Sunday, 7 July 2013

# Kiriman


Dulu masa aku sekolah rendah, aku jarang pergi lunch kat kantin sekolah. Bukan sebab takde selera, tapi aku dah rancang nak simpan duit belanja sekolah buat beli kereta Tamiya.

Maka time rehat aku selalu lepak di atas batu besar di lereng bukit sambil menonton budak-budak darjah senior main teng-teng yang fesyen kejar sebelah kaki sampai berjelir lidah. Kadang-kadang apabila letih, mereka gilir-gilir minum air paip di tepi tandas. Handal betul. Jenis tak baca buku teks.

Nak dijadikan cerita, ada satu kutu ni. Ah, aku bagi nama Asrap lah senang. Asrap yang tengah lepak dengan aku, tiba-tiba rasa nak pergi kantin sebab nak beli air sirap.

"Aku nak pergi kantin ni. Kau tak nak kirim apa-apa ke?" Tanya Asrap yang bertali pinggang halus. Tak smart langsung. Sikat pun nak isi dalam poket belakang padahal kepala botak.

"Ermm... kau angkatlah kuih sedap sikit. Karipap ke, donut ke..." Jawab aku sambil angkat tangan ke arah sekumpulan makwe yang rancak berborak di bawah pokok. Mengumpat orang agaknya.

Selang beberapa minit, Asrap muncul berpeluh-peluh dengan sebungkus air sirap. Aku hairan. Tekak memang dah teringin nak makan kuih. Tapi apa cerita Asrap balik dengan tangan kosong saja ni?

"Mana kuihnya?" Tanya aku sambil mengawal amarah.

Aku suspek Asrap dah lupa. Tapi aku silap. Tanpa menjawab, Asrap menyeluk poket seluarnya mencari sesuatu. Aku bertambah hairan.

"Nah, karipap kau!" Hulur Asrap sambil mengibas-ngibas habuk karipap keluar dari poket seluarnya.

8 comments:

  1. hahaha... terkenang pulak cite zaman sekolah mama.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhaha rasanya sekolah hari ni tak ada kot men teng teng dah kan mama?

      Delete
  2. Hahaha..pernah buat jgk ni..jenis bubuh biskut dalam poket..

    ReplyDelete
  3. hehe.. kelakar betul la kawan adik tu.. akak dulu takde pengalaman macam ni.. skema sikit dulu.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha tula, bila kenang-kenang balik leh tahan loyar buruk kawan saya tu..kirim habuk dapat habuk :)

      Delete
  4. malu nak berbeli rupanya..hahaha...stail main sorok2 je..hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite meme jenis pemalu sikit..hahahah..nasib la ada asrap

      Delete