Monday 20 January 2014

# Rukun


Rukun Internet

1. Kepercayaan kepada Google

2. Kesetiaan kepada Facebook dan Twitter

3. Keluhuran Youtube

4. Kedaulatan Instagram

5. Keceluparan dan Kesasulan

Sunday 19 January 2014

# BandBoi?


Suatu petang yang damai, Amirul dan Ariff tengah sedap-sedap melepak di atas pangkin bawah pokok rambutan milik abah Amirul sambil bermain gitar dan bernyanyi. Jika hendak dinilai secara kadar segera, mereka berdua punyai citarasa yang sama dari segi etika berpakaian, pegangan muzik, sosio politik, posisi berjimak hatta jenama seluar dalam sekalipun.

Sambil mengulum buah rambutan, mereka berdiskusi sambil jari masing-masing leka memetik gitar.

“Weh, aku nak tanya sikit. Apa pendapat hang tentang band-band Malaysia sekarang ni?” Soal Ariff sambil meludah biji rambutan.

Amirul berhenti petik gitar.

“Pendapat aku, makin banyak yang serupa haram. Main elok sikit saja dari setan. Buat lagu tak pernahnya nak sedap. Kalau sedap pun, feel tu takde. Main lagu pasal nak masuk radio. Dressing masing-masing pulak dah serupa anjing. Nak nampak hebat di mata, mainnya macam gampang. Aku geram juga bila cakap pasal ni.” Ulas Amirul panjang lebar sampai terjuih-juih bibir. Benci sangat gayanya.

“Aku setuju dengan kata-kata hang. Nak dengar habis satu lagu pun sakit hati juga. Benda ni macam dah jadi penyakit dah sebenarnya. Masalahnya sekarang, bodohnya band-band sekarang ni jenis bodoh tak boleh diajar. Lagi ajar lagi jadi bodoh. Lagi kena tegur lagi jadi bangang.” Ujar Ariff kembali.

Amirul mengangguk-angguk kecil mengiyakan kata-kata Ariff.

“Jom buat band nak?” Ajak Amirul.

“Serius?” Ariff membalas.

“Serius la. Tapi aku tak nak kita buat macam budak-budak sekarang ni buat. Aku nak kita cuba reka sejenis muzik baru. Biar radio tak nak pasang pun takpe, Youtube ada, pesbuk pun ada. Hang rasa-rasa kita ada potensi tak?”

“Aku ok saja asalkan posisi vokalis jangan bagi aku. Suara aku dah tak sedap dah satu hal, nak kena lepak depan-depan stage memang bukan keberanian aku la. Lagipun lumrah vokalis ni selalu ramai peminat. Risau juga aku tak boleh handle populariti yang diraih mendadak lalu menukar aku jadi lupa diri dan nilai-nilai moral.” Balas Ariff tenang.

“Aku paham. Aku paham. Kalau macam tu, nanti kita ajak Mat Yus join kita. Dia main part drum. Hang main bass. Biar aku ambik lead sambil menyanyi. Buat permulaan, gitar sorang cukup dulu la kot. Nanti aku try ajak Saha. Dia boleh juga main gitar tu.”

“Kalau dah macam tu perancangannya, aku setuju saja. Sama-sama kita buktikan pada band-band sedia ada macam mana cara betul nak main muzik. Start esok petang kita mula tulis lagu. Hahahaha!” Jerit Ariff bersemangat sambil ketawa. Buruknya wajah Ariff ketika ketawa hanya Amirul dan Tuhan saja yang tahu.

Masuk saja waktu Maghrib, Ariff dan Amirul pun berpisah untuk pulang ke rumah sambil memasang angan-angan. Walaupun Ariff dan Amirul rock, mereka pantang betul dengan manusia jenis melepak di luar rumah waktu Maghrib. Waktu ini setan saja yang lepak.

*****

Malam itu, sedang sedap Amirul duduk berbaring depan televisyen, telefon Amirul berbunyi menandakan ada WASSAP masuk. Dalam keadaan bermalas-malasan, Amirul terpaksa bangun mendapatkan telefon di atas meja makan. Tertera di skrin satu mesej baru dari Ariff. Amirul tekan butang read.
____________________________

Amirul, hang baca ni woi. Aku terjumpa dalam Facebook tadi. Aku ingat nak cancel la nak buat band. “Akan ada dari kalangan umatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan al-maazif (alat nyanyian)” – Hadis riwayat Bukhari dari Abu Malik r.a
____________________________

Amirul letak balik telefon atas meja makan dan kembali berbaring depan televisyen. Sebulan dia tak bercakap dengan Ariff.

Saturday 18 January 2014

# Novel

Ehsan Pustakaan Google
Nak menulis novel cinta meleis sebenarnya tak susah.

Jalan cerita mudah, makwe kampung atau makwe bandar dari kalangan kelas pertengahan rendah atau kelas rendah atau miskin, bercinta sampai kahwin atau dipaksa kahwin dengan lelaki dari kalangan kelas atas atau kaya raya. Boleh juga dibuat sebaliknya jika mahu.

Sebaiknya yang kaya itu kerjanya sama ada doktor, jurutera, arkitek atau pengarah di sebuah syarikat kontraktor bumiputera dari Kelas F ke atas (asalnya syarikat milik abah dia).

Kalau cerita banyak berkisar kehidupan urban, nama mestilah urban untuk wanita. Aleeya Natasya, Aleesya Sofia, Qistina Elena atau Malisa Ezora contoh nama yang tampak urban. Yang lelaki pula memadai nama Adam, Danial, Aaron dan sebagainya. Elok juga jika ditambah Tengku atau Raja.

Kemudian masuklah sikit konflik, mertua tak suka menantu, rakan sepejabat hasad dengki, mamat atau minah ketiga yang cuba menggugat hubungan cinta dan sebagainya.

Nak lagi meleis tambah sikit babak romen dan bomoh.

Tuesday 14 January 2014

# Cool


Semua orang sibuk nak jadi orang yang cool.

Cool ni, sebenarnya dia ada dalam gene.

Bila orang tu ada gene cool, dia makan karipap inti angin pun jadi cool. Dia berjalan pun jadi cool.

Dia dengar radio pun jadi cool.
Dia beli beras kat 7-eleven pun tetap dia cool.
Hell, even dia menipu pun dia masih cool.

Kalau ada orang yang bertanya camne nak jadi cool, ternyatalah orang itu haram tak cool.

Aku? Aku tak cool. Serius, sikit pun tidak cool.

Pasal aku hot.

Bring it on haters

Monday 13 January 2014

# Pertemuan


Ketika sedang aku mengelamun sambil tunggu flight untuk pulang ke Malaysia, teringat aku satu kesah pertemuan daku dengan seroang insan yang banyak memberi impak dalam rona-rona hidupku, cerita begini.

Hari itu adalah hari pertama pendaftaran masuk ke kelas. Aku ditetapkan masuk ke kelas 4 Kerjasama. Cikgu Rahim guru kelasnya. Berkarakter sempoi dan sporting. Kadang-kadang beliau suka curi-curi merokok tepi bangunan sekolah, bersebelahan dengan signboard zon larangan merokok. Memang mantap.

"Darjah 3 tahun lepas dapat nombor berapa?" Tanya Cikgu Rahim kepada aku yang masih belum bersunat ketika itu.

"Lapan...." Aku menjawab gugup.

Cikgu Rahim meletakkan aku di posisi meja nombor 38. Jangan-jangan Cikgu Rahim sangka aku bergurau atau dia tersalah dengar.

Sistem pembahagian posisi di sekolah aku ini berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun yang lepas. Atas kesilapan teknikal, aku diletakkan di meja yang paling bengap a.k.a King of Bengap di dalam kumpulan bengap iaitu Kumpulan F. Yang paling handal diletakkan di meja pertama di tepi pintu diikuti kedua handal, ketiga handal dan seterusnya sampai ke semi bengap dan ultra bengap.

Kesan daripada dasar meritokrasi ini menyebabkan aku tidak senang duduk. Tak elok kanak-kanak terdedah kepada 'stress'. Cikgu-cikgu yang masuk ke kelas akan aim aku tanpa berlapik. Senyum cikgu-cikgu itu ke arah kumpulan F pula tampak tidak semesra senyuman ke arah kumpulan A. Dan yang paling tak ngam, makwe-makwe kelas lain yang lalu-lalang memandang aku macam tak pandai sifir 3.

Rata-rata yang duduk di kumpulan A dan sedikit B, tidak putih bajunya. Mana yang laki-laki, segak dengan rambut sikat tepi dan perempuannya sudah haid, barangkali. Wajah mereka berseri-seri dengan bedak mewangi dan seragam yang jenamanya hanya dijual di bandar besar. Kasut mereka pula canggih tanpa tali.

Masing-masing kelihatannya berjawatan. Tidak kira di kelas, di pusat sumber, kantin, laluan berjalan dan melompat mahupun di pintu pagar sekolah. Kebanyakkan anak cikgu, anak pegawai, anak kadi daerah, anak PPD dan hanya satu dua anak pembantu tadbir rendah serta anak orang lembaga letrik. Bertuah ibubapanya.

Yang comot-comot, yang pipi bersepah dengan minyak sebab makan mee goreng, yang pakai kasut tapak hijau, yang pakai stoking tak brape fit, yang pakai baju abang, yang hingus kesat pada baju dan yang bawa komik Mutiara Naga pergi sekolah majoritinya di kumpulan E dan F. Kumpulan aku.

Di sinilah bermulanya perkenalan aku dengan Amirul yang claim belakang rumah dia ada beruang koala.

Tanpa sambungan...

# Halangan


Banyak benda yang boleh menghalang satu-satunya percintaan itu.

Antaranya urusan kerja, masa, wang, restu ibu bapa,

dan...

bateri henpon
.


* Ini adalah entry Auto Publish sebarang Komen bisa direply pabila sang karut On Air..

Friday 10 January 2014

# Percintaan 2014

Cadangan Untuk Hiasan, Ehsan dari Dr Google
“So, kaki macam mana? Ubat yang saya kasi tu kena makan tau. Ubat antibiotik kena habiskan. Yang lain tak apa kalau dah ok.”

“Saya rasa dah ok ni, doktor. Main bola pun dah rasa sedap berlari. Terima kasih doktor. Ini kalau habis ubat ni nak jumpa doktor ke nak jumpa nurse?”

“Amboi, nak jumpa nurse je yang dia tahu. Kalau rasa tak ok, awak jumpa saya je. Baiklah, saya pergi dulu. Singgah sekejap saja di mini market ni.”

*****

Aku memperkenalkan Doktor Amira. Seorang gadis berusia 25 tahun yang mempunyai lesung pipit di pipi, tak berapa tinggi, mukanya manis dan nampak manja apabila berkata-kata. Aku mengenali Doktor Amira pada suatu hari ketika aku dimasukkan ke hospital kerana kaki aku mengalami kecederaan. Semasa itu Doktor Amira sedang asyik merawat pesakit lain.

Disebabkan aku ini jenis mengada-ngada dan berperwatakan hensem, maka secara auto Doktor Amira mula merawat aku. Semua ini berlaku pada beberapa bulan yang lepas. Hari ini kebetulan aku bertemu dengan beliau di sebuah pasar raya.

*****

“Ok, doktor. Jumpa lagi” aku angkat tangan cuba kasi ‘tata’ kepada Doktor Amira yang sedang berjalan ke kawasan tempat letak keretanya.

Dari jauh aku perhati Doktor Amira masuk dalam perut kereta Hondanya. Tiba-tiba dia turunkan cermin kereta dan melambai-lambai memanggil aku.

Dengan steady, aku melangkah kaki ke arah keretanya.

“By the way, awak Azli kan? Hujung nama awak ada Aiman kan?”

“Ya, ya. Macam mana doktor boleh ingat ni?” Aku cakap sedikit menjerit.

“Saya ingat awak sebab awak patient saya yang paling banyak tanya. Saya Amira.”

“Ya, saya dah tahu nama doktor ni, Amira. Saya tengok kat name tag doktor hari tu.”

“Oh, ye ke Azli? Ok Azli, saya pergi dulu.” Doktor Amira sempat melemparkan senyumannya yang manis.

Sekali lagi aku melambai tangan 'tata' ke Doktor Amira.

Lagi sekali aku tengok Doktor Amira turunkan cermin pintu keretanya. Aku rasa lain macam. Rindu ke aku agaknya Doktor Amira ni.

“Azli, boleh mintak tolong tak? Saya tak berapa confident nak undur kereta. Boleh awak tolong tengok-tengok tak, Azli?” pinta Doktor Amira. Suaranya begitu lunak.

"Boleh, benda mudah saja tu.”

Aku duduk belakang kereta Hondanya dan memberi isyarat tangan suruh berundur. Sambil itu aku tahan kereta-kereta lain dari arah belakang supaya beri laluan seketika. Doktor Amira mengundurkan keretanya dengan penuh yakin.

Kereta Honda Doktor Amira akhirnya berada di jalan yang lurus lalu dia kembali menurunkan cermin pintu keretanya.

Aku pergi ke arah doktor muda itu.

“Azli, terima kasih banyak-banyak.”

“Benda kecil saja ni, doktor. Hari tu doktor tolong saya, hari ini saya tolong doktor pula,” kata aku tersengih.

“Hehe... Ok, Azli. By the way Azli, banyakkan minum air suam dan jangan selalu makan makanan segera. Jaga kesihatan tau.” Nasihat Doktor Amira seraya tersenyum.

Kereta Honda Doktor Amira terus meluncur deras meninggalkan aku dengan dua perasaan.

Aku rasa macam doktor itu minat ke aku.

Dan perasaan kedua…

… Aku rasa macam budak jaga parking.