Wednesday 29 May 2013

# Rambutan Vs Ros Pasu


Jadilah kamu umpama pohon rambutan. Bila kamu dibaling dengan batu, kamu berikan mereka buah yang masak dan manis.

Jika taknak, kamu balinglah dengan ros yang mewangi. Ya ros, dengan pasu-pasunya sekali.

Tuesday 28 May 2013

# Diluar Kotak


Pernah sekali aku oustation kat Johor, aku bermalam di sebuah hotel yang aku dah lupa nama dia, payah betei nak sebut. Pendek citer ini bukan hotel cikai punya. Kalau tidur dua malam guna duit sendiri, gamaknya boleh jadi sama mahal gaji sebulan makwe kaunter mekdi.

Aku ni sebenarnya tak berapa layan sangat dengan kemewahan dunia macam dapat duduk kat hotel tu, aku buat biasa-biasa saja. Tak guna sangat pun kemewahan dia, guna sikit-sikit saja. Butler datang tanya aku nak apa, aku cuma suruh dia angkat kain baju aku hantar dobi, lepas tu aku suruh dia bawakkan chocolate mocha serta cake aiskrim. Aku juga mintak dia iron baju dengan seluar aku. DVD-DVD menarik pun aku suruh si macai butler bawakkan. TV dia besar peti ais tu, kalau aku tak layan DVD guna TV besar tu, nampak sangat kampung. 

Begitulah cara aku bersederhana bila menikmati kemewahan. Cukup sederhana.

Waktu petang, lepas aku pekena spa beserta massage barang sejam dua, aku keluar merayau bersama kawan aku, Syukri. Hajat dihati nak pergi shopping ke Jusco Tebrau, maka kitaorang tahan teksi sebagai alat pengangkutan.


*****


"Nak ke mana", tanya pakcik Melayu berjawatan driver teksi dalam lingkungan usia lima puluhan.

"Jusco Tebrau", Syukri balas.

Pintu teksi dibuka, kitaorang pun masuk. Aku duduk belakang manakala kawan aku duduk depan.

Pakcik: Minggu depan pakcik nak berhenti keje bawak teksi.

Syukri: Nape plak pakcik?

Pakcik: Pakcik ada main saham. Pakcik dapat untung lebih setengah juta.

Aku: Biar betul pakcik. Pakcik main saham apa?

Pakcik: Betul. Minggu depan pakcik nak bawak keluar duit tu dari bank. Pakcik dah rancang nak beli apartment kat Singapore. Sebelum ni pakcik ada menang main nombor. Dapat 1st prize 100 ribu. Duit tu pakcik ingat nak beli tanah kat Melaka. Pakcik tak citer pun hal ni kat anak-anak pakcik. Skang ni pakcik dah ada 3 buah rumah. 1 kat Melaka, 2 lagi kat sini. Duit menang saham ni pun, pakcik ingat nak beli kereta baru.

Aku: Pakcik nak pakai kereta apa? Mercedez mata belalang ke?

Pakcik: Ishk, kete tu pakcik tak minat. Ramai orang dah pakai. Pakcik suka kereta Ferrari. Baru boleh eksen dengan orang Singapore. Pakcik mintak kawan suruh order dari Singapura. Pakcik order warna kuning.

Aku: Power betei taste pakcik ni.

Pakcik: Pakcik bukan nak cakap besar, tapi kalau ikutkan pakcik ni dah jadi jutawan sebenarnya. Cuma duitnya belum sampai ke tangan lagi. Minggu depan baru pakcik dapat semua tu.

Pakcik: Pakcik dah plan nak pung pang pung pang... Modal 300 ribu... kung kang kung kang bukak bisnes sendiri... bla bla bla... bayar cash... pum pam pum pam... anak pakcik waris harta.


****************


Akhirnya teksi buruk pakcik tadi tiba di hadapan Jusco Tebrau.

Pakcik: Sepuluh ringgit je.

Aku menyerahkan wang kertas RM10 manakala kawan aku sempat beri bisness card dia pada pakcik tu. Aku tak pasti tujuan dia, mungkin berharap nak jadi rakan kongsi pakcik tu barangkali.

"Nanti dah senang jangan lupakan kami ye pakcik. Terima kasih" kata aku pada pakcik teksi secara sarkastik. Dalam hati aku sangat membara bila mengenangkan perangai orang Melayu yang suka cakap besar dan kuat gebang bila menyembang dengan orang luar. Sungguh tak senonoh.

Selepas puas bershopping, aku dan Syukri pulang ke hotel dengan menaiki bas. Sampai hotel, aku naik bilik terus berendam dalam bathtab sambil menonton Astro berscreen LCD yang melekat di dinding dalam bilik air.

Sambil berendam, aku angkat wireless fon di sebelah tab:

"Hello butler. Ada kain baju lagi ni. Amik skang hantar dobi!".



***************


Nota kaki

1. Cerita pakcik claim nak jadi jutawan ni, anak buah aku yang umur lapan bulan silap haribulan boleh bersikap kurang ajar kalau dia dengar.

2. Dan untuk pakcik pulak, aku nak ucapkan satu perkara sahaja; 

"Ferrari lu!"

Monday 27 May 2013

# Kisah Asrama

Perhatian ini bukan rupa sebenar Dorm Saya, Sekadar Hiasan
Hanya di sekolah asrama saja kau boleh jumpa :

1. Orang makan megi dalam gayong/baldi
2. Bertebaran orang kena penyakit 'scabies'
3. Orang mandi tak tutup pintu, hanya tuala. Sebab pintu dah kopak.
4. Orang mandi petang nyanyi kuat-kuat nak mampos. Kalau air putus, lagi kuat jeritnya.
5. Orang sambut besday ngan aktiviti rumble pakai bantal.
6. Orang punya kasut sekolah bau macam celaka.
7. Kebanyakkan shower head dalam toilet tak ada, sebab air tak kuat.
8. Warden/Cikgu yang mempunyai pelbagai gelaran.
9. 'Tokan' rokok.
10. Orang makan biskut orang lain macam piranha, sebab mak bapak sendiri tak datang hantar makanan.

Sunday 26 May 2013

# Kenduri Kawen


Hari ni aku nak sembang hal majlis kenduri kahwin. Bukan kenduri aku tapi hal yang tak patut aku tengok time kenduri.

Aku bengang bila kenduri kahwin yang sepatutnya meriah dan happening menjadi disaster bila budak-budak suara sumbang mula berkaraoke tak mengira ke azan. Neraka apakah ini?

Sepatutnya tuan rumah perlu upah artis suruh menyanyi. Kalau tak mampu, pasang je CD lagu kahwin biasa-biasa pun takpe. Takdelah tetamu buat upacara maki hamun.

Dan aku perhati sekarang ni banyak aku tengok bila pengantin berarak masuk, dah takde dah tepukan kompang yang real. Deme lebih suka pasang CD kompang je.

Sudah pupuskah pasukan kompang di kampung-kampung sampaikan CD kompang terpaksa jadi galang ganti?

Satu lagi aku tengok pengantin zaman sekarang ni tak minat dah nak pakai songket-songket ni semua. Ramai suka pakai suit. Camni ke 'Raja Sehari'? Mana ada raja Melayu pakai suit? 

Nampak? Sedikit demi sikit kita makin menyimpang jauh dari budaya perkahwinan kita dulu. Tak hairanlah satu hari nanti kalau kita pergi kenduri kahwin, kita akan dihidangkan dengan chicken chop.

Itu baru satu bab, belum lagi aku nak masuk cerita bab door gift, bab papan tanda arah kenduri dan banyak lagi.

Peh, bahaya juga aku komplen banyak-banyak ni. Nanti kalau kenduri aku, aku buat macam tu mampos aku.

Sunday 19 May 2013

# Cerita Industan


Ada seorang lelaki yang buta matanya. Ramai orang bencikan dia, kecuali makwenya. Lelaki itu selalu berkata, "Saya akan kahwin dengan awak jika saya boleh melihat nanti."

Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui makwenya. Tetapi, bila dia melihat makwenya, dia sungguh terkejut kerana makwenya juga buta.

Makwenya bertanya, "Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?"

Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. 

Makwenya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata, "Tolong jaga mata saya baik-baik..."

Thursday 16 May 2013

# Cikguku Cikgumu Jua


Sebenarnya dulu kerja cikgu ni tak berapa popular. Kerja cikgu ni start jadi popular bila ramai engineer tak dapat kerja, begitu juga dengan pemegang ijazah IT dan akaun yang turut tak dapat kerja, mereka memilih untuk menjadi cikgu walaupun kerjaya cikgu tak pernah ada dalam rekod 'cita-cita' ketika melalui alam persekolahan dan peruniversitian. Kenapa tiba-tiba kerjaya cikgu ni jadi femes dan sensasi?

Jawapannya mudah. Kerana kerajaan bersetuju meng-up kan gaji para cikgu ke status pegawai PTD dan syarikat swasta disamping menaiktarafkan keperluan cikgu berijazah dengan alasan 'Cikgu berijazah akan melahirkan pelajar yang berPhD pada masa akan datang'.

Kesannya, IPSI di upgrade kan ke status UPSI - sama tarafnya dengan UPM, USM, UM, UKM, UUM, UIA dan macam-macam U lah. Begitu juga Maktab perguruan yang telah diupgrade menjadi Institut Perguruan. Namun terdapat satu perbezaan antara UPSI atau Institut Perguruan dengan U U lain iaitu UPSI cuma melahirkan CIKGU dan bukan engineer atau doktor. Dari sini bercambahlah UPSI sebagai sebuah institusi pendidikan unggul. Tempiasnya merebak ke persekitaran. Tanjong Malim mengalami kepesatan pembangunan.

Sama juga kat area rumah lama aku di Ulu Kinta nun, disana ada Institut Perguruan Ipoh. Kawasan situ pun dah bertambah maju. Taman-taman perumahan muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Peniaga-peniaga fotostat buat duit tak ingat dunia, begitu juga dengan peniaga tomyam, pengusaha cyber cafe, peniaga tudung awning ropol-ropol serta Pasar Ekonomi Sayang.

Kebanjiran Cikgu yang begitu ramai ini pada zahirnya nampak cantik untuk masa depan generasi anak-anak milenium. Namun begitu, hakikatnya tidaklah secantik yang disangka. Cikgu yang berjiwa Guru, sama sekali berbeza kualitinya dengan Cikgu berjiwa 'janji ada kerja'. Seperti yang aku nyatakan di atas, semangat seorang guru tidak boleh terjelma dengan begitu sahaja. Semangat seorang guru adalah semangat yang langsung tidak memandang material sebagai faktor, apatah lagi menjadikan kerjaya guru sebagai lacuran ketika tersepit dicelah perjalanan hidup dan cita-cita yang dianggap gah pada suatu ketika dulu.

Pepatah omputih ada mengatakan:
"Those who can, do! those who can't, teach!"

Aku tak bermaksud nak men"disgrace"kan intelligent korang, tetapi perlu aku jelaskan betapa pentingnya pepatah omputih di atas dengan senario percambahan guru yang negara kita tempuhi sekarang.

Kerjaya Cikgu bukanlah satu kerjaya yang boleh disepak terajang. Kerjaya murni ini memerlukan passion dan kesungguhan. Bila kerja cikgu bertukar menjadi punching-bag, akibatnya cikgu-cikgu lebih cenderong memikirkan soal mencari duit lebih.

Ya, mencari duit lebih.

Dalam erti kata lain, meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Ini tidak salah sama sekali. Yang menjadi salah bila usaha mencari duit lebih dicampuradukkan dengan karier rasmi seorang pendidik terutamanya di sekolah. Bilik guru yang dahulunya dianggap pusat ketamadunan ilmu kini sudah bertukar rupa menjadi one stop city centre. Cakap saja apa yang terlintas di kepala. Tudung bawal, tudung awning ropol-ropol, collagen, biskut raya dan segala jenis perniagaan yang tiada kaitan langsung dengan matapelajaran sains atau geografi sebenarnya wujud di sekolah.

Sama juga halnya dengan guru-guru yang ada anak-anak mereka belajar di sekolah yang sama dengan mereka. Katakanla cikgu Ida ada anak tingkatan 1 bernam syafiq, yang keputusan UPSR anaknya ni tak berapa nak banyak A sangat. Di masa yang sama, cikgu jamilah yang berperanan sebagai penyelia tingkatan 1 telah mengeluarkan senarai pelajar mengikut kelas yang disiapkan semasa cuti sekolah baru baru ni. Mengikut program kelas cikgu Jamilah , Syafiq kena masuk kelas 1 Mampir, iaitu kelas ke 3 terpandai dalam kategori kelas tingkatan 1. Mengetahui hakikat itu, cikgu Ida terus sms ke cikgu Jamilah:

"Woi, Syafiq tu anak aku la. Bagi la masuk kelas 1 Facebok. Kalau kau tak bagi masuk aku tak bayar duit collagen kau!"

Ok, untuk yang tidak tahu, kelas 1 Facebook adalah kelas terpandai di sekolah tersebut.

Cikgu Jamilah yang menerima sms tadi pun menjadi serba salah. Kalau tak tukar, nanti cikgu Ida tak bayar duit collagen. Kalau tukar pulak, Syafiq ni bukannya bijak pun. Akaun facebook pun tak ada, apa hal nak masuk kelas 1 Facebook?

Ini cuma 1 kes. Yang sebenarnya, cikgu Zali, cikgu Adibah, cikgu Hazieqa semuanya ada anak di sekolah yang sama. Cikgu Fiza sampai 3 orang anak dia sekolah sama dia. Nasib baik la anak-anak dia semua cun, tak manis pula kalau makwe cun diletakkan di kelas hujung. Beauty without brain? Apa jadah.

Cikgu yang sepatutnya mencurah ilmu, kini sudah pandai-pandai main politik dan penyelewengan. Ya, menukar kelas anak-anak sendiri juga aku anggap satu penyelewengan dan salah guna kuasa. Ada juga 1 kes melampau yang terjadi sendiri pada adik kepada kawan aku kira-kira beberapa tahun lepas. Masa ni dia darjah 4, kawan kelas dia. Entah apa nama aku lupa. Kita namakan dia sebagai Zayadin. Zaiyad ni anak cikgu yang mengajar situ, siap jadi cikgu kelas dia lagi. Adik kawan aku ni yang bernama Luqman ni berkawan dengan Zaiyad (anak cikgu tu) memang boleh tahan pandai. Pendek cerita periksa hujung tahun, markah Luqman dengan Zaiyad tu overall, Luqman lebih dalam 4-5 markah macam tu la. Ok, mak Zaiyad tadi, cikgu Bahasa Malaysia kelas mereka dapat tahu perkara ini. Sudah semestinya la dia dapat tahu sebab dia cikgu kelas yang kumpul semua markah. Oleh kerana subjek bahasa melayu ada karangan, so markah lambat sikit.

Dipendekkan cerita, akhirnya alih-alih karangan bahasa melayu anak dia lebih 6 markah dari Luqman. Terus anak dia, Zaiyad dapat nombor 1.

Apa yang si Luqman tadi boleh buat? cakap apa yang dia boleh buat!? Nak mengadu pada Guru Besar? nak tulis surat pada Kementerian Pendidikan? nak pergi Putrajaya panjat bangunan parcel E? Takde maknanya. Tak boleh buat apa-apa. Mak Luqman yang cuma berkerja sebagai kerani am hanya mampu menyabarkan anaknya yang gemar melayan video Kpop.

Benda-benda macam ni la yang buat aku rasa bengang. Itu belum cite pasal kes budak-budak nak jadi cikgu pergi berkhemah kat dataran sambil baring atas jalan, bakal cikgu kena tangkap basah, cikgu aiskrim.3gp dan tak lupa juga aksi di UPSI dot 3gp jugak.

Kesimpulannya, kerjaya cikgu ni memerlukan keikhlasan yang lahir dari hati yang murni, jujur dan ikhlas. Setakat cakap dimulut, di hati takde tak guna jugak.

"Man, ko cakap pandaila, try ngajar satu kelas tengok".

Dey, suka hati akulah nak rebel bagai. Ada aku kisah.

Wednesday 15 May 2013

# 16 Mei


Hari ini, 16 Mei adalah sambutan Hari Guru di semua sekolah. Ntah apala bebudak sekolah lama aku nak wat. Tapi aku perhati Hari Guru ni tiap-tiap tahun buat aktiviti yang sama.

Balik-balik ucapan dari wakil pelajar, pastu ada deklamasi sajak tentang pengorbanan guru, persembahan drama dari pelajar, last sekali ada sukaneka untuk guru.

Dan Hari Guru ini juga mampu buat pelajar-pelajar sedar betapa besarnya pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna kelak.

Maka, hari itu pelajar akan jadi insaf sekejap.

Esok lusa bebudak ni jadi iblis balik.

Tuesday 14 May 2013

# Al Kasih (Terjemahan Dari Edisi Tamil)


Aku nak cerita kat korg semua tentang satu kisah yg bukan berlaku kat sini, tapi kat sana. Ulang suara kat sana.

Di sebuah negara khatulistiwa, ulang suara khatulistiwa ye bukan padang pasir. Rakyat marhain dari kalangan wanita dan lelaki remaja mereka asyik melayan perasaan nak kahwin dengan secepatnya, lalu rajinlah mereka mempost dan mengeLike lukisan-lukisan dan kata-kata islamik yang berbunyi lebih kurang

‘’ku menunggu mu imam ku’’ …. ‘’ku nantikan kau jadi makmum ku’’
“duhai bakal imam ku.. duhai bakal jauzah ku”

Hari demi hari ia menghabiskan masa dihadapan laptop demi melayan perasaan cinta kopiah-niqab yang sebenarnya telah dipelopori oleh seorang mamat kebab disalah satu tempat di negara Harimau Malaya. Dan tatkala mereka ternampak gambar-gambar para niqabster atau kopiahan. Ayat-ayat sebeginilah yang biasanya diluahkan sesame mereka melalui alam Pisbuk.

‘’masyaALLAH anti lawa”
“subhannalah, ciptaan Allah yang indah”
‘indahnya hamba Allah ini”
“beruntung lelaki/wanita yang menjadi pasangan kamu”

Yahanana ya hanana..(sila alunkan mengikut irama qasidah habib syech) 

Al-kisah. Di sebuah mukim yang terletak di alam nusantara tersebut, seorang wanita yang telah sekian lama karam dan kering menanti sang imam idamannya telah bertemu jua dengan jodoh yang sudah ditetapkan di luh mahfuz sebelum penciptaan langit dan bumi lagi. 

Hadirnya sang imam laksana penakluk kota Constantinople di turki, datang membawa rombongan untuk meminang sekaligus mempercepatkan hajat di hati untuk beristerikan Neelofa.. eh sori salah taip.. ulang semula , untuk beristerikan si wanita tadi.

Adapun lelaki itu bukanlah sekacak duta Arab di Qatar, juga tidak seputih Bangsa Arab. Orangnya biasa-biasa saja, bertubuh kecil dan rendah. Dan jauh di sudut si wanita itu, ia tidak mahukan lelaki itu, ditolak lamarannya, dielak sapaannya.. alasannya mudah. Mereka bukan mahram. Wah wah wah, kalau di fb berPM tak mengapa pula. Berkomen-komen bagai sambil harap dipuji dan memuji takde hal pula, siap baring di tilam ngadap laptop takde masalah pula. Ketahuilah oleh kalian semua, itulah dosa hati, mata dan niat yang tak betul. Maka baliklah lelaki tadi ke tempat ia bermula.

Begitulah kisah yang sebenarnya belum sempurna.. sang wanita sebenarnya telah tertipu dengan segala lukisan indah dan kata-kata yang membuai iman dan perasaan manusia, disebabkan oleh seorang Kebab yang berada di alam Harimau Malaya.

Nun jauh di sudut buana, seorang lagi jejaka yang tidak mahu dikenali parasnya, tidak menunjukkan latar madrasah agamanya, telah bangkit bersama beberapa pahlawan yang juga tidak didendang, sebab mereka tidak dijemput untuk merasmikan mana-mana pembukaan tanah adat di kepulauan Head Hunter. Yaa tuan-tuan, telah banyak sudah tanah adat yang dicabuli. 

Dan ketika peralihan kekuasaan pemerintah alam tersebut, berlakunya peristiwa yang digelar ‘Black- Out’… alam menjadi gelap gelita, sepi tidak berlagu, mendung berarak lagu, hujan gerimis berwarna kelabu. Dan tatkala terbitnya sang suria, alam menjadi terang benderang, maka terkejutlah sekalian rakyat marhain..kerana pemerintah mereka masih duduk di singgah sana, tidak ia bertukar meski usia telah lanjut tua. … sori salah skrip.. balik pada jejaka dan pejuang-pejuang tadi.

Yaa tuan-tuan, jejaka itulah telah cuba berbincang secara aman, berbual secara damai. Namun Sang Kebab masih ingkar, masih degil. Dia mahukan segala lukisan taraf monalisa dan Raphael beliau yang bercirikan cintun islamika kopiah-niqabster terus menerus dan berterusan tersebar di seluruh benua Harimau Malaya, semata-mata ingin diraih sebagai.. lelaki akhir zaman..lelaki sejati terakhir berjubah dan kopiah. Hakikatnya, ia Cumalah pengejar status.. yang ingin diLike dan Dikomen-koman oleh para Niqabster yang baik budi pekerti, halus bak bidadari, dan lembut bagaikan sutera..namun mereka tertipu, tapi masih mampu mengatakan “tidak!! Dia bukan macam yang kalian sangka” 

Yaa..betapa ramai telah terbuai dengan magik serapah yang disebar oleh si Kebab. Meski Jejaka yang dikenali sebgai Kamen Rider Dekad itu dihina, dianggap penjahat..namun tekadnya telah membuatkan sebahagian rakyat membuka mata, buka hati, buka jendela dan buka Pisbuk. Yaa, rahsia Kebab sudah mula dihidu oleh rakyat yang membela Jejaka KAmen Rider Dekad. Meski mereka terkorban, kerana diblok dari cuba-cuba melihat MUKASURAT atau dalam bahasa bajau disebut PAGE ..Page Kebab Musafir Terima Kasih. 

Ketahuilah.. perjuangan Kamen Rider Dekad tidak akan berakhir. Kerana dia tengah mempersiapkan asset-aset perang beliau dan sekarang masih menanti Helikopter yang ditempah khas.

Hahaha.. al-kisah tammat.



p/s: banyak aku letak simbolik dan kata-kata tersirat. Sila rungkai untuk ketahui punca hasutan cintun kopiah-niqab. sekian

Monday 13 May 2013

# Minah Tudung


"Pakai tudung tapi suka mengata orang. Baik tak payah pakai tudung!"

Begitulah dialog yang aku dengar dari sekumpulan makwe yang duk menyembang di kedai makan.

Aku fikir, mungkin lepas ni ada pula deme cakap;

"Tak mengata orang tapi suka tak pakai tudung, baik ko mengata orang je lagi baik!"

Ni lah namanya, kencing atas karpet, ko pegi cuci satu rumah.

Sunday 12 May 2013

# Karangan SPM


# Diceritakan semula oleh seorang kawan kepada aku tentang pengalaman beliau di sekolahnya #

Semasa trial SPM tingkatan 5, kawan aku membuat satu karangan Bahasa Melayu yang isinya lebih kurang macam ni:

"Sorang pelajar asrama yang keluarganya hidup susah telah menelefon mak ayah menyuruh mereka datang ke asrama kononnya dia sedang sakit. Yang sebenarnya, dia hanya berpura-pura supaya mak ayahnya dapat datang untuk menyambut hari lahirnya yang jatuh pada hari terakhir SPM.

Mak ayah pelajar itu punyala risau sampai berhabis duit menyewa kereta semata-mata nak melawat anak mereka yang sakit di asrama. Anaknya pula dengan senang hati menanti di dorm dengan fikirannya melayang hendak makan bersama mak ayahnya. Fikirnya, kalau tak pura-pura buat hal kecemasan memang tak datanglah mak ayahnya ke sekolah.

Selang 6-7 jam selepas itu, warden asrama datang mencari dia dan bagitahu mak ayahnya terlibat dalam kemalangan maut."

******

Pelajar itu menyesal berbulan-bulan sehingga dia hampir gila.
Suatu hari, seorang posmen datang ke rumah menghantar sepucuk surat yang tidak bertarikh.
Pelajar tadi buka surat, di dalamnya tertulis;

"Jangan bersedih nak, kau tak bersalah. Ayah dan ibu sudah lama maafkan kau. Teruskan hidup wahai anak. Doakan roh kami sejahtera. Jadilah insan yang baik dan soleh.

Salam sayang dari ayah dan ibu."

***************

Cikgu kawan aku yang periksa kertas karangan ni menangis. 

Friday 10 May 2013

# Kesah Tembikai



Tengah hari rembang semalam aku ke bandar. Rasa dahaga sangat. Aku singgah cari kedai air tepi jalan. Akhirnya aku jumpa gerai air kat area tapak pasar malam. Aku parking kete betul-betul kat depan gerai air tu, aku turun tingkap wat order ala drive thru mekdi.

"Dik, air tembikai sebungkus!", sound aku pada budak air.


"Ok", budak air balas firm.

Aku tunggu dengan penuh sabar sebab ada 3-4 customer masa tu. Memikirkan bahawa merenung balang air boleh menyebabkan budak cedok air berasa tertekan, aku meliarkan mata memandang sekeliling.

"Seringgit je bang", budak air menghulurkan bungkusan melalui tingkap kete. Aku pula melemparkan duit ke muka budak air melalui tingkap yang sama.

"Skreeeet.....!" bunyi tayar berputar havoc atas jalan tapi kereta aku masih statik. Aku melepaskan handbrake lantas memecut deras di atas jalan dan akhirnya gerai air pun hilang dari pandangan melalui cermin pandang belakang.

*********

Dalam perjalanan, aku makan tembikai potong sambil maki dalam hati.

Wednesday 8 May 2013

# Dulu Kini dan Selamanya


Asalnya orang Melayu zaman dahulu adalah bangsa yang kuat dan banyak ilmu. Orang Melayu dulu hebat ngan macam-macam ilmu seperti ilmu silat, ilmu bertukang kayu, ilmu membina kapal dan macam-macam lagi. 

Itulah pentingnya orang zaman dulu mempunyai ilmu membela hantu raya. Dengan adanya hantu raya kerja-kerja membuka tanah, berkebun, menanam pisang, bertukang membuat rumah, menebas hutan, menanam padi dan menarik ubi hanya di jari telunjuk.

Pada zaman moden ini, orang Melayu yang berilmu mahupun tidak berilmu terhimpit dengan pelbagai kerja. Ini kerana mereka terlalu menumpukan kepada ilmu dari barat. Ilmu dari barat ini tidak menjanjikan kesenangan yang total. Kita ditipu senang-senang oleh ilmu orang barat.

Pada hari ini jikalau orang-orang Melayu masih mengekalkan ilmu membela hantu raya, kita semua senang. Kerja-kerja mengira kertas undi, kerja mentadbir pesbuk boleh dijalankan oleh hantu raya semasa kita tidur atau keluar dengan makwe.

Monday 6 May 2013

# Musim Musim Di Muka Buku


Musim boikot Israel, suma pakat tukar dp pejuang palestin.

Musim boikot tahanan, suma pakat tukar dp coklat.

La ni plak tukar gambar dp hitam plak.

Deme ni pikir Mark Zukubek peduli gamaknya hal tukar dp pesbuk ni.

P/S: Minggu depan mesti ramai yang dapat 'nur' balik. Pesen jenis mengikut orang katakan.