalau dah ajal dia macam tu kita nak buat macam mana. Jangan salahkan diri sendiri. Ada hikmah disebalik kejadian.
ReplyDeleteseriusly den tak dapek bayangkan cam mana...ya Allah huhuhu sayu je rasa..paling menyedihkan ialah bab anak patung kecil yang dipegang basah dengan air mata si anak. perhhh wordless sangat..
Delete