Friday 29 March 2013

# Brunch Di Suatu Ketika Dolu Dolu


Dulu masa aku belajar, ada sekali aku ngan housemate aku pergi kedai makan time-time cenggini sebab nak Brunch (Breakfast + Lunch).

Dipendekkan citer, cuma ada satu kedai makan je yang bukak dan keadaan kedai tu sangatlah sadis. Lauk-pauk untuk makan tengah hari takde. Yang ada cuma bungkusan nasi lemak atas setiap meja makan kat situ.

Aku perhati keadaan dalam kedai tu, yang ada cuma seorang makcik dengan seorang budak perempuan umur dalam 5 tahun duk main lari-lari seorang diri dalam kedai. Rambutnya ikat tokcang ekor kuda menguatkan lagi hujah aku yang dia budak yang baru nak mumaiyiz.

"Elok lagi ke nasi lemak ni?", tanya housemate aku pada makcik yang kitaorang suspek owner kedai tu. Aku sebenarnya was-was nak makan nasi lemak stok tengah hari punya. 

"Elok lagi, makanlah", balas makcik tu.

Housemate aku yang jenis jarang baca doa makan terus bukak bungkusan nasi lemak lalu melantak dengan rakusnya. Aku plak dengan gaya abang-abang cuma order teh o ais limau saja. Nak makan pun macam takde selera. 

Budak perempuan yang berlari-lari dalam kedai tadi tiba-tiba berhenti lari lalu dia merapatkan dirinya ke meja kitaorang. 

"Nasi lemak tu dah basi", kata budak perempuan tu pastu dia sambung berlari semula...

*************

P/S: Orang kata, dengarlah nasihat walaupun nasihat itu datang dari seorang budak kecil kerana nasihat mereka itu lebih jujur.

Thursday 28 March 2013

# Kelebihan Mu Kegagapan Ku


Aku baru perasan yang aku dah bercakap gagap skang dan aku dah kenalpasti puncanya.

Ini semua sebab aku banyak menulis dan tidak banyak bercakap.

So, aku kena kurangkan menulis dan banyakkan bercakap.

Ok, itu aje nak kabo....

Kisah Di Suatu Ketika

 
Sekedar Hiasan Jew..
Masa aku sekolah rendah, pernah sekali cikgu kelas aku ponteng mengajar kejap. Aku saspek cikgu kelas aku masa tu sibuk menjalankan tanggungjawab perniagaan jual kuih raya kat bilik guru.

Bila cikgu takde dalam kelas, peluang keemasan begini biasanya aku wat aktiviti melukis. Aku melukis kereta Bigfoot di bahagian belakang buku latihan matematik. Susah betul nak lukis kereta atas kertas grid berkotak-kotak kecil. Bila lukis garisan, pandangan dia jadi berserabut dan kucar-kacir tak tentu hala. Itu belum sampai bab lukis part tayar. Korang bayangkan macam mana unsur bulatan bergabung dengan unsur empat segi kecik-kecik. Gambar kereta Bigfoot kelihatan macam barua, sungguh tak berseni.

Sedang aku kusyuk melukis, tiba-tiba kelas aku di datangi dua orang makwe pengawas darjah enam. Dua makwe pengawas yang datang secara ayu tadi memberhentikan semangat melukis aku yang baru nak menaik.

"Kami wakil pengawas datang nak jual kad raya..", kata salah sorang makwe pengawas seraya meletak kotak yang berisi kad raya yang pelbagai atas meja cikgu.

Budak-budak kelas aku dengan sikap yang tak pernah bertenang terus serbu ke meja cikgu. Perangai jenis tak reti nak tunjuk sopan-santun depan tetamu. Kalau aku jadi bapak memang aku libas sekor-sekor dengan tali pinggang. Biasa sangat!

Aku tinggalkan lukisan Bigfoot dan terus menuju ke meja cikgu. Kad-kad raya yang dijual pengawas makwe tadi memang cantik-cantik. "Berapa harga kad raya ni kak?", tanya salah seorang budak kelas aku.

*****

Dua makwe pengawas tadi keluar dari kelas aku dengan wajah yang agak dukcaita. Kemudian mereka pergi promote kat kelas sebelah, hasilnya sama juga. Dua pengawas makwe tadi keluar dengan wajah yang amat menyedihkan.

*******************

P/S: Giler, ada ke patut jual satu kad RM5. Zaman tu, yang bawak duit belanja RM5 ke sekolah ni kerani am ngan cikgu-cikgu je.

Wednesday 27 March 2013

Hantu Tindih

Dah sepuluh tahun aku rasa hantu tindih tak datang tindih aku waktu malam.

Mungkin dia ingat aku punya cuti sekolah sesi Disember 2003 tak habis lagi kot.

Kehkehkeh....

P/S: Kalau tidak pantang aku lompat baring terlentang atas katil asrama, datangla dia sibuk nak menindih. Tindih pulak bukan jenis ada kesian-kesian, sampai aku tak boleh bernyawa. Cilake lu hantu tindih.

Tapi bila dah lama-lama macam ni, aku rasa rindu plak..

Tuesday 26 March 2013

Kisah Seorang Pemuda Dan Stokin


Semalam balik dari kerja, aku rasa dahaga sangat. Tetiba aku rasa macam kempunan nak minum air sejuk. Aku duk cari kedai runcit yang buka tapi kebanyakkan dah tutup. "Awal betul diaorang tutup, jam baru 9.30 malam" bentak aku dalam hati. Akhirnya aku singgah ke kedai Seven Eleven.

"Ting tong", bunyi ding dong bell menyambut kedatangan aku di muka pintu masuk Seven Eleven. Aku melangkah ke dalam kedai Seven Eleven sambil mata melirik ke arah makwe bertudung hitam di kaunter. Muka dia masam. Aku suspek dia bengang dengan bos sebab cuti dia dibekukan. Di dalam Seven Eleven ketika itu, selain makwe kaunter bertudung hitam yang bermuka masam, hanya ada aku dan seorang brader Melayu.

Brader ni mundar-mandir depan kaunter dengan sebelah tangan berisi makanan ringan, sebelah tangan lagi pegang botol mineral. Riak wajah menunjukkan beliau masih mencari barang lain yang hendak dibeli tapi tak jumpa. Aku perhatikan umur brader ni macam 30an. Cara berpakaian agak skema dengan seluar slack hitam pergi kerja bersama baju kemeja kain licin. Ilmu firasat aku memberitahu, beliau tak pernah ponteng kelas masa sekolah rendah atau kena tulis nama dengan pengawas. Hatta kantoi spot check lepas perhimpunan pun kompem beliau tak pernah. Aura akademik makam tinggi yang memenuhi ruang Seven Eleven juga menakutkan lagi hujah aku. Kerana pastinya aura tersebut milik brader seluar slack hitam, bukan milik aku. Makwe kaunter pun bukan.

Aku menuju ke peti ais di hujung belakang kedai yang lokasinya tak berapa jauh dari kaunter. Terdapat bermacam jenis air di situ dan harganya amatlah mengalahkan ketamakkan syaitan. Sedang aku melihat dan memilih air botol, aku terdengar makwe kaunter berkata sesuatu pada brader sebentar tadi yang sudah tercegat di depan kaunter.

“Kami takde jual stoking bang,” amat jelas aku dengar kenyataan makwe kaunter.

Aku yang cepat curious, memiliki daya refleksi tinggi serta berperwatakan hensem memasang telinga sambil mata curi-curi tengok. Pelik juga aku bila ada orang nak beli stoking dalam Seven Eleven. Ini memang rare!

“Belakang awak tu bukan stoking?” Dalam dengar tak dengar, aku tangkap butir-butir pertuturan brader akademik berseluar slack hitam kepada makwe kaunter.

Deria pendengaran saja belum cukup memberi maklumat lengkap. Aku terpaksa mendapatkan sokongan dari deria penglihatan. Aku toleh pandang sorok-sorok.

“Yang mana satu stokingnya bang?” makwe kaunter pusing belakang meminta kepastian benda apakah yang disifatkan sebagai stoking oleh brader berkenaan.

“Hah! Dalam kotak hijau tu. Stokinglah tu. Bagi satu!” Kerek saja arahan beliau pada makwe kaunter.

******

Selesai brader tersebut berurusan, dia pun blah gitu je. Kini giliran aku plak berdiri depan kaunter. Dalam tangan dah genggam kemas botol ais lemon tea. Aku cuba bersikap tenang seperti tiada apa yang berlaku. Tiada perbualan antara kami. Masing-masing bersikap professional. Lepas bayar aku blah.

***********************

Nota Kaki:

Woi, brader! Benda dalam kotak hijau tu nama dia KONDOM lah. KONDOM! Bukan stoking bai. Stoking tu pakai kat kepala kaki, K.E.P.A.L.A. K.A.K.I. faham? Ko punya berkias macam lahanat punya misleading! Siapa ajar ni? Jenis takde agak-agak langsung!

Saturday 23 March 2013

Earth Hour



Aku baru tahu malam ni ada program Earth Hour. Sebenarnya, menutup lampu sejam sempena Earth Hour tidak memberi impak significant sebab generator powerhouse tidak shut-down dan masih membakar arang batu.


So sebagai tanda solidariti, aku akan nyalakan suma lampu-lampu di rumah tatkala stesen janakuasa arang batu dan empangan masih lagi memberi sumbangan pada pelanggan :P

Wednesday 20 March 2013

# Retro Result SPM #



"Hah, berapa kau dapat?"

"Ala... 1 A je bang. Lain-lain 3 B, 3 C, 2 D 1 E"

"Bagus! Kau ni bukan jenis mainstream."

**********

"Hah kau pulak dapat berapa A?"

"Alhamdulillah bang. Berkat saya pergi tuisyen pagi sampai tengah malam dapat juga saya 10A."

"Kau ni nerd rupanya, takde life. Fail!"

**********

"Dapat 10A kau ya. Abang ingat dah tak boleh pergi. Habis lepas ni sambung mana?"

"Hehe. Saya memang cita-cita nak masuk UPM, ok ke bang U tu?"

"Kahkahkah. Jiwa soft la kau ni."

**********

"Kau duduk kelas hujung macam mana boleh dapat 10A?"

"Alaa... Rezeki tiru kawan sebelah bang."

"Cilakak! Penjaga periksa tak kantoikan ke?"

"Penjaga periksa lagi sibuk jaga pesbuk bang..."

Thursday 14 March 2013

Ketermajuan Teknologi


Cara hidup sekarang, bila sampai makanan depan mata, bagi smartphone jamah dulu. Real real


P/S: Kadang-kadang kasi DSLR jamah juga :3


Tuesday 12 March 2013

Hakikatnya


Sebenarnya, takde kebenaran pun dalam frasa "Kerja banyak macam orang gila". Yang ada cuma kerja tak di organize dengan baik, tak efisyen, banyak berlengah, banyak bertangguh dan banyak mengadap fesbuk.

Surat Terbuka Untuk Makwe Myvi

Oh Makwe MyVi
Awak, tidakkah awak dulu belajar semasa mengambil lesen bahawa jika memandu macam siput babi, jangan memandu di lorong kanan. Saya tau kete awak Special Edition tapi makna Special Edition itu tidaklah ertinya jika awak dok gila isim memandu pelan-pelan di lorong laju dan saya pulak dok kat belakang awak buat upacara maki hamun.

Jasa baik awak untuk sedar atas kesalahan amatlah dihargai.


Sekian, terima kasih.

Sunday 10 March 2013

Tak Takut Allah Ke?



Dulu masa aku sekolah rendah, aku suka beli pemadam ada bendera negara-negara. Harga sekupang je masa zaman tu. Aku beli je terus aku tulis kat belakang pemadam tu;


Alif... Lam... Lam... Ha....
siapa curi berdosa.

Tapi tiap kali aku tulis camtu, pemadam aku mesti hilang. Setan betul!!!Tak takut Tuhan ke diorang ni?

Saturday 9 March 2013

Tiada Logika


"Putus? Awak nak hubungan kita selama 8 tahun ni putus begitu saja", kata Azroy dengan dahi yang berkerut.

"Ya, saya nak kita putus hubungan!", Alin balas lancar.

"Tapi, tapi kenapa? Saya tak pernah sakitkan hati awak. Hari-hari saya reply sms awak. Status pesbuk awak pun selalu saya Like", balas Azroy lagi.

"Ya, saya tau. Awak memang baik dengan saya", Alin jawab perlahan.

"So, apa lagi yang awak tak puas hati ngan saya? Segala wang ringgit dan masa saya habiskan untuk awak, ini balasan awak pada saya?" seraya Azroy menyepak tiang lampu dengan keting kakinya tanpa sebarang keluhan. Sungguhpun begitu, sakit di dalam siapa yang tahu.

Alin yang melihat telatah Azroy yang agak kebudak-budakkan kemudian menyambung perlahan, "Ya, saya rasa kita patut putus skang."

Azroy terpaku, diam membisu tak terkata apa-apa. Matanya berkaca.

"Tapi kenapa ye awak? Kenapa tiba-tiba je? Saya betul-betul tak faham dengan awak. Kenapa sekarang? Why?"

"Awak, kadang-kadang apa yang berlaku dalam hidup kita ni memang tak lojik dan tak masuk akal. Tapi itulah kenyataannya," Alin berkata tapi bukan penjelasan.

"Baik, saya terima keputusan awak. Mungkin ada hikmahnya. Cuma saya keliru..." hidung Azroy mula berhingus. Sesekali dia menyedut dalam-dalam.

"OK, saya nak dengar alasan awak. Alasan yang keluar dari mulut awak sendiri. Kenapa kita perlu putus macam ni? Awak dah ada orang lain ye?" Azroy mendesak.

"Tak, saya takde orang lain" Alin jawab ringkas.

"Habis tu?", Azroy masih tidak berpuas hati.

Alin diam. Kepalanya mendongak memandang ke langit. Dia mengambil nafas panjang kemudian menunduk dan terus memandang tepat ke wajah Azroy.

"Konek awak kecik," Alin terus berlalu pergi dan hilang dari pandangan.

Thursday 7 March 2013

Kisah Suatu Pagi

Sekadar Illustrasi dan Imaginasi Penulis

Di suatu pagi yang cuacanya agak cerah, ada sepasang couple berdua-duaan di bawah pokok besar yang daunnya agak rendang. Pasangan yang berduaan itu tidak asing lagi iaitu si Hero dan juga si Heroin. Si hero bergurau mesra sambil mencubit nakal pipi si heroin. Si heroin cuma ketawa manja setelah dirinya diperlakukan sedemikian.

Kemesraan hero dan heroin tadi rupanya telah diperhatikan dari jauh oleh sekumpulan samseng. Ketua samseng yang menyaksikan kejadian ala separa lucah terasa amat bengang lantas mengarah anak buahnya yg seramai 4 orang untuk mengepung dan menangkap pasangan tadi.

Si hero dan si heroin yang begitu asyik bergurau manja tidak sedar yang diri mereka bakal mendapat bala yang tidak diundang. "Hoi!" jerit sekuat hati ketua samseng tadi lalu mengejutkan pasangan tadi. Ketua samseng yang mukanya benggis dengan lantas menarik badan si hero lalu di tolaknya hero sehingga jatuh ke tanah. Si heroin pula ditangkap oleh dua orang anak buah ketua samseng tadi. Hero dan heroin bertambah panik.

Ketua samseng tadi memberi sepatah dua kata pada hero, percakapannya tidak jelas. Kejap terjerit-jerit, kadang-kadang cakap slow. Tetapi boleh la kita andaikan mungkin ketua samseng tadi sedang memberi sedikit tazkirah atau sedang memaki-hamun. Selesai saja bercakap, ketua samseng yang dari awal tadi memegang kayu hoki lantas menghayun kayunya ke badan si hero. Si hero sekali lagi terjatuh ke atas tanah dengan sedikit keluhan.

Ketua samseng mengarahkan anak buahnya yang seramai 4 orang tadi untuk membelasah kedua-dua pasangan tadi. Si hero dibelasah teruk dengan menggunakan kayu hoki. Si heroin pun sama, di belasah dengan sepak terajang. Tapi jika dibandingkan dengan kedua-dua aksi ganas ni, si hero lagi teruk menerima azab. Kepalanya di ketuk dengan kayu beberapa kali, kemudian belakang badannya di pijak-pijak. Ada sekali si hero cuba menahan dengan tangan tapi apakan daya, kayu lawan dengan tangan sudah tentu kayu yang menang. Maka tangan hero telah patah pada kejadian ngeri itu. Hero dan heroin dipukul tanpa sedikit belas kasihan.

Darah bersembur dari mulut hero. Si heroin pula sudah terkulai layu. Akhirnya kedua-dua pasangan tadi telah nyawa-nyawa ikan akibat upacara belasah tadi. Tiba-tiba hujan pun turun membasahi kawasan itu.

Ketua samseng tersenyum puas lalu meninggalkan tempat itu bersama anak buahnya. Sebelum meninggalkan pasangan tadi, ketua samseng sempat berkata, "Kita biarkan mereka mati bersama. Mari kita pergi."

Hujan semakin lebat. Hero merangkak perlahan ke arah heroin dengan keadaan tubuh badannya yang agak lemah. Badan si heroin juga sudah tidak bermaya, dia tidak mampu bergerak. Hero menangis beria-ria kerana tidak dapat menyelamatkan teman wanitanya. Si heroin sudah tau ajalnya sudah hampir tiba, maka dia sempat memberi sedikit wasiat;

"Sebelum kanda mengebumikan dinda, berjanjilah pada dinda yang kanda akan menghapuskan samseng-samseng tadi. Ingat, selagi mereka tidak dihapuskan, selagi itulah jangan kebumikan dinda", begitulah wasiat heroin yang jika dipikir balik memang tak masuk akal. Akhirnya heroin mati di situ. Si hero meraung sepuasnya kerana kekasihnya mati. Dengan pancaran cahaya kilat, tiba-tiba hero bangun berdiri dengan gagah.

Tenaga hero sudah pulih tak sampai 5 minit, kemudian si hero bergerak meninggalkan si heroin yang terbaring kaku di situ untuk mencari samseng-samseng tadi. Hero telah berazam akan menunaikan wasiat kekasihanya. Hero telah tekad untuk membalas dendam. Kali ini langkah kaki hero agak kemas, tidak seperti sebelumnya yang merangkak-rangkak macam penyu.

*****

Setelah beberapa minit berjalan, hero telah terserempak dengan anak buah samseng yang pertama. Samseng pertama telah terperasan dengan kehadiran hero, dengan pantas dia memanggil teman-temannya. Akhirnya teman-teman samseng tadi telah pun muncul, masing-masing memegang kayu hoki. Jumlah mereka kini seramai 4 orang, cuma ketua samseng je belum muncul lagi.

Dengan sepantas kilat, hero menumbuk padu pada muka samseng pertama itu. Samseng pertama terbang melayang sehingga badannya terhempas ke batang pokok. Tulang badan samseng pertama tadi telah patah riuk lalu dia ati di situ. Samseng-samseng lain yang berang melihat aksi itu dengan cergas menyerang hero. Samseng kedua cuba menghayun kayunya ke kepala hero tetapi hero berjaya menunduk. Samseng ketiga pula cuba menghayun kayu ke arah kaki hero tetapi pergerakkan hero amatlah tangkas. Hero telah membuat balik kuang dengan tinggi lalu mendarat di atas bahu samseng ketiga. Peluang yang jarang-jarang ada ini telah membuatkan hero memusingkan leher samseng ketiga sehingga patah. Akhirnya samseng ketiga mati katak di situ.

Kini tinggal samseng kedua dengan samseng ke empat. Samseng kedua dengan ganasnya membaling kayu ke arah hero tetapi berjaya disambut cemerlang oleh hero. Kini giliran hero pula membaling kayu tadi ke arah samseng kedua tapi malangnya nasib samseng kedua itu kerana balingan dari si hero kali ini agak deras dan telah mengenai tepat ke muka samseng kedua itu. Bersembur darah serta bertaburan gigi samseng kedua setelah terkena hentaman keras dari kayu tadi. Inilah yang dinamakan senjata makan tuan.

Samseng ke empat yang melihat aksi itu merasa takut, tambah pula 3 orang rakannya tadi telah padam. Samseng ke empat dengan spontan melarikan diri tapi malangnya hero berjaya menangkap samseng tadi. Kemudian hero pun menyauk penumbuknya ke bawah dagu samseng ke empat tadi, maka samseng ke empat tadi telah melambung ke atas sehingga mendarat ke atas dahan pokok. Samseng ke empat arwah di atas dahan pokok. Akhirnya kesemua anak buah ketua samseng tadi telah kecundang di tangan hero. Kini tinggal ketua samseng je yang belum kena lagi.

****

Ketua samseng telah memunculkan dirinya. Terkejut beruk dia melihat anak buah dia yang rebah di sana sini. Ketua samseng merasa geram lantas dia mengambil parang panjang untuk di penggal pada hero. Pada saat-saat genting itu, hero hanya berdiri tenang. Ketua samseng meluru pantas ke arah hero bagai binatang buas mencari mangsa lalu dia menghayun parang panjangnya. Tapi dia lupa, hero tetap hero. Hayunan parang panjang tadi berjaya dielak dengan mudah, kemudian hero dengan cepat membalas dengan menumbuk pergelangan tangan ketua samseng yang memegang parang panjang tadi.

Akhirnya parang panjang yang digenggam erat oleh ketua samseng tadi terlepas dan jatuh ke atas tanah. Hero masih tidak berpuas hati, dengan pantas dia mencengkam muka ketua samseng tadi dengan tapak tangannya. Kemudian dia tolak dan menghentak kepala ketua samseng pada batang pokok berhampiran. Dihentaknya kepala ketua samseng tu pada batang pokok sebanyak 8 kali. Ketua samseng meronta-ronta kesakitan akhirnya dia tidak bersuara lagi. Sudah mati barangkali. Hero melepaskan cengkamannya. Tubuh ketua samseng tadi rebah ke atas tanah.

Akhirnya dendam hero ke atas kumpulan samseng tadi telah pun selesai. Kini, boleh la dia mengebumikan jenazah teman wanitanya dengan tenang.

*******************************

"Filem tamil ni kalau tak menipu tak sah", begitulah kata emak aku lalu dia bergegas ke dapur untuk bancuh teh kuruskan badan.

Aku menyokong dengan buah fikiran mak aku tu. Ntah sampai bila la penerbit filem tamil ni nak bertaubat. Buat filem gila babi punya tipu. Yang aku pelik, macam mana lah aku boleh terlepas tengok? Natang!