Saturday 6 July 2013

Tahun 2050

Tahun 2050 (sempat lagi ke idak)
Petang itu cuaca sungguh baik sekali. Di balkoni sebuah banglo yang dibina daripada konkrit yang terbagus dan mahal pula harganya, aku membelek-belek novel yang dikirim seorang sahabat lama. Sahabat itu seorang penulis novel yang berkarisma. Sejak muda lagi dia begitu prolifik. Setiap karyanya juga meletup dan sentiasa di kedudukan nombor satu dalam carta kedai buku.

"Ermm..." Aku geleng-geleng kepala. Sekali-sekala aku picit ubun-ubun. Sekejap-sekejap aku senyum nipis. Sambil itu jari aku yang memegang aiskrim Mat Kool yang sudah separuh cair, menyelak-nyelak helaian novel lapan demi lapan.

"Baca apa tu bang?" tanya isteri aku yang tinggi lampai dan masih mengekalkan potongan tubuhnya seperti 20 tahun sudah. Entah dari mana dia muncul. Tapi yang pasti bukan dari dapur kerana sudah ada pembantu rumah dari seberang laut yang menguruskan hal-ehwal dapur. Isteri aku duduk bersimpuh di atas lantai sebelah kerusi malas tempat aku duduk menyandar. Tidak disuruh pun dia sudah mula memicit-micit sebelah tangan aku yang masih mantap. Tangan yang penuh pengalaman dengan kerja kasar dan kerja halus.

Aku masih diam. Tidak sikit pun ada rasa ingin menjawab pertanyaan yang tujuannya bukanlah ada apa-apa pun.

Isteri aku yang berleher jinjang mengintai kulit novel yang aku pegang. "Sebenarnya Isteri Dia Suka Saya?"

"Ermm..." Jawab aku.

"Novel kawan abang dulu, kan?" Tanya isteri aku lagi.

"Ermm..." Jawab aku.

"Masih akif lagi dia rupanya. Di mana dia sekarang?" Tanya isteri aku lagi sambil menyuap pisang goreng.

"Kalau mengikut setem pada bungkusan yang dikirimnya ini, dari Israel." Jawab aku seraya menghulurkan satu sampul bungkusan kosong yang sudah terkoyak kepada isteri aku.

"Oh, bagus novelnya?"

"Susah nak cakap. Abang tak gemar novel asmara begini."

***********************

Malas plak aku nak menaip. Kalau rajin aku sambung.

No comments:

Post a Comment