Tengah
 hari rembang semalam aku ke bandar. Rasa dahaga sangat. Aku singgah cari 
kedai air tepi jalan. Akhirnya aku jumpa gerai air kat area tapak pasar 
malam. Aku parking kete betul-betul kat depan gerai air tu, aku turun 
tingkap wat order ala drive thru mekdi.
"Dik, air tembikai sebungkus!", sound aku pada budak air.
  
"Ok", budak air balas firm.
Aku tunggu dengan penuh sabar sebab ada 3-4 customer
 masa tu. Memikirkan bahawa merenung balang air boleh menyebabkan budak 
cedok air berasa tertekan, aku meliarkan mata memandang sekeliling.
"Seringgit je bang", budak air menghulurkan bungkusan melalui tingkap 
kete. Aku pula melemparkan duit ke muka budak air melalui tingkap yang 
sama.
"Skreeeet.....!" bunyi tayar berputar havoc atas jalan 
tapi kereta aku masih statik. Aku melepaskan handbrake lantas memecut 
deras di atas jalan dan akhirnya gerai air pun hilang dari pandangan 
melalui cermin pandang belakang.
*********
Dalam perjalanan, aku makan tembikai potong sambil maki dalam hati.
.jpg)
No comments:
Post a Comment