Friday 29 March 2013

# Brunch Di Suatu Ketika Dolu Dolu


Dulu masa aku belajar, ada sekali aku ngan housemate aku pergi kedai makan time-time cenggini sebab nak Brunch (Breakfast + Lunch).

Dipendekkan citer, cuma ada satu kedai makan je yang bukak dan keadaan kedai tu sangatlah sadis. Lauk-pauk untuk makan tengah hari takde. Yang ada cuma bungkusan nasi lemak atas setiap meja makan kat situ.

Aku perhati keadaan dalam kedai tu, yang ada cuma seorang makcik dengan seorang budak perempuan umur dalam 5 tahun duk main lari-lari seorang diri dalam kedai. Rambutnya ikat tokcang ekor kuda menguatkan lagi hujah aku yang dia budak yang baru nak mumaiyiz.

"Elok lagi ke nasi lemak ni?", tanya housemate aku pada makcik yang kitaorang suspek owner kedai tu. Aku sebenarnya was-was nak makan nasi lemak stok tengah hari punya. 

"Elok lagi, makanlah", balas makcik tu.

Housemate aku yang jenis jarang baca doa makan terus bukak bungkusan nasi lemak lalu melantak dengan rakusnya. Aku plak dengan gaya abang-abang cuma order teh o ais limau saja. Nak makan pun macam takde selera. 

Budak perempuan yang berlari-lari dalam kedai tadi tiba-tiba berhenti lari lalu dia merapatkan dirinya ke meja kitaorang. 

"Nasi lemak tu dah basi", kata budak perempuan tu pastu dia sambung berlari semula...

*************

P/S: Orang kata, dengarlah nasihat walaupun nasihat itu datang dari seorang budak kecil kerana nasihat mereka itu lebih jujur.

No comments:

Post a Comment