Masa aku sekolah rendah, pernah sekali cikgu kelas aku
ponteng mengajar kejap. Aku saspek cikgu kelas aku masa tu sibuk menjalankan
tanggungjawab perniagaan jual kuih raya kat bilik guru.
Bila cikgu takde dalam kelas, peluang keemasan begini biasanya aku wat aktiviti
melukis. Aku melukis kereta Bigfoot di bahagian belakang buku latihan
matematik. Susah betul nak lukis kereta atas kertas grid berkotak-kotak kecil.
Bila lukis garisan, pandangan dia jadi berserabut dan kucar-kacir tak tentu
hala. Itu belum sampai bab lukis part tayar. Korang bayangkan macam mana unsur
bulatan bergabung dengan unsur empat segi kecik-kecik. Gambar kereta Bigfoot
kelihatan macam barua, sungguh tak berseni.
Sedang aku kusyuk melukis, tiba-tiba kelas aku di datangi dua orang makwe
pengawas darjah enam. Dua makwe pengawas yang datang secara ayu tadi
memberhentikan semangat melukis aku yang baru nak menaik.
"Kami wakil pengawas datang nak jual kad raya..", kata salah sorang
makwe pengawas seraya meletak kotak yang berisi kad raya yang pelbagai atas
meja cikgu.
Budak-budak kelas aku dengan sikap yang tak pernah bertenang terus serbu ke
meja cikgu. Perangai jenis tak reti nak tunjuk sopan-santun depan tetamu. Kalau
aku jadi bapak memang aku libas sekor-sekor dengan tali pinggang. Biasa sangat!
Aku tinggalkan lukisan Bigfoot dan terus menuju ke meja cikgu. Kad-kad raya
yang dijual pengawas makwe tadi memang cantik-cantik. "Berapa harga kad
raya ni kak?", tanya salah seorang budak kelas aku.
*****
Dua makwe pengawas tadi keluar dari kelas aku dengan wajah yang agak dukcaita.
Kemudian mereka pergi promote kat kelas sebelah, hasilnya sama juga. Dua
pengawas makwe tadi keluar dengan wajah yang amat menyedihkan.
*******************
P/S: Giler, ada ke patut jual satu kad RM5. Zaman tu, yang bawak duit belanja
RM5 ke sekolah ni kerani am ngan cikgu-cikgu je.
No comments:
Post a Comment