![]()  | 
| Sekadar Illustrasi dan Imaginasi Penulis | 
Di suatu pagi yang cuacanya agak cerah, ada 
sepasang couple berdua-duaan di bawah pokok besar yang daunnya agak 
rendang. Pasangan yang berduaan itu tidak asing lagi iaitu si Hero dan 
juga  si Heroin. Si hero bergurau mesra sambil mencubit nakal pipi si 
heroin. Si heroin cuma ketawa manja setelah dirinya diperlakukan 
sedemikian.
Kemesraan hero dan heroin tadi rupanya telah diperhatikan dari jauh oleh
 sekumpulan samseng. Ketua samseng yang menyaksikan kejadian ala separa 
lucah terasa amat bengang lantas mengarah anak buahnya yg seramai 4 
orang untuk mengepung dan menangkap pasangan tadi.
Si hero dan 
si heroin yang begitu asyik bergurau manja tidak sedar yang diri mereka 
bakal mendapat bala yang tidak diundang. "Hoi!" jerit sekuat hati ketua 
samseng tadi lalu mengejutkan pasangan tadi. Ketua samseng yang mukanya 
benggis dengan lantas menarik badan si hero lalu di tolaknya hero 
sehingga jatuh ke tanah. Si heroin pula ditangkap oleh dua orang anak 
buah ketua samseng tadi. Hero dan heroin bertambah panik.
Ketua
 samseng tadi memberi sepatah dua kata pada hero, percakapannya tidak 
jelas. Kejap terjerit-jerit, kadang-kadang cakap slow. Tetapi boleh la 
kita andaikan mungkin ketua samseng tadi sedang memberi sedikit tazkirah
 atau sedang memaki-hamun. Selesai saja bercakap, ketua samseng yang 
dari awal tadi memegang kayu hoki lantas menghayun kayunya ke badan si 
hero. Si hero sekali lagi terjatuh ke atas tanah dengan sedikit keluhan.
Ketua samseng mengarahkan anak buahnya yang seramai 4 orang tadi untuk 
membelasah kedua-dua pasangan tadi. Si hero dibelasah teruk dengan 
menggunakan kayu hoki. Si heroin pun sama, di belasah dengan sepak 
terajang. Tapi jika dibandingkan dengan kedua-dua aksi ganas ni, si hero
 lagi teruk menerima azab. Kepalanya di ketuk dengan kayu beberapa kali,
 kemudian belakang badannya di pijak-pijak. Ada sekali si hero cuba 
menahan dengan tangan tapi apakan daya, kayu lawan dengan tangan sudah 
tentu kayu yang menang. Maka tangan hero telah patah pada kejadian ngeri
 itu. Hero dan heroin dipukul tanpa sedikit belas kasihan.
Darah bersembur dari mulut hero. Si heroin pula sudah terkulai layu. 
Akhirnya kedua-dua pasangan tadi telah nyawa-nyawa ikan akibat upacara 
belasah tadi. Tiba-tiba hujan pun turun membasahi kawasan itu.
Ketua samseng tersenyum puas lalu meninggalkan tempat itu bersama anak 
buahnya. Sebelum meninggalkan pasangan tadi, ketua samseng sempat 
berkata, "Kita biarkan mereka mati bersama. Mari kita pergi."
Hujan semakin lebat. Hero merangkak perlahan ke arah heroin dengan 
keadaan tubuh badannya yang agak lemah. Badan si heroin juga sudah tidak
 bermaya, dia tidak mampu bergerak. Hero menangis beria-ria kerana tidak
 dapat menyelamatkan teman wanitanya. Si heroin sudah tau ajalnya sudah 
hampir tiba, maka dia sempat memberi sedikit wasiat;
"Sebelum 
kanda mengebumikan dinda, berjanjilah pada dinda yang kanda akan 
menghapuskan samseng-samseng tadi. Ingat, selagi mereka tidak 
dihapuskan, selagi itulah jangan kebumikan dinda", begitulah wasiat 
heroin yang jika dipikir balik memang tak masuk akal. Akhirnya heroin 
mati di situ. Si hero meraung sepuasnya kerana kekasihnya mati. Dengan 
pancaran cahaya kilat, tiba-tiba hero bangun berdiri dengan gagah.
Tenaga hero sudah pulih tak sampai 5 minit, kemudian si hero bergerak 
meninggalkan si heroin yang terbaring kaku di situ untuk mencari 
samseng-samseng tadi. Hero telah berazam akan menunaikan wasiat 
kekasihanya. Hero telah tekad untuk membalas dendam. Kali ini langkah 
kaki hero agak kemas, tidak seperti sebelumnya yang merangkak-rangkak 
macam penyu.
*****
Setelah beberapa minit berjalan, 
hero telah terserempak dengan anak buah samseng yang pertama. Samseng 
pertama telah terperasan dengan kehadiran hero, dengan pantas dia 
memanggil teman-temannya. Akhirnya teman-teman samseng tadi telah pun 
muncul, masing-masing memegang kayu hoki. Jumlah mereka kini seramai 4 
orang, cuma ketua samseng je belum muncul lagi.
Dengan sepantas
 kilat, hero menumbuk padu pada muka samseng pertama itu. Samseng 
pertama terbang melayang sehingga badannya terhempas ke batang pokok. 
Tulang badan samseng pertama tadi telah patah riuk lalu dia ati di situ.
 Samseng-samseng lain yang berang melihat aksi itu dengan cergas 
menyerang hero. Samseng kedua cuba menghayun kayunya ke kepala hero 
tetapi hero berjaya menunduk. Samseng ketiga pula cuba menghayun kayu ke
 arah kaki hero tetapi pergerakkan hero amatlah tangkas. Hero telah 
membuat balik kuang dengan tinggi lalu mendarat di atas bahu samseng 
ketiga. Peluang yang jarang-jarang ada ini telah membuatkan hero 
memusingkan leher samseng ketiga sehingga patah. Akhirnya samseng ketiga
 mati katak di situ.
Kini tinggal samseng kedua dengan samseng 
ke empat. Samseng kedua dengan ganasnya membaling kayu ke arah hero 
tetapi berjaya disambut cemerlang oleh hero. Kini giliran hero pula 
membaling kayu tadi ke arah samseng kedua tapi malangnya nasib samseng 
kedua itu kerana balingan dari si hero kali ini agak deras dan telah 
mengenai tepat ke muka samseng kedua itu. Bersembur darah serta 
bertaburan gigi samseng kedua setelah terkena hentaman keras dari kayu 
tadi. Inilah yang dinamakan senjata makan tuan.
Samseng ke 
empat yang melihat aksi itu merasa takut, tambah pula 3 orang rakannya 
tadi telah padam. Samseng ke empat dengan spontan melarikan diri tapi 
malangnya hero berjaya menangkap samseng tadi. Kemudian hero pun menyauk
 penumbuknya ke bawah dagu samseng ke empat tadi, maka samseng ke empat 
tadi telah melambung ke atas sehingga mendarat ke atas dahan pokok. 
Samseng ke empat arwah di atas dahan pokok. Akhirnya kesemua anak buah 
ketua samseng tadi telah kecundang di tangan hero. Kini tinggal ketua 
samseng je yang belum kena lagi.
****
Ketua samseng 
telah memunculkan dirinya. Terkejut beruk dia melihat anak buah dia yang
 rebah di sana sini. Ketua samseng merasa geram lantas dia mengambil 
parang panjang untuk di penggal pada hero. Pada saat-saat genting itu, 
hero hanya berdiri tenang. Ketua samseng meluru pantas ke arah hero 
bagai binatang buas mencari mangsa lalu dia menghayun parang panjangnya.
 Tapi dia lupa, hero tetap hero. Hayunan parang panjang tadi berjaya 
dielak dengan mudah, kemudian hero dengan cepat membalas dengan menumbuk
 pergelangan tangan ketua samseng yang memegang parang panjang tadi.
Akhirnya parang panjang yang digenggam erat oleh ketua samseng tadi 
terlepas dan jatuh ke atas tanah. Hero masih tidak berpuas hati, dengan 
pantas dia mencengkam muka ketua samseng tadi dengan tapak tangannya. 
Kemudian dia tolak dan menghentak kepala ketua samseng pada batang pokok
 berhampiran. Dihentaknya kepala ketua samseng tu pada batang pokok 
sebanyak 8 kali. Ketua samseng meronta-ronta kesakitan akhirnya dia 
tidak bersuara lagi. Sudah mati barangkali. Hero melepaskan 
cengkamannya. Tubuh ketua samseng tadi rebah ke atas tanah.
Akhirnya dendam hero ke atas kumpulan samseng tadi telah pun selesai. 
Kini, boleh la dia mengebumikan jenazah teman wanitanya dengan tenang.
****************************** *
"Filem tamil ni kalau tak menipu tak sah", begitulah kata emak aku lalu dia bergegas ke dapur untuk bancuh teh kuruskan badan.
Aku menyokong dengan buah fikiran mak aku tu. Ntah sampai bila la 
penerbit filem tamil ni nak bertaubat. Buat filem gila babi punya tipu. 
Yang aku pelik, macam mana lah aku boleh terlepas tengok? Natang!

No comments:
Post a Comment