Tuesday, 26 March 2013

Kisah Seorang Pemuda Dan Stokin


Semalam balik dari kerja, aku rasa dahaga sangat. Tetiba aku rasa macam kempunan nak minum air sejuk. Aku duk cari kedai runcit yang buka tapi kebanyakkan dah tutup. "Awal betul diaorang tutup, jam baru 9.30 malam" bentak aku dalam hati. Akhirnya aku singgah ke kedai Seven Eleven.

"Ting tong", bunyi ding dong bell menyambut kedatangan aku di muka pintu masuk Seven Eleven. Aku melangkah ke dalam kedai Seven Eleven sambil mata melirik ke arah makwe bertudung hitam di kaunter. Muka dia masam. Aku suspek dia bengang dengan bos sebab cuti dia dibekukan. Di dalam Seven Eleven ketika itu, selain makwe kaunter bertudung hitam yang bermuka masam, hanya ada aku dan seorang brader Melayu.

Brader ni mundar-mandir depan kaunter dengan sebelah tangan berisi makanan ringan, sebelah tangan lagi pegang botol mineral. Riak wajah menunjukkan beliau masih mencari barang lain yang hendak dibeli tapi tak jumpa. Aku perhatikan umur brader ni macam 30an. Cara berpakaian agak skema dengan seluar slack hitam pergi kerja bersama baju kemeja kain licin. Ilmu firasat aku memberitahu, beliau tak pernah ponteng kelas masa sekolah rendah atau kena tulis nama dengan pengawas. Hatta kantoi spot check lepas perhimpunan pun kompem beliau tak pernah. Aura akademik makam tinggi yang memenuhi ruang Seven Eleven juga menakutkan lagi hujah aku. Kerana pastinya aura tersebut milik brader seluar slack hitam, bukan milik aku. Makwe kaunter pun bukan.

Aku menuju ke peti ais di hujung belakang kedai yang lokasinya tak berapa jauh dari kaunter. Terdapat bermacam jenis air di situ dan harganya amatlah mengalahkan ketamakkan syaitan. Sedang aku melihat dan memilih air botol, aku terdengar makwe kaunter berkata sesuatu pada brader sebentar tadi yang sudah tercegat di depan kaunter.

“Kami takde jual stoking bang,” amat jelas aku dengar kenyataan makwe kaunter.

Aku yang cepat curious, memiliki daya refleksi tinggi serta berperwatakan hensem memasang telinga sambil mata curi-curi tengok. Pelik juga aku bila ada orang nak beli stoking dalam Seven Eleven. Ini memang rare!

“Belakang awak tu bukan stoking?” Dalam dengar tak dengar, aku tangkap butir-butir pertuturan brader akademik berseluar slack hitam kepada makwe kaunter.

Deria pendengaran saja belum cukup memberi maklumat lengkap. Aku terpaksa mendapatkan sokongan dari deria penglihatan. Aku toleh pandang sorok-sorok.

“Yang mana satu stokingnya bang?” makwe kaunter pusing belakang meminta kepastian benda apakah yang disifatkan sebagai stoking oleh brader berkenaan.

“Hah! Dalam kotak hijau tu. Stokinglah tu. Bagi satu!” Kerek saja arahan beliau pada makwe kaunter.

******

Selesai brader tersebut berurusan, dia pun blah gitu je. Kini giliran aku plak berdiri depan kaunter. Dalam tangan dah genggam kemas botol ais lemon tea. Aku cuba bersikap tenang seperti tiada apa yang berlaku. Tiada perbualan antara kami. Masing-masing bersikap professional. Lepas bayar aku blah.

***********************

Nota Kaki:

Woi, brader! Benda dalam kotak hijau tu nama dia KONDOM lah. KONDOM! Bukan stoking bai. Stoking tu pakai kat kepala kaki, K.E.P.A.L.A. K.A.K.I. faham? Ko punya berkias macam lahanat punya misleading! Siapa ajar ni? Jenis takde agak-agak langsung!

No comments:

Post a Comment