Sebenarnya dulu kerja cikgu ni tak berapa popular. Kerja cikgu ni start
jadi popular bila ramai engineer tak dapat kerja, begitu juga dengan pemegang
ijazah IT dan akaun yang turut tak dapat kerja, mereka memilih untuk menjadi
cikgu walaupun kerjaya cikgu tak pernah ada dalam rekod 'cita-cita' ketika
melalui alam persekolahan dan peruniversitian. Kenapa tiba-tiba kerjaya cikgu
ni jadi femes dan sensasi?
Jawapannya mudah. Kerana kerajaan bersetuju meng-up kan gaji para cikgu ke
status pegawai PTD dan syarikat swasta disamping menaiktarafkan keperluan cikgu
berijazah dengan alasan 'Cikgu berijazah akan melahirkan pelajar yang berPhD
pada masa akan datang'.
Kesannya, IPSI di upgrade kan ke status UPSI - sama tarafnya dengan UPM, USM,
UM, UKM, UUM, UIA dan macam-macam U lah. Begitu juga Maktab perguruan yang
telah diupgrade menjadi Institut Perguruan. Namun terdapat satu perbezaan
antara UPSI atau Institut Perguruan dengan U U lain iaitu UPSI cuma melahirkan
CIKGU dan bukan engineer atau doktor. Dari sini bercambahlah UPSI sebagai
sebuah institusi pendidikan unggul. Tempiasnya merebak ke persekitaran. Tanjong
Malim mengalami kepesatan pembangunan.
Sama juga kat area rumah lama aku di Ulu Kinta nun, disana ada Institut
Perguruan Ipoh. Kawasan situ pun dah bertambah maju. Taman-taman perumahan
muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Peniaga-peniaga fotostat buat duit
tak ingat dunia, begitu juga dengan peniaga tomyam, pengusaha cyber cafe,
peniaga tudung awning ropol-ropol serta Pasar Ekonomi Sayang.
Kebanjiran Cikgu yang begitu ramai ini pada zahirnya nampak cantik untuk masa
depan generasi anak-anak milenium. Namun begitu, hakikatnya tidaklah secantik
yang disangka. Cikgu yang berjiwa Guru, sama sekali berbeza kualitinya dengan
Cikgu berjiwa 'janji ada kerja'. Seperti yang aku nyatakan di atas, semangat
seorang guru tidak boleh terjelma dengan begitu sahaja. Semangat seorang guru
adalah semangat yang langsung tidak memandang material sebagai faktor, apatah
lagi menjadikan kerjaya guru sebagai lacuran ketika tersepit dicelah perjalanan
hidup dan cita-cita yang dianggap gah pada suatu ketika dulu.
Pepatah omputih ada mengatakan:
"Those who can, do! those who can't, teach!"
Aku tak bermaksud nak men"disgrace"kan intelligent korang, tetapi
perlu aku jelaskan betapa pentingnya pepatah omputih di atas dengan senario
percambahan guru yang negara kita tempuhi sekarang.
Kerjaya Cikgu bukanlah satu kerjaya yang boleh disepak terajang. Kerjaya murni
ini memerlukan passion dan kesungguhan. Bila kerja cikgu bertukar menjadi
punching-bag, akibatnya cikgu-cikgu lebih cenderong memikirkan soal mencari
duit lebih.
Ya, mencari duit lebih.
Dalam erti kata lain, meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Ini tidak salah sama
sekali. Yang menjadi salah bila usaha mencari duit lebih dicampuradukkan dengan
karier rasmi seorang pendidik terutamanya di sekolah. Bilik guru yang dahulunya
dianggap pusat ketamadunan ilmu kini sudah bertukar rupa menjadi one stop city
centre. Cakap saja apa yang terlintas di kepala. Tudung bawal, tudung awning
ropol-ropol, collagen, biskut raya dan segala jenis perniagaan yang tiada
kaitan langsung dengan matapelajaran sains atau geografi sebenarnya wujud di
sekolah.
Sama juga halnya dengan guru-guru yang ada anak-anak mereka belajar di sekolah
yang sama dengan mereka. Katakanla cikgu Ida ada anak tingkatan 1 bernam syafiq,
yang keputusan UPSR anaknya ni tak berapa nak banyak A sangat. Di masa yang
sama, cikgu jamilah yang berperanan sebagai penyelia tingkatan 1 telah
mengeluarkan senarai pelajar mengikut kelas yang disiapkan semasa cuti sekolah
baru baru ni. Mengikut program kelas cikgu Jamilah , Syafiq kena masuk kelas 1
Mampir, iaitu kelas ke 3 terpandai dalam kategori kelas tingkatan 1. Mengetahui
hakikat itu, cikgu Ida terus sms ke cikgu Jamilah:
"Woi, Syafiq tu anak aku la. Bagi la masuk kelas 1 Facebok. Kalau kau tak
bagi masuk aku tak bayar duit collagen kau!"
Ok, untuk yang tidak tahu, kelas 1 Facebook adalah kelas terpandai di sekolah
tersebut.
Cikgu Jamilah yang menerima sms tadi pun menjadi serba salah. Kalau tak tukar,
nanti cikgu Ida tak bayar duit collagen. Kalau tukar pulak, Syafiq ni bukannya
bijak pun. Akaun facebook pun tak ada, apa hal nak masuk kelas 1 Facebook?
Ini cuma 1 kes. Yang sebenarnya, cikgu Zali, cikgu Adibah, cikgu Hazieqa
semuanya ada anak di sekolah yang sama. Cikgu Fiza sampai 3 orang anak dia
sekolah sama dia. Nasib baik la anak-anak dia semua cun, tak manis pula kalau
makwe cun diletakkan di kelas hujung. Beauty without brain? Apa jadah.
Cikgu yang sepatutnya mencurah ilmu, kini sudah pandai-pandai main politik dan
penyelewengan. Ya, menukar kelas anak-anak sendiri juga aku anggap satu
penyelewengan dan salah guna kuasa. Ada juga 1 kes melampau yang terjadi
sendiri pada adik kepada kawan aku kira-kira beberapa tahun lepas. Masa ni dia
darjah 4, kawan kelas dia. Entah apa nama aku lupa. Kita namakan dia sebagai Zayadin.
Zaiyad ni anak cikgu yang mengajar situ, siap jadi cikgu kelas dia lagi. Adik
kawan aku ni yang bernama Luqman ni berkawan dengan Zaiyad (anak cikgu tu)
memang boleh tahan pandai. Pendek cerita periksa hujung tahun, markah Luqman
dengan Zaiyad tu overall, Luqman lebih dalam 4-5 markah macam tu la. Ok, mak
Zaiyad tadi, cikgu Bahasa Malaysia kelas mereka dapat tahu perkara ini. Sudah
semestinya la dia dapat tahu sebab dia cikgu kelas yang kumpul semua markah.
Oleh kerana subjek bahasa melayu ada karangan, so markah lambat sikit.
Dipendekkan cerita, akhirnya alih-alih karangan bahasa melayu anak dia lebih 6
markah dari Luqman. Terus anak dia, Zaiyad dapat nombor 1.
Apa yang si Luqman tadi boleh buat? cakap apa yang dia boleh buat!? Nak mengadu
pada Guru Besar? nak tulis surat pada Kementerian Pendidikan? nak pergi
Putrajaya panjat bangunan parcel E? Takde maknanya. Tak boleh buat apa-apa. Mak
Luqman yang cuma berkerja sebagai kerani am hanya mampu menyabarkan anaknya
yang gemar melayan video Kpop.
Benda-benda macam ni la yang buat aku rasa bengang. Itu belum cite pasal kes
budak-budak nak jadi cikgu pergi berkhemah kat dataran sambil baring atas
jalan, bakal cikgu kena tangkap basah, cikgu aiskrim.3gp dan tak lupa juga aksi
di UPSI dot 3gp jugak.
Kesimpulannya, kerjaya cikgu ni memerlukan keikhlasan yang lahir dari hati yang
murni, jujur dan ikhlas. Setakat cakap dimulut, di hati takde tak guna jugak.
"Man, ko cakap pandaila, try ngajar satu kelas tengok".
Dey, suka hati akulah nak rebel bagai. Ada aku kisah.
No comments:
Post a Comment