Bukan Gambar Sebenar |
Orang kata, makwe-makwe sukakan lelaki yang pandai melayan karenah budak-budak.
*****
Suatu ketika pada musim cuti sekolah tahun lalu, aku ditugaskan untuk membawa adik sepupu aku dari Kedah untuk mencari buku bertajuk Kisah Nabi-Nabi di kedai buku. Menurut emaknya, anaknya nak buku tu untuk tujuan kerja sekolah, maka dia mintak pertolongan dari aku yang sememangnya rajin ke kedai buku tapi hakikatnya malas membaca. Untuk pengetahuan korang, adik sepupu aku ni baru umur 6 tahun, Izzati namanya. Dia ni gemar membaca selain pandai menyelongkar rak komik aku.
Dipendekkan cerita, aku bawak Izzati pergi ke sebuah kedai buku dalam sebuah shopping complex yang terkemuka. Sampai di sana, aku dan Izzati mencari kedudukan rak buku cerita kanak-kanak. Terdapat seorang makwe yang aku suspek staf situ sedang tenang menyusun buku. Makwe tu perasan kehadiran aku lalu melemparkan senyuman yang manis tapi aku maintain cool.
Setelah beberapa ketika aku duk belek-belek buku kat area rak cerita kanak-kanak, aku frust. Takde buku Kisah Nabi-Nabi. Habis semua sudut cerita kanak-kanak aku selongkar. Cari punya cari takde jugak. Yang aku jumpa cuma buku Sang Kancil dan Majalah Upin-Ipin. Jauh benar lari tajuknya.
Aku berpusing ke sudut yang nampak Islamik sikit. Izzati cuma follow dari belakang. Ya, terdapat pelbagai buku bercorak keagamaan peringkat sekolah rendah di sudut ini, macam buku Mari Mengenal Huruf Jawi, Mari Belajar Tajwid, Doa Harian dan paling menghairankan terdapat juga buku bertajuk Cara-Cara Mandi Wajib. Peh, aku dulu belajar cuma pakai sehelai kertas je. Yang ni punya buku adalah sikit punya tebal.
"Takde jugakla Izzati...", aku mengeluh.
"Cuba abang tanya kat kakak tu, mesti dia tau", Izzati cuba melontarkan cadangan untuk mengatasi masalah ni.
Aku memandang makwe yang dilabel sebagai 'kakak' oleh Izzati tadi. 'Kakak' ni lah yang senyum masa aku dan Izzati sampai tadi.
"Takpe. Tak payah tanya. Kita cari dulu sampai jumpa", aku beri kata putus.
Kami meneruskan pencarian buku Kisah Nabi-Nabi ke setiap rak buku. Setelah ke hulu ke hilir dan meninjau beberapa rak buku, aku tetap hampa.
"Abang tanya la kakak tu. Dia mesti tau punye". Izzati mengulang balik cadangan yang sudah aku rejek sebentar tadi.
"Tak payah. abang rasa kita boleh cari sendiri". Aku masih teguh dengan pendirian supaya jangan cepat bertanya. Orang cepat bertanya hal senang-senang ni sikap dia berat ke bergantung pada orang. Lain lah kalau di alam maya, ada Google tempat untuk bertanya.
Izzati tetap follow aku dari satu rak ke satu rak yang lain. Dari rak English Section, bawa ke rak Buku-Buku Ujian UPSR. Tak jumpa juga, aku tawaf pula ke rak novel-novel. Manalah tau ada buku Kisah Nabi-Nabi terselit di celah-celah novel Setia Hujung Anjing. Namun macam sebelum-sebelum ni juga, serupa anjing! Buku yilek, tarak.
Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Maknanya aku dan Izzati dah menghabiskan masa selama 30 minit dengan kerja sia-sia.
"Abang....", panggil Izzati yang aku nampak ada ciri-ciri fedap.
"Apa dia? Ada jumpa ke?", balas aku.
"Tanya la kakak tu kan senang. Dia mesti tahu", Izzati masih berkeras mengambil jalan pintas.
Aku tarik nafas dalam-dalam. Otak aku cuba berfikir samada perlu ikut cadangan Izzati atau ikut saja cara aku. Macam-macam yang aku fikir yang akhirnya membawa kepada penyelesaian seperti di bawah:
"Jom kita ke pergi tempat lainlah. Kedai buku kat sini ada satu je. Kat KLCC pun ada kedai buku".
Izzati buat mulut muncung. Mungkin dia tak puas hati sebab aku tak nak bertanya pada staf kat situ. Mungkin dia fikir, "Kalau tanya kan senang? Kan boleh jumpa? Kan tak penat cari merata?". Ya, nampak mudah bagi Izzati. Pada aku ia tidak semudah itu. Bertanya itu bukan perkara mudah malah aku ada prinsip.
Dalam kereta, Izzati tanya aku lagi:
"Kenapa abang tak nak tanya kakak tu?"
Glup, Aku telan air liur dalam-dalam. Aku tahu, jawapan aku selepas ni akan mengundang persoalan yang lebih besar dan merumitkan. Namun aku kena berani hadapi setiap situasi. Jangan cuba ringankan akal budak-budak dengan jawapan tipu atau tidak jujur. Berbekalkan kepercayaan itu, aku lancar menyambung:
"Sebab kakak tadi tu orang Cina".
"Kenapa kita tak boleh tanya buku nabi-nabi pada orang Cina?"
Yes! Kan dah makin rumit sekarang.
No comments:
Post a Comment