Showing posts with label 18 sx. Show all posts
Showing posts with label 18 sx. Show all posts

Sunday, 29 September 2013

Pasak??


Kes histeria ni memang standard berlaku kat sekolah asrama. Kadang-kadang deme bukan histeria betul-betul pun, saja gatai buat-buat.

Dulu masa aku mula-mula masuk sekolah asrama, aku ngan beberapa kutu lain ada perasan dalam dorm kitaorang tu ada 4 pasak yang di pasang kat setiap penjuru dorm. Menurut senior aku, pasak tu bertujuan untuk pagarkan dorm, tak nak bagi makhluk halus masuk. Memang asrama sekolah aku ni dulu pernah jadi habitat macam-macam spesis jin.

Walaupun begitu, pagar yang dipasang ni ada pantang larang dia. Siapa yang melakukan dua perkara ini, pagar akan hilang power dan bocor. Ini bermakna makhluk halus boleh tembus masuk.

Nak jadikan cerita ada sekali asrama perempuan ada kes histeria. Mula-mula sorang je histeria, pastu histeria tu boleh berjangkit-jangkit sampai 3-4 orang histeria.

Aku ngan beberapa kutu lain dah start geleng kepala. Itu tandanya pagar asrama perempuan dah bocor. Kompem ni diaorang ada langgar salah satu daripada dua pantang larang yang senior aku pernah bagitahu.

Agak mustahil kalau budak perempuan sekolah aku nak main spirit of the coin. Kalau masturbasi kitaorang rasa masuk akal. Hmm....

Tuesday, 27 August 2013

#Sendri Kasi Henggat


"Awak, saya nak cakap sesuatu ni. Dah lama saya pendam perkara ni." kata pakwe sambil berkerut dahi.

"Hal apa sayang?", tanya makwe.

"Awak, saya nak bagitahu yang kita sudah tak serasi. Saya minta maaf..." kata pakwe sambil memandang langit.

"Tak serasi apa bendanya? Tiap minggu awak ajak saya masuk rumah sewa awak?" ujar makwe yang air matanya mula bergelinangan.

"Biasalah, darah muda... darah nak mencuba..." balas pakwe yakin.

"Habis, saya dah tak ada apa dah sekarang... Macam mana?" suara makwe mula tersekat-sekat sayu.

"Nanti awak cakaplah dekat bakal suami awak tu... Kalau cinta awak, kena terima awak seadanya. Meskipun awak dah tak ada dara..." balas pakwe.

"Awak ni... Awak ni babi!" seraya makwe menampar sedas ke muka pakwe.

p/s: sindri mo henggat la dey..sedap sama-sama frust sorang..hamikk

Wednesday, 26 June 2013

# 786 Stall

Mamak Teh Tarik satu..

Tadi aku lepak makan di kedai mamak ngan sorang kawan. Agak ramai hamba pada ketika itu dan aku tak peduli kerana mereka hanyalah hamba. Hamba wang pada zahirnya pun.

Aku dan kawan aku bersembang dari topik bisness hinggalah ke topik kenapa bebudak skang suka amik gambar jerebu padahal gambar yang diambil tak ubah macam amik gambar sehelai kertas putih.

Setelah agak lama menyembang, aku rasa lenguh-lenguh badan. Aku membetulkan posisi badan. Kemudian aku mengangkat kedua-dua tangan ke atas seraya menolak ke belakang bagi merenggangkan otot.

Masa terangkat tu, tangan aku terlanggar benda kat belakang aku dan rasa dia macam gebu-gebu, pejal-pejal sikit.

Aku toleh ke belakang ada makwe dan pipi dia merah-merah pink dah.

Dalam hal macam ni, aku tak tahu adakah ini rezeki dari Tuhan atau makwe tu memang dari tadi condong ke belakang kepala aku?

Tuesday, 26 March 2013

Kisah Seorang Pemuda Dan Stokin


Semalam balik dari kerja, aku rasa dahaga sangat. Tetiba aku rasa macam kempunan nak minum air sejuk. Aku duk cari kedai runcit yang buka tapi kebanyakkan dah tutup. "Awal betul diaorang tutup, jam baru 9.30 malam" bentak aku dalam hati. Akhirnya aku singgah ke kedai Seven Eleven.

"Ting tong", bunyi ding dong bell menyambut kedatangan aku di muka pintu masuk Seven Eleven. Aku melangkah ke dalam kedai Seven Eleven sambil mata melirik ke arah makwe bertudung hitam di kaunter. Muka dia masam. Aku suspek dia bengang dengan bos sebab cuti dia dibekukan. Di dalam Seven Eleven ketika itu, selain makwe kaunter bertudung hitam yang bermuka masam, hanya ada aku dan seorang brader Melayu.

Brader ni mundar-mandir depan kaunter dengan sebelah tangan berisi makanan ringan, sebelah tangan lagi pegang botol mineral. Riak wajah menunjukkan beliau masih mencari barang lain yang hendak dibeli tapi tak jumpa. Aku perhatikan umur brader ni macam 30an. Cara berpakaian agak skema dengan seluar slack hitam pergi kerja bersama baju kemeja kain licin. Ilmu firasat aku memberitahu, beliau tak pernah ponteng kelas masa sekolah rendah atau kena tulis nama dengan pengawas. Hatta kantoi spot check lepas perhimpunan pun kompem beliau tak pernah. Aura akademik makam tinggi yang memenuhi ruang Seven Eleven juga menakutkan lagi hujah aku. Kerana pastinya aura tersebut milik brader seluar slack hitam, bukan milik aku. Makwe kaunter pun bukan.

Aku menuju ke peti ais di hujung belakang kedai yang lokasinya tak berapa jauh dari kaunter. Terdapat bermacam jenis air di situ dan harganya amatlah mengalahkan ketamakkan syaitan. Sedang aku melihat dan memilih air botol, aku terdengar makwe kaunter berkata sesuatu pada brader sebentar tadi yang sudah tercegat di depan kaunter.

“Kami takde jual stoking bang,” amat jelas aku dengar kenyataan makwe kaunter.

Aku yang cepat curious, memiliki daya refleksi tinggi serta berperwatakan hensem memasang telinga sambil mata curi-curi tengok. Pelik juga aku bila ada orang nak beli stoking dalam Seven Eleven. Ini memang rare!

“Belakang awak tu bukan stoking?” Dalam dengar tak dengar, aku tangkap butir-butir pertuturan brader akademik berseluar slack hitam kepada makwe kaunter.

Deria pendengaran saja belum cukup memberi maklumat lengkap. Aku terpaksa mendapatkan sokongan dari deria penglihatan. Aku toleh pandang sorok-sorok.

“Yang mana satu stokingnya bang?” makwe kaunter pusing belakang meminta kepastian benda apakah yang disifatkan sebagai stoking oleh brader berkenaan.

“Hah! Dalam kotak hijau tu. Stokinglah tu. Bagi satu!” Kerek saja arahan beliau pada makwe kaunter.

******

Selesai brader tersebut berurusan, dia pun blah gitu je. Kini giliran aku plak berdiri depan kaunter. Dalam tangan dah genggam kemas botol ais lemon tea. Aku cuba bersikap tenang seperti tiada apa yang berlaku. Tiada perbualan antara kami. Masing-masing bersikap professional. Lepas bayar aku blah.

***********************

Nota Kaki:

Woi, brader! Benda dalam kotak hijau tu nama dia KONDOM lah. KONDOM! Bukan stoking bai. Stoking tu pakai kat kepala kaki, K.E.P.A.L.A. K.A.K.I. faham? Ko punya berkias macam lahanat punya misleading! Siapa ajar ni? Jenis takde agak-agak langsung!

Saturday, 9 March 2013

Tiada Logika


"Putus? Awak nak hubungan kita selama 8 tahun ni putus begitu saja", kata Azroy dengan dahi yang berkerut.

"Ya, saya nak kita putus hubungan!", Alin balas lancar.

"Tapi, tapi kenapa? Saya tak pernah sakitkan hati awak. Hari-hari saya reply sms awak. Status pesbuk awak pun selalu saya Like", balas Azroy lagi.

"Ya, saya tau. Awak memang baik dengan saya", Alin jawab perlahan.

"So, apa lagi yang awak tak puas hati ngan saya? Segala wang ringgit dan masa saya habiskan untuk awak, ini balasan awak pada saya?" seraya Azroy menyepak tiang lampu dengan keting kakinya tanpa sebarang keluhan. Sungguhpun begitu, sakit di dalam siapa yang tahu.

Alin yang melihat telatah Azroy yang agak kebudak-budakkan kemudian menyambung perlahan, "Ya, saya rasa kita patut putus skang."

Azroy terpaku, diam membisu tak terkata apa-apa. Matanya berkaca.

"Tapi kenapa ye awak? Kenapa tiba-tiba je? Saya betul-betul tak faham dengan awak. Kenapa sekarang? Why?"

"Awak, kadang-kadang apa yang berlaku dalam hidup kita ni memang tak lojik dan tak masuk akal. Tapi itulah kenyataannya," Alin berkata tapi bukan penjelasan.

"Baik, saya terima keputusan awak. Mungkin ada hikmahnya. Cuma saya keliru..." hidung Azroy mula berhingus. Sesekali dia menyedut dalam-dalam.

"OK, saya nak dengar alasan awak. Alasan yang keluar dari mulut awak sendiri. Kenapa kita perlu putus macam ni? Awak dah ada orang lain ye?" Azroy mendesak.

"Tak, saya takde orang lain" Alin jawab ringkas.

"Habis tu?", Azroy masih tidak berpuas hati.

Alin diam. Kepalanya mendongak memandang ke langit. Dia mengambil nafas panjang kemudian menunduk dan terus memandang tepat ke wajah Azroy.

"Konek awak kecik," Alin terus berlalu pergi dan hilang dari pandangan.