Showing posts with label Childhood Story. Show all posts
Showing posts with label Childhood Story. Show all posts

Monday, 20 October 2014

# Hanjing 2


Masa aku sekolah rendah dulu, pernah sekali aku jalan kaki pulang dari sekolah ikut jalan pintas. Masa lalu lorong belakang kedai yang sunyi, aku terdengar beberapa dengusan dari arah belakang aku.

Aku toleh ke belakang. Rupanya aku dikepung oleh sekumpulan 5 ekor anjing liar.

Aku tenung satu persatu wajah anjing itu. Aku tengok dalam-dalam mata anjing itu. Aku cuba camkan dan kenalpasti yang mana satu ketua dalam geng diorang.

Lepas kenalpasti yang mana ketua, aku tenung mata dia pulak. Kemudian sambil tenung mata si ketua tadi, aku tunjuk ke arah mana anjing tu datang dan aku jerit mantap, "Pergi...!!!"

Aku berpaling dan teruskan perjalanan. Lepas dua tiga langkah, aku toleh belakang semula. Anjing tu semua blah kendian patah balik ke arah aku tunjukan tadi.

Bila sampai rumah, aku bagitahu kat mak bapak aku yang aku pemberani. Mak bapak aku rasa bangga.

Sekian saja flashback memori saya.

P/S: Tuhan saja yang tahu masa tu kaki aku macam agar-agar.

Sunday, 19 October 2014

# Bendera

focus..focus
Masa sekolah rendah dulu time perhimpunan, tugas untuk menaikkan Jalur Gemilang tatkala lagu Negaraku dinyanyikan adalah antara tugas yang mendebarkan para pengawas.

Waktu nyanyian tu, semua mata pelajar tertumpu pada bendera yang sedang ditarik.

Kalau bendera dah sampai dulu ke puncak tiang sebelum lagu habis, ia boleh mendatangkan malu besar.

Tapi kalau timing lagu dengan bendera cun, ngam-ngam serentak, dia punya kerek boleh bertahan sampai perhimpunan lagi satu.

Wednesday, 15 October 2014

# Burung


Dulu, ada burung layang-layang terbang masuk bilik aku. Lepas tu sayap dia terputus sebab kena kipas siling. Sebab kesian, aku cantum balik sayap dengan badan dia, kemudian aku balut guna selotape.

Aku bubuh dekat dengan tingkap supaya dia boleh terbang keluar.

Bila pikir-pikir balik, boleh tahan bangang gak aku rupanya time kecik-kecik.

Saturday, 22 February 2014

# Dulu Vs La Ni

Cuma Hiasan (itu bukan aku)
Zaman dulu banyak mende yang takde. Antaranya smartphone, Astro, Youtube, Facebook, Twitter, Instagram dan macam-macam lagi. Walaupun begitu, takde macam-macam bukanlah bermakna kami tidak merdeka dan gembira.

Zaman dulu, belah pagi kami ke sekolah, ke makmal, ke bengkel. Belah petang kami pergi prep, ke padang. Belah malam, kami ke surau, ke prep malam. Dan sebahagian besar prep malam, kami habiskan masa untuk mengarang surat-surat cinta, demi jiwa yang merdeka dan rasa yang gembira.

Zaman dulu tiada apalah yang menggembirakan hati kami selain daripada mengutus surat cinta dan menerima surat cinta.

Isnin, terima surat cinta dari makwe di Sekolah Tun Fatimah. 
Selasa, terima surat cinta dari makwe di Kolej Islam Sultan Alam Shah. 
Rabu, terima surat cinta dari makwe di Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya. 
Khamis, terima surat cinta dari makwe di Sekolah Seri Puteri. 
Jumaat, terima surat cinta dari makwe di Kolej Tunku Kurshiah
Sabtu, terima surat cinta dari makwe di MRSM. 
Ahad, tak terima apa-apa surat sebab posmen cuti.

Ini tak termasuk surat-surat cinta domestik yang harus kami balas saban malam.
______________________________________________

Ke hadapan Liyana,

Apa khabar? Diharapkan Liyana sihat walafiat hendaknya.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu bahawa sayalah lelaki hensem yang duduk di meja Liyana semasa pertukaran kelas untuk matapelajaran English. Dan saya jugalah yang telah menulis ayat “Pen merah pen biru, You marah I Love You” di atas buku latihan Liyana.

Saya tak ada niat langsung nak conteng buku latihan Liyana sebenarnya. Saya ingatkan yang saya conteng itu buku latihan saya, rupa-rupanya bukan.

Saya minta maaf! Saya sungguh menyesal.

Sebagai menebus kesalahan, saya ingin belanja Liyana makan nasi ayam di Taman Tasik Taiping pada hari sabtu ini, selepas saya selesai perjumpaan kelab.

Kalau padi katakan padi, Tidak saya tertampi-tampi; Kalau sudi katakan sudi, Tidak saya ternanti-nanti.

Sekian, terima kasih.

Yang benar, Amirul 1 Zuhrah
________________________________________________

P/S: Zaman dulu juga takde 'emoticon'

Monday, 3 February 2014

# C.U.T


Klasik 90an

Tahun itu Ariff baru berkhatan. Sakit memang sakit, tapi Pak Kassim kata, kalau tak khatan tak boleh kahwin. Ariff tekad. Gatal nak kahwin boleh mengatasi sakit. Power bukan?

Kebiasaannya Ariff akan lepak depan televisyen di ruang tamu dengan kain pelikat berikat ke atas siling. Macam khemah pengakap. Kalau orang datang menjenguk, memang diorang akan jenguk lah jugak dekat dalam tu. Lepas tu bagi salam kaut dekat Ariff.

Dah jenguk. Gelak-gelak, bagi duit.

Dah jenguk. Gelak-gelak, bagi duit.

Hal begini buat Ariff rasa bengang sebab merasakan dirinya seperti perempuan kaberet.

Masa itu, televisyen tiada remote lagi. Ariff tak boleh bergerak sesuka hati, nanti bentan. Makcik Midah yang kata. Macamlah dia ada pengalaman berkhatan. Jadi, makcik Midah lah jadi remotenya. Petik butang di televisyen untuk Ariff.

Ada satu malam tu rancangan Baywatch tengah sedap main dekat televisyen.

Ariff ketip bibir masa menonton. Matanya mula bergenang.

*****

"Mak, tukar channel. Orang sakittttt!!!"

Monday, 13 January 2014

# Pertemuan


Ketika sedang aku mengelamun sambil tunggu flight untuk pulang ke Malaysia, teringat aku satu kesah pertemuan daku dengan seroang insan yang banyak memberi impak dalam rona-rona hidupku, cerita begini.

Hari itu adalah hari pertama pendaftaran masuk ke kelas. Aku ditetapkan masuk ke kelas 4 Kerjasama. Cikgu Rahim guru kelasnya. Berkarakter sempoi dan sporting. Kadang-kadang beliau suka curi-curi merokok tepi bangunan sekolah, bersebelahan dengan signboard zon larangan merokok. Memang mantap.

"Darjah 3 tahun lepas dapat nombor berapa?" Tanya Cikgu Rahim kepada aku yang masih belum bersunat ketika itu.

"Lapan...." Aku menjawab gugup.

Cikgu Rahim meletakkan aku di posisi meja nombor 38. Jangan-jangan Cikgu Rahim sangka aku bergurau atau dia tersalah dengar.

Sistem pembahagian posisi di sekolah aku ini berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun yang lepas. Atas kesilapan teknikal, aku diletakkan di meja yang paling bengap a.k.a King of Bengap di dalam kumpulan bengap iaitu Kumpulan F. Yang paling handal diletakkan di meja pertama di tepi pintu diikuti kedua handal, ketiga handal dan seterusnya sampai ke semi bengap dan ultra bengap.

Kesan daripada dasar meritokrasi ini menyebabkan aku tidak senang duduk. Tak elok kanak-kanak terdedah kepada 'stress'. Cikgu-cikgu yang masuk ke kelas akan aim aku tanpa berlapik. Senyum cikgu-cikgu itu ke arah kumpulan F pula tampak tidak semesra senyuman ke arah kumpulan A. Dan yang paling tak ngam, makwe-makwe kelas lain yang lalu-lalang memandang aku macam tak pandai sifir 3.

Rata-rata yang duduk di kumpulan A dan sedikit B, tidak putih bajunya. Mana yang laki-laki, segak dengan rambut sikat tepi dan perempuannya sudah haid, barangkali. Wajah mereka berseri-seri dengan bedak mewangi dan seragam yang jenamanya hanya dijual di bandar besar. Kasut mereka pula canggih tanpa tali.

Masing-masing kelihatannya berjawatan. Tidak kira di kelas, di pusat sumber, kantin, laluan berjalan dan melompat mahupun di pintu pagar sekolah. Kebanyakkan anak cikgu, anak pegawai, anak kadi daerah, anak PPD dan hanya satu dua anak pembantu tadbir rendah serta anak orang lembaga letrik. Bertuah ibubapanya.

Yang comot-comot, yang pipi bersepah dengan minyak sebab makan mee goreng, yang pakai kasut tapak hijau, yang pakai stoking tak brape fit, yang pakai baju abang, yang hingus kesat pada baju dan yang bawa komik Mutiara Naga pergi sekolah majoritinya di kumpulan E dan F. Kumpulan aku.

Di sinilah bermulanya perkenalan aku dengan Amirul yang claim belakang rumah dia ada beruang koala.

Tanpa sambungan...

Sunday, 8 December 2013

# Ditikam


Tahun 90an

Masa cuti panjang, aku lepak kat kampung teman tok ngan opah aku. Suatu hari aku rasa macam nak pergi kedai beli makanan. Disebabkan duit poket tinggal 20 sen, aku pecut berjalan kaki dari rumah tok aku ke kedai runcit kampung situ. Adalah lebih kurang 500 meter jaraknya. Jadi tak perlulah aku nak tahan teksi. Lagipun baru darjah dua, tak manis juga kalau aku naik teksi sendiri-sendiri.

Sepanjang menapak - fikiran aku runsing. Puas aku fikir benda apa nak beli kat kedai runcit tu nanti. Sekejap-sekejap keluar bayangan cekelat Hacks, sekejap-sekejap kang gula-gula kapas, sesekali menjelma jeruk sengkuang di dalam balang air warna kuning. Mamee pun banyak kali juga aku terbayang. Tekak aku makin tak tenteram. Aku genggam erat duit syiling 20 sen di tangan.

Kedai runcit sudah semakin hampir. Dari jauh aku dah nampak pakcik kedai tu tersenyum lebar. Bila aku melangkah ke dalam kedai runcit tu, aku tercari-cari Cikedis apa yang kena dengan selera aku. Lepas satu-satu aku belek. Nasib baik pakcik kedai tu sporting tak tanya macam-macam.

Nak dijadikan cerita, aku terpandang satu gambar menarik di dalam plastik besar berisi kuaci cap bunga. Ada gambar kereta control, gambar basikal, gambar jam tangan dan macam-macam lagi. Aku jadi tak keruan.

"Hah, beli kuaci tu untung-untung boleh dapat mini kompo." Tegur pakcik kedai tersengih-sengih.

Dengar saja kata-kata pakcik kedai tu, aku makin menaik darah. Aku terus sambar kuaci satu bungkus. Aku hulur 10sen kepada pakcik kedai tu dan aku gigit buka kuaci tu sepantas mungkin. Kuaci di dalam tu habis aku curah ke dalam longkang. Aku ambil sekeping kad yang tertinggal di dalam plastik bungkusan kuaci tu. Pada kad itu tertulis;

'TERIMA KASIH'


"Kalau dia tulis terima kasih, maknanya tak dapat apa-apa laa...." Tegur pakcik kedai tersengih-sengih lagi sambil belah kelapa untuk diparut.

Baru darjah dua aku dah rasa macam pantang dicabar. Aku angkat lagi satu bungkus kuaci. Kali ni aku pilih-pilih sambil baca-baca sikit. Bismillah saja yang bunyi Arab.

Seperti tadi, aku gigit ganas plastik kuaci. Berterabur kuaci aku simbah ke dalam longkang. Kad di dalam plastik kuaci tu aku sengaja tak terbalikkan lagi. Sengaja aku nak kasi surprise. Aku syak kali ni ada untung.

"Hah, dapat? Dia tulis apa?" Tanya pakcik kedai dengan suara yang agak tinggi hendak mengalahkan bunyi mesin parut kelapa.

Aku pusing kad.

'TERIMA KASIH'

*****

Aku berjalan kaki pulang ke rumah dengan tekak rasa macam nak makan Cikedis.

Monday, 18 November 2013

# Soper NaturaL


Sekitar tahun 90an - Aku darjah empat.

Cikgu Rahim pergi mesyuarat. Dalam kelas, Amirul buka cerita kat kutu-kutu sedarjah, mendakwa beliau sedang tekun belajar ilmu batin dan ilmu melawan rasukan syaitan.

Dalam ramai-ramai kutu yang mendengar, Ariff dah termakan umpan. Memang Ariff ada berangan nak ada ilmu batin macam Barry Prima masa tengok filem Jaka Sembung. Ilmu batin Barry Prima amat tinggi. Beliau boleh lawan kuasa jahat dan beliau juga rajin bertapa di kaki gunung.

Ini peluang tak boleh kasi lepas.

"Aku nak belajar juga!" Ariff beriya-iya.

"Aku belajar style batin je beb. Baca kitab. Semua ilmu tok guru dan masuk dalam kitab. Kalau ko belajar ko boleh ubatkan orang kena rasuk hantu raya." Amirul hasut Ariff bertubi-tubi.

"Mana kitab tu? Bak sini aku nak baca!" Ariff jadi serius tak tentu hala.

Amirul keluarkan sekeping kitab dari meja dia.

"Ko habiskan sekeping ni dulu. Ni kitab jilid satu. Dia ajar ko macam mana nak ubat orang kena hantu raya."

"Aku nak yang boleh ghaib sekali" Ariff demand lain pula.

"Itu kitab jilid dua. Nanti aku bagi kemudian. Aku sekarang dah capai tahap boleh tunggang harimau malam-malam beb! Malam ni aku nak try praktis. Aku nak tunggang harimau pergi supermarket beli PlayDoh. Kat kedai biasa tak jual tu..." Amirul bercakap gaya orang penuh ilmu di dada.

Ariff jadi teruja dan taksub sampai tak boleh kawal. Kutu-kutu lain semua geleng kepala hendak percaya ke tidak cerita Amirul itu.

******

Sejak hari tu, Ariff dan Amirul jadi begitu akrab. Hari-hari sembang hal tangkap hantu, hal tunggang harimau dan tak lupa juga hal masuk ke alam bunian. Mereka jadi takbur tak nak share ilmu dengan rakan-rakan sedarjah. Nak pinjam kitab pun kedekut, kononnya taknak orang lain salah guna ilmu batin yang telah diaorang kuasai.

******

Beberapa tahun kemudian, aku dah mula mengenali internet, rumah pun dah ada Astro. Bangsat gila bila aku kenang cerita di atas.

Setakat berguru dengan buku cerita Tamar Jalis, budak darjah satu pun boleh jadi biadap kalau baca.

Thursday, 14 November 2013

# Jumaat


Masa aku kecik-kecik dulu, hari Jumaat ni boleh dikatakan hari paling stailo sebab boleh pergi masjid bersembang duduk bersandar dengan kawan-kawan sambil pekena pisang berangan.

Pergi sembahyang Jumaat ni pun boleh kira macam pergi main guli juga la dia punya seronok. Masa sembahyang boleh tarik kain member sampai terlondeh, siku budak-budak yang umur lagi muda sampai menangis, main mercun, sorok selipar kawan tak pun tukar pasangan selipar dia, jerit "Amiiiinnn!" sampai nak tercabut anak tekak padahal ambik air sembahyang pun tidak dan bila pak imam sampai ke tahiyyat akhir, aku cepat-cepat duduk tahiyyat bersama makmum yang bersembahyang macam takde apa-apa hal yang berlaku.

Perghh!!

Masa masa macam tu kalau aku kenang balik memang boleh buat mata bergenang.

Tuesday, 24 September 2013

Kalimah Allah


Ok aku rasa agak lama kot aku tak mengarut kat sini, tuntutan kerja yang semakin hari semakin memalaskan aku, ok serius aku tak ada idea nak up kat sini cuma sambil melihat laut dan langit, teringat aku kesah zaman kekanak dolu.

Dulu masa aku kecik-kecik, habis saja sekolah rendah sesi pagi, sebelah petang pula aku pergi mengaji kat sekolah agama rakyat. Aku pergi mengaji dengan beskal.

Sampai saja bangunan sekolah, aku parking beskal bawah tangga. Kemudian aku akan tandakan Alif Lam Lam Ha dengan buat isyarat menulis pakai jari.

Tapi tu la, kadang-kadang beskal aku hilang jugak. Memang jenis tak takut Tuhan deme ni.

Thursday, 1 August 2013

# Malam Jumaat


Dulu masa aku duduk kat sekolah asrama, malam Jumaat begini boleh dikatakan malam yang agak menyeramkan. Budak dorm aku yang seramai 18 orang boleh dikatakan cuma 14 orang je pernah kena ganggu dek mahkluk halus. Baki termasuk aku tak pernah kena ganggu lagi. Jauh disudut hati, aku teringin juga nak tengok mende-mende gini. Sebelum ni asyik dengar cakap-cakap orang je pasal citer hantu.

Nak dijadikan cerita, pada suatu malam aku tengah baring atas katil empuk aku. Katil aku katil atas. Maka, tak pernah lagi bebudak berani nak panjat katil aku. Masa tu dah hampir tengah malam. Lampu semua dah tutup.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi aneh;

Ta... ta... ta... ta... ta...!!!

Bunyi tu sekejap perlahan temponya, kemudian laju dan kemudian perlahan balik temponya. Aku baring diam-diam. Nak kata mahkluk halus, tak ada pula bulu roma aku meremang tak tentu hala.

Ta... ta... ta... ta... ta...!!!

Lama juga berlaku bunyian aneh tu. Aku masih mengamati bunyi itu dengan tenang. Aku cari di mana puncanya. Sekali imbas macam bunyi almari. Tak mungkin hantu almari.

Ta... ta... ta... ta... ta...!!!

Ok, baiklah. Aku malas nak cerita panjang penuh misteri. Dalam samar-samar bantuan sinar bulan tu aku boleh nampak satu mamat dalam posisi berjaga-jaga tengah makan biskut tepi katil kat hujung almari. Bunyi almari tu memang sengaja dia buat sebab nak cover bunyi kruk kruk biskut dalam mulut dia.

Macam celaka...!

Monday, 29 July 2013

* Kenangan Merombong

Bukan Sivajoe Sebenar
Dulu masa aku form 4, aku ada mengikuti satu rombongan anjuran pihak kelas. Masa tu setiap kelas dibolehkan membuat rombongan melancong sendiri-sendiri dengan bajet sendiri-sendiri. So, budak kelas aku sebulat suara bersetuju membuat rombongan ke Kedah-Perlis. Inilah julung-julung kalinya aku berjalan jauh menaiki bas.

Yuran rombongan adalah lebih kurang RM70-80. Mahal kemain lagi masa tu. Tapi disebabkan aku masa tu belajar punyalah pandai mengalahkan Adi Putra, senang-senang saja mak aku kasi duit. Tambah lagi duit belanja dari Ayah aku. Peh... jadi tak keruan aku memikirkan bentuk enjoy yang bakal mendatang pada hari rombongan nanti. Yang pasti, aku akan pakai baju paling cantik yang pernah aku ada untuk rombongan itu. Itu prinsip berjalan jauh aku masa tu.

Hari merombong sudah tiba. Aku bersiap dengan beg besar warna biru. Beg besar tu biasanya beg balik kampung yang mak aku buat isi baju dua beradik sekaligus. Tapi pada hari tu, beg besar tu khas untuk pakaian aku saja. Amacam? Kalau aku yang jadi bapak aku masa tu, memang aku kasi pelempang sedas. Bawa baju macam nak berpergian selama sebulan.

Waktu bertolak adalah waktu malam. Semua budak kelas aku termasuk budak kelas lain yang tak malu nak join sama sudah menunggu dengan bersabar dan bergaya di perkarangan sekolah. Tak lama kemudian satu bas pun sampai.

Bas sekolah berbadan kuning yang bernama bas Sivajoe masa tu aku dengar speed dia boleh tahan juga. Boleh pergi 180km/h. Pakcik Arqam yang kerja jaga sekolah pun mengaku. Cuma Pakcik Arqam tu jadi tak berapa Arqam bila dia cakap bas Sivajoe ni pernah jadi johan pertandingan lumba bas Asia. Budak darjah tiga pun boleh jadi biadap kalau dengar.

Cikgu Suzy dan Teacher Hasnin mengarahkan semua pelajar menaiki bas. Mendengar arahan itu, semua pelajar mengangkat beg masing-masing dan menyimpan di dalam perut bas. Aku pula terus panjat tangga bas dan terus cari tempat duduk paling belakang serta di tepi tingkap. Senang sikit nak menghayati pemandangan indah.

Lagi sekali disebabkan bertolak malam, pemandangan indah jadah apa. Kiri kanan depan belakang semua gelap. Baik aku tidur. Kurang sikit risiko diganggu daun pokok pisang bertukar jadi hantu.

Hampir subuh, rombongan akhirnya sampai di sebuah masjid area Alor Star. Semua pelajar mandi-mandi kat sana. Ada yang sempat bergambar kat situ. Kemudian bertolak ke sebuah gerai untuk sarapan.

Semasa kat gerai makan, setiap atas meja situ ada nasi lemak dengan pisang. Budak-budak kelas aku pakat makan nasi lemak dengan pisang. Habis makan, masing-masing bersemangat nak bayar.

"Saya makan nasi lemak, minum teh o ais. Pisang sebijik. Berapa semua makcik?" Tanya Haris budak kelas aku steady.

"Pisang tu free je dik"

Sunday, 14 July 2013

# Masak-Masak


Dalam tahun 90an...

Di suatu pagi minggu, aku jadi buntu. Semua tidur. Ayah aku tidur. Mak aku tidur. Akak aku tidur, Adik aku tidur. Kucing jiran aku pun tidur. Aku buka tv. Satu siaran pun tak kena dengan selera aku. Sebagai murid darjah 1, apa jadah aku nak layan rancangan berbentuk sembang ekonomi.

Aku mundar-mandir di dalam rumah cari ilham. Tak dapat. Aku masuk bilik pula cari ilham. Satu ilham pun tak ada.

Tiba-tiba aku terpandang satu buku di dalam almari kabinet di ruang tamu. Buku baru. Al-Quran Karim.

Dengan imej tak pakai baju, seluar pendek bola, aku cuba mendekatkan diri dengan Tuhan. Haram satu apa pun tak paham. Aku berang. Aku keluar dari rumah. Cari ilham lain.

Aku berlatih rembat bola pada dinding di tepi rumah aku. 8 kali rembat, aku terpandang makwe jiran rumah aku dengan kawannya dok susun set pinggan mangkuk plastik bersaiz mini. Sebenarnya mereka ni sebaya dengan aku. Macam seronok pula aku tengok aksi mereka itu. Aku pecut masuk dalam bilik cari baju.

Kesudahannya...

***********************

"Nak masak apa hari ni?"

"Masak je lauk gulai ikan patin ngan nasi ayam" Kata aku sambil buat-buat balik dari opis.

Thursday, 11 July 2013

# Diketawakan


Aku rasa mercun zaman sekarang dah tak berapa nak power berbanding mercun zaman dulu. Mercun papan misalnya, bunyi dah takde kick. Telinga tak berdesing. Balut tak padat. Dengan mercun bola aku rasa dah cicir jauh.

Dulu masa aku sekolah rendah, bakar sebiji dah boleh buat halau kera dalam 2 jam setengah kat kebun durian atok aku. Sekarang ni kalau bakar, aku kena gelak dengan kera. Tak patut anak Melayu ada prinsip macam aku ni kena gelak dengan kera.

Jadi aku harap pihak berwajib dapat ambil berat sikit la pasal hal ni. Kalau perlu buat seminar, kita buat seminar.

Sunday, 7 July 2013

# Kiriman


Dulu masa aku sekolah rendah, aku jarang pergi lunch kat kantin sekolah. Bukan sebab takde selera, tapi aku dah rancang nak simpan duit belanja sekolah buat beli kereta Tamiya.

Maka time rehat aku selalu lepak di atas batu besar di lereng bukit sambil menonton budak-budak darjah senior main teng-teng yang fesyen kejar sebelah kaki sampai berjelir lidah. Kadang-kadang apabila letih, mereka gilir-gilir minum air paip di tepi tandas. Handal betul. Jenis tak baca buku teks.

Nak dijadikan cerita, ada satu kutu ni. Ah, aku bagi nama Asrap lah senang. Asrap yang tengah lepak dengan aku, tiba-tiba rasa nak pergi kantin sebab nak beli air sirap.

"Aku nak pergi kantin ni. Kau tak nak kirim apa-apa ke?" Tanya Asrap yang bertali pinggang halus. Tak smart langsung. Sikat pun nak isi dalam poket belakang padahal kepala botak.

"Ermm... kau angkatlah kuih sedap sikit. Karipap ke, donut ke..." Jawab aku sambil angkat tangan ke arah sekumpulan makwe yang rancak berborak di bawah pokok. Mengumpat orang agaknya.

Selang beberapa minit, Asrap muncul berpeluh-peluh dengan sebungkus air sirap. Aku hairan. Tekak memang dah teringin nak makan kuih. Tapi apa cerita Asrap balik dengan tangan kosong saja ni?

"Mana kuihnya?" Tanya aku sambil mengawal amarah.

Aku suspek Asrap dah lupa. Tapi aku silap. Tanpa menjawab, Asrap menyeluk poket seluarnya mencari sesuatu. Aku bertambah hairan.

"Nah, karipap kau!" Hulur Asrap sambil mengibas-ngibas habuk karipap keluar dari poket seluarnya.

Monday, 27 May 2013

# Kisah Asrama

Perhatian ini bukan rupa sebenar Dorm Saya, Sekadar Hiasan
Hanya di sekolah asrama saja kau boleh jumpa :

1. Orang makan megi dalam gayong/baldi
2. Bertebaran orang kena penyakit 'scabies'
3. Orang mandi tak tutup pintu, hanya tuala. Sebab pintu dah kopak.
4. Orang mandi petang nyanyi kuat-kuat nak mampos. Kalau air putus, lagi kuat jeritnya.
5. Orang sambut besday ngan aktiviti rumble pakai bantal.
6. Orang punya kasut sekolah bau macam celaka.
7. Kebanyakkan shower head dalam toilet tak ada, sebab air tak kuat.
8. Warden/Cikgu yang mempunyai pelbagai gelaran.
9. 'Tokan' rokok.
10. Orang makan biskut orang lain macam piranha, sebab mak bapak sendiri tak datang hantar makanan.

Sunday, 28 April 2013

# Awek Impian


Pernah sekali family aku pergi beraya kat sebuah rumah sepupu aku bau-bau bacang. Dia punyer bau-bau bacang tu aku tak brape pasti brape jauh dia punyer pergi. Time rayalah baru nak kenal rupanya orang ni sepupu-sepupu kita. Dan masa kejadian, aku plak takde follow family aku pergi beraya, ntah mana aku merayau aku dah lupa.

Setelah pulang dari rumah sepupu tadi, mak aku mula bercerita pada aku. "Kamu tau, mak berkenan ngan anak sepupu kita tadi. Lawa, putih, kecik orangnya. Mak ingat nak kenenkan kamu ngan dia. Dia muda dari kamu 5 tahun", begitulah penerangan mak aku. Timbul penyesalan dalam hati aku sebab tak follow mak aku pergi beraya.

"Budak tu pandai. Sekolah selalu dapat no. 1. Suma subjek dapat A. Dia dapat offer pergi luar negara, tapi dia taknak sebab dia minat nak jadi cikgu. Skang dia belajar kat maktab perguruan." sambung mak aku lagi.

"Maktab mana dia belajar mak?" tanya aku yang mula berminat.

"Dia belajar kat maktab perguruan sini. Mak sempat tengok sijil-sijil dia tadi. Banyak anugerah dia dapat. Memang pandai orangnya. Tapi tula, mak nak kenen dengan kamu tapi kamu tak pandai macam dia. Segan mak."

Mendengar ulasan mak, aku terus duduk bertahyat akhir sambil menangis kerna dipandang enteng. 


******

Satu hari aku temankan mak aku pergi kedai runcit beli barang. Nak jadikan cerita, mak aku terserempak ngan anak sepupu yang mak aku ceritakan tempoh hari. Aku tak pernah tengok muka dia, so aku memang tak kenal. Mak aku cam. Maka berdialoglah sesama mereka di dalam kedai runcit. Aku sempat jeling usya atas bawah. "Comey-comey, ada gaya top student", aku puji dalam hati.

"Ada kamu kat sini?", tegur mak aku sambil mencuit bahu.

"Eh, ini kakak yang datang rumah hari tu kan? Kak sihat?".

Aku cepat-cepat keluar dari kedai seraya meniarap tengah jalan sebagai tanda protes.

***********

Tak patut betei dia panggil mak aku 'Kakak'. Aku ni anak dia nak panggil apa? Adik?

Saturday, 6 April 2013

# Chit Chat


Dulu masa aku mula-mula masuk IPT, selalu juga aku tengok kutu-kutu dok main chatting. Aku pada masa tu kurang sangat pengetahuan tentang dunia internet, aku cuma tau main games je. Oleh sebab aku tengok housemate aku, si Man dok gila isim main chatting, aku mula curious. Apa la yang indah sangat main chatting ni sampai tak mengira ke maghrib.

"Man, apa yang best main chatting ni?" tanya aku memulakan sesi bual bicara.

"Bila chatting kita leh dapat ramai member. Boleh cari awek", jawab Man dengan bangga sambil menekan-nekan papan kekunci. Bibirnya senyum nipis dan matanya fokus pada screen monitor.

"Ouh. Apsal ko cari awek time chatting?" tanya aku lagi.

"Sebab aku tak hensem. Nak ngorat kat luar kompem tak dapat", Man jawab ringkas. 

"So, awek-awek chatting ni konpem sama gak kan? Diorang tak cun, kat luar konpem takde orang nak ngorat. Pastu guna modus operandi yang sama macam ko berharap dapat pakwe hensem. Macam tu?", aku mula memanaskan isu.

Man terdiam seketika. Raut wajahnya seakan bersetuju dengan buah fikiran aku. "Tapi layan ooo main chatting ni", Man sembang taknak kalah.

"Dah berapa banyak no tipon awek ko dah dapat?", ujar aku sambil mengambil kerusi untuk duduk sebelah Man. Sesekali mataku menjeling screen monitor.

"Ramai gak awek aku chat, tapi wat masa ni haram tak dapat lagi. Aku berkenalan ngan sorang awek ni, budak KL. Dah tiga hari aku chat ngan dia. Aku tengah berusaha nak mintak no tipon ngan gambar dia.", terang Man.

"Kasi aku try plak. Ajar aku macam mana nak main chatting ni. Macam best je", bentak aku. 

Dipendekkan citer kawan aku si Man ajar buat akaun, pastu ajar cara nak memulakan dialog chat menggunakan ayat keramat iaitu ASL. Aku ingatkan ASL ni 'ASAL', sekali makna dia Age, Sex, Location. Sape punya akal ntah. Patutnya beri salam, barulah real. Masa tu main chatting kat Yahoo Messenger je. 

********



Tak sampai setengah jam, aku mula berhenti main chatting.

"Kejap ko main. Amacam, best? Ada dapat no tipon awek?", tanya Man bersemangat.

"Aku dapat dua no tipon awek. Sorang budak Penang, sorang lagi budak terengganu." aku jawab rileks.

"Perghhh... Ko mengayat macam mana masa mintak no tipon tu?", tanya Man seolah tidak berpuas hati dengan kenyataan aku.

"Mintak apa. Diaorang yang mula-mula mintak no tipon aku. Pastu baru aku mintak no tipon diaorang." 

P/S: Aku malas nak berlagak. Itu ceritanya. :P

Tuesday, 2 April 2013

#Pokok Limau Dalam Perut


Dulu masa aku kecik, ada sekali aku melantak limau mandarin tak ingat dunia. Satu karton aku mampu bedal setengah. Pastu nenek aku tegur;

"Kamu makan limau leklok, kang tertelan biji limau susah nanti".

"Kalau tertelan biji limau jadi apa nek?", tanya aku yang mula curious.

"Kalau tertelan biji, nanti takut pokok limau tumbuh dalam perut"

Perghhhhhhh...


******

Satu malam la aku tak boleh tido mengenangkan bala yang bakal menimpa perut aku kelak. 2-3 bijik aku tertelan kot. Peh

Thursday, 28 March 2013

Kisah Di Suatu Ketika

 
Sekedar Hiasan Jew..
Masa aku sekolah rendah, pernah sekali cikgu kelas aku ponteng mengajar kejap. Aku saspek cikgu kelas aku masa tu sibuk menjalankan tanggungjawab perniagaan jual kuih raya kat bilik guru.

Bila cikgu takde dalam kelas, peluang keemasan begini biasanya aku wat aktiviti melukis. Aku melukis kereta Bigfoot di bahagian belakang buku latihan matematik. Susah betul nak lukis kereta atas kertas grid berkotak-kotak kecil. Bila lukis garisan, pandangan dia jadi berserabut dan kucar-kacir tak tentu hala. Itu belum sampai bab lukis part tayar. Korang bayangkan macam mana unsur bulatan bergabung dengan unsur empat segi kecik-kecik. Gambar kereta Bigfoot kelihatan macam barua, sungguh tak berseni.

Sedang aku kusyuk melukis, tiba-tiba kelas aku di datangi dua orang makwe pengawas darjah enam. Dua makwe pengawas yang datang secara ayu tadi memberhentikan semangat melukis aku yang baru nak menaik.

"Kami wakil pengawas datang nak jual kad raya..", kata salah sorang makwe pengawas seraya meletak kotak yang berisi kad raya yang pelbagai atas meja cikgu.

Budak-budak kelas aku dengan sikap yang tak pernah bertenang terus serbu ke meja cikgu. Perangai jenis tak reti nak tunjuk sopan-santun depan tetamu. Kalau aku jadi bapak memang aku libas sekor-sekor dengan tali pinggang. Biasa sangat!

Aku tinggalkan lukisan Bigfoot dan terus menuju ke meja cikgu. Kad-kad raya yang dijual pengawas makwe tadi memang cantik-cantik. "Berapa harga kad raya ni kak?", tanya salah seorang budak kelas aku.

*****

Dua makwe pengawas tadi keluar dari kelas aku dengan wajah yang agak dukcaita. Kemudian mereka pergi promote kat kelas sebelah, hasilnya sama juga. Dua pengawas makwe tadi keluar dengan wajah yang amat menyedihkan.

*******************

P/S: Giler, ada ke patut jual satu kad RM5. Zaman tu, yang bawak duit belanja RM5 ke sekolah ni kerani am ngan cikgu-cikgu je.