Thursday 14 November 2013

# Jumaat


Masa aku kecik-kecik dulu, hari Jumaat ni boleh dikatakan hari paling stailo sebab boleh pergi masjid bersembang duduk bersandar dengan kawan-kawan sambil pekena pisang berangan.

Pergi sembahyang Jumaat ni pun boleh kira macam pergi main guli juga la dia punya seronok. Masa sembahyang boleh tarik kain member sampai terlondeh, siku budak-budak yang umur lagi muda sampai menangis, main mercun, sorok selipar kawan tak pun tukar pasangan selipar dia, jerit "Amiiiinnn!" sampai nak tercabut anak tekak padahal ambik air sembahyang pun tidak dan bila pak imam sampai ke tahiyyat akhir, aku cepat-cepat duduk tahiyyat bersama makmum yang bersembahyang macam takde apa-apa hal yang berlaku.

Perghh!!

Masa masa macam tu kalau aku kenang balik memang boleh buat mata bergenang.

2 comments:

  1. haha~ rindu zaman kanak2 ek?
    lolly plak paling suka kalo dpt mkn aiskem lepas solat jumaat~ yg perisa vanilla+masam2 kaler hijo tu~ (◍•ᴗ•◍)❤


    Opss silap, bukn solat jumaat, tp tgk org balik solat jumaat~ hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sangat suka..owh ok still ada kenangan hi3..beli kat kedai ea?

      Delete