Sunday 30 June 2013

# Pertanyaan 2

Illustarsi Jew

Pagi tadi masa nak gi beli serapan aku terselisih ngan makcik-makcik yang nak ke pasar, deme kalau tak tegur aku memang tak sah.

"Man, makcik nak tanya ni. Kamu ni bila nak kahwin? Akak kamu dah ada anak dah. Kamu bila lagi?"

Posing yang sama

Mendengar provokasi bernada bzbody itu, aku mencari dinding untuk bersandar. Kedua tangan aku seluk dalam poket seluar.

Dengan tenang aku merenung tajam muka makcik tu.

"Makcik, bab duniawi ni tak perlu dikejar sangat"

Lepas tu makcik tu terus lempar tudung ke tanah dan menari Harlem Shake.

# Pertanyaan 1

Gambar Hiasan

Masa aku balik dari taman semalam, terselisih ngan pakcik-pakcik yang baru nak pergi masjid, deme kalau tak tegur aku memang tak sah.

"man! man! Sini kejap. Pakcik nak tanya ni. Memandangkan raya ni nak dekat, pakcik nak tanya rendang mak kamu masak dulu rendang yang macam mana?"

Posing aku ketika menjawab pertanyaan

Mendengar soalan itu, aku mencari dinding untuk bersandar. Kedua tangan aku seluk dalam poket seluar.
Dengan tenang aku merenung tajam muka pakcik tu.

"Mestilah rendang tak berbuah! Hattan!"

Lepas tu pakcik tu terus baling songkok ke tanah dan menari Gangnam Style.

Thursday 27 June 2013

# Demam

Bukan gambar sebenar,kalau letak gambar sebenar ramai yang jatuh tangga nanti
Semalam aku dah start kena demam selsema. Hidung aku ni berair macam pili air tak tutup kemas. Bila sembahyang, time ruku' tu laju je dia titis. Nak sedut balik tak lepas. Punyalah seksa.

Balik bersiar-siar, pas mandi dan makan ubat, aku terus tido sambil selimut tebal-tebal. Bantal aku susun style kubu, aku letak kiri, kanan ngan bawah. Aircond/kipas aku kasi off. Punyala sensitip aku ngan kesejukan. Kalau tak hari-hari lain, aircond aku pasang di bawah paras beku manakala kipas siling dipasang pada kelajuan 5km/j, itu pun bilik aku masih terasa panas. Tapi semalam aku steady je tido.

Sebenarnya tujuan aku wat gitu sebab nak kasi badan cepat berpeluh. Orang kata kalau kuar peluh, maknanya badan sihat lettew. So, hasilnya:

Haram badan aku tak keluar peluh sampai pagi tadi. Aku tak pasti tang mana silapnya.

Kesimpulan, aku masih demam sehingga blog ini dikemaskini.

R.I.P Warfeel Efairy

Wednesday 26 June 2013

# 786 Stall

Mamak Teh Tarik satu..

Tadi aku lepak makan di kedai mamak ngan sorang kawan. Agak ramai hamba pada ketika itu dan aku tak peduli kerana mereka hanyalah hamba. Hamba wang pada zahirnya pun.

Aku dan kawan aku bersembang dari topik bisness hinggalah ke topik kenapa bebudak skang suka amik gambar jerebu padahal gambar yang diambil tak ubah macam amik gambar sehelai kertas putih.

Setelah agak lama menyembang, aku rasa lenguh-lenguh badan. Aku membetulkan posisi badan. Kemudian aku mengangkat kedua-dua tangan ke atas seraya menolak ke belakang bagi merenggangkan otot.

Masa terangkat tu, tangan aku terlanggar benda kat belakang aku dan rasa dia macam gebu-gebu, pejal-pejal sikit.

Aku toleh ke belakang ada makwe dan pipi dia merah-merah pink dah.

Dalam hal macam ni, aku tak tahu adakah ini rezeki dari Tuhan atau makwe tu memang dari tadi condong ke belakang kepala aku?

Monday 24 June 2013

# Murah Rejeki

Ehsan dari Pok Mang
Kebanyakan kita hari ini bila membaca atau mendengar perkataan "murah rezeki" pasti yang terlintas di fikiran kita adalah wang ringgit yang banyak bertimbun, kaya raya dan sebagainya.

hakikatnya "murah rezeki" punya banyak taksiran yang tersendiri jika kita fahami contohnya diberi anak yang cerdik, dikurniakan kesihatan untuk beribadah, mendapat keluarga yang bahagia dan sebagainya itu juga adalah rezeki pemberian dariNya.

Apa pun sebagai hamba kita harus sentiasa bersyukur kerana janji Allah
"Sesungguhnya jika bersyukur kamu, akan ditambahkan untuk kamu. Dan jika kufur kamu, sesungguhnya azab-Ku adalah sangat pedih." | Qs.Ibrahim: 7 |

Sunday 23 June 2013

# Kebencian Ini

Ehsan dari blog wildfox, aku tak sempat snap pic minah tu

Entah kenapa setiap kali aku beratur di ATM, perasaan benci datang membuak-buak. Setiap orang harus dibenci. Setiap orang lain suka buang masa aku. Terutamanya orang di depan aku ni. 

Kenapa tak keluarkan kad sambil beratur? Kenapa bila dah sampai giliran, baru terhegeh-hegeh nak cari kad dalam dompet atau beg tangan?

Aku biasanya ambil masa kurang 20 saat di depan ATM. Aku sudah hafal butang mana nak tekan.

“Roy!”

Tiba-tiba bahu aku dicuit. Hampir gugur jantung aku. Kalau gugur, sia-sia tak dapat keluarkan RM50 dari baki akaun RM88,888 dalam bank.

Aku segera toleh ke belakang. Seorang makwe yang berketinggian sama paras dengan bahu aku. Rupanya cantik, kulitnya putih dan wangi. Gayanya seperti wanita yang berkerja di pejabat kerajaan.

Aku senyum dalam kebodohan.

“Sorry,” dia kata. “I ingat you kawan I tadi.”

Aku senyum lagi dalam kebodohan. Toleh semula ke depan.

“Apa kau ingat aku tak boleh jadi Roy ke?” Aku marah dalam hati.

Saturday 22 June 2013

# Melombong

illustrasi je beb...bukan real punya

Pagi Ahad hari ni adalah masa yang sesuai untuk mengemas bilik. Selain menyapu sampah dan pasang cadar, aku juga sempat melombong syiling di belakang almari, bawah katil, celah tilam serta dibucu-bucu dinding.

Hasilnya cukuplah untuk stok makan 3 hari. Itu baru dalam bilik. Kalau aku giatkan usaha melombong satu rumah, mungkin leh dapat berjuta gamaknya.

Tadi aku cuba merajinkan diri selongkar kotak-kotak yang bermastautin bawah katil aku. Mana yang tak pakai aku nak buang. Ada setengah kotak berisi buku, ada juga yang berisi paperwork. So, aku terjumpa satu fail ni.

Bila aku belek-belek fail tu, aku terjumpa balik koleksi surat cinta yang aku simpan dulu. Boleh dikatakan surat ni sudah pun mencapai umur 7 hingga 8 tahun.

Aku tak pasti makwe mana la yang wat kerja gila ni. Yang pasti antara ayat power yang makwe tu tulis pada aku:

"Pecah kaca pecah gelas, Sudah baca harap awak terima saya ikhlas."

Aku senyum nipis sambil kesat air mata.

Wednesday 19 June 2013

# Black Out or Knock Out



APA YANG PERLU DI BAWA 
Kad Pengenalan dan lesen memandu - ye ar bawa moto/kete kena ada lesen dan ic.
Wang Tunai - antara RM50 hingga RM100 - Lagi banyak lagi bagus (sedekah amal jariah).
Tasbih - untuk berzikir bawa 2 3 pun tak pe..leh wakaf or share dengan memembe lain.
• Serban atau kain bersih - dalam kes nak ikut sunnah Baginda s.a.w.
Pen dan Buku Nota - untuk mencatat nota semasa kuliah dalam solat.
Kamera, Kamera Video, Telefon Pintar – kalau malas nak salin nota kuliah rakamkan aje pun boleh.
Beberapa bar coklat - untuk membekalkan tenaga. (korang mentah kedarah la sesiap kat rumah).
Keperluan perubatan peribadi - ikut suka asalkan bersesuaian.
Beberapa bantuan asas seperti plaster. (bukan nak gi merusuh, tak perlu kot).
Bawalah beberapa belon yang berkaitan untuk mewujudkan suasana karnival - nak pergi mesjid bukan nk pergi carnival .

APA YANG TIDAK PERLU DIBAWA
Barang Kemas - Tinggalkan Jam Rolex (Jam yang berharga) dan barang kemas berharga anda di rumah.
Wallet atau dompet - gulungkan wang anda dan IC anda dengan getah dan simpan di dalam poket depan anda.
Objek tajam atau berbahaya - seperti pisau, parang, pistol dan sebagainya.

APA YANG ANDA PERLU PAKAI
Kepiah, songkok, serban dan sebagainya - agar kelihatan lebih sempurna ketika menunaikan solat. 
Sunglasses/ Cermin mata gelap - tak diperlukan, hanya cermin mata ada power bagi membaca kitab dan sebagainya.
Baju melayu, Jubah atau apa-apa baju yang menutup aurat - Warna ikut suka dan citarasa memasing. 
Kasut Sport pun boleh, selipar jepun pun ok. 

Tuesday 18 June 2013

# Hidayah (bukan nama awek)


Aku pun tak pasti menjak-menjak ni jiwa rasa mengelupor dan tertekan sangat, terasa dihambat dosa-dosa silam. Masa buat dosa meme best tapi lama kelamaan ia menghakis rasa bahagia. masa aku lelepak semalam, saje je la nak luahkan pada membe aku, niat asal nak bergurau yela sembang pasal dosa pahala ngan non muslim (membe aku ni lelaki ea bukan pompan dan aku bukan gay ).

Joshua: Bro.. lu tau tak... lu boleh angkat semua menda dengan uang.. tapi lu tak boleh beli pahala dan kebahagian ngan lu punya uang yang bertimbun-timbun tu.


Aku: Eh mamat ni dah mengucap ke? (bisik dalam hati sambil tersenyum je)


On the way drive balik ghumah aku sempat mengelamun, sentap beb non muslim bagi aku tazkirah, tapi betei la apa dia kata.

'Hidayah dah turun 1400 tahun yang lalu, cuma ko nak ambil ia atau idak'

Monday 17 June 2013

# Kerja


Dialog ini berlaku di kenduri kawan aku, tatkala aku sedang melantak nasi minyak bersama kawan yang datang dari jauh.


Aku: Kau keje ape beb?

Kawan aku: Keje biasa-biasa...

Pergh! Sehari suntuk aku letak tangan atas dahi memikirkan jenis pekerjaan apakah "kerja biasa-biasa" tu. Kalau best, aku pun nak try apply gak.

Sunday 16 June 2013

# Makwe Bertudung Purple

Ilustrasi Jew

Pukul 7.15pm semalam ketika aku sedang tenang memandu, tiba-tiba kereta aku kena pancung ngan satu makwe motor baik punyer. Hijabster plak tu. Bertudung purple, berbaju hitam dengan memakai skinny pants, adik beradik legging. Dia bawak motor macam nak pergi neraka jahanam dia punya laju. Sampai terangkat-angkatla belakang tudung dia.

Kejantanan aku mula tercabar, aku pun terus tekan minyak. Aku kejar makwe tu. Tak sampai 100 meter, akhirnya makwe tadi tersekat di belakang kereta di lorong perlahan yang nak belok masuk simpang ke kiri. Peluang baik begini aku balas dengan memancung makwe tu. 

Aku yang berada di lorong perlahan memotong sambil masuk ke lorong laju. Sampai 4 tiang la aku tinggalkan makwe tu. Tapi makwe tu hati kering, dia kejar aku balik. Aku pegang erat stereng kereta. Aku tingkatkan lagi kelajuan dari 60-80km/h. Sambil tu aku sempat jeling cermin pandang belakang. Kini makwe tadi betul-betul follow belakang bontot kereta aku. Jarak dia ngan aku dalam 5 meter.

Dalam hati aku dah fikir, aku takkan kasi peluang makwe tu potong. Malu beb kalau kena potong balik ngan makwe. Apa jadah nak panggil diri tu hero. Aku tekan minyak selagi boleh. Kini aku berada pada kelajuan 90km/h. Aksi aku tak ubah macam Dom Toretto dalam filem Fast & Furious, cuma NOS je takde.

Sedang aku asyik bawak lelaju sambil tengok cermin pandang belakang, sekali di hadapan aku ada lori balak yang bersikap sangat biadap kerana memasang lagu Hindustan volume kuat. Kini aku pula tersekat di belakang lori balak tu yang memandu slow di lorong laju. 

Aku sempat perhatikan  kayu balak kat belakang lori itu. Balak dia semuanya kurus-kurus. Tak ada gaya balak, lebih ke arah gaya tiang letrik. Tengah aku ralit dok perhati anatomi kayu balak, kesempatan ini telah diambil oleh makwe tadi untuk melaksanakan upacara memotong aku semula. Macam pelesit dia potong.

Makwe tadi sempat membetulkan kedudukan baju di belakang pinggangnya. Takut aku nampak lettew padahal kaler putih. Tapi cerita tak habis lagi, aku potong lori balak tadi dan kejar makwe tu semula. Kini aku dan makwe tadi tu sudah sama-sama paras. Kelajuan kami sama. Aku di sebelah kiri manakala makwe tu di sebelah kanan.

Setelah berapa ketika, aku mengalah dan memperlahankan kereta sebab aku rasa tak baik bawak laju-laju. Kita kena hormat. Buat apa nak bawak laju-laju, lagi pun simpang tiga depan tu ada trafic light. Makwe tadi masih dok gila isim dengan lajunya. Akhirnya makwe tadi berhenti kat sebuah simpang tiga sebab lampu isyarat bertukar merah manakala aku pula belok ke kiri masuk ke simpang ke rumah aku.

Masa aku nak belok masuk simpang, aku sempat santau makwe tu hidup-hidup. Biar dia mengelupur atas motor tu. Apa jadah time azan maghrib bawak motor laju-laju depan masjid.

Sunday 9 June 2013

# What Is Your Status?

What`s On Your Mind?

Di sini aku senaraikan 8 status pesbuk paling celaka. Aku sertakan sekali panduan komen sebagai pedoman korang.

Status 1: Oh, boringnya hari ni. Sape-sape boleh suggest apa patut I buat?
Komen: Paling afdal, kau terjun bangunan

Status 2: Baru bangun tidur. So, nak wat apa pasni erk?
Komen: Ok, masa untuk kau bunuh diri pula

Status 3: Tengah down dan takde mood :(
Komen: Boleh pergi jahanam

Status 4: Kejap lagi nak makan pizza supreme. Nyamm~~ Nyamm~~ :D
Komen: Makan tapak kasut aku sekali la. Amacam?

Status 5: Mari join grup boikot bla bla bla... Sebarkan pada semua.
Komen: My ass keyboard warrior!

Status 6: Tiba-tiba rindu masakan mak. Dah 3 hari tak jumpa mak :(
Komen: Hoi, mak kau tak sayang kau la!

Status 7: OMG! Abang burger itewww tadi sangat cute dan kewl! LOL!
Komen: Abang burger itewww tadi adalah gay!

Status 8: Cinta ibarat bunga. Tidak selalu kembang dan mewangi. Oh, aku pasrah.
Komen: Pasrah kepala bana kau!

*****

Lain-lain status bongok korang boleh tambah sendiri. Aku nak pergi belasah budak ponteng sekolah kejap.

#Perempuan Pencari Tuhan

Catatan Hati Tentang Cinta & Kehilangan

Siapa yang tak ingin dicintai?Adalah hasrat diri kita jika kita
ingin selalu mencintai sekaligus dicintai
Hanya saja,seperti sering kita dengar,kenyataan tak selalu
sesuai dengan keinginan. Benih harapan yang kita semai
tak jarang menumbuhkan kekecewaan.

Kita pun bertanya-tanya tentang cinta sejati.
Adakah cinta sejati itu?Jika orang yang kita cintai
bisa mengecewakan kita,menghilang begitu saja setelah
kita mengorbankan segala yang kita punya,apakah kita
masih perlu mencintai?

Kita sering disibukkan dengan cinta yang datang dari
orang-orang di sekeliling kita.Kita menutup mata dengan
cinta yang ditawarkan oleh pemilik cinta sejati, Allah SWT.
Padahal,dari-Nyalah cinta sejati bermula,
dan kepada-Nyalah ia bermuara. Dia bias memisahkan kita
dengan orang yang tak kita sangka akan meninggalkan
kita,sekaligus menyatukan kita dengan orang yang tak kita
sangka akan menghampiri kita.

p/s: setel sebuah buku..even buku ni untuk pompan pun..ada perkara yang bisa aku belajar darinya.

Friday 7 June 2013

# Sang Kekasih

Tuhan Aku Merindui Pertemuan Dengan-Mu

Kita tidak mencari Tuhan di Mekah kerana Tuhan itu hadir di mana sahaja kita berada. Ia lebih dekat kepada kita dari urat tengkok kita sendiri.

Tuhan sentiasa hampir kepada mereka yang memanggil dan mengharapkannya sekalipun seseorang itu berada begitu jauh dari Mekah.

P/S: "Dan apabila dia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari..."

Wednesday 5 June 2013

# Trending

Ini Bukan Awek Saya, Harap Maklum. Sumber: Google

Trend photo shoot makwe duduk dalam semak sambil pegang gitar dikatakan #trend yang agak cool oleh hijabster. Bajet nak jadi macam Najwa Latif atau Yuna.

Pada aku, ni trend hilang akal dan bangang. Ke mana perginya nilai kesopanan dan ketimuran makwe-makwe ni? Makwe-makwe sepatutnya pegang sudip dan kuali. Barulah real.

Tuesday 4 June 2013

# Tanya Ke Sound

Konon-Konon Aku Lettew

Ada sekor kutu pm aku, dia tanya (tanya ke sound, aku tak taulah):

"Apsal sikap awak tak menentu?"

Aku tergamam sambil pura-pura cool. Intelektual sungguh soalan ni pikir aku spontan.

"Apa yang tak menentunya?" aku reply.

Lama gak aku tunggu dia respond. Berdebor dada ni bukan kepalang. Mana la tau aku pernah buat salah silap kat dia ke sebelum-sebelum ni.

"Kejap awak serius, kejap awak poyo macam bagus sangat, kejap macam ostat, kadang-kadang perangai macam budak tak senonoh. Ntah apa-apa perangai awak ni!", dia reply balik masa aku tengah tahan berdebor tadi.

Pergh! Aku terkedu. Apa jadah pulak ni? - bisik aku dalam hati, debaran kian meningkat.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Aku cuba control diri supaya DNA panas baran aku dapat reda dan aku tingkatkan DNA kasih sayang.

"Camne awak boleh judge saya macam tu?" - Aku tanya dia dengan sesopan mungkin.

Dia balas balik:
"Saya baca semua note-note awak kat Facebook, cara awak komen kat kawan-kawan awak pun saya baca. Saya kenal awak dulu rasanya tak la macam perangai awak sekarang ni. Eee... Tak sangka betul"

Aku cuba maintain steady. Dah takde berdebor masa ni. Lalu aku reply ngan cara psikologi:

"Habis tu awak nak saya buat macam mana?" <-- Peh, masa ni aku rasa macam feeling tengah gaduh-gaduh manja ngan makwe aku masa zaman jahiliyah aku dulu.

"Gunala bahasa sopan bila tulis apa-apa. Saya tak suka lelaki cakap kasar-kasar." - Kutu ni membalas balik ngan feeling ala ostazah.

**********

Baru aku nak reply, kawan aku call ajak kuar.

"Bro, jom kuar merendek"

"Wokey!", balas aku.

Sebelum logout, aku sempat gak reply kat kutu tu simple:

"STFU!!!"

# Pindah Alam



"Makcik, incik ni cakap, Pak Mat..... kkuurrrrr..... kelepopp... keceperr... pon, pon, pon.... belanggarr motokar......."

"Ooooo... Pak Mat ko memang begitu. Slalu naik basikal tak penah naik motokar..."

"Pak Mat Tempe berlanggar dengan motokar!!!"

"Incik... sound dia dah rosak..."

- Sedutan dari Seniman Bujang Lapok.

*****

P/S I: Al-Fatihah Shamsudin bin Dali

P/S II: Sudin tak mati. Dia cuma berpindah alam.

# Cuci Mata


"Cuaca petang cun gini, kalau pegi jogging cuci mata best gak", kata kawan aku dengan bersemangat.

"Cuci mata apanya? Mana ada makwe-makwe cun pegi jogging time-time gini", aku bagi provokasi bernada friendly.

"Mana ko tau takde makwe cun?", tanya kawan aku yang mula konpius.

"Secara logiknya, makwe yang pergi jogging pun makwe-makwe gemuk je. Makwe kurus duduk rumah, upload gambar kat pesbuk. Kalau bukan gambar dia, dia upload gambar tudung atau gambar makanan."

"Real real"

Monday 3 June 2013

# Zalim

Gambaran Tahap Kepanasan

Aku rasa dalam minggu tiap-tiap malam aku rasa panas. Bila tido aku pasang kipas siling speed 5, kipas duduk speed 3, punya nak kasi sejuk. Tapi masih panas macam duduk dalam oven.

Malam semalam pukul 2 pagi aku terjaga, sebab panas sangat. Badan rasa melekit. Sebagai tanda solidariti, aku terus pergi mandi dalam separuh sedar.

Lepas mandi, baru aku sedap tido. Muka terasa licin dan wangi, rambut pula terasa sejuk semacam...

******

P/S: Sampai skang aku dok pikir camne aku leh terpakai pencuci muka dekat rambut, shampoo plak aku pakai untuk cuci muka. Zalim betei aku nih.

# Gwiyomi Lah Sangat


Cuaca panas ya amat hari ni aku rasa tak ubah macam duduk dalam oven. Memang panas.

Tadi aku singgah sebentar nak beli ais blended. Ada macam-macam perisa. Aku mengidam nak perisa vanilla. Pekena ais blended vanilla time panas ni aku rasakan tindakan yang betul dan bernas. Sampai di gerai, mujur takde pelanggan lain, aku sorang je kat situ.

Yang aku tak bleh blah, aku tengok budak perempuan penjaga gerai tu sibuk buat rehearsal Gwiyomi dengan adik dia, siap pasang lagu kat telefon. Bila masuk lirik 'Miko! Miko!', dia bantai cakap kuat-kuat.

Aku dah la panas, kena plak tunggu bebudak ni siap upacara Gwiyomi baru dapat ais blended. Nak terajang kang kata aku zalim plak.