# Diceritakan semula oleh seorang kawan kepada aku tentang pengalaman
beliau di sekolahnya #
Semasa trial SPM tingkatan 5, kawan aku membuat satu karangan Bahasa
Melayu yang isinya lebih kurang macam ni:
"Sorang pelajar asrama yang keluarganya hidup susah telah
menelefon mak ayah menyuruh mereka datang ke asrama kononnya dia sedang sakit.
Yang sebenarnya, dia hanya berpura-pura supaya mak ayahnya dapat datang untuk
menyambut hari lahirnya yang jatuh pada hari terakhir SPM.
Mak ayah pelajar itu punyala risau sampai berhabis duit menyewa kereta
semata-mata nak melawat anak mereka yang sakit di asrama. Anaknya pula dengan
senang hati menanti di dorm dengan fikirannya melayang hendak makan bersama mak
ayahnya. Fikirnya, kalau tak pura-pura buat hal kecemasan memang tak datanglah
mak ayahnya ke sekolah.
Selang 6-7 jam selepas itu, warden asrama datang mencari dia dan
bagitahu mak ayahnya terlibat dalam kemalangan maut."
******
Pelajar itu menyesal berbulan-bulan sehingga dia hampir gila.
Suatu hari, seorang posmen datang ke rumah menghantar sepucuk surat yang tidak bertarikh.
Pelajar tadi buka surat, di dalamnya tertulis;
Suatu hari, seorang posmen datang ke rumah menghantar sepucuk surat yang tidak bertarikh.
Pelajar tadi buka surat, di dalamnya tertulis;
"Jangan bersedih nak, kau tak bersalah. Ayah dan ibu sudah lama
maafkan kau. Teruskan hidup wahai anak. Doakan roh kami sejahtera. Jadilah
insan yang baik dan soleh.
Salam sayang dari ayah dan ibu."
***************
Cikgu kawan aku yang periksa kertas karangan ni menangis.
No comments:
Post a Comment