Thursday, 11 July 2013

# Diketawakan


Aku rasa mercun zaman sekarang dah tak berapa nak power berbanding mercun zaman dulu. Mercun papan misalnya, bunyi dah takde kick. Telinga tak berdesing. Balut tak padat. Dengan mercun bola aku rasa dah cicir jauh.

Dulu masa aku sekolah rendah, bakar sebiji dah boleh buat halau kera dalam 2 jam setengah kat kebun durian atok aku. Sekarang ni kalau bakar, aku kena gelak dengan kera. Tak patut anak Melayu ada prinsip macam aku ni kena gelak dengan kera.

Jadi aku harap pihak berwajib dapat ambil berat sikit la pasal hal ni. Kalau perlu buat seminar, kita buat seminar.

8 comments:

  1. sungguh tepat saranan tuan hamba!
    patik galakkan~ kalau dulu meriam buluh dimain, gegar gempita sungai perak depn kg ambe, siap tenggelam timbul buaya putih, skrg, dye kelip2 mata je gara2 hanya bunga api yg diputarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu kebelakangan ni banyak kes kecacatan yang melampau2, mercun yang standard tak power deme modified kasi power..tapi silap deme terlupa plak nak cipta SOP (standard of procedure) then main taram je..

      end up..ramai anak2 melayu yang raya kat spital dalam keadaan cacat cela..hahaha :)

      Delete
  2. hahaha.....karang bumbung rumah penduduk terkena dik...hahaha....dasyat bangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha best kak men perang2 ala2 perang dunia ke dua..last2 kena kejar ngan jiran sebab bising anak kecik nak tido...berterabor semua..hahaha

      Delete
  3. kesedaran dalam diri sendiri paling penting.. nak seribu daya, tak nak mula la nak berdalih.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tula pasal tapi ramai beno yang wat2 tak sedar diri hahah

      Delete
  4. Kalau ada lagi zaman sekarang tak tau la apa jadi..jadi buruan polis kot.. beraya dalam penjara.. sebab meruntuhkan bangunan pencakar langit..kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha dah macam penjenayah perang pula..terbaek..ramai nanti yang terkorban...hahahha :)

      Delete