Monday 29 July 2013

* Kenangan Merombong

Bukan Sivajoe Sebenar
Dulu masa aku form 4, aku ada mengikuti satu rombongan anjuran pihak kelas. Masa tu setiap kelas dibolehkan membuat rombongan melancong sendiri-sendiri dengan bajet sendiri-sendiri. So, budak kelas aku sebulat suara bersetuju membuat rombongan ke Kedah-Perlis. Inilah julung-julung kalinya aku berjalan jauh menaiki bas.

Yuran rombongan adalah lebih kurang RM70-80. Mahal kemain lagi masa tu. Tapi disebabkan aku masa tu belajar punyalah pandai mengalahkan Adi Putra, senang-senang saja mak aku kasi duit. Tambah lagi duit belanja dari Ayah aku. Peh... jadi tak keruan aku memikirkan bentuk enjoy yang bakal mendatang pada hari rombongan nanti. Yang pasti, aku akan pakai baju paling cantik yang pernah aku ada untuk rombongan itu. Itu prinsip berjalan jauh aku masa tu.

Hari merombong sudah tiba. Aku bersiap dengan beg besar warna biru. Beg besar tu biasanya beg balik kampung yang mak aku buat isi baju dua beradik sekaligus. Tapi pada hari tu, beg besar tu khas untuk pakaian aku saja. Amacam? Kalau aku yang jadi bapak aku masa tu, memang aku kasi pelempang sedas. Bawa baju macam nak berpergian selama sebulan.

Waktu bertolak adalah waktu malam. Semua budak kelas aku termasuk budak kelas lain yang tak malu nak join sama sudah menunggu dengan bersabar dan bergaya di perkarangan sekolah. Tak lama kemudian satu bas pun sampai.

Bas sekolah berbadan kuning yang bernama bas Sivajoe masa tu aku dengar speed dia boleh tahan juga. Boleh pergi 180km/h. Pakcik Arqam yang kerja jaga sekolah pun mengaku. Cuma Pakcik Arqam tu jadi tak berapa Arqam bila dia cakap bas Sivajoe ni pernah jadi johan pertandingan lumba bas Asia. Budak darjah tiga pun boleh jadi biadap kalau dengar.

Cikgu Suzy dan Teacher Hasnin mengarahkan semua pelajar menaiki bas. Mendengar arahan itu, semua pelajar mengangkat beg masing-masing dan menyimpan di dalam perut bas. Aku pula terus panjat tangga bas dan terus cari tempat duduk paling belakang serta di tepi tingkap. Senang sikit nak menghayati pemandangan indah.

Lagi sekali disebabkan bertolak malam, pemandangan indah jadah apa. Kiri kanan depan belakang semua gelap. Baik aku tidur. Kurang sikit risiko diganggu daun pokok pisang bertukar jadi hantu.

Hampir subuh, rombongan akhirnya sampai di sebuah masjid area Alor Star. Semua pelajar mandi-mandi kat sana. Ada yang sempat bergambar kat situ. Kemudian bertolak ke sebuah gerai untuk sarapan.

Semasa kat gerai makan, setiap atas meja situ ada nasi lemak dengan pisang. Budak-budak kelas aku pakat makan nasi lemak dengan pisang. Habis makan, masing-masing bersemangat nak bayar.

"Saya makan nasi lemak, minum teh o ais. Pisang sebijik. Berapa semua makcik?" Tanya Haris budak kelas aku steady.

"Pisang tu free je dik"

Sunday 28 July 2013

* Ketamakan atau Ibadah?


Ramai antara manusia hari ini melihat Ramadhan sebagai bulan menjana duit. Ini termasuk prebet kapitalis yang berniaga di bazar seperti karipap inti angin, kuih lepat perasa selipar, nasi lemak sambal air, mee goreng goreng pakai lutut serta roti john inti sos. Ketamakan mereka kepada wang ringgit melebihi segala ketamakan ibadah oleh para alim ulamak.

Wednesday 24 July 2013

# Status Anda?


2, 3 hari ni aku rasa cam tak bernafsu plak nak mengemaskini entry-entry blog serta menerjah sana-sini blog kawan-kawan mahupun kenalan baru, aku pun tak tahu ngape, walhal idea sentiasa mencurah-curah bak air terjun kat Niagara tu, mungkin instinct aku dah dapat merasakan yang laut telah pun memanggil-manggil? Sabau la dulu beb aku nak raya.

Dalam masa yang sama, baru aku perasan di dalam kenalan pesbuk aku terdapat kengkawan dari kalangan belia remaja yang masih belum habis PMR lagi, so sambil berkembara di wallpost deme, aku tergelak sendiri sambil melaksanakan upacara kutuk lagi terkutuk dalam hati, betei ar apa yang mak zukubeg buat "what`s on your mind". Memang minda belia era milinia chengini ea?? nih ada beberapa contoh tempekan status mereka di wall memasing yang sempat aku salin tampal:

+ Assalamuailaikum Selamat Pagi Sayang - pe`ah 13 tahun.

+ Kalau saye say ' i love you' kat awak ... awak akan ______ ! isikan tempat kosong di coment - jenab 14 tahun 3 bulan.

+ Bagi korang ,kenal dulu 0r c0uple dulu ?? - Tipah 13 nak masuk 14 tahun.

+ 239 orang Yang Online , Nak 5 Like And 6 Hai Boleh Tk ??? - Tina baru derjah 6.

+ Hey pak cik ! cek maseh hidop nah ? kalau pak cik tk syang cek ... pak cik boleh ceraikan cek dgan talak lapa cek dah bosan dgan skap pak cik yg dah mula abaikan cek jgan buat cek supa tak wujud dpan pak cik nah ! damn ! - Munah 15 tahun.

p/s: oh adik adik..kalau lah korang boleh baca balik status ni masa ko berada di lingkungan umur aku, pasti ko nyesal sambil berkata "nape la aku tak mati masa memuda dulu.."

# Syurga Untuk Mu 2


Bebanan dan tugas yang ditanggung oleh para guru masa kini sangat berat. Kami ‘yang menurut printah’ ini terlalu memikirkn urusan kerja yang tak pernah surut sehinggakn kekadang keluarga dan rumahtangga terabai. Semalam, seorang rakan kami yang mengajar di SMK USJ4, Subang Jaya telah kehilangan seorang anak yang berumur 3 Tahun yang lemas di dalam kereta.

Kisahnya, guru ini menghantar anaknya ke rumah pengasuh. Kebiasaannya, guru ini menghantar kedua-dua anaknya yang masing-masing berumur 4 dan 3 Tahun. Tetapi semalam hanya si kakak yang dihantar ke rumah pengasuh manakala si adik masih berada di seat belakang. Guru ini terus pergi ke sekolah kerana mengajar sesi petang. Tiba di sekolah pada kul 11.45 pagi, guru itu tidak menyedari yang anaknya berada di seat belakang. Guru itu mengambil buku di bahagian belakang tetapi langsung tak nampak si anak tadi dan terus MESYUARAT .

Selesai MESYUARAT pada kul 5 petang, ketika membuka pintu kereta belakang, si anak telah kaku tidak bernyawa. Paling menyedihkan ialah anak patung kecil yang dipegang basah dengan air mata si anak. Si ayah bergegas dari p.pinang balik ke Subang Jaya. 

Jadikanlah ini sebagai renungan dn iktibar kepada kita semua. Jangan tinggalkan anak-anak kecil di dalam kereta. Sebelum mengunci kereta pastikan tiada orang di dalamnya. Walau apapun ajal maut di tangan tuhan, kita hanya mampu merancang. InsyaAllah , bagi si ibu, si anak tadi akan menunggunya di pintu syurga. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

Tuesday 23 July 2013

# Sahur?


Saat anda terlepas bersahur kerana tak sedar alarm phone slow macam bunyi cicak...

dan...

Anda lihat di depan mata ada makanan yang anda sediakan untuk bersahur tadi sudah tersedia atas meja.

Krik krik... .

.

.

.

.

.

.

.

.

.



Mengalir air mata memohon keampunan dariNya

Sunday 21 July 2013

# Syurga Untuk Mu


Bila aku kenang balik kes budak kena tinggal dalam kereta tu, cukup seksa anak tu masa nak ajal.

Kita yang duk dalam kereta takde aircond pun boleh mengamuk, inikan pula budak yang tak tau apa-apa tu.

Apa-apa pun, dia masuk syurga. Untunglah dia dari kita.

p/s: Cuai sesaat derita seumur hidup..tapi ni kes cuai 5 jam beb, tak tau la derita sampai bila. Al Fatihah..

Saturday 20 July 2013

SEGMEN Kad Raya by DiyanaHani


 

 Segmen Kad Raya by DiyanaHani berlangsung selama seminggu iaitu bermula pada 20/7/2013 sehingga 27/7/2013.Segmen ini  diadakan untuk memberi penghargaan kepada penyokong-penyokong blog ini bersempena dengan hari raya aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. 

KLIK BANNER DAH JOIN 

SEGMEN Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya


Klik sini lau nak join, lau tamo join buat dek je la, apa susah ye dak?

Bape hengget la ni ea?

Setelah seharian mengira berdasarkan formula pukulan rata a.k.a purata, den rasa jumlah keseluruhan adalah:

MYR 80.83

Friday 19 July 2013

# Salin & Tampal


Edisi Blog Recon, kali ni memaparkan sebuah laman yang agak berinformasi dan interakti, den berminat pada section game dan tutorial, bukan takat itu je banyak lagi section-section yang mengancam untuk dibongkar. Apa pun blog ni meme best dan cool. Keep it your style tuan kopi pasta.

p/s: berminat klik la di sini, sorry nak tulis pepanjang mem besar dah tarik tingga suruh gi pasar untuk beli belah. 

Thursday 18 July 2013

# Hari Ini Dalam Sejarah


Kalau ikut kalender Hijrah, hari ni 10hb Ramadhan 1434H bermakna cukup 41 tahun sejarah perang Yom Kippur a.k.a Perang Arab-Israel a.k.a Perang Ramadhan yang berlaku pada 10hb Ramadhan 1393H.

Perang ni bermula apabila tentera Mesir dan Syria duk serbu Israel dengan jumlah kekuatan yang besar. Tentera Israel masa tu sikit je. Dipendekkan citer, Tentera Arab tadi kalah besar. Ni pun gara-gara Amerika bantu dari dalam. Akhirnya, perjanjian perdamaian dibuat. Nak tau cerita detail pasal perang ni, pergi tanya uncle Google.

Selepas 41 tahun, hari ni Mesir mempunyai kekuatan kententeraan yang besar dengan jumlah tentera lebih daripada 1 juta anggota, serta memiliki lebih 1000 kereta kebal, 586 buah pesawat tempur dan 149 buah helikopter bersenjata. Semua aset ini adalah buatan Amerika.

Dan pada hari ini kita boleh lihat, semua aset ni bukan digunakan untuk memerangai Israel, tetapi digunakan untuk memerangai rakyat Mesir itu sendiri.

Sama juga dengan Syria, 41 tahun selepas Perang Yom Kippur.

Macam celaka bukan?

Tetapi korang bukan amik tahu pun. korang sebok men pesbuk, tagged dan etc. Ok, sekarang korang leh sambung up gambar makanan dengan gambar tudung juga resit zakat dalam pesbuk memasing.

P/S: Betulkn aku jika ada fakta salah mengenai tarikh, jumlah aset etc etc. Wikiparia ni bukan leh caya sangat.

# Phase Two



Whatttt!!!!!!!!!!!!!!! 10 Ramadhan??? cepat gilew masa berlalu, ya Allah pantas betei 20 hari lagi nak menyambut idulfitri, pasaraya, kamdar dan spesis-spesis meme dah memainkan lagu raya, slack bazar ramadhan kat tempat open je, lau tak pasti lagu raya mesti berkumandang,.

Hari ni dah memasuki fasa ke dua Ramadhan, so cam mana dengan kualiti diri dan ibadah? adakah ia sama seperti yang lalu atau ada peningkatan. Jom bermuhasabah sarawak diri kita memasing.

# Niqabster


Semasa aku melakukan blog recon terhadap sebuah blog yang aku follow nih, aku terjumpa sebuah artikel yang cool gilew yang diberi tajuk "Kisah Awek Berpurdah", perhh bagi "pecinta Islamik cinta tudung-kopiah " yang berselindung di balik nama Tuhan, perkara ini adalah satu perkara yang meme mengasyikkan lagi romantik gilew.

Tapi bagi aku kesah garapan tuan blog ini tidaklah boleh disamakan dengan perasaan para pencinta islamik tudung-kepiah nih, kerana perasaan tuan blog benar-benar ikhlas dan menyerupai perasaan aku, keterujaan terhadap wanita yang berhijab bagai.

Aku pun lau terjumpa depan-depan golongan belia seperti ni, sure arhh aku mesti control macho ala-ala imam muda walhal sedikit pun tak ada ciri-ciri imam muda. Sejuk mata memandang sejuk lagi hati menerima, phuii!!, mula ar tu aku nak mengarut. Enough!!!

Pada tuan blog, blog ko meme best, keep it up your style.

# Clash?

Bajet Kecewa Gilew lettew

Sekarang ni musim pakwe-pakwe ditingalkan makwe ke? Siap meroyan kat wall, "Kenapa kau buat aku begini? Apa specialnya dia? Aku kau panggil sayang, dia kau panggil sayang, mana satu mahu mu?" Ptuih!!!

Tapi hal begini jarang ex-makwe deme nak jawab dan ambil kisah. Sebab tu si lelaki terkontang-kanting dan jadi sengal semacam. Takpe, biar aku bagitahu sebab musabab kenapa makwe kau buat begitu.

Pertama, kau perlu sedar bahawa makwe kau jatuh hati pada kau bukanlah secara tiba-tiba. Ada faktor-faktor fizikal yang membuatkan perkara 'jatuh hati' itu terjadi. Tarikan ni kau tak perasan sebab ianya bukanlah benda yang kau sedar pun. Makwe kau tertarik kepada cara kau berkelakuan.

Kau kena ingat, kebanyakkan lelaki tertarik pada kecantikan perempuan dan perempuan pula tertarik dengan perilaku seseorang lelaki tu. Ada beberapa ciri dekat seorang lelaki tu yang membuatkan perempuan gila babi tertarik dekat dia. Kau pun sama ada ciri-ciri power ni, cuma kau tak sedar.

Contohnya mungkin dulu kau seorang mat kopiah yang saban hari asyik up status ayat Islamik cinta tudung-kopiah yang berselindung disebalik nama Tuhan. Kelakuan kau begini mungkin telah menarik minat seorang makwe yang dalam diam sudah jatuh hati dengan kau. Maka, korang pun berkenalan lalu bercouple macam pasangan lain. Mentang-mentang dah dapat makwe, kau tidak lagi buat kerja merepek seperti sebelum ini. Maknanya kau sudah pun berhenti menampilkan ciri-ciri power yang menambat hati itu.

Tapi itulah, semakin lama korang bercouple, makin hilang ciri-ciri power kau tu. Kalau tak hilang pun, kau dah gantikan ciri-ciri power kau tu dengan ciri-ciri macam gampang.

SEGMEN Follow April hingga Disember 2013 by cik akak omei


Pemilik blognya agak comel dan happening, sangat open minded dan sentiasa di tengah-tengah, kadang-kadang je di tepi, nape plak aku describe camtu? tak caya peratikan kesemua entry-entry kebanyakanya begitu hi3 jangan mara ye.

Berasal dari sarawak tapi ramai yang kompius dan meneka beliau dari sabah maybe muka beliau ala-ala sumandak sabah dari keningau kot. memberi nick name sebagai "cik akak", nway i`m happy to follow this blog and hope sapa yang terbaca entry ni boleh la berbuat demikian. kalau JDT dengan motonya "luaskan kuasamu" tapi eden dalam berblogging ni menggunakan moto "luaskan ikatan ukhwahmu". amacam ala2 kopiahster n niqabster kebab tak? kui kui.

ok la sampai disini aje buat tika ini, den nak bersiap2 ke masjid yang berhampiran untuk beriftar
p/s: nak follow? klik di sini

Wednesday 17 July 2013

# Salahkah Beliau?


Aku perhati ramai makwe-makwe yang marah serta hilang respek sama Asyraf Muslim.

Deme lupa, tanpa Asyraf Muslim sudah pasti Puaka Niyang Rapik sedang bermaharajalela skang ni.

SEGMEN klik-klik duit raya by www.cikyaya.my


klik banner untuk join..
due date 25 July 2013 ( 3pm)

SEGMEN Giveaway X-clusif pertama tuan Adhie


Sudi2kan menekan DISINI untuk menyertai segmen :)

# Ketentuan Illahi

Gambo Hiasan je
Hon kereta aku ni kadang-kadang ok, kadang-kadang tak ok.

Kalau aku hon makwe-makwe balik tarawih, haram tak berbunyi.

Kalau aku hon pakcik kopiah yang balik masjid, boleh plak berbunyi.

Ni lah yang dikatakan, ketentuan ilahi.

# Doa


Miss R: "Doakan aku ye"

Miss K: "Alhamdulillah, doakan moga dipermudahkan urusan kami ye"

Hari ni dua biji orang kawan aku dah bertemu jodoh moga-moga deme bahagia hingga ke syurga. Aku? relek ar dulu, tak lari kemana kot serpihan tulang rusuk kiri aku tu.

SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan , Semua ! Hehe . Kali ni Fie nak buat segmen simple yang bertajuk SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan " . Tujuan Fie buat segmen ni untuk berkenalan antara satu sama lain n untuk menambahkan follower n trafik blog korang . Segmen ni bermula pada 13 July 2013 sampai 8 Ogos 2013 11.59 malam Fie hope sangat2 segmen ini mendapat sambutan meriah .

CARA - CARA NAK JOIN
  1. Follow blog CIK FIE
  2. Like fanpage CIK FIE  
  3. Buat satu entri yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan "
  4. Copy coding entri  yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri 
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini

Tuesday 16 July 2013

# Sebelum dan Selepas


# Sebelum bulan puasa #

" Awak, jom kita pergi makan kat mekdi"

"Selamat hari jadi awak"

"Terima kasih awak"

----------------------

# Semasa bulan puasa #

"Awak, jom kita pergi 'iftar' kat mekdi"

"Sanah helwa"

"Syukran ya ukhti/akhi"

********************

Getiknya aku... khinzirun!

Monday 15 July 2013

# Diluar Kotak

Kalaulah anai-anai tu dapat makan komik Pendekar Laut, Pedang Setiawan atau Komik Dragon Ball, nescaya kita boleh terer kungfu bagai.

Pepatah Melayu Moden


Memang adik student ni mempunyai daya kepekaan dan penggunaan bahasa yang amat dasat, haha berikut dikongsikan lagi beberapa pepatah yang boleh buat kita patah hati:

1. ALANG-ALANG MANDI BIAR GUNA SABUN.

2. BAPAK BOREK, ANAK RINTIK, EMAKNYA PASTI PETAK-PETAK.

3. BERAPA BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI SEGUNI BERAS.

4. BIAR PUTIH TULANG, JANGAN KUNING GIGI.

5. CARIK-CARIK BULU AYAM, LAMA-LAMA JADI SHUTTLECOCK.

6. CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TAK RASA APA-APA PUN.

7. DARI MANA HENDAK KE MANA , KENAPA KAU TANYA,MENYIBUK PULA.

8. DI MANA ADA GULA DI SITULAH ADA GULA-GULA.

9. DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITULAH ADA KESAN KENA PIJAK.

10. DIAM-DIAM UBI, BERISI, DIAM-DIAM ORANG, BISU.

11. GAJAH MATI MENINGGALKAN GADING,HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGAL DUNIA.

12. HABIS MADU SEPAH DIKITAR SEMULA

13. SEDIKIT-SEDIKIT LAMA-LAMA TINGGAL SIKIT.

14. HARAPKAN PAGAR, PAGAR MEMANG TAK BOLEH DIHARAP.

15. HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK TAK APA.

16. HIDUP SEGAN, MATI DITANAM.

17. HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, LEBIH BAIK KALAU HARI TAK HUJAN.

18. JAUH DI MATA SAKIT DI HATI

19. JIKA KAIL PANJANG SEJENGKAL,BELI LE KAIL YANG PANJANG SIKIT KALAU NAK NGAIL DI LAUT (BELI KAPAL TUNDA LAGI BAIK).

20. KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG SIMPAN ESOK PAGI.

21. KALAH JADI ABU, MENANG JADI ARANG, SERI JADI ABU BAKAR.

22. KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE BAWAH.

23. KECIL-KECIL CILI PADI, KECIL LAGI BIJI CILI.

24. LEMBU PUNYA SUSU, CAP TEKO DAPAT NAMA.

25. MAKAN HATI BERULAM JANTUNG DENGAN JERUK BUAH PINGGANG DAN USUS MASAK KICAP

26. MASUK TELINGA KIRI, KELUAR TELINGA KANAN, TERSUMBAT KAT MULUT, MELELEH KAT HIDUNG.

27. MEMBUJUR LALU, MELINTANG PUKANG.

28. ORANG MEMBERI KITA MERASA,ORANG TAK BERI KITA PAKSA DIA..

29. PATAH TUMBUH , HILANG REPORT POLIS

30. PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA, PONDAN TIANG TELEPON.

31. SAMBIL MENYELAM TENGOK KAPAL SELAM.

32. SEBAB PULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT HABIS PULUT.

33. SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT, INIKAN PULA MAKANAN DI DALAM MULUT.

34. SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA BENANG HABIS.

35. SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK DAPAT MASUK OLIMPIK JUGA.

36. SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN CUKAI PENDAPATAN.

37. TIADA ROTAN PELEMPANG PUN BERGUNA.

# Mentaliti


Mentaliti orang kita berfikir, bila dia derma ke Palestine pahalanya lebih tinggi daripada derma ke anak yatim belakang rumah kita.


Sama juga dengan hal menukar DP Palestin pada pesbuk kalian, tidak bermakna anda menjadi pejuang yang unggul lantas menjadi penghuni syurga.

Sunday 14 July 2013

# Puasa 2

 
Sorry Kassim bukan pic sebenar

Kassim: Aku tengok kau ni lembik semacam je. Letih pose lettew.

Manap: Mestilah letih. Pagi tadi aku sahur makan sikit aje.

Manap: Sebenarnya, kalau kita pasang niat puasa dengan betul, walaupun tak sahur badan kita akan segar macam orang yang dah makan. Ko tengok aku, steady je. Kalau nak main bola pun tarak hal.

Manap: Yela, yela... Eh, itu macam mak kau je? Dia datang cari kau wat pe plak?

Kassim: Ha`ah la. Mak aku la tu. Apahal plak?

Makcik Kiah: Kassim, balik! Makan nasik!!

Kassim: ....

# Masak-Masak


Dalam tahun 90an...

Di suatu pagi minggu, aku jadi buntu. Semua tidur. Ayah aku tidur. Mak aku tidur. Akak aku tidur, Adik aku tidur. Kucing jiran aku pun tidur. Aku buka tv. Satu siaran pun tak kena dengan selera aku. Sebagai murid darjah 1, apa jadah aku nak layan rancangan berbentuk sembang ekonomi.

Aku mundar-mandir di dalam rumah cari ilham. Tak dapat. Aku masuk bilik pula cari ilham. Satu ilham pun tak ada.

Tiba-tiba aku terpandang satu buku di dalam almari kabinet di ruang tamu. Buku baru. Al-Quran Karim.

Dengan imej tak pakai baju, seluar pendek bola, aku cuba mendekatkan diri dengan Tuhan. Haram satu apa pun tak paham. Aku berang. Aku keluar dari rumah. Cari ilham lain.

Aku berlatih rembat bola pada dinding di tepi rumah aku. 8 kali rembat, aku terpandang makwe jiran rumah aku dengan kawannya dok susun set pinggan mangkuk plastik bersaiz mini. Sebenarnya mereka ni sebaya dengan aku. Macam seronok pula aku tengok aksi mereka itu. Aku pecut masuk dalam bilik cari baju.

Kesudahannya...

***********************

"Nak masak apa hari ni?"

"Masak je lauk gulai ikan patin ngan nasi ayam" Kata aku sambil buat-buat balik dari opis.

# Lagi Best?


Oleh kerana keboringan aku di tahap angkasa raya, aku pun test try la menda-menda yang dirasakan boleh diterima logik akal dan perkara tu adalah memasang browser opera, bila dilihat pada review semuanya best belaka tapi bila aku gunakan slow dan sangat tidak effective, mungkin kengkawan yang pernah menggunakan atau sedang menggunakan menatang ni leh kasi tip tip yang power sikit untuk ia berfungsi pada kelajuan cahaya.

p/s: ni la masalah aku, bila quota dah terlebih semue menda nak di test try, bila quota dah kering padang muka.

# Puasa 1


Manap: Kau puasa ke?

Azlan: Mestilah puasa! Apa jadah dah tua bangka tak reti nak puasa!

Manap: Dah tu, apsal mulut kau bau kari?

Azlan: Kari apa plak? Ni bau mee goreng la!

Manap: ...

Friday 12 July 2013

# Kekeringan


"Ramai orang kata deme laju gilew", haha tapi yang tak best bila abis quota kelajuan siput sedot pun kalah, begitulah masalah aku sekarang ni..buat kengkawan blogger yang len len sorry beb den tak dapat nak skodeng apa lagi menjengah blog kalian.

Andai quota kedua-dua tenet aku dah ditambah insyaAllah aku tanpa segan silu datang menerjah blog2 kalian. nway selamat berpuasa ...

Thursday 11 July 2013

# Diketawakan


Aku rasa mercun zaman sekarang dah tak berapa nak power berbanding mercun zaman dulu. Mercun papan misalnya, bunyi dah takde kick. Telinga tak berdesing. Balut tak padat. Dengan mercun bola aku rasa dah cicir jauh.

Dulu masa aku sekolah rendah, bakar sebiji dah boleh buat halau kera dalam 2 jam setengah kat kebun durian atok aku. Sekarang ni kalau bakar, aku kena gelak dengan kera. Tak patut anak Melayu ada prinsip macam aku ni kena gelak dengan kera.

Jadi aku harap pihak berwajib dapat ambil berat sikit la pasal hal ni. Kalau perlu buat seminar, kita buat seminar.

Wednesday 10 July 2013

# Demonstrasi Aman


Solat terawih masuk malam ke dua meme meriah gilew, mesjid dan surau penuh merimpah ruah sampai tak cukup tanah, lau cam ni hari-hari kan best tapi masalahnya solat subuh nape tak plak fenomena merimpah ruah ini berlaku? Selain fenomena mesjid yang merimpah ruah terdapat gak fenomena kebanjiran belia-belia muda remaja berumur 10 tahun ke bawah.

Deme ni meme boleh pergi jauh, tapi dalam fenomena-fenomena luar biasa gini, benda yang paling buat aku hangin bila kutu-kutu ni mula melaksanakan demonstrasi dan kekecohan di luar mesjid ketika imam sedang mengangkat takbir dan solat berlangsung, time tula deme mengadakan upacara membakar mercun sambil terpekik terlolong dah macam kat Gaza tak pun Mesir plak aku rasa.


Ikut jiwa kekanak-kanakan, mau jew aku rebel imam dan membuat serangan hendap kat kutu-kutu yang  terlibat, tapi apakan daya jiwa itu telah lama berlalu, aku redha jela dengan harapan mereka diberi petunjuk dan hidayah.

Tuesday 9 July 2013

# Cinta dan Kenangan


Sebenarnya lebih lima tahun dahulu, aku pernah memiliki seorang teman wanita yang mengancam. Raut wajahnya seperti orang Melayu. Rambut dan matanya hitam, berkulit putih melepak dan bibirnya selalu dibiarkan tidak bercat. Tubuhnya tidak terlalu tinggi dan tidak juga berkehendakkan aku menunduk kepala terlalu rendah untuk berbual dengannya. Percakapannya petah, lembut dan gemar memakai shawl.

"Awak tahu, ramai lelaki sukakan saya. Awak tak cemburu ke?" katanya yang berjalan mendahului aku ke arah bahagian buku-buku novel. "Tapi apa pun, saya tetap sukakan awak sorang, sebab awak baik, setia, jujur...", sambungnya lagi.

Aku menyambut dengan senyuman yang panjang dan terus berjalan mengekorinya. Pertemuan kami di Pesta Buku Antarabangsa di ibu negara bukan idea yang baik. Kerana mahu mengejarnya sering kali aku tersiku kepala kanak-kanak.

"Awak, kat sini, sini!" Dia menarik tanganku berhenti di sebuah rak. 

"Saya gemar membaca novel ni, mengisahkan cinta dan pengorbanan seorang jejaka kepada seorang gadis yang diminatinya, malangnya dia mendapat tentangan hebat dari keluarga dari sebelah perempuan, awak patut baca novel ni" ujarnya ringkas sambil mula membelek sebaris buku dengan penuh minat.

Aku mengangguk kecil. Kuperhatikan tangannya mulai melepaskan tanganku untuk menarik buku-buku pilihannya. "Awak sayang saya tak?" tanya dia secara spontan sambil membelek-belek buku novel. Aku terkesima dengan soalan itu. Aku menarik nafas dalam-dalam lalu menjawab...

*************************

Kahkahkahkahkah... Dah la, tak larat aku nak menipu pepagi ramadhan gini :P

# Dua Derajat


Oleh kerana ramai kutu-kutu pakai dp Dr Morsi, aku nak petik sikit isu Mesir ni.

Sebenarnya aku tak pelik pun Dr Morsi yang memperjuangkan Islam kena guling. Orang Mesir ni banyak kali disebut dalam Quran atas kebodohan mereka.

Mereka ini dulu pernah sembah lembu bila ditinggal sebentar oleh Nabi Musa. Mereka ini jugalah yang meminta Nabi Musa request macam-macam benda dengan Tuhan.

Mereka ini sememangnya terkenal dengan bodoh dan jahilnya dari dulu. Itu pasal Tuhan banyak turun bala kat bumi arab sana.

Sementara di Malaysia,

Sale Hari Raya kembali lagi dengan lagu raya hits Anuar Zain diulang hingga muntah.

Monday 8 July 2013

# Seminggu Berjumpa Cinta


 

Sana sini suma dok wat upacara maki hamun ke makwe yang wat bidio kapel seminggu tu. Sampai dia tutup account terus. Pakwe dia takde sape-sape nak bahan ke? Ni aku tengok status pakwe dia:

"Temankan Princess pergi berbuka "

345 like this <--- brengsek la woi!!!

p/s: Adik woi... lagi 10 tahun kalo ko nengok bidio ni balik, tobat ko menyumpah ke diri sendiri. Kasut sekolah dah kapur belom?

Sunday 7 July 2013

# Kiriman


Dulu masa aku sekolah rendah, aku jarang pergi lunch kat kantin sekolah. Bukan sebab takde selera, tapi aku dah rancang nak simpan duit belanja sekolah buat beli kereta Tamiya.

Maka time rehat aku selalu lepak di atas batu besar di lereng bukit sambil menonton budak-budak darjah senior main teng-teng yang fesyen kejar sebelah kaki sampai berjelir lidah. Kadang-kadang apabila letih, mereka gilir-gilir minum air paip di tepi tandas. Handal betul. Jenis tak baca buku teks.

Nak dijadikan cerita, ada satu kutu ni. Ah, aku bagi nama Asrap lah senang. Asrap yang tengah lepak dengan aku, tiba-tiba rasa nak pergi kantin sebab nak beli air sirap.

"Aku nak pergi kantin ni. Kau tak nak kirim apa-apa ke?" Tanya Asrap yang bertali pinggang halus. Tak smart langsung. Sikat pun nak isi dalam poket belakang padahal kepala botak.

"Ermm... kau angkatlah kuih sedap sikit. Karipap ke, donut ke..." Jawab aku sambil angkat tangan ke arah sekumpulan makwe yang rancak berborak di bawah pokok. Mengumpat orang agaknya.

Selang beberapa minit, Asrap muncul berpeluh-peluh dengan sebungkus air sirap. Aku hairan. Tekak memang dah teringin nak makan kuih. Tapi apa cerita Asrap balik dengan tangan kosong saja ni?

"Mana kuihnya?" Tanya aku sambil mengawal amarah.

Aku suspek Asrap dah lupa. Tapi aku silap. Tanpa menjawab, Asrap menyeluk poket seluarnya mencari sesuatu. Aku bertambah hairan.

"Nah, karipap kau!" Hulur Asrap sambil mengibas-ngibas habuk karipap keluar dari poket seluarnya.

# Pertanyaan 4


Aku kalau balik kampung, kalau takde warga emas tak tegur aku memang tak sah.

"Man, man... Nak kahwin tu biar kahwin dengan orang sini je. Muor ke, Tangkak ke. Tak payah jauh-jauh. Nanti senang pakcik nak datang makan kenduri kamu."

Aku macam biasa. Macam biasa. 

Aku mencari dinding untuk bersandar. Kedua tangan aku seluk dalam poket seluar.

Dengan tenang aku merenung tajam muka pakcik tu. 

"Kenduri saya je yang pakcik kisah, kenduri pakcik macam mana pulak?"

Lepas tu pakcik tu terus campak kopiah ke tanah dan buat upacara Gwiyomi.

# Kaget

Sekadar Hiasan Semata
Dulu masa aku jadi student IPT, selalu juga aku turun ke KL untuk jalan-jalan dan bershopping. Pernah sekali aku balik dari berjalan sakan di KL letih ya amat sebab banyak berjalan kaki. Letih mengalahkan letih orang bina kapal layar.

Setibanya di Stesen KL Central, orang beli tiket komuter punyalah ramai gilew. Yang beli tiket manual panjang, yang automatik pun panjang. Aku ambil jalan selamat, aku pilih manual.

Jadi aku terpaksa berbaris. Panjang betul barisan. Boleh buat 8 team bola sepak.

Sambil tunggu giliran untuk aku berurusan, tiba-tiba aku termengelamun. Jauh betul aku mengelamun. Lain macam dia punya pergi.

Sedar tak sedar dah sampai giliran aku. Muka makwe sedap mata memandang di kaunter itu dah betul-betul di hadapan aku. Aku pun apa lagi, kucar-kacirlah bila order tiket.

"Liverpool"

Saturday 6 July 2013

# Hubungan Ini


Islam adalah agama yang syumul iaitu bersifat menyeluruh bagi setiap aspek kehidupan dari sains hingga ke sastera, dari politik hingga ke politeknik, sosial, ekonomi, kaki up status pesbuk dan serba serbi. Jadi semua itu melibatkan hubungan dengan bukan sahaja Tuhan tetapi sesama manusia dan alam sekeliling.

Oleh itu orang yang beriman, bertaqwa dan setiap hari memakai kopiah perlu memberi signal jika hendak masuk ke simpang ketika memandu.

Begitu juga dengan budak-budak tabligh. Membasuh baju itu adalah satu ibadah. Memakai deodorant pun boleh menjana hubungan baik sesama manusia.

Tahun 2050

Tahun 2050 (sempat lagi ke idak)
Petang itu cuaca sungguh baik sekali. Di balkoni sebuah banglo yang dibina daripada konkrit yang terbagus dan mahal pula harganya, aku membelek-belek novel yang dikirim seorang sahabat lama. Sahabat itu seorang penulis novel yang berkarisma. Sejak muda lagi dia begitu prolifik. Setiap karyanya juga meletup dan sentiasa di kedudukan nombor satu dalam carta kedai buku.

"Ermm..." Aku geleng-geleng kepala. Sekali-sekala aku picit ubun-ubun. Sekejap-sekejap aku senyum nipis. Sambil itu jari aku yang memegang aiskrim Mat Kool yang sudah separuh cair, menyelak-nyelak helaian novel lapan demi lapan.

"Baca apa tu bang?" tanya isteri aku yang tinggi lampai dan masih mengekalkan potongan tubuhnya seperti 20 tahun sudah. Entah dari mana dia muncul. Tapi yang pasti bukan dari dapur kerana sudah ada pembantu rumah dari seberang laut yang menguruskan hal-ehwal dapur. Isteri aku duduk bersimpuh di atas lantai sebelah kerusi malas tempat aku duduk menyandar. Tidak disuruh pun dia sudah mula memicit-micit sebelah tangan aku yang masih mantap. Tangan yang penuh pengalaman dengan kerja kasar dan kerja halus.

Aku masih diam. Tidak sikit pun ada rasa ingin menjawab pertanyaan yang tujuannya bukanlah ada apa-apa pun.

Isteri aku yang berleher jinjang mengintai kulit novel yang aku pegang. "Sebenarnya Isteri Dia Suka Saya?"

"Ermm..." Jawab aku.

"Novel kawan abang dulu, kan?" Tanya isteri aku lagi.

"Ermm..." Jawab aku.

"Masih akif lagi dia rupanya. Di mana dia sekarang?" Tanya isteri aku lagi sambil menyuap pisang goreng.

"Kalau mengikut setem pada bungkusan yang dikirimnya ini, dari Israel." Jawab aku seraya menghulurkan satu sampul bungkusan kosong yang sudah terkoyak kepada isteri aku.

"Oh, bagus novelnya?"

"Susah nak cakap. Abang tak gemar novel asmara begini."

***********************

Malas plak aku nak menaip. Kalau rajin aku sambung.