Sunday, 23 June 2013

# Kebencian Ini

Ehsan dari blog wildfox, aku tak sempat snap pic minah tu

Entah kenapa setiap kali aku beratur di ATM, perasaan benci datang membuak-buak. Setiap orang harus dibenci. Setiap orang lain suka buang masa aku. Terutamanya orang di depan aku ni. 

Kenapa tak keluarkan kad sambil beratur? Kenapa bila dah sampai giliran, baru terhegeh-hegeh nak cari kad dalam dompet atau beg tangan?

Aku biasanya ambil masa kurang 20 saat di depan ATM. Aku sudah hafal butang mana nak tekan.

“Roy!”

Tiba-tiba bahu aku dicuit. Hampir gugur jantung aku. Kalau gugur, sia-sia tak dapat keluarkan RM50 dari baki akaun RM88,888 dalam bank.

Aku segera toleh ke belakang. Seorang makwe yang berketinggian sama paras dengan bahu aku. Rupanya cantik, kulitnya putih dan wangi. Gayanya seperti wanita yang berkerja di pejabat kerajaan.

Aku senyum dalam kebodohan.

“Sorry,” dia kata. “I ingat you kawan I tadi.”

Aku senyum lagi dalam kebodohan. Toleh semula ke depan.

“Apa kau ingat aku tak boleh jadi Roy ke?” Aku marah dalam hati.

6 comments:

  1. Hahahh..tu dia..sama la kita..geram tgk manusia ni lembabs semacam.. tak bersedia utk sesuatu..buat kerja last minute..oh i hate!
    Kihkih..i panggil u Roy lah..hai Roy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha deng.... Dan lagu gila2 remaja pun mengambil tempat..hahahha

      Delete
  2. haha..nice entry..
    penah gak kena mcm kamu..

    http://menjadisesuatuygsempurna.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks..well lumrah hidup meme cam tu kot..moral of the story perlu bersiap sedia pada setiap perkara n jangan salah tegur orang.. :)

      Delete
  3. tp for lolly, kalo lolly tertegur org yg salah, oke, ia nya sgt malu~~ *blushing

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah maybe minah tu sangat kompiden ko tika itu..hahaha tapi saya pun boleh jadi roy juga..hahahah

      Delete