Showing posts with label belangsukawa. Show all posts
Showing posts with label belangsukawa. Show all posts

Wednesday, 24 July 2013

# Syurga Untuk Mu 2


Bebanan dan tugas yang ditanggung oleh para guru masa kini sangat berat. Kami ‘yang menurut printah’ ini terlalu memikirkn urusan kerja yang tak pernah surut sehinggakn kekadang keluarga dan rumahtangga terabai. Semalam, seorang rakan kami yang mengajar di SMK USJ4, Subang Jaya telah kehilangan seorang anak yang berumur 3 Tahun yang lemas di dalam kereta.

Kisahnya, guru ini menghantar anaknya ke rumah pengasuh. Kebiasaannya, guru ini menghantar kedua-dua anaknya yang masing-masing berumur 4 dan 3 Tahun. Tetapi semalam hanya si kakak yang dihantar ke rumah pengasuh manakala si adik masih berada di seat belakang. Guru ini terus pergi ke sekolah kerana mengajar sesi petang. Tiba di sekolah pada kul 11.45 pagi, guru itu tidak menyedari yang anaknya berada di seat belakang. Guru itu mengambil buku di bahagian belakang tetapi langsung tak nampak si anak tadi dan terus MESYUARAT .

Selesai MESYUARAT pada kul 5 petang, ketika membuka pintu kereta belakang, si anak telah kaku tidak bernyawa. Paling menyedihkan ialah anak patung kecil yang dipegang basah dengan air mata si anak. Si ayah bergegas dari p.pinang balik ke Subang Jaya. 

Jadikanlah ini sebagai renungan dn iktibar kepada kita semua. Jangan tinggalkan anak-anak kecil di dalam kereta. Sebelum mengunci kereta pastikan tiada orang di dalamnya. Walau apapun ajal maut di tangan tuhan, kita hanya mampu merancang. InsyaAllah , bagi si ibu, si anak tadi akan menunggunya di pintu syurga. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

Sunday, 21 July 2013

# Syurga Untuk Mu


Bila aku kenang balik kes budak kena tinggal dalam kereta tu, cukup seksa anak tu masa nak ajal.

Kita yang duk dalam kereta takde aircond pun boleh mengamuk, inikan pula budak yang tak tau apa-apa tu.

Apa-apa pun, dia masuk syurga. Untunglah dia dari kita.

p/s: Cuai sesaat derita seumur hidup..tapi ni kes cuai 5 jam beb, tak tau la derita sampai bila. Al Fatihah..

Tuesday, 4 June 2013

# Pindah Alam



"Makcik, incik ni cakap, Pak Mat..... kkuurrrrr..... kelepopp... keceperr... pon, pon, pon.... belanggarr motokar......."

"Ooooo... Pak Mat ko memang begitu. Slalu naik basikal tak penah naik motokar..."

"Pak Mat Tempe berlanggar dengan motokar!!!"

"Incik... sound dia dah rosak..."

- Sedutan dari Seniman Bujang Lapok.

*****

P/S I: Al-Fatihah Shamsudin bin Dali

P/S II: Sudin tak mati. Dia cuma berpindah alam.