(a) Sebaik mungkin cuba nyatakan FAKTA YANG BOLEH DIRUJUK KESAHIHANNYA.
 Contohnya kalau dapat figura kos pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan yang
 kononnya lebih 'murah' dari yang dibelanjakan, nyatakan bagaimana 
figura tersebut dicerna. Kalau tidak, saya anggap figura itu hanyalah 
rekaan atau andaian semata-mata. Budak tadika pun kalau tanya kos bina 
KLCC, mereka mungkin akan kata RM10 sahaja.
(b) Jangan memaki hamun menyamakan pihak lawan dengan haiwan. Contoh 
ayat baik: "Nik Aziz menjilat pinggannya kerana nasi dagang yang 
dimakannya sedap hingga menjilat pinggan". Contoh ayat tak baik: "Nik 
Aziz menjilat pinggannya seperti anjing yang dah tak makan 10 hari".
(c) Jangan mengirim sesuatu kerana anda cuba lari dari masalah atau 
kerana bergaduh dengan balaks atau aweks anda. Contohnya, hanya sebab 
kita tak ada kerja kerana memilih kerja tahap gaban, kita lepas geram 
dengan menyalahkan UMNO. Atau kerana tak dapat projek Kerajaan di 
sebabkan unjuran yang kurang teguh. Atau hanya kerana bekas pasangan 
kita menyokong Parti A, kita menyokong parti B. Macam Norman Hakim dan 
Abby Abadi.
(d) Jangan terlalu serius bila mengirim posting. 
Ingatlah, serius itu tidak disukai The Joker dalam filem The Dark 
Knight. Cuba pendekatan sinikal atau sarkastik kerana ia selalunya lebih
 efektif.
(e) Foto ini tak ada kena mengena dengan posting ini.
 Sekadar meletakkannya kerana kesian sebab roket tumbang sebelum dapat 
sampai ke bulan (2013)


No comments:
Post a Comment