Monday, 29 July 2013

* Kenangan Merombong

Bukan Sivajoe Sebenar
Dulu masa aku form 4, aku ada mengikuti satu rombongan anjuran pihak kelas. Masa tu setiap kelas dibolehkan membuat rombongan melancong sendiri-sendiri dengan bajet sendiri-sendiri. So, budak kelas aku sebulat suara bersetuju membuat rombongan ke Kedah-Perlis. Inilah julung-julung kalinya aku berjalan jauh menaiki bas.

Yuran rombongan adalah lebih kurang RM70-80. Mahal kemain lagi masa tu. Tapi disebabkan aku masa tu belajar punyalah pandai mengalahkan Adi Putra, senang-senang saja mak aku kasi duit. Tambah lagi duit belanja dari Ayah aku. Peh... jadi tak keruan aku memikirkan bentuk enjoy yang bakal mendatang pada hari rombongan nanti. Yang pasti, aku akan pakai baju paling cantik yang pernah aku ada untuk rombongan itu. Itu prinsip berjalan jauh aku masa tu.

Hari merombong sudah tiba. Aku bersiap dengan beg besar warna biru. Beg besar tu biasanya beg balik kampung yang mak aku buat isi baju dua beradik sekaligus. Tapi pada hari tu, beg besar tu khas untuk pakaian aku saja. Amacam? Kalau aku yang jadi bapak aku masa tu, memang aku kasi pelempang sedas. Bawa baju macam nak berpergian selama sebulan.

Waktu bertolak adalah waktu malam. Semua budak kelas aku termasuk budak kelas lain yang tak malu nak join sama sudah menunggu dengan bersabar dan bergaya di perkarangan sekolah. Tak lama kemudian satu bas pun sampai.

Bas sekolah berbadan kuning yang bernama bas Sivajoe masa tu aku dengar speed dia boleh tahan juga. Boleh pergi 180km/h. Pakcik Arqam yang kerja jaga sekolah pun mengaku. Cuma Pakcik Arqam tu jadi tak berapa Arqam bila dia cakap bas Sivajoe ni pernah jadi johan pertandingan lumba bas Asia. Budak darjah tiga pun boleh jadi biadap kalau dengar.

Cikgu Suzy dan Teacher Hasnin mengarahkan semua pelajar menaiki bas. Mendengar arahan itu, semua pelajar mengangkat beg masing-masing dan menyimpan di dalam perut bas. Aku pula terus panjat tangga bas dan terus cari tempat duduk paling belakang serta di tepi tingkap. Senang sikit nak menghayati pemandangan indah.

Lagi sekali disebabkan bertolak malam, pemandangan indah jadah apa. Kiri kanan depan belakang semua gelap. Baik aku tidur. Kurang sikit risiko diganggu daun pokok pisang bertukar jadi hantu.

Hampir subuh, rombongan akhirnya sampai di sebuah masjid area Alor Star. Semua pelajar mandi-mandi kat sana. Ada yang sempat bergambar kat situ. Kemudian bertolak ke sebuah gerai untuk sarapan.

Semasa kat gerai makan, setiap atas meja situ ada nasi lemak dengan pisang. Budak-budak kelas aku pakat makan nasi lemak dengan pisang. Habis makan, masing-masing bersemangat nak bayar.

"Saya makan nasi lemak, minum teh o ais. Pisang sebijik. Berapa semua makcik?" Tanya Haris budak kelas aku steady.

"Pisang tu free je dik"

12 comments:

  1. haha~ atas2 lawak, tp part ending blur ckit~
    =,=

    pisang tu free je dik.. meaning pliss~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni cerita anti klimaks..so meme tak akan ada sambungannya :)

      Delete
  2. hihihi.... seronokkan merombong....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe mama..time tu la nak berjalan sakan dalam kemachoan..

      Delete
  3. kenangan masa sekolah ni kalau diingat balik memang boleh tergelak sorang2

    ReplyDelete
  4. Zaman skrg mana ada pisang free..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Still ada za..dekat masjid masa hari jumaat..tapi letak tak sampai 5 minit dah clear..haha :)

      Delete
  5. untung dapat makan pisang free.. sekarang semuanya berbayar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat cam ne kak..nasib udara ni tak kelihatan cam air..lau tak sure ada syarikat yang buat duit..hahah

      Delete