Tuesday 30 April 2013

# Lelaki Cool?

Bukan Gambar Sebenar
Orang kata, makwe-makwe sukakan lelaki yang pandai melayan karenah budak-budak.


*****

Suatu ketika pada musim cuti sekolah tahun lalu, aku ditugaskan untuk membawa adik sepupu aku dari Kedah untuk mencari buku bertajuk Kisah Nabi-Nabi di kedai buku. Menurut emaknya, anaknya nak buku tu untuk tujuan kerja sekolah, maka dia mintak pertolongan dari aku yang sememangnya rajin ke kedai buku tapi hakikatnya malas membaca. Untuk pengetahuan korang, adik sepupu aku ni baru umur 6 tahun, Izzati namanya. Dia ni gemar membaca selain pandai menyelongkar rak komik aku.

Dipendekkan cerita, aku bawak Izzati pergi ke sebuah kedai buku dalam sebuah shopping complex yang terkemuka. Sampai di sana, aku dan Izzati mencari kedudukan rak buku cerita kanak-kanak. Terdapat seorang makwe yang aku suspek staf situ sedang tenang menyusun buku. Makwe tu perasan kehadiran aku lalu melemparkan senyuman yang manis tapi aku maintain cool.

Setelah beberapa ketika aku duk belek-belek buku kat area rak cerita kanak-kanak, aku frust. Takde buku Kisah Nabi-Nabi. Habis semua sudut cerita kanak-kanak aku selongkar. Cari punya cari takde jugak. Yang aku jumpa cuma buku Sang Kancil dan Majalah Upin-Ipin. Jauh benar lari tajuknya.

Aku berpusing ke sudut yang nampak Islamik sikit. Izzati cuma follow dari belakang. Ya, terdapat pelbagai buku bercorak keagamaan peringkat sekolah rendah di sudut ini, macam buku Mari Mengenal Huruf Jawi, Mari Belajar Tajwid, Doa Harian dan paling menghairankan terdapat juga buku bertajuk Cara-Cara Mandi Wajib. Peh, aku dulu belajar cuma pakai sehelai kertas je. Yang ni punya buku adalah sikit punya tebal. 

"Takde jugakla Izzati...", aku mengeluh.

"Cuba abang tanya kat kakak tu, mesti dia tau", Izzati cuba melontarkan cadangan untuk mengatasi masalah ni.

Aku memandang makwe yang dilabel sebagai 'kakak' oleh Izzati tadi. 'Kakak' ni lah yang senyum masa aku dan Izzati sampai tadi.

"Takpe. Tak payah tanya. Kita cari dulu sampai jumpa", aku beri kata putus.

Kami meneruskan pencarian buku Kisah Nabi-Nabi ke setiap rak buku. Setelah ke hulu ke hilir dan meninjau beberapa rak buku, aku tetap hampa.

"Abang tanya la kakak tu. Dia mesti tau punye". Izzati mengulang balik cadangan yang sudah aku rejek sebentar tadi.

"Tak payah. abang rasa kita boleh cari sendiri". Aku masih teguh dengan pendirian supaya jangan cepat bertanya. Orang cepat bertanya hal senang-senang ni sikap dia berat ke bergantung pada orang. Lain lah kalau di alam maya, ada Google tempat untuk bertanya.

Izzati tetap follow aku dari satu rak ke satu rak yang lain. Dari rak English Section, bawa ke rak Buku-Buku Ujian UPSR. Tak jumpa juga, aku tawaf pula ke rak novel-novel. Manalah tau ada buku Kisah Nabi-Nabi terselit di celah-celah novel Setia Hujung Anjing. Namun macam sebelum-sebelum ni juga, serupa anjing! Buku yilek, tarak.

Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Maknanya aku dan Izzati dah menghabiskan masa selama 30 minit dengan kerja sia-sia.

"Abang....", panggil Izzati yang aku nampak ada ciri-ciri fedap.

"Apa dia? Ada jumpa ke?", balas aku.

"Tanya la kakak tu kan senang. Dia mesti tahu", Izzati masih berkeras mengambil jalan pintas.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Otak aku cuba berfikir samada perlu ikut cadangan Izzati atau ikut saja cara aku. Macam-macam yang aku fikir yang akhirnya membawa kepada penyelesaian seperti di bawah:

"Jom kita ke pergi tempat lainlah. Kedai buku kat sini ada satu je. Kat KLCC pun ada kedai buku".

Izzati buat mulut muncung. Mungkin dia tak puas hati sebab aku tak nak bertanya pada staf kat situ. Mungkin dia fikir, "Kalau tanya kan senang? Kan boleh jumpa? Kan tak penat cari merata?". Ya, nampak mudah bagi Izzati. Pada aku ia tidak semudah itu. Bertanya itu bukan perkara mudah malah aku ada prinsip.

Dalam kereta, Izzati tanya aku lagi:

"Kenapa abang tak nak tanya kakak tu?"

Glup, Aku telan air liur dalam-dalam. Aku tahu, jawapan aku selepas ni akan mengundang persoalan yang lebih besar dan merumitkan. Namun aku kena berani hadapi setiap situasi. Jangan cuba ringankan akal budak-budak dengan jawapan tipu atau tidak jujur. Berbekalkan kepercayaan itu, aku lancar menyambung:

"Sebab kakak tadi tu orang Cina".

"Kenapa kita tak boleh tanya buku nabi-nabi pada orang Cina?"

Yes! Kan dah makin rumit sekarang.

# Brengsek


Di suatu senja, aku pulang ke kerja rumah dari tempat kerja dengan badan yang cukup letih. Dia punya letih mengalahkan orang bina kapal selam. Sampai rumah, aku makan, pastu baru mandi.

Azan Maghrib berkumandang... 

Sebagai hamba Tuhan yang daif lagi hina, aku segera menunaikan solat dengan harapan dapatlah aku bermain pesbuk lagi di dalam syurga kelak. Selesai solat, aku mengambil keputusan untuk melelapkan mata untuk menghilangkan penat yang masih tak hilang. Masih ada 30 minit untuk menunggu Azan Isyak masuk. Zzz....

*****

Aku terjaga dari tidur. Peluh membasahi dahi aku. Cilaka, ntah camne aku boleh termimpi tutup akaun pesbuk. Dalam kepala aku dah bayangkan nasib makwe-makwe pesbuk tanpa kehadiran aku. Mujur mimpi ni tak real.

Tiba-tiba laungan azan berkumandang. Ya, waktu Isyak dah masuk. Aku bingkas bangun dari katil, aku bukak pintu bilik. Aku dapati rumah aku gelap gelita. Aku ternampak mak ngan ayah aku sedang tidur enak di ruang tamu. "Awal pulak diaorang tido?" bisik hati kecil aku.

Aku melangkah kaki ke balkoni belakang. Azan masih lagi berkumandang. Kata orang, jangan masuk tandas ketika azan berkumandang sebab setan berebut nak masuk tandas. Aku tak tau la sape punya akal cakap gitu tapi sebagai tanda hormat, aku duduk lepak di balkoni sambil menghayati angin malam.

Dalam penghayatan, aku rasa pelik dengan timing azan Isyak malam tu, lain macam dia punya panjang. Ditambah pula dengan suara haiwan seperti ayam yang buat kerja tak senonoh dengan berkokok di malam hari. Rare betul. Tapi aku tak peduli semua tu. Aku dah plan pas solat kang aku nak pergi lepak kedai burger sambil cuci mata. Abis je azan, aku masuk ke bilik air untuk mengambil wuduk. Selesai wuduk, aku sempat melihat jam dinding di ruang tamu. 

*****

Lepas sembahyang aku minta ampun dekat Tuhan banyak-banyak. Berdosa betul aku kalau macam ni punya hal. Mata aku bergenang. Dada aku jadi berombak. Hati kucar-kacir. Jiwa tak tenteram. Badan aku lemah longlai. Barua sungguh perasaan macam ni.

Lepas sembahyang, aku persiapkan diri untuk pergi jogging.

**************

P/S: Syaitan dari neraka cawangan manalah yang pergi bisik telinga aku sampai aku bleh terlepas solat Isyak. Brengsek!

Sunday 28 April 2013

# Gelaran?


Perilaku celake kita di masa sekolah akan membuatkan orang sentiasa ingat kepada kita.

Seperti seorang kawan aku. Dulu dia pernah kantoi curi pakaian dalam budak perempuan kat sekolah asrama.

Sampai ke hari ni, bila aku nak ingat siapa dia ni, aku akan kaitkan dengan pakaian dalam.

"Din mana ni?"

"Din pencilok spender."

Jadi hati-hati ya adik-adik.

# Demokrasi Bukan Syura


Melihat senario politik dekat alam pesbuk tika ni, aku perhatikan banyak kutu-kutuk dok share info-info yang berunsur fitnah, tak amanah, menghasut, mengajak kebencian dan zalim. Kalau ada info yang benar sekalipun, masih ada pro dan kontranya, baik kerajaan mahupun pembangkang.

Katanya, mereka sokong pembangkang sebab kerajaan zalim, kerajaan makan duit rakyat bla bla bla... Pembangkang memperjuangkan hak rakyat. Ada juga yang kata mereka sokong kerajaan sebab kerajaan banyak berjasa, banyak bagi bantuan bla bla bla... Pembangkang pulak banyak gebang.

Sebenarnya kalau kau tak taksub kedua-dua belah pihak, ko akan nampak masing-masing mangkuk hayun. Takde bezanya. Itulah yang dikatakan pro dan kontra. Ada kelebihan dan ada kekurangan cuma cara yang berbeza.

Berbalik pada diri, sebenarnya apa yang ko nak lepas PRU ni?

Setengah pejuang pesbuk mengharapkan lepas bertukar kerajaan, mereka berharap agar tol dihapuskan, pendidikan percuma dan bla bla bla...Kalau itu ko harapkan, aku rasa dajjal punyer offer lagi power. Dajjal siap offer ko syurga dan neraka. Camne nak hadapi fitnah Dajjal kalau hal-hal duniawi pun mudah tergoda.

Bagi pejuang yang perasan dah berjuang abis-abisan untuk agama, mungkin mereka mengharapkan hukum hudud terlaksana lepas kerjaan bertukar. Kahkahkah... Aku harap puak-puak ni berpijak la di rumput realiti. Hudud takkan terlaksana dalam negara Demokrasi. Mohon jangan berangan. Aku rasa angan-angan Mat Jenin pun lagi realistik. Tapi cita-cita untuk kita tegakkan hukum Allah yakni hudud perlu ada tapi bukan dalam negara demokrasi selagi semua umat Islam tidak bersatu.

Point aku kat sini, kita patut bersatu. Tumbangkan dulu sistem demokrasi sepatutnya, hidupkan khilafah (kang adala kutu-kutu kata aku budak Hizbut Tahrir padahal khilafah bukan hak eksklusif Hizbut Tahrir). Kalau ko paham betul-betul apa itu demokrasi, ko akan nampak bahawasanya sistem demokrasi ni sistem haramjadah yang boleh dimanipulasikan dan banyak la dia punyer spin.

Ada akai ke lantik pemimpin melalu sistem undi yang diragui, pastu bagi dia 5 tahun memerintah, kemudian kita gulingkan dia lantik orang baru. Kalau dalam sistem khilafah, pemimpin akan terus memimpin selagi dia adil dan amanah melaksanakan perintah tuhan.

Lain bangang, pemimpin dilantik melalui pilihanraya. Kalaulah dalam negara tu penduduk dia 80% kerja dia mencuri, pelacur, mat gian etc ect, lagi 20% plak adalah golongan professional macam doktor, ulama, engineer etc etc, ko bayangkan puak-puak ni pegi mengundi. Sah-sah la yang 80% tadi mengundi pada pemimpin style kepala bana macam diaorang. 

Kalau dalam khilafah, pemimpin dilantik melalui sistem syura yang mana ahli-ahli dalam syura ni semua alim ulamak, orang yang arif dalam agama. Maka hasil pemimpin yang dilantik mestilah power macam deme juga. Kita sebagai rakyat marhein kerja rileks je. (kang ada la kutu-kutu persoalkan mana nak dapat ahli syura ni, aku jawab simple je. Ko nak tak nak? itu je) Dan lagi bangang, segala usul atau nak buat rang undang-undang baru perlu dibahaskan dalam parlimen untuk diluluskan. Itu yang ada kes undang-undang Allah pun nak dibahaskan lagi dalam parlimen? Giler puak-puak ni. Sebenarnya banyak lagi aku nak ceritakan pasal sistem demokrasi ni tapi sape ambil peduli?

Penutup, aku harap kawan-kawan yang rajin sharing flyers-flyers politik tu, cuba-cuba la bawak politik kasih sayang. Tak perlu nak share flyers yang memburukkan orang lain yang tidak diketahui kesahihannya. Nanti jadi fitnah plak. Dah la politik demokrasi tu tak fun. Bosan. Ok haters, macam biasa... Marilah :D

P/S: Pemimpin berjanji serupa Dajjal, rakyat meminta serupa Yahudi.

# Awek Impian


Pernah sekali family aku pergi beraya kat sebuah rumah sepupu aku bau-bau bacang. Dia punyer bau-bau bacang tu aku tak brape pasti brape jauh dia punyer pergi. Time rayalah baru nak kenal rupanya orang ni sepupu-sepupu kita. Dan masa kejadian, aku plak takde follow family aku pergi beraya, ntah mana aku merayau aku dah lupa.

Setelah pulang dari rumah sepupu tadi, mak aku mula bercerita pada aku. "Kamu tau, mak berkenan ngan anak sepupu kita tadi. Lawa, putih, kecik orangnya. Mak ingat nak kenenkan kamu ngan dia. Dia muda dari kamu 5 tahun", begitulah penerangan mak aku. Timbul penyesalan dalam hati aku sebab tak follow mak aku pergi beraya.

"Budak tu pandai. Sekolah selalu dapat no. 1. Suma subjek dapat A. Dia dapat offer pergi luar negara, tapi dia taknak sebab dia minat nak jadi cikgu. Skang dia belajar kat maktab perguruan." sambung mak aku lagi.

"Maktab mana dia belajar mak?" tanya aku yang mula berminat.

"Dia belajar kat maktab perguruan sini. Mak sempat tengok sijil-sijil dia tadi. Banyak anugerah dia dapat. Memang pandai orangnya. Tapi tula, mak nak kenen dengan kamu tapi kamu tak pandai macam dia. Segan mak."

Mendengar ulasan mak, aku terus duduk bertahyat akhir sambil menangis kerna dipandang enteng. 


******

Satu hari aku temankan mak aku pergi kedai runcit beli barang. Nak jadikan cerita, mak aku terserempak ngan anak sepupu yang mak aku ceritakan tempoh hari. Aku tak pernah tengok muka dia, so aku memang tak kenal. Mak aku cam. Maka berdialoglah sesama mereka di dalam kedai runcit. Aku sempat jeling usya atas bawah. "Comey-comey, ada gaya top student", aku puji dalam hati.

"Ada kamu kat sini?", tegur mak aku sambil mencuit bahu.

"Eh, ini kakak yang datang rumah hari tu kan? Kak sihat?".

Aku cepat-cepat keluar dari kedai seraya meniarap tengah jalan sebagai tanda protes.

***********

Tak patut betei dia panggil mak aku 'Kakak'. Aku ni anak dia nak panggil apa? Adik?

Saturday 27 April 2013

# Ketaatan Dalam Kebanggangan


Agak menghairankan apabila ada segelintir makwe yang sanggup dimarah, ditengking atau dicontrol oleh pakwe mereka walaupun antara mereka langsung tidak ada apa-apa ikatan yang halal. 

Apabila selesai dating, dicium pula tangan si jantan itu. Pergh... ketaatan jenis apakah itu? Cium tangan itu untuk apa? Keberkatan atau kebengapan?

P/S: Bagaimana mungkin kamu mendapat keberkatan dengan sentuhan yang haram? Duhai makwe-makwe, jagalah maruahmu, nilaimu sebenarnya jauh lebih tinggi. Cuba cerdik sikit.

Thursday 25 April 2013

# Invention


Manusia asalnya mencipta mesin untuk memudahkan kerja seharian.

Contohnya, mereka mencipta mesin basuh supaya mak-mak dan makwe-makwe tak perlu lagi berkemban ke sungai untuk membasuh baju.

Ada pun mereka mencipta telefon untuk berkomunikasi, tetapi kita masih memerlukan wang untuk membuat panggilan.

Maka mereka mencipta mesin ATM supaya kita senang mengeluarkan wang tanpa perlu beratur panjang di kaunter.

Tapi aku tak paham, kenapa dalam banyak-banyak Mesin Deposit Tunai, orang-orang dekat AmBank boleh pilih mesin bangang yang menyusahkan aku nak masukkan duit RM50. Setan apa bila aku masukkan 2 ratus tapi mesin tu boleh rejek sekeping je duit RM50 aku. Bangang.

"Duit tak betul tu. Duit palsu kot", kata seorang brader dekat sebelah aku tadi. 

Ah, ni lagi sekor bangang.

Wednesday 24 April 2013

# Etika Mengirim Posting Politik Di Laman Maya



(a) Sebaik mungkin cuba nyatakan FAKTA YANG BOLEH DIRUJUK KESAHIHANNYA. Contohnya kalau dapat figura kos pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan yang kononnya lebih 'murah' dari yang dibelanjakan, nyatakan bagaimana figura tersebut dicerna. Kalau tidak, saya anggap figura itu hanyalah rekaan atau andaian semata-mata. Budak tadika pun kalau tanya kos bina KLCC, mereka mungkin akan kata RM10 sahaja.

(b) Jangan memaki hamun menyamakan pihak lawan dengan haiwan. Contoh ayat baik: "Nik Aziz menjilat pinggannya kerana nasi dagang yang dimakannya sedap hingga menjilat pinggan". Contoh ayat tak baik: "Nik Aziz menjilat pinggannya seperti anjing yang dah tak makan 10 hari".

(c) Jangan mengirim sesuatu kerana anda cuba lari dari masalah atau kerana bergaduh dengan balaks atau aweks anda. Contohnya, hanya sebab kita tak ada kerja kerana memilih kerja tahap gaban, kita lepas geram dengan menyalahkan UMNO. Atau kerana tak dapat projek Kerajaan di sebabkan unjuran yang kurang teguh. Atau hanya kerana bekas pasangan kita menyokong Parti A, kita menyokong parti B. Macam Norman Hakim dan Abby Abadi.

(d) Jangan terlalu serius bila mengirim posting. Ingatlah, serius itu tidak disukai The Joker dalam filem The Dark Knight. Cuba pendekatan sinikal atau sarkastik kerana ia selalunya lebih efektif.

(e) Foto ini tak ada kena mengena dengan posting ini. Sekadar meletakkannya kerana kesian sebab roket tumbang sebelum dapat sampai ke bulan (2013)


Tuesday 23 April 2013

# Caption


Saya tak paham pabila makwe-makwe suka up gambo muka sendiri dengan pelbagai mimik, pastu letak caption gini:

"Muka saya tanpa mekap"

"Ni muka saya masa garang"

"Not cute"

"Muka sedey T_T"


*****

Ni bangang apa ni? bangang apa? 
Ni semua macam muka mintak penampor tau tak.

# Iklan Kecantikan


"Ada juga manusia yang benci tengok muka sendiri", kata kawan aku setelah menonton iklan kecantikkan muka.

Aku hanya menggelengkan kepala sambil menahan sebak di dada.

P/S: "Eee... jerawat. Mencik, mencik!"

Monday 22 April 2013

# ''Makwe itu hebat''



Berwajah jelita: meluluhkan hati lelaki


Berwajah jelita tapi tak berlagak jelita: meruntun jiwa lelaki, bermimpi nak buat bakal bini


Berwajah tak jelita: boleh buat lelaki buat-buat tak nampak


Berwajah tak jelita tetapi berlagak jelita: boleh membuat lelaki rasa nak lempang


Your face determine our actions!

Sunday 21 April 2013

# Menjelang PRU 13


Nak dekat PRU ni, kita boleh lihat betapa banyaknya poster, bunting, banner serta bendera parti yang di letak kat tepi jalan. Tak lupa juga replika atau model seperti kapal terbang, kapal selam etc etc untuk menunjukkan semangat diaorang dalam mengejar idealogi masing-masing. 


Mungkin ada yang kata ni semua pembaziran. Mereka silap, ini bukan pembaziran.

Pada aku, ini bangang! 

Haters, bring it on :D

P/S: Deme tak tau ke demokrasi tu sistem haramjadah?


Wednesday 17 April 2013

# Bekal

Cadangan Hiasan
Di suatu pagi yang nyaman, aku tumpangkan sorang kawan naik kereta untuk hantar dia ke tempat kerja dia di Kota Kinabalu. Oleh kerana dia takde transport, maka aku tolong dia sekadar kawan, tak lebih dari itu.

Dalam perjalanan, kawan aku yang duduk di sebelah membuka zip beg galasnya, lalu mengeluarkan suatu objek.

Aku yang sedang tenang memandu sempat menjeling untuk memastikan objek apakah yang kawan aku bawak keluar. 

Rupa-rupanya kawan aku bawak keluar satu bekas plastik lutsinar yang mengandungi sandwich. Yang amat menyedihkan, sandwich tu cuma ada sekeping saja.

Melihat sandwich itu, timbul pula rasa kempunan nak sikit. Tapi aku pura-pura pandang ke jalan dengan serius.

Kawan aku tiba tiba bersuara:

"Kalau aku makan sandwich ni, dia akan jadi bekal aku pada hari ni. Tapi.......Kalau aku bagi kau sandwich ni, dia akan jadi bekal aku di akhirat kelak. Nah ambik."

Tanpa banyak soal, aku ambil sandwich, suap ke mulut, lalu terus memandu deras ke KK sambil menitiskan airmata.

Tuesday 16 April 2013

# Dimana Janjimu Dahulu?


Jika dilihat harga terkini megi di pasaran, megi bukan lagi makanan untuk orang kebanyakan. Dahulu megi disanjung kerana menjadi makanan ruji rakyat kurang berkemampuan. Kini megi mula menunjukkan belangnya. Dimana janjimu untuk membela nasib rakyat wahai megi?

Wednesday 10 April 2013

# Buli


Dulu aku ada sorang kawan Top Student. Result PMR dia straight A. Pastu dia dapat offer masuk sekolah power iaitu MCKK.

Seminggu dua pastu dia masuk balik sekolah lama aku sebab tak tahan kena ragging. Bila ditanya ko kena ragging buat apa, dia jawab;

"Aku kena ragging suh nyanyi lagu Jesnita"

Bangang!

Tuesday 9 April 2013

# Senja Itu Indah


Melankoli hati saat senja sering buatku terbuai kerana saat ini seringku lihat pasangan tua berpimpinan tangan ke rumahNya.'Kamu',nanti ya?. 'Nanti' aku mahu bawamu ke rumahNya selalu kerana ia tempat aku 'mengadu' sebelum aku berjumpa 'kamu'. Kita jadi tua sama-sama di sini, ya?

# Dimandikan


No matter how expensive and exquisite our bathroom fixtures are, this would be our final bathing place (2013)

Monday 8 April 2013

# Status ?


Kalau perempuan up status gini:

"Saya suka Aaron Aziz. Muka hensem. Sonoknya kalau dia jadi suami saya"

Komen jemaah lelaki: 


- "Insyaallah. Awak boleh dapat. Ramai je laki hensem kat luar sana"
- "Amboi. Saya pun hensem jugak"
- "Suka lettew. hehe"
- "Awak cun, Aaron hensem. Sama padan!"


Tapi...

kalau lelaki up status gini:

"Saya suka Heliza. Muka cute & cun. Sonoknya kalau dia jadi isteri saya"

Komen jemaah perempuan:

- "Hahahaha... Perasan la wei!"
- "Sedarlah diri tu! Bajet nk gud gud"
- "Hello... ada laki perasan la kat sini. Please ler... euwww "
- "Ini suma poyo!"


***********

Nampak permainan dia? Deme tu suka jeles. Itu ceritanya



Saturday 6 April 2013

# Mengekalkan Kuasa Islam/Melayu Dalam Masyarakat Berbilang Agama/Bangsa Di Malaysia.




Kalau sayangkan Islam, Melayu & Malaysia sila baca sampai habis serta fahamkan dan kalau ada mana-mana umat Islam/Melayu masih reject total apa yang dibentang, maka tahu lah kita setakat mana keikhlasan puak-puak Islam/Melayu dalam Pakatan mempertahankan kedaulatan Islam & kedudukan orang Melayu..

Amalan Demokrasi Berparti (Party Based Democratic Practices) adalah satu perkara yg amat delicate (halus) dan memerlukan pengamatan yang mendalam pada segala yang tersurat dan yang tersirat terutamanya dalam merancang penguasaan Kuasa Politik umat Islam/Melayu di dalam masyakat majmuk berbilang agama dan berbilang bangsa seperti Malaysia.

Pakatan spinners amat gemar mengemukan statistik yg TIDAK TEPAT bagi memberikan gambaran KESELURUHAN YANG SEBENAR.. Mereka amat mahir dalam bidang “Factual Spinning” iaitu memaparkan sebahagian statistic secara Mikro dan akan dimanipulasikan untuk memberikan gambaran yang menyeleweng daripada gambaran keseluruhan yang sebenar..

UNTUK MAKLUMAN PARA SAHABAT & SAUDARA SEISLAM SEKELIAN, YANG LEBIH RELEVANT & PENTING ADALAH STATISTIK MAKRO. FAKTA SAHIH/STATISTIK MAKRO YANG MEMBERIKAN GAMBARAN KESELURUHAN SEBENARNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT..

DALAM BN :
UMNO BERTANDING 117 KERUSI PARLIMEN = LEBIH 52.7% DARIPADA 222 JUMLAH KERUSI PARLIMEN..

DAN KEKUATAN INI DITAMBAH DGN 11 KERUSI PARLIMEN YANG DITANDINGI OLEH UMAT ISLAM DALAM PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU (PBB, SARAWAK) YANG MENJADIKAN JUMLAH KERUSI YANG DITANDINGI OLEH UMAT ISLAM DALAM BN BERJUMLAH 57.2% DARIPADA 222 KERUSI PARLIMEN.

INILAH FORMULA RAHSIA YG MENJAMIN MASA DEPAN UMAT ISLAM DAN KAUM BUMIPUTERA KESELURUHANNYA DI BUMI BERTUAH MALAYSIA..

DENGAN FORMULA INI, WALAUPUN UMAT ISLAM DEWASA INI MENGHADAPI ANCAMAN YANG SERIUS BILA MANA ADA PIMPINAN BERAGAMA ISLAM YANG BERTINDAK SEBAGAI “KITOL” (seperti anwar, azmin, khalid samad, mat sabu) BERJAYA MENDAPAT SOKONGAN DARI KUASA ASING UTK MELEMAHKAN PENGUASAAN PARTI UMAT ISLAM DI DALAM BN..

BN MASIH MUSLIM 2/3 MAJORITY GOVERNMENT… HAKIKATNYA, SEDIA ADA DI PARLIMEN HARI INI KERAJAAN (BN) MASIH LAGI DIKUASAI OLEH UMAT ISLAM DENGAN MAJORITI 2/3 DARIPADA SEMUA KERUSI YANG DIMILIKI OLEH BN, ALHAMDULILLAH..

DENGAN MENGHADAPI BERBAGAI ANCAMAN TERSEBUT, BN MASIH LAGI MAMPU BERTAHAN SEBAGAI “MUSLIM MAJORITY GOVERNMENT” SEPERTI YANG BERIKUT;.
UMNO: 80
PBB (Sarawak): 14.
MCA: 15
MIC : 4.
LAIN2: 20+
Siapa yg berkuasa? PASTINYA ISLAM/MELAYU..
(MP Muslim/Bumiputera BN +/- 94 / MP Non-Muslim +/- 40)
MAKA BN KEKAL.
MUSLIM/BUMIPUTERA 70% DAN NON-MUSLIM 30%..

SEADANYA, BN MASIH DIKUASAI 2/3 MP ISLAM. KERAJAAN BN INILAH YANG HENDAK DIHANCURKAN OLEH Kit Siang, Guan Eng, Karpal Singh, Gobind Singh, Teressa Kok, Elizabeth Wong, Xavier, Ronnie Liu dan lain lain DENGAN BANTUAN anwar, wan azizah, nurul ezzah, azmin, Khalid samad, Khalid Ibrahim dan lain lain.

Kesimpulannya: BN adalah sebuah “Muslim 2/3 Majority Government” dan berbekalkan penguasaan kerusi parlimen umat Islam dalam BN telah berjaya mempertahankan berbagai perkara asas dan memberikan interpretasi khusus pentadbiran kpd peruntukkan 11 & 153 Perlembangaan yang sgt umu itu, sebagai contoh:-

1. Dana kerajaan hanya untuk Masjid dan BUKAN untuk rumah ibadat agama lain;.
2. Laungan AZAN TIADA LIMIT di mana-mana masjid/surau;.
3. Majoriti hampir 90% penjawat awam/GLC adalah umat Islam;.
4. Kuota Islam/melayu di IPTA, UiTM, MRSM, IKM, IKBN;.
5. Memperkasa kuasa PERKIM, JAKIM dll;.
6. Memperkasa kuasa mahkamah syariah;.
7. Menidakkan tuntutan-tuntutan yang melampau oleh masyarakat bukan Islam;.
8. Bayaran zakat dikecualikan daripada income tax;.
9. Serta pelbagai lagi korang tambahlah sendiri.. (aku pasti kita semua sedia maklum).

Inilah baru dinamakan strategi & ilmu politik..

Sebagai contoh mudah dan terbaru, berbagai tentangan yabg diberikan oleh Parti2 Bukan Islam (iaitu DAP, PKR, MCA, GERAKAN) bila UMNO mengusulkan & membentangkan Akta Perihal Dagangan 2011: Peruntukkan yang berhubung dengan Pensijilan Halal Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 di bawah Seksyen 28; Perintah Perihal Dagangan (Perakuan & Penandaan Halal) 2011 di bawah Seksyen 29 yang membawa hukuman yang SANGAT berat terhadap pesalah-pesalah berkenaan penyalahgunaan logo HALAL iaitu bagi kesalahan oleh mana-mana pertubuhan perbadanan: 1. didenda tidak melebihi RM5Juta & bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya tidak melebihi RM10Juta;.

Masyarakat peniaga cina menentang keras pembentangan Akta tersebut kerana rata-rata kilang-kilang industri pengeluar makanan adalah milik cina dan akta tersebut sangat menyusahkan mereka tetapi sangat baik untuk umat islam..

Apa UMNO buat. Demi kepentingan umat Islam, UMNO buat tak paham sahaja pada tentangan parti-parti non-muslim dan teruskan juga pembentangan dan meluluskan Akta baru tersebut.  INILAH HASILNYA BILA KERAJAAN BN DIKUASAI OLEH 2/3 KERUSI UMAT ISLAM.. ALHAMDULILLAH..

MAMPUKAH PAS MELAKUKAN YANG SAMA SEPERTI CONTOH DI ATAS TU DENGAN HANYA MENGUASAI KURANG DARIPADA 1/3 KERUSI PARLIMEN DALAM PAKATAN. JAWAPANNYA: SUDAH TENTU TIDAK..

DALAM PAKATAN

PAS HANYA BERTANDING 66 KERUSI PARLIMEN = 29.7% DARIPADA 222 JUMLAH KERUSI PARLIMEN YANG ADA..

DENGAN JUMLAH KERUSI YANG DITANDINGI HANYA KURANG DRP 30% PUN ADA HATI NAK GANTI UMNO UNTUK MEMPERTAHANKAN UMAT ISLAM / MELAYU..

Mampukah PAS mempertahankan seninambungan penguasaan umat Islam dalam kerajaan Malaysia yg buat masa ini adalah merupakan sebuah “Muslim Majority Government”.

HASILNYA DALAM PAKATAN RAKYAT PENGUASAAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:-
DAP :29
PKR : 23 (Muslim & Non-Muslim 50/50).
PAS : 22.
PSM : 1.
Siapa yg berkuasa? DAP ATAU PAS?
(MP BUKAN ISLAM = 38 / MP ISLAM =38).
(SEADANYA: PENGUASAAN ANTARA ISLAM & BUKAN ISLAM DALAM PAKATAN ADALAH 50/50).

Pakatan Rakyat (Muslim 50% / Non-Muslim 50%).
berbanding
Barisan Nasional (Muslim 70% / Non-Muslim 30%).
(*RUJUK LAPORAN RASMI PARLIMEN BUKAN UTUSAN..)

FAKTA SAHIH INILAH YANG MEMBULATKAN SOKONGAN PADU HAMPIR KESELURUHAN KAUM BUKAN ISLAM TERHADAP PAKATAN RAKYAT.

PERSOALANNYA:- BAGAIMANA MASIH ADA SEGELINTIR UMAT ISLAM YANG MASIH TERIKUT-IKUT DENGAN SOKONGAN KAUM BUKAN ISLAM TERHADAP PR. ADAKAH MEREKA BUTA HATI ATAU BUTA ILMU POLITIK.

MANA MUNGKIN HJ HADI TIDAK MENYEDARI HAKIKAT INI.. ATAU PURA2 BUAT TAK TAHU DEMI MENGEKALKAN JAWATAN PRESIDEN PAS DAN BERGELAR YB.

PAS hanya bertanding di 66 kerusi Parlimen drp 222 kerusi yg ada. So, hasilnya PAS hanya menang PAS 22 vs. 29DAP + 23PKR + 1PSM. 

jujurlah pada diri sendiri dan jujur pada anak-cucu kita, 22 kerusi PAS boleh pertahankan semua hak keistemawaan yang sedia ada? Mimpi di siang hari namanya tu..

Kalau kamu seorang Islam/Melayu, jujurlah pada diri dalam menjawab persoalan ini. Ini bukan soalan politik, ini soalan Agama Islam & Bangsa Melayu.. Wajarkah perkara yang amat mendasar ini DIPERJUDIKAN…?

PERHATIKAN, yang disentuh adalah perkara asas percaturan politik dalan pembentukkan Negara Bangsa. Bukannya aku kata Hj Hadi/Nik Aziz tak bagus.. Cuma, message yang ingin disampaikan adalah; sehebat mana pun Hj Hadi + semua pemimpin PAS, kalau tak cukup penguasaan kerusi parlimen dalam Pakatan, maka segala hak keistimewaan Islam/Melayu yang sedia ada pun bakal terhakis maka tak perlulah aku sentuh mengenai usaha PAS yang kononnya hendak melaksanakan hudud dan sebagainya kerana ianya menjadi TAK RELEVAN LANSUNG dengan jumlah penguasaan parlimen yang begitu “ciput”.

RENUNG2KANLAH SEBELUM NASI MENJADI BUBUR.. DEWASA INI, MUSUH2 UMAT ISLAM/MELAYU MENGGUNAKAN KHIDMAT UMAT ISLAM/MELAYU DIKALANGAN PIMPINAN ISLAM/MELAYU UNTUK MEMECAH-BELAHKAN UMAT ISLAM/MELAYU SUPAYA SENANG MEREKA MELAKSANAKAN AGENDA “PECAH DAN PERINTAH” ATAU “DEVIDE AND RULE” KE ATAS UMAT ISLAM MELAYU.

PEPATAH MELAYU BERKATA, “HANYA KAYU MAMPU BELAH KAYU” IAITU HANYA MELAYU MAMPU BELAH MELAYU.. 

# Chit Chat


Dulu masa aku mula-mula masuk IPT, selalu juga aku tengok kutu-kutu dok main chatting. Aku pada masa tu kurang sangat pengetahuan tentang dunia internet, aku cuma tau main games je. Oleh sebab aku tengok housemate aku, si Man dok gila isim main chatting, aku mula curious. Apa la yang indah sangat main chatting ni sampai tak mengira ke maghrib.

"Man, apa yang best main chatting ni?" tanya aku memulakan sesi bual bicara.

"Bila chatting kita leh dapat ramai member. Boleh cari awek", jawab Man dengan bangga sambil menekan-nekan papan kekunci. Bibirnya senyum nipis dan matanya fokus pada screen monitor.

"Ouh. Apsal ko cari awek time chatting?" tanya aku lagi.

"Sebab aku tak hensem. Nak ngorat kat luar kompem tak dapat", Man jawab ringkas. 

"So, awek-awek chatting ni konpem sama gak kan? Diorang tak cun, kat luar konpem takde orang nak ngorat. Pastu guna modus operandi yang sama macam ko berharap dapat pakwe hensem. Macam tu?", aku mula memanaskan isu.

Man terdiam seketika. Raut wajahnya seakan bersetuju dengan buah fikiran aku. "Tapi layan ooo main chatting ni", Man sembang taknak kalah.

"Dah berapa banyak no tipon awek ko dah dapat?", ujar aku sambil mengambil kerusi untuk duduk sebelah Man. Sesekali mataku menjeling screen monitor.

"Ramai gak awek aku chat, tapi wat masa ni haram tak dapat lagi. Aku berkenalan ngan sorang awek ni, budak KL. Dah tiga hari aku chat ngan dia. Aku tengah berusaha nak mintak no tipon ngan gambar dia.", terang Man.

"Kasi aku try plak. Ajar aku macam mana nak main chatting ni. Macam best je", bentak aku. 

Dipendekkan citer kawan aku si Man ajar buat akaun, pastu ajar cara nak memulakan dialog chat menggunakan ayat keramat iaitu ASL. Aku ingatkan ASL ni 'ASAL', sekali makna dia Age, Sex, Location. Sape punya akal ntah. Patutnya beri salam, barulah real. Masa tu main chatting kat Yahoo Messenger je. 

********



Tak sampai setengah jam, aku mula berhenti main chatting.

"Kejap ko main. Amacam, best? Ada dapat no tipon awek?", tanya Man bersemangat.

"Aku dapat dua no tipon awek. Sorang budak Penang, sorang lagi budak terengganu." aku jawab rileks.

"Perghhh... Ko mengayat macam mana masa mintak no tipon tu?", tanya Man seolah tidak berpuas hati dengan kenyataan aku.

"Mintak apa. Diaorang yang mula-mula mintak no tipon aku. Pastu baru aku mintak no tipon diaorang." 

P/S: Aku malas nak berlagak. Itu ceritanya. :P

Thursday 4 April 2013

# Trend Ibu-Ibu Zaman Millenia


Zaman dulu, selepas kaum ibu melahirkan anak, mereka bersusah payah mengasuh, menjaga, mendidik dan membuat bermacam lagi supaya anak mereka menjadi orang berguna kelak. Boleh dikatakan urusan mentadbir anak di fokus 99%. 


Pada zaman moden, kaum ibu hari ini lebih advance dari kaum ibu zaman dulu serta tanggungjawab mereka terhadap anak2 telah bertambah. Ini kerana urusan mentadbir pesbuk telah masuk dalam silibus bab kekeluargaan. Oleh itu, setiap perkembangan anak-anak akan di update di status pesbuk.

"Hari ni anak I dah pandai baca doa makan. I rasa bangga sebagai ibunya"

"Suami belikan baju Kikilala untuk anak2 hari ni. Alhamdulillah, rezeki anak2" - Sambil up gambo baju2 budak.

"Ni la susu yang di minum oleh anak saya masa dia kecik dulu. skang dia dah beso bagai johan" - Sambil up gambo botol susu.

*******

P/S: Amboi, suma mende nak kabo kat pesbuk sampai gambo botol susu pun nak tayang. Upload la skali gambo tek kau.


Yo Peace!!

# Transformasi Najib Razak Vs Reformasi Anwar Ibrahim ?

Jangan kisah siapa yang cakap apa, fikir apa, buat apa, janji anda buat apa yang anda rasa.
YB = 'Yang Berdebar', sebab:

a) Saspen sama ada dicalonkan atau tidak untuk PRU13

b) Tak tahu menang atau tidak

# Salah Arti


Tengahari tadi dalam pukul 12.03pm, ketika matahari terpacak atas kepala, bersama 2-3 ekor kucing merayau mencari rezeki di bandar Miri, aku buka pesbuk.

Port tempat kerja yang baik membolehkan aku bukak pesbuk sekali-sekala sambil buat kerja.

Tiba-tiba aku terbaca status di News Feed yang datang dari kawan lama aku, Rahman atau nama pendeknya, Man. Aku jadi berdebor.



"Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan saya. Semoga kalian mendapat rahmat Allah dan dipermudahkan segala urusan"

Hati aku berdetik;
Apa pulak sakit si Man ni? Dulu dia pernah bagitahu aku dia eksiden motor. Pastu dia demam teruk pas eksiden tu. Tapi itu 2-3 bulan lepas. Namun bila aku kira-kira balik, dekat 2 bulan juga aku tak kontek si Man ni. Ishk, takkan lah demam dia tak pulih lagi.
Aku jadi tak sedap hati.

Tanpa perlu berfikir panjang sangat, aku terus komen pada status Man.

"Man ko sakit ke?"

Status yang Man naikkan baru berusia satu jam. Jadi aku harap dia masih berada di depan pesbuk.

Aku tunggu... takde reply...

Aku tunggu lagi... takde jugak...

Tunggu lagi... pun tak ada..

Tiba-tiba ada sorang kutu lalu di belakang, aku kucar-kacir minimizekan Window pesbuk dan maximisekan Window Microsoft Office Word.

Dalam pada berpura-pura yang celaka begitu, muncul satu notification di Window pesbuk.

Ya. Notification itu datangnya dari Man. Aku telan air liur. Hati semakin berkecamuk sebab risau dan berdebar. Tik! Aku klik mouse ke status Man tadi. Aku baca tulisan Man satu demi satu:

"Semalam besday aku la. tak larat aku nak cakap terima kasih satu-satu"

Aku hempas LCD ke lantai, kibod aku karate terbelah dua. Malu ya Tuhan punya Malu.

Tuesday 2 April 2013

#Bubar Parlimen dan PRU 13


Mulai hari ini, berhentilah kita menjual tudung, jual collagen, mengepost gambar makanan, memberitahu umum bahawa kau sayang laki kau, share gambo cinta tudung-kupiah, berhenti buat apa saja.

Mulai hari ini, mulalah kita menabur fitnah.

PRU13 dah dekat.


# Aku dan Masalah Engkau


"Ko ni duk termenung je dari tadi. Ada masalah taknak citer kat aku ke? Kita dah lama berkawan tau."

"Ermm...susah nak cakap. Masalah, masalah."

"Masalah pe? Masalah ngan awek? Kamon bro, kalau asyik gaduh cari je yang lain. Bersepah lagi kat luar sana nun. Settle"

"Bukan masalah awek la..."

"Dah tu, masalah keje? Tak cukup ke duit gaji ko tu. Kalau ko takde duit, pinjam la duit aku. Tak payah segan-segan"

"Duit aku cukup. Ni masalah lain..."

"Kalau masalah makwe bukan, masalah duit bukan, ni mesti masalah familykan?"

"Tak juga. Entah la bro. Pening pala aku ni dok pikir."

"Kalau semua bukan, apa masalah ko ni? Ko jangan nak cakap masalah ko ialah ko takde masalah. Aku terajang kang!"

"Hmm... Masalahnya 'problem'..."

Krik Krik Krik Krik (sound Effect cengkerik)

"Hmmm..."

Aku terus berlalu tanpa berkata apa-apa..kerana kalau terus menerus dilayan pasti ada yang makan selipar jap lagi..

#Aku, Oblong, Belia dan Burung



Di suatu malam waktu memuda dulu, aku membuat keputusan untuk pulang dari tempat kerja. Selepas mengemas barang, aku menghidupkan enjin kereta lalu memandu dengan tenang di atas permukaan jalan yang lembab gara-gara hujan sejak Maghrib. Di dalam pemanduan aku berfikir tentang bagaimana seluar dalam Crocodile milik Amirul boleh dicuci di rumah makwenya.

Setelah memandu kira-kira 8 kilometer, aku sudah memasuki satu kawasan kampung dan bersedia untuk membelok ke simpang perumahan tempat tinggalku. Sebaik memasuki simpang, aku singgah di sebuah kedai makan yang berasaskan burger. 

Aku memberhentikan kereta lalu turun.

"Assalamualaikum, bro," aku beri salam sambil berjalan mantap, "Oblong kambing cheese satu"


"Waalaikumsalam. Beres!" kata brader burger yang sedang asyik membalik-balikkan burger daging. Sesekali ditikam-tikamnya burger daging itu.

Sementara menunggu burger aku siap, aku duduk di sebuah meja kosong. Sesekali aku menjeling kaca televisyen di situ yang memainkan drama pejabat serupa bangang.

Tak jauh dari meja aku ada beberapa kutu gaya abang-abang duk lepak. Mereka berborak dengan tekun. Kadang-kadang dahi berkerut, kadang-kadang geleng kepala. 

Ada sorang siap melambai tangan seolah-olah sedang berpidato. Aku dapat rasakan borak mereka bukan borak kosong, bukan main-main punya borak.

Aku cuba pasang telinga. Aku cuba dengar sikit-sikit walaupun kadang-kadang biji butirnya tak berapa jelas. 

Akhirnya sah, mereka bukan borak kosong.

******

Aku berasa terharu, ada lagi rupanya belia sekarang yang masih minat borak pasal burung. Nampaknya belia kita ni masih ada harapan. Mereka berada di landasan yang betul.



#Pokok Limau Dalam Perut


Dulu masa aku kecik, ada sekali aku melantak limau mandarin tak ingat dunia. Satu karton aku mampu bedal setengah. Pastu nenek aku tegur;

"Kamu makan limau leklok, kang tertelan biji limau susah nanti".

"Kalau tertelan biji limau jadi apa nek?", tanya aku yang mula curious.

"Kalau tertelan biji, nanti takut pokok limau tumbuh dalam perut"

Perghhhhhhh...


******

Satu malam la aku tak boleh tido mengenangkan bala yang bakal menimpa perut aku kelak. 2-3 bijik aku tertelan kot. Peh