Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Thursday, 7 November 2013

# Kenduri Kahwin?

Ehsan Uncle Google
Ada member aku nak kahwin Ahad ni. So, masa scene melepak kat kedai makan tadi perbualan kitaorang lebih terjurus pada topik perkahwinan beliau. Beriya betul aku tengok member aku menggelabah fikir bukan-bukan time nak dekat kahwin ni.

Risau catering tak sedaplah, risau makanan tak cukuplah, risau tak ramai orang datanglah, risau jalan sempit susah kereta nak parking pun dia juga, risau demamlah.

Paling aku tak boleh blah, bila dia berserabut risau kalau hari kenduri tu tiba-tiba hujan. Jenis kerisauan yang macam gampang.

Dah buat kenduri dalam dewan, apa kejadah yang jadi masalah hujannya?

Tuesday, 29 October 2013

# Hukum?


"Oleh kerana terlalu banyak sangat kes pembunuhan, kini sudah tiba masanya Malaysia perlu laksanakan hukum hudud. Saya yakin kadar jenayah dan maksiat akan menurun" - Mujahidden pesbuk

************

Kahkahkahkah... mengekek-ngekek aku ketawa.

Pertama, apa jadah nak on hudud untuk kes pembunuhan. Belajar kitab mana kata kes bunuh kena kasi hudud? Mengaji ke tak ni?

Ok, realitinya aku perhati ramai rakyat pesbuk tak paham bab hudud ni. Yang dia tau terpekik melalak dan klem diri sudah berjasa pada ugama. Korang kena paham, hudud ni hanya boleh terlaksana untuk kesalahan:

1. Mencuri
2. Berzina
3. Tuduh orang berzina
4. Minum arak
5. Murtad

Orang kata, kalau kita laksanakan hudud, negara jadi aman. Siapa kata? Kau tahu kerajaan buat hukum QISAS, bahasa mudah faham hukum balas balik. Maka, bunuh dibalas bunuh. Nampak, itu pun ramai juga yang berani pergi bunuh orang. Pointnya, hudud tu sebenarnya bertujuan untuk mencegah supaya benda tu tak diperbesarkan. Bukan semua kes mencuri boleh potong tangan beb.

Kalau kau pergi curi buah pelam jiran kau, curi sebiji je pun. Adakah dikenakan hudud? No! Mana ada boleh kasi hudud beb. Ada dalil dia.

Kalau kau mencuri di musim kemarau, tambah plak kau orang miskin yang buat kerja tak senonoh iaitu mencuri, adakah dikenakan hudud? Mana boleh kasi hudud.

Ok contoh lain, katakan kau ni suka minum arak. Kau minum arak senyap-senyap dalam rumah kau, baik punye cover line. Tapi ada kutu mana ntah pergi pasang cctv dalam rumah ko sebab dia suka cari kesalahan kau. So, kau pun kantoi. Adakah boleh dikenakan hudud? Jawapan dia tak boleh.

Kalau kau beri rasuah sebab nak dapatkan tender, pastu kantoi ngan SPRM. Adakah dikenakan hudud? Kalau jawab ya, maka kau memang bangang. Kes rasuah kena masuk dalam hukum TAKZIR yakni ikut kebijaksanaan pemimpin untuk menghukum kau. Samada kau kena penjara atau sebat atau denda sebagainya.

Sebenarnya banyak lagi contoh aku nak kasi, tapi malas pula nak tulis. Kalau cerita face 2 face baru boleh kasi pencerahan.

Kesimpulannya, pergi timba ilmu lagi, kasi paham betul-betul hukum hudud tu apa. Tambah pula kita duk dalam dalam negara demokrasi, nak hidupkan hukum hudud memang payah. Tapi cita-cita untuk laksanakan hukum hudud ni dinegara kita perlu ada dalam setiap diri masing-masing. So, berdoa jelah.

Tuesday, 1 October 2013

Ayam Masak Merah


Kes keracunan makanan kat Kedah tu, puncanya ayam masak merah je. Aku memang dah lama tak berkenan ayam masak merah dijadikan menu utama sebab ia terlalu mainstream.

Kalau Ada sape-sape nak wat kenduri masih nak pakai menu ayam masak merah, memang aku bawak kentaki makan kat kenduri korang.

lantaklah apa korang nak kata.

p/s: "jika takut keracunan makan ayam, jangan makan ayam... makanlah kambing" ~ Menteri Kerja Kawin

Wednesday, 25 September 2013

Tegarkah Kau?


Sesampai je aku di Penang 4 hari lepas aku tersangat lah heran, sebab bila aku buka Radio atau tengok TV, semua pakat pasang lagu Tegar. Fenomena tegar melanda Malaysia?, cam tu Budak-budak lepas ni tak payah pergi belajar. Pergilah pulun menyanyi.

Tak cukup lagi ke deme nak bawak Indon masuk Malaysia?

Banyak lagi orang Malaysia yang dulunya susah kemudian hidup senang. Banyak sangat.

Tegar tu dah lah satu itu je lagu dia sedap. Tambah pula sekarang ni Tegar bukan hidup susah pun.

Sikit hari lagi hisap dadah lah tu, tak pun kena tangkap khalwat. Percayalah.

Wednesday, 24 July 2013

# Syurga Untuk Mu 2


Bebanan dan tugas yang ditanggung oleh para guru masa kini sangat berat. Kami ‘yang menurut printah’ ini terlalu memikirkn urusan kerja yang tak pernah surut sehinggakn kekadang keluarga dan rumahtangga terabai. Semalam, seorang rakan kami yang mengajar di SMK USJ4, Subang Jaya telah kehilangan seorang anak yang berumur 3 Tahun yang lemas di dalam kereta.

Kisahnya, guru ini menghantar anaknya ke rumah pengasuh. Kebiasaannya, guru ini menghantar kedua-dua anaknya yang masing-masing berumur 4 dan 3 Tahun. Tetapi semalam hanya si kakak yang dihantar ke rumah pengasuh manakala si adik masih berada di seat belakang. Guru ini terus pergi ke sekolah kerana mengajar sesi petang. Tiba di sekolah pada kul 11.45 pagi, guru itu tidak menyedari yang anaknya berada di seat belakang. Guru itu mengambil buku di bahagian belakang tetapi langsung tak nampak si anak tadi dan terus MESYUARAT .

Selesai MESYUARAT pada kul 5 petang, ketika membuka pintu kereta belakang, si anak telah kaku tidak bernyawa. Paling menyedihkan ialah anak patung kecil yang dipegang basah dengan air mata si anak. Si ayah bergegas dari p.pinang balik ke Subang Jaya. 

Jadikanlah ini sebagai renungan dn iktibar kepada kita semua. Jangan tinggalkan anak-anak kecil di dalam kereta. Sebelum mengunci kereta pastikan tiada orang di dalamnya. Walau apapun ajal maut di tangan tuhan, kita hanya mampu merancang. InsyaAllah , bagi si ibu, si anak tadi akan menunggunya di pintu syurga. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

Thursday, 18 July 2013

# Hari Ini Dalam Sejarah


Kalau ikut kalender Hijrah, hari ni 10hb Ramadhan 1434H bermakna cukup 41 tahun sejarah perang Yom Kippur a.k.a Perang Arab-Israel a.k.a Perang Ramadhan yang berlaku pada 10hb Ramadhan 1393H.

Perang ni bermula apabila tentera Mesir dan Syria duk serbu Israel dengan jumlah kekuatan yang besar. Tentera Israel masa tu sikit je. Dipendekkan citer, Tentera Arab tadi kalah besar. Ni pun gara-gara Amerika bantu dari dalam. Akhirnya, perjanjian perdamaian dibuat. Nak tau cerita detail pasal perang ni, pergi tanya uncle Google.

Selepas 41 tahun, hari ni Mesir mempunyai kekuatan kententeraan yang besar dengan jumlah tentera lebih daripada 1 juta anggota, serta memiliki lebih 1000 kereta kebal, 586 buah pesawat tempur dan 149 buah helikopter bersenjata. Semua aset ini adalah buatan Amerika.

Dan pada hari ini kita boleh lihat, semua aset ni bukan digunakan untuk memerangai Israel, tetapi digunakan untuk memerangai rakyat Mesir itu sendiri.

Sama juga dengan Syria, 41 tahun selepas Perang Yom Kippur.

Macam celaka bukan?

Tetapi korang bukan amik tahu pun. korang sebok men pesbuk, tagged dan etc. Ok, sekarang korang leh sambung up gambar makanan dengan gambar tudung juga resit zakat dalam pesbuk memasing.

P/S: Betulkn aku jika ada fakta salah mengenai tarikh, jumlah aset etc etc. Wikiparia ni bukan leh caya sangat.

Wednesday, 17 July 2013

# Salahkah Beliau?


Aku perhati ramai makwe-makwe yang marah serta hilang respek sama Asyraf Muslim.

Deme lupa, tanpa Asyraf Muslim sudah pasti Puaka Niyang Rapik sedang bermaharajalela skang ni.

# Doa


Miss R: "Doakan aku ye"

Miss K: "Alhamdulillah, doakan moga dipermudahkan urusan kami ye"

Hari ni dua biji orang kawan aku dah bertemu jodoh moga-moga deme bahagia hingga ke syurga. Aku? relek ar dulu, tak lari kemana kot serpihan tulang rusuk kiri aku tu.

Monday, 15 July 2013

# Diluar Kotak

Kalaulah anai-anai tu dapat makan komik Pendekar Laut, Pedang Setiawan atau Komik Dragon Ball, nescaya kita boleh terer kungfu bagai.

Friday, 12 July 2013

# Kekeringan


"Ramai orang kata deme laju gilew", haha tapi yang tak best bila abis quota kelajuan siput sedot pun kalah, begitulah masalah aku sekarang ni..buat kengkawan blogger yang len len sorry beb den tak dapat nak skodeng apa lagi menjengah blog kalian.

Andai quota kedua-dua tenet aku dah ditambah insyaAllah aku tanpa segan silu datang menerjah blog2 kalian. nway selamat berpuasa ...

Wednesday, 10 July 2013

# Demonstrasi Aman


Solat terawih masuk malam ke dua meme meriah gilew, mesjid dan surau penuh merimpah ruah sampai tak cukup tanah, lau cam ni hari-hari kan best tapi masalahnya solat subuh nape tak plak fenomena merimpah ruah ini berlaku? Selain fenomena mesjid yang merimpah ruah terdapat gak fenomena kebanjiran belia-belia muda remaja berumur 10 tahun ke bawah.

Deme ni meme boleh pergi jauh, tapi dalam fenomena-fenomena luar biasa gini, benda yang paling buat aku hangin bila kutu-kutu ni mula melaksanakan demonstrasi dan kekecohan di luar mesjid ketika imam sedang mengangkat takbir dan solat berlangsung, time tula deme mengadakan upacara membakar mercun sambil terpekik terlolong dah macam kat Gaza tak pun Mesir plak aku rasa.


Ikut jiwa kekanak-kanakan, mau jew aku rebel imam dan membuat serangan hendap kat kutu-kutu yang  terlibat, tapi apakan daya jiwa itu telah lama berlalu, aku redha jela dengan harapan mereka diberi petunjuk dan hidayah.

Tuesday, 9 July 2013

# Dua Derajat


Oleh kerana ramai kutu-kutu pakai dp Dr Morsi, aku nak petik sikit isu Mesir ni.

Sebenarnya aku tak pelik pun Dr Morsi yang memperjuangkan Islam kena guling. Orang Mesir ni banyak kali disebut dalam Quran atas kebodohan mereka.

Mereka ini dulu pernah sembah lembu bila ditinggal sebentar oleh Nabi Musa. Mereka ini jugalah yang meminta Nabi Musa request macam-macam benda dengan Tuhan.

Mereka ini sememangnya terkenal dengan bodoh dan jahilnya dari dulu. Itu pasal Tuhan banyak turun bala kat bumi arab sana.

Sementara di Malaysia,

Sale Hari Raya kembali lagi dengan lagu raya hits Anuar Zain diulang hingga muntah.

Monday, 8 July 2013

# Seminggu Berjumpa Cinta


 

Sana sini suma dok wat upacara maki hamun ke makwe yang wat bidio kapel seminggu tu. Sampai dia tutup account terus. Pakwe dia takde sape-sape nak bahan ke? Ni aku tengok status pakwe dia:

"Temankan Princess pergi berbuka "

345 like this <--- brengsek la woi!!!

p/s: Adik woi... lagi 10 tahun kalo ko nengok bidio ni balik, tobat ko menyumpah ke diri sendiri. Kasut sekolah dah kapur belom?

Wednesday, 19 June 2013

# Black Out or Knock Out



APA YANG PERLU DI BAWA 
Kad Pengenalan dan lesen memandu - ye ar bawa moto/kete kena ada lesen dan ic.
Wang Tunai - antara RM50 hingga RM100 - Lagi banyak lagi bagus (sedekah amal jariah).
Tasbih - untuk berzikir bawa 2 3 pun tak pe..leh wakaf or share dengan memembe lain.
• Serban atau kain bersih - dalam kes nak ikut sunnah Baginda s.a.w.
Pen dan Buku Nota - untuk mencatat nota semasa kuliah dalam solat.
Kamera, Kamera Video, Telefon Pintar – kalau malas nak salin nota kuliah rakamkan aje pun boleh.
Beberapa bar coklat - untuk membekalkan tenaga. (korang mentah kedarah la sesiap kat rumah).
Keperluan perubatan peribadi - ikut suka asalkan bersesuaian.
Beberapa bantuan asas seperti plaster. (bukan nak gi merusuh, tak perlu kot).
Bawalah beberapa belon yang berkaitan untuk mewujudkan suasana karnival - nak pergi mesjid bukan nk pergi carnival .

APA YANG TIDAK PERLU DIBAWA
Barang Kemas - Tinggalkan Jam Rolex (Jam yang berharga) dan barang kemas berharga anda di rumah.
Wallet atau dompet - gulungkan wang anda dan IC anda dengan getah dan simpan di dalam poket depan anda.
Objek tajam atau berbahaya - seperti pisau, parang, pistol dan sebagainya.

APA YANG ANDA PERLU PAKAI
Kepiah, songkok, serban dan sebagainya - agar kelihatan lebih sempurna ketika menunaikan solat. 
Sunglasses/ Cermin mata gelap - tak diperlukan, hanya cermin mata ada power bagi membaca kitab dan sebagainya.
Baju melayu, Jubah atau apa-apa baju yang menutup aurat - Warna ikut suka dan citarasa memasing. 
Kasut Sport pun boleh, selipar jepun pun ok. 

Wednesday, 5 June 2013

# Trending

Ini Bukan Awek Saya, Harap Maklum. Sumber: Google

Trend photo shoot makwe duduk dalam semak sambil pegang gitar dikatakan #trend yang agak cool oleh hijabster. Bajet nak jadi macam Najwa Latif atau Yuna.

Pada aku, ni trend hilang akal dan bangang. Ke mana perginya nilai kesopanan dan ketimuran makwe-makwe ni? Makwe-makwe sepatutnya pegang sudip dan kuali. Barulah real.

Sunday, 26 May 2013

# Kenduri Kawen


Hari ni aku nak sembang hal majlis kenduri kahwin. Bukan kenduri aku tapi hal yang tak patut aku tengok time kenduri.

Aku bengang bila kenduri kahwin yang sepatutnya meriah dan happening menjadi disaster bila budak-budak suara sumbang mula berkaraoke tak mengira ke azan. Neraka apakah ini?

Sepatutnya tuan rumah perlu upah artis suruh menyanyi. Kalau tak mampu, pasang je CD lagu kahwin biasa-biasa pun takpe. Takdelah tetamu buat upacara maki hamun.

Dan aku perhati sekarang ni banyak aku tengok bila pengantin berarak masuk, dah takde dah tepukan kompang yang real. Deme lebih suka pasang CD kompang je.

Sudah pupuskah pasukan kompang di kampung-kampung sampaikan CD kompang terpaksa jadi galang ganti?

Satu lagi aku tengok pengantin zaman sekarang ni tak minat dah nak pakai songket-songket ni semua. Ramai suka pakai suit. Camni ke 'Raja Sehari'? Mana ada raja Melayu pakai suit? 

Nampak? Sedikit demi sikit kita makin menyimpang jauh dari budaya perkahwinan kita dulu. Tak hairanlah satu hari nanti kalau kita pergi kenduri kahwin, kita akan dihidangkan dengan chicken chop.

Itu baru satu bab, belum lagi aku nak masuk cerita bab door gift, bab papan tanda arah kenduri dan banyak lagi.

Peh, bahaya juga aku komplen banyak-banyak ni. Nanti kalau kenduri aku, aku buat macam tu mampos aku.

Thursday, 16 May 2013

# Cikguku Cikgumu Jua


Sebenarnya dulu kerja cikgu ni tak berapa popular. Kerja cikgu ni start jadi popular bila ramai engineer tak dapat kerja, begitu juga dengan pemegang ijazah IT dan akaun yang turut tak dapat kerja, mereka memilih untuk menjadi cikgu walaupun kerjaya cikgu tak pernah ada dalam rekod 'cita-cita' ketika melalui alam persekolahan dan peruniversitian. Kenapa tiba-tiba kerjaya cikgu ni jadi femes dan sensasi?

Jawapannya mudah. Kerana kerajaan bersetuju meng-up kan gaji para cikgu ke status pegawai PTD dan syarikat swasta disamping menaiktarafkan keperluan cikgu berijazah dengan alasan 'Cikgu berijazah akan melahirkan pelajar yang berPhD pada masa akan datang'.

Kesannya, IPSI di upgrade kan ke status UPSI - sama tarafnya dengan UPM, USM, UM, UKM, UUM, UIA dan macam-macam U lah. Begitu juga Maktab perguruan yang telah diupgrade menjadi Institut Perguruan. Namun terdapat satu perbezaan antara UPSI atau Institut Perguruan dengan U U lain iaitu UPSI cuma melahirkan CIKGU dan bukan engineer atau doktor. Dari sini bercambahlah UPSI sebagai sebuah institusi pendidikan unggul. Tempiasnya merebak ke persekitaran. Tanjong Malim mengalami kepesatan pembangunan.

Sama juga kat area rumah lama aku di Ulu Kinta nun, disana ada Institut Perguruan Ipoh. Kawasan situ pun dah bertambah maju. Taman-taman perumahan muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Peniaga-peniaga fotostat buat duit tak ingat dunia, begitu juga dengan peniaga tomyam, pengusaha cyber cafe, peniaga tudung awning ropol-ropol serta Pasar Ekonomi Sayang.

Kebanjiran Cikgu yang begitu ramai ini pada zahirnya nampak cantik untuk masa depan generasi anak-anak milenium. Namun begitu, hakikatnya tidaklah secantik yang disangka. Cikgu yang berjiwa Guru, sama sekali berbeza kualitinya dengan Cikgu berjiwa 'janji ada kerja'. Seperti yang aku nyatakan di atas, semangat seorang guru tidak boleh terjelma dengan begitu sahaja. Semangat seorang guru adalah semangat yang langsung tidak memandang material sebagai faktor, apatah lagi menjadikan kerjaya guru sebagai lacuran ketika tersepit dicelah perjalanan hidup dan cita-cita yang dianggap gah pada suatu ketika dulu.

Pepatah omputih ada mengatakan:
"Those who can, do! those who can't, teach!"

Aku tak bermaksud nak men"disgrace"kan intelligent korang, tetapi perlu aku jelaskan betapa pentingnya pepatah omputih di atas dengan senario percambahan guru yang negara kita tempuhi sekarang.

Kerjaya Cikgu bukanlah satu kerjaya yang boleh disepak terajang. Kerjaya murni ini memerlukan passion dan kesungguhan. Bila kerja cikgu bertukar menjadi punching-bag, akibatnya cikgu-cikgu lebih cenderong memikirkan soal mencari duit lebih.

Ya, mencari duit lebih.

Dalam erti kata lain, meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Ini tidak salah sama sekali. Yang menjadi salah bila usaha mencari duit lebih dicampuradukkan dengan karier rasmi seorang pendidik terutamanya di sekolah. Bilik guru yang dahulunya dianggap pusat ketamadunan ilmu kini sudah bertukar rupa menjadi one stop city centre. Cakap saja apa yang terlintas di kepala. Tudung bawal, tudung awning ropol-ropol, collagen, biskut raya dan segala jenis perniagaan yang tiada kaitan langsung dengan matapelajaran sains atau geografi sebenarnya wujud di sekolah.

Sama juga halnya dengan guru-guru yang ada anak-anak mereka belajar di sekolah yang sama dengan mereka. Katakanla cikgu Ida ada anak tingkatan 1 bernam syafiq, yang keputusan UPSR anaknya ni tak berapa nak banyak A sangat. Di masa yang sama, cikgu jamilah yang berperanan sebagai penyelia tingkatan 1 telah mengeluarkan senarai pelajar mengikut kelas yang disiapkan semasa cuti sekolah baru baru ni. Mengikut program kelas cikgu Jamilah , Syafiq kena masuk kelas 1 Mampir, iaitu kelas ke 3 terpandai dalam kategori kelas tingkatan 1. Mengetahui hakikat itu, cikgu Ida terus sms ke cikgu Jamilah:

"Woi, Syafiq tu anak aku la. Bagi la masuk kelas 1 Facebok. Kalau kau tak bagi masuk aku tak bayar duit collagen kau!"

Ok, untuk yang tidak tahu, kelas 1 Facebook adalah kelas terpandai di sekolah tersebut.

Cikgu Jamilah yang menerima sms tadi pun menjadi serba salah. Kalau tak tukar, nanti cikgu Ida tak bayar duit collagen. Kalau tukar pulak, Syafiq ni bukannya bijak pun. Akaun facebook pun tak ada, apa hal nak masuk kelas 1 Facebook?

Ini cuma 1 kes. Yang sebenarnya, cikgu Zali, cikgu Adibah, cikgu Hazieqa semuanya ada anak di sekolah yang sama. Cikgu Fiza sampai 3 orang anak dia sekolah sama dia. Nasib baik la anak-anak dia semua cun, tak manis pula kalau makwe cun diletakkan di kelas hujung. Beauty without brain? Apa jadah.

Cikgu yang sepatutnya mencurah ilmu, kini sudah pandai-pandai main politik dan penyelewengan. Ya, menukar kelas anak-anak sendiri juga aku anggap satu penyelewengan dan salah guna kuasa. Ada juga 1 kes melampau yang terjadi sendiri pada adik kepada kawan aku kira-kira beberapa tahun lepas. Masa ni dia darjah 4, kawan kelas dia. Entah apa nama aku lupa. Kita namakan dia sebagai Zayadin. Zaiyad ni anak cikgu yang mengajar situ, siap jadi cikgu kelas dia lagi. Adik kawan aku ni yang bernama Luqman ni berkawan dengan Zaiyad (anak cikgu tu) memang boleh tahan pandai. Pendek cerita periksa hujung tahun, markah Luqman dengan Zaiyad tu overall, Luqman lebih dalam 4-5 markah macam tu la. Ok, mak Zaiyad tadi, cikgu Bahasa Malaysia kelas mereka dapat tahu perkara ini. Sudah semestinya la dia dapat tahu sebab dia cikgu kelas yang kumpul semua markah. Oleh kerana subjek bahasa melayu ada karangan, so markah lambat sikit.

Dipendekkan cerita, akhirnya alih-alih karangan bahasa melayu anak dia lebih 6 markah dari Luqman. Terus anak dia, Zaiyad dapat nombor 1.

Apa yang si Luqman tadi boleh buat? cakap apa yang dia boleh buat!? Nak mengadu pada Guru Besar? nak tulis surat pada Kementerian Pendidikan? nak pergi Putrajaya panjat bangunan parcel E? Takde maknanya. Tak boleh buat apa-apa. Mak Luqman yang cuma berkerja sebagai kerani am hanya mampu menyabarkan anaknya yang gemar melayan video Kpop.

Benda-benda macam ni la yang buat aku rasa bengang. Itu belum cite pasal kes budak-budak nak jadi cikgu pergi berkhemah kat dataran sambil baring atas jalan, bakal cikgu kena tangkap basah, cikgu aiskrim.3gp dan tak lupa juga aksi di UPSI dot 3gp jugak.

Kesimpulannya, kerjaya cikgu ni memerlukan keikhlasan yang lahir dari hati yang murni, jujur dan ikhlas. Setakat cakap dimulut, di hati takde tak guna jugak.

"Man, ko cakap pandaila, try ngajar satu kelas tengok".

Dey, suka hati akulah nak rebel bagai. Ada aku kisah.

Monday, 6 May 2013

# Musim Musim Di Muka Buku


Musim boikot Israel, suma pakat tukar dp pejuang palestin.

Musim boikot tahanan, suma pakat tukar dp coklat.

La ni plak tukar gambar dp hitam plak.

Deme ni pikir Mark Zukubek peduli gamaknya hal tukar dp pesbuk ni.

P/S: Minggu depan mesti ramai yang dapat 'nur' balik. Pesen jenis mengikut orang katakan.

Wednesday, 10 April 2013

# Buli


Dulu aku ada sorang kawan Top Student. Result PMR dia straight A. Pastu dia dapat offer masuk sekolah power iaitu MCKK.

Seminggu dua pastu dia masuk balik sekolah lama aku sebab tak tahan kena ragging. Bila ditanya ko kena ragging buat apa, dia jawab;

"Aku kena ragging suh nyanyi lagu Jesnita"

Bangang!