Sunday 16 June 2013

# Makwe Bertudung Purple

Ilustrasi Jew

Pukul 7.15pm semalam ketika aku sedang tenang memandu, tiba-tiba kereta aku kena pancung ngan satu makwe motor baik punyer. Hijabster plak tu. Bertudung purple, berbaju hitam dengan memakai skinny pants, adik beradik legging. Dia bawak motor macam nak pergi neraka jahanam dia punya laju. Sampai terangkat-angkatla belakang tudung dia.

Kejantanan aku mula tercabar, aku pun terus tekan minyak. Aku kejar makwe tu. Tak sampai 100 meter, akhirnya makwe tadi tersekat di belakang kereta di lorong perlahan yang nak belok masuk simpang ke kiri. Peluang baik begini aku balas dengan memancung makwe tu. 

Aku yang berada di lorong perlahan memotong sambil masuk ke lorong laju. Sampai 4 tiang la aku tinggalkan makwe tu. Tapi makwe tu hati kering, dia kejar aku balik. Aku pegang erat stereng kereta. Aku tingkatkan lagi kelajuan dari 60-80km/h. Sambil tu aku sempat jeling cermin pandang belakang. Kini makwe tadi betul-betul follow belakang bontot kereta aku. Jarak dia ngan aku dalam 5 meter.

Dalam hati aku dah fikir, aku takkan kasi peluang makwe tu potong. Malu beb kalau kena potong balik ngan makwe. Apa jadah nak panggil diri tu hero. Aku tekan minyak selagi boleh. Kini aku berada pada kelajuan 90km/h. Aksi aku tak ubah macam Dom Toretto dalam filem Fast & Furious, cuma NOS je takde.

Sedang aku asyik bawak lelaju sambil tengok cermin pandang belakang, sekali di hadapan aku ada lori balak yang bersikap sangat biadap kerana memasang lagu Hindustan volume kuat. Kini aku pula tersekat di belakang lori balak tu yang memandu slow di lorong laju. 

Aku sempat perhatikan  kayu balak kat belakang lori itu. Balak dia semuanya kurus-kurus. Tak ada gaya balak, lebih ke arah gaya tiang letrik. Tengah aku ralit dok perhati anatomi kayu balak, kesempatan ini telah diambil oleh makwe tadi untuk melaksanakan upacara memotong aku semula. Macam pelesit dia potong.

Makwe tadi sempat membetulkan kedudukan baju di belakang pinggangnya. Takut aku nampak lettew padahal kaler putih. Tapi cerita tak habis lagi, aku potong lori balak tadi dan kejar makwe tu semula. Kini aku dan makwe tadi tu sudah sama-sama paras. Kelajuan kami sama. Aku di sebelah kiri manakala makwe tu di sebelah kanan.

Setelah berapa ketika, aku mengalah dan memperlahankan kereta sebab aku rasa tak baik bawak laju-laju. Kita kena hormat. Buat apa nak bawak laju-laju, lagi pun simpang tiga depan tu ada trafic light. Makwe tadi masih dok gila isim dengan lajunya. Akhirnya makwe tadi berhenti kat sebuah simpang tiga sebab lampu isyarat bertukar merah manakala aku pula belok ke kiri masuk ke simpang ke rumah aku.

Masa aku nak belok masuk simpang, aku sempat santau makwe tu hidup-hidup. Biar dia mengelupur atas motor tu. Apa jadah time azan maghrib bawak motor laju-laju depan masjid.

2 comments:

  1. Hahaaa..dia bawak laju2 sebab nak balik semayang Mahgrib la tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula bila pikir2 balik ade beteinya disitu...husnuzon :)

      Delete