Sunday, 14 July 2013

# Masak-Masak


Dalam tahun 90an...

Di suatu pagi minggu, aku jadi buntu. Semua tidur. Ayah aku tidur. Mak aku tidur. Akak aku tidur, Adik aku tidur. Kucing jiran aku pun tidur. Aku buka tv. Satu siaran pun tak kena dengan selera aku. Sebagai murid darjah 1, apa jadah aku nak layan rancangan berbentuk sembang ekonomi.

Aku mundar-mandir di dalam rumah cari ilham. Tak dapat. Aku masuk bilik pula cari ilham. Satu ilham pun tak ada.

Tiba-tiba aku terpandang satu buku di dalam almari kabinet di ruang tamu. Buku baru. Al-Quran Karim.

Dengan imej tak pakai baju, seluar pendek bola, aku cuba mendekatkan diri dengan Tuhan. Haram satu apa pun tak paham. Aku berang. Aku keluar dari rumah. Cari ilham lain.

Aku berlatih rembat bola pada dinding di tepi rumah aku. 8 kali rembat, aku terpandang makwe jiran rumah aku dengan kawannya dok susun set pinggan mangkuk plastik bersaiz mini. Sebenarnya mereka ni sebaya dengan aku. Macam seronok pula aku tengok aksi mereka itu. Aku pecut masuk dalam bilik cari baju.

Kesudahannya...

***********************

"Nak masak apa hari ni?"

"Masak je lauk gulai ikan patin ngan nasi ayam" Kata aku sambil buat-buat balik dari opis.

4 comments:

  1. teringat kenangan di zaman kanak-kanak dulu.. akak pun mebesar di era tahun 90-an juga.. hehe.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula kak real-real la ni kanak2 semua men ipad, tablet bagai..n ramai virtual frenn

      Delete
  2. hihi...cik akak memang suka main masak-masak nie...hihi...
    Kalau ikot memang masak nasi betol2...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah..tapi era milinia ni mana ada dah permainan chengini cik kak..semua via tablet dan etc..kenangan2

      Delete