Aku nak cerita kat korg semua tentang satu kisah yg bukan
berlaku kat sini, tapi kat sana. Ulang suara kat sana.
Di sebuah negara khatulistiwa, ulang suara khatulistiwa ye bukan padang pasir.
Rakyat marhain dari kalangan wanita dan lelaki remaja mereka asyik melayan
perasaan nak kahwin dengan secepatnya, lalu rajinlah mereka mempost dan
mengeLike lukisan-lukisan dan kata-kata islamik yang berbunyi lebih kurang
‘’ku menunggu mu imam ku’’ …. ‘’ku nantikan kau jadi makmum ku’’
“duhai bakal imam ku.. duhai bakal jauzah ku”
Hari demi hari ia menghabiskan masa dihadapan laptop demi melayan perasaan
cinta kopiah-niqab yang sebenarnya telah dipelopori oleh seorang mamat kebab disalah satu tempat di negara Harimau Malaya. Dan tatkala mereka ternampak
gambar-gambar para niqabster atau kopiahan. Ayat-ayat sebeginilah yang biasanya
diluahkan sesame mereka melalui alam Pisbuk.
‘’masyaALLAH anti lawa”
“subhannalah, ciptaan Allah yang indah”
‘indahnya hamba Allah ini”
“beruntung lelaki/wanita yang menjadi pasangan kamu”
Yahanana ya hanana..(sila alunkan mengikut irama qasidah habib syech)
Al-kisah. Di sebuah mukim yang terletak di alam nusantara tersebut, seorang
wanita yang telah sekian lama karam dan kering menanti sang imam idamannya
telah bertemu jua dengan jodoh yang sudah ditetapkan di luh mahfuz sebelum
penciptaan langit dan bumi lagi.
Hadirnya sang imam laksana penakluk kota Constantinople di turki, datang
membawa rombongan untuk meminang sekaligus mempercepatkan hajat di hati untuk
beristerikan Neelofa.. eh sori salah taip.. ulang semula , untuk beristerikan
si wanita tadi.
Adapun lelaki itu bukanlah sekacak duta Arab di Qatar, juga tidak seputih
Bangsa Arab. Orangnya biasa-biasa saja, bertubuh kecil dan rendah. Dan jauh di
sudut si wanita itu, ia tidak mahukan lelaki itu, ditolak lamarannya, dielak
sapaannya.. alasannya mudah. Mereka bukan mahram. Wah wah wah, kalau di fb
berPM tak mengapa pula. Berkomen-komen bagai sambil harap dipuji dan memuji
takde hal pula, siap baring di tilam ngadap laptop takde masalah pula.
Ketahuilah oleh kalian semua, itulah dosa hati, mata dan niat yang tak betul.
Maka baliklah lelaki tadi ke tempat ia bermula.
Begitulah kisah yang sebenarnya belum sempurna.. sang wanita sebenarnya telah
tertipu dengan segala lukisan indah dan kata-kata yang membuai iman dan
perasaan manusia, disebabkan oleh seorang Kebab yang berada di alam Harimau
Malaya.
Nun jauh di sudut buana, seorang lagi jejaka yang tidak mahu dikenali parasnya,
tidak menunjukkan latar madrasah agamanya, telah bangkit bersama beberapa
pahlawan yang juga tidak didendang, sebab mereka tidak dijemput untuk
merasmikan mana-mana pembukaan tanah adat di kepulauan Head Hunter. Yaa
tuan-tuan, telah banyak sudah tanah adat yang dicabuli.
Dan ketika peralihan kekuasaan pemerintah alam tersebut, berlakunya peristiwa
yang digelar ‘Black- Out’… alam menjadi gelap gelita, sepi tidak berlagu,
mendung berarak lagu, hujan gerimis berwarna kelabu. Dan tatkala terbitnya sang
suria, alam menjadi terang benderang, maka terkejutlah sekalian rakyat
marhain..kerana pemerintah mereka masih duduk di singgah sana, tidak ia
bertukar meski usia telah lanjut tua. … sori salah skrip.. balik pada jejaka
dan pejuang-pejuang tadi.
Yaa tuan-tuan, jejaka itulah telah cuba berbincang secara aman, berbual secara
damai. Namun Sang Kebab masih ingkar, masih degil. Dia mahukan segala lukisan
taraf monalisa dan Raphael beliau yang bercirikan cintun islamika
kopiah-niqabster terus menerus dan berterusan tersebar di seluruh benua Harimau
Malaya, semata-mata ingin diraih sebagai.. lelaki akhir zaman..lelaki sejati terakhir
berjubah dan kopiah. Hakikatnya, ia Cumalah pengejar status.. yang ingin diLike
dan Dikomen-koman oleh para Niqabster yang baik budi pekerti, halus bak
bidadari, dan lembut bagaikan sutera..namun mereka tertipu, tapi masih mampu
mengatakan “tidak!! Dia bukan macam yang kalian sangka”
Yaa..betapa ramai telah terbuai dengan magik serapah yang disebar oleh si
Kebab. Meski Jejaka yang dikenali sebgai Kamen Rider Dekad itu dihina, dianggap
penjahat..namun tekadnya telah membuatkan sebahagian rakyat membuka mata, buka
hati, buka jendela dan buka Pisbuk. Yaa, rahsia Kebab sudah mula dihidu oleh
rakyat yang membela Jejaka KAmen Rider Dekad. Meski mereka terkorban, kerana
diblok dari cuba-cuba melihat MUKASURAT atau dalam bahasa bajau disebut PAGE
..Page Kebab Musafir Terima Kasih.
Ketahuilah.. perjuangan Kamen Rider Dekad tidak akan berakhir. Kerana dia
tengah mempersiapkan asset-aset perang beliau dan sekarang masih menanti
Helikopter yang ditempah khas.
Hahaha.. al-kisah tammat.
p/s: banyak aku letak simbolik dan kata-kata tersirat. Sila rungkai untuk
ketahui punca hasutan cintun kopiah-niqab. sekian
...alangkah ruginya wanita tersebut menolak lamaran sang lelaki, sedang ramai wanita yang mendambakan lamaran hadir menamatkan sebuah cerita cinta lama..
ReplyDeleteapa bley buat...lelaki yang melamar itu tak cukup islamik difb seperti sang kebab dan pandangan mata hakiki sang wanita..
ReplyDelete