Tuesday, 28 May 2013

# Diluar Kotak


Pernah sekali aku oustation kat Johor, aku bermalam di sebuah hotel yang aku dah lupa nama dia, payah betei nak sebut. Pendek citer ini bukan hotel cikai punya. Kalau tidur dua malam guna duit sendiri, gamaknya boleh jadi sama mahal gaji sebulan makwe kaunter mekdi.

Aku ni sebenarnya tak berapa layan sangat dengan kemewahan dunia macam dapat duduk kat hotel tu, aku buat biasa-biasa saja. Tak guna sangat pun kemewahan dia, guna sikit-sikit saja. Butler datang tanya aku nak apa, aku cuma suruh dia angkat kain baju aku hantar dobi, lepas tu aku suruh dia bawakkan chocolate mocha serta cake aiskrim. Aku juga mintak dia iron baju dengan seluar aku. DVD-DVD menarik pun aku suruh si macai butler bawakkan. TV dia besar peti ais tu, kalau aku tak layan DVD guna TV besar tu, nampak sangat kampung. 

Begitulah cara aku bersederhana bila menikmati kemewahan. Cukup sederhana.

Waktu petang, lepas aku pekena spa beserta massage barang sejam dua, aku keluar merayau bersama kawan aku, Syukri. Hajat dihati nak pergi shopping ke Jusco Tebrau, maka kitaorang tahan teksi sebagai alat pengangkutan.


*****


"Nak ke mana", tanya pakcik Melayu berjawatan driver teksi dalam lingkungan usia lima puluhan.

"Jusco Tebrau", Syukri balas.

Pintu teksi dibuka, kitaorang pun masuk. Aku duduk belakang manakala kawan aku duduk depan.

Pakcik: Minggu depan pakcik nak berhenti keje bawak teksi.

Syukri: Nape plak pakcik?

Pakcik: Pakcik ada main saham. Pakcik dapat untung lebih setengah juta.

Aku: Biar betul pakcik. Pakcik main saham apa?

Pakcik: Betul. Minggu depan pakcik nak bawak keluar duit tu dari bank. Pakcik dah rancang nak beli apartment kat Singapore. Sebelum ni pakcik ada menang main nombor. Dapat 1st prize 100 ribu. Duit tu pakcik ingat nak beli tanah kat Melaka. Pakcik tak citer pun hal ni kat anak-anak pakcik. Skang ni pakcik dah ada 3 buah rumah. 1 kat Melaka, 2 lagi kat sini. Duit menang saham ni pun, pakcik ingat nak beli kereta baru.

Aku: Pakcik nak pakai kereta apa? Mercedez mata belalang ke?

Pakcik: Ishk, kete tu pakcik tak minat. Ramai orang dah pakai. Pakcik suka kereta Ferrari. Baru boleh eksen dengan orang Singapore. Pakcik mintak kawan suruh order dari Singapura. Pakcik order warna kuning.

Aku: Power betei taste pakcik ni.

Pakcik: Pakcik bukan nak cakap besar, tapi kalau ikutkan pakcik ni dah jadi jutawan sebenarnya. Cuma duitnya belum sampai ke tangan lagi. Minggu depan baru pakcik dapat semua tu.

Pakcik: Pakcik dah plan nak pung pang pung pang... Modal 300 ribu... kung kang kung kang bukak bisnes sendiri... bla bla bla... bayar cash... pum pam pum pam... anak pakcik waris harta.


****************


Akhirnya teksi buruk pakcik tadi tiba di hadapan Jusco Tebrau.

Pakcik: Sepuluh ringgit je.

Aku menyerahkan wang kertas RM10 manakala kawan aku sempat beri bisness card dia pada pakcik tu. Aku tak pasti tujuan dia, mungkin berharap nak jadi rakan kongsi pakcik tu barangkali.

"Nanti dah senang jangan lupakan kami ye pakcik. Terima kasih" kata aku pada pakcik teksi secara sarkastik. Dalam hati aku sangat membara bila mengenangkan perangai orang Melayu yang suka cakap besar dan kuat gebang bila menyembang dengan orang luar. Sungguh tak senonoh.

Selepas puas bershopping, aku dan Syukri pulang ke hotel dengan menaiki bas. Sampai hotel, aku naik bilik terus berendam dalam bathtab sambil menonton Astro berscreen LCD yang melekat di dinding dalam bilik air.

Sambil berendam, aku angkat wireless fon di sebelah tab:

"Hello butler. Ada kain baju lagi ni. Amik skang hantar dobi!".



***************


Nota kaki

1. Cerita pakcik claim nak jadi jutawan ni, anak buah aku yang umur lapan bulan silap haribulan boleh bersikap kurang ajar kalau dia dengar.

2. Dan untuk pakcik pulak, aku nak ucapkan satu perkara sahaja; 

"Ferrari lu!"

2 comments:

  1. Errkkk mmg xsuka sikap bangga diri megah2.. menyampasss.. ehh you pun bukan main eksyen lagi kan..haha

    ReplyDelete
  2. haha just in word kot..not in the real world..

    ReplyDelete