Thursday 18 July 2013

# Clash?

Bajet Kecewa Gilew lettew

Sekarang ni musim pakwe-pakwe ditingalkan makwe ke? Siap meroyan kat wall, "Kenapa kau buat aku begini? Apa specialnya dia? Aku kau panggil sayang, dia kau panggil sayang, mana satu mahu mu?" Ptuih!!!

Tapi hal begini jarang ex-makwe deme nak jawab dan ambil kisah. Sebab tu si lelaki terkontang-kanting dan jadi sengal semacam. Takpe, biar aku bagitahu sebab musabab kenapa makwe kau buat begitu.

Pertama, kau perlu sedar bahawa makwe kau jatuh hati pada kau bukanlah secara tiba-tiba. Ada faktor-faktor fizikal yang membuatkan perkara 'jatuh hati' itu terjadi. Tarikan ni kau tak perasan sebab ianya bukanlah benda yang kau sedar pun. Makwe kau tertarik kepada cara kau berkelakuan.

Kau kena ingat, kebanyakkan lelaki tertarik pada kecantikan perempuan dan perempuan pula tertarik dengan perilaku seseorang lelaki tu. Ada beberapa ciri dekat seorang lelaki tu yang membuatkan perempuan gila babi tertarik dekat dia. Kau pun sama ada ciri-ciri power ni, cuma kau tak sedar.

Contohnya mungkin dulu kau seorang mat kopiah yang saban hari asyik up status ayat Islamik cinta tudung-kopiah yang berselindung disebalik nama Tuhan. Kelakuan kau begini mungkin telah menarik minat seorang makwe yang dalam diam sudah jatuh hati dengan kau. Maka, korang pun berkenalan lalu bercouple macam pasangan lain. Mentang-mentang dah dapat makwe, kau tidak lagi buat kerja merepek seperti sebelum ini. Maknanya kau sudah pun berhenti menampilkan ciri-ciri power yang menambat hati itu.

Tapi itulah, semakin lama korang bercouple, makin hilang ciri-ciri power kau tu. Kalau tak hilang pun, kau dah gantikan ciri-ciri power kau tu dengan ciri-ciri macam gampang.

9 comments:

  1. teruknya kecewa macam tu hehehe...Singgah blog ni... nice song on the background Enya ke ni :)

    ReplyDelete
  2. tula tuan...terlebih suda hi3..yups enya..lagu ni meme buat saya terbang hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tau tajuknya :)..minat gak Enya ni

      Delete
    2. tajuk dia payah nak sebut "Athair Ar Neamh" tapi athair tu cam nama bintang pun ada hi3

      Delete
    3. Thank u bro...nanti google hehehe singgah sini yer

      Delete
  3. Memang...memang mudah perempuan melupakan lelaki bila dah ada peganti..takder masa nak meratapi lagi..dan memang kitaorang berkenan kerana kelakuan..tp jika dah kenal, dan rupanya ia hanyalah sandiwara.. maka tunggulah..tak lama ler tu..hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah tula pasal...ini banyak berlaku terutamanya dalam cinta alam maya..kat pesbuk dah macam mufti besar walhal......hahaha dunya oh dunya

      Delete
  4. lelaki ke, perempuan ke sama sahaja.. sikap bertanggungjawab tu perlu ada kepada kedua-duanya, tak kira la lelaki atau perempuan.. dah gatal sangat bagi harapan, harap tanggungjawablah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betei2 tapi nak buat cam mana..deme ni terpengaruh dengan cerita2 korea bagai serta drama2 cinta islam liberal..asal berkenan terus i lap u, u lap me..boring deme terus blah...

      Delete