Tuesday, 9 July 2013

# Cinta dan Kenangan


Sebenarnya lebih lima tahun dahulu, aku pernah memiliki seorang teman wanita yang mengancam. Raut wajahnya seperti orang Melayu. Rambut dan matanya hitam, berkulit putih melepak dan bibirnya selalu dibiarkan tidak bercat. Tubuhnya tidak terlalu tinggi dan tidak juga berkehendakkan aku menunduk kepala terlalu rendah untuk berbual dengannya. Percakapannya petah, lembut dan gemar memakai shawl.

"Awak tahu, ramai lelaki sukakan saya. Awak tak cemburu ke?" katanya yang berjalan mendahului aku ke arah bahagian buku-buku novel. "Tapi apa pun, saya tetap sukakan awak sorang, sebab awak baik, setia, jujur...", sambungnya lagi.

Aku menyambut dengan senyuman yang panjang dan terus berjalan mengekorinya. Pertemuan kami di Pesta Buku Antarabangsa di ibu negara bukan idea yang baik. Kerana mahu mengejarnya sering kali aku tersiku kepala kanak-kanak.

"Awak, kat sini, sini!" Dia menarik tanganku berhenti di sebuah rak. 

"Saya gemar membaca novel ni, mengisahkan cinta dan pengorbanan seorang jejaka kepada seorang gadis yang diminatinya, malangnya dia mendapat tentangan hebat dari keluarga dari sebelah perempuan, awak patut baca novel ni" ujarnya ringkas sambil mula membelek sebaris buku dengan penuh minat.

Aku mengangguk kecil. Kuperhatikan tangannya mulai melepaskan tanganku untuk menarik buku-buku pilihannya. "Awak sayang saya tak?" tanya dia secara spontan sambil membelek-belek buku novel. Aku terkesima dengan soalan itu. Aku menarik nafas dalam-dalam lalu menjawab...

*************************

Kahkahkahkahkah... Dah la, tak larat aku nak menipu pepagi ramadhan gini :P

12 comments:

  1. hihihi,.. baru nak feeling pepagi ni..adeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha berangan je la mama kita boleh buat pun..hasil imaginasi diterjemahkan plak ke dalam blog..

      Delete
    2. jangan berangan lebih2 ya.. hihi.. apa pun memang terbaik cerita ni...

      Delete
    3. sikit-sikit je kak..hahah tq2 ngah test power nak lawan novelis sebenarnya saya isteri dia hahha

      Delete
  2. hahaha....cik akak tumpang gelak je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yela cik akak tak pe la dah laku..eden ni membujang lew sampei tuo...hahha

      Delete
  3. WAAa rasa macam baca novel pulak. Best2...tp tipu rupanya. Ishh..tersiku kepala budak tu..kesian betol.

    ReplyDelete
  4. Ohh bercinta dgn si gigi besi rupanya.. Fatin Liyana...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapalah kita nak dipandang FL ni..hahha..tapi dia kiut dan merbahaya..macam terminator..

      Delete
  5. hampir2 tenggelam dgn dunia ni, tetbe dipecahkan pulak dgn hilaian tawa, pelik knapa jawapannya tiada, rupa2 nye, tertipu teman~ (taip smbil mengketap gigi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sorry saya suka wat cerita anti klimaks..haha sabo je la kan cik lolly hi3.. :)

      Delete