Monday 18 November 2013

# Soper NaturaL


Sekitar tahun 90an - Aku darjah empat.

Cikgu Rahim pergi mesyuarat. Dalam kelas, Amirul buka cerita kat kutu-kutu sedarjah, mendakwa beliau sedang tekun belajar ilmu batin dan ilmu melawan rasukan syaitan.

Dalam ramai-ramai kutu yang mendengar, Ariff dah termakan umpan. Memang Ariff ada berangan nak ada ilmu batin macam Barry Prima masa tengok filem Jaka Sembung. Ilmu batin Barry Prima amat tinggi. Beliau boleh lawan kuasa jahat dan beliau juga rajin bertapa di kaki gunung.

Ini peluang tak boleh kasi lepas.

"Aku nak belajar juga!" Ariff beriya-iya.

"Aku belajar style batin je beb. Baca kitab. Semua ilmu tok guru dan masuk dalam kitab. Kalau ko belajar ko boleh ubatkan orang kena rasuk hantu raya." Amirul hasut Ariff bertubi-tubi.

"Mana kitab tu? Bak sini aku nak baca!" Ariff jadi serius tak tentu hala.

Amirul keluarkan sekeping kitab dari meja dia.

"Ko habiskan sekeping ni dulu. Ni kitab jilid satu. Dia ajar ko macam mana nak ubat orang kena hantu raya."

"Aku nak yang boleh ghaib sekali" Ariff demand lain pula.

"Itu kitab jilid dua. Nanti aku bagi kemudian. Aku sekarang dah capai tahap boleh tunggang harimau malam-malam beb! Malam ni aku nak try praktis. Aku nak tunggang harimau pergi supermarket beli PlayDoh. Kat kedai biasa tak jual tu..." Amirul bercakap gaya orang penuh ilmu di dada.

Ariff jadi teruja dan taksub sampai tak boleh kawal. Kutu-kutu lain semua geleng kepala hendak percaya ke tidak cerita Amirul itu.

******

Sejak hari tu, Ariff dan Amirul jadi begitu akrab. Hari-hari sembang hal tangkap hantu, hal tunggang harimau dan tak lupa juga hal masuk ke alam bunian. Mereka jadi takbur tak nak share ilmu dengan rakan-rakan sedarjah. Nak pinjam kitab pun kedekut, kononnya taknak orang lain salah guna ilmu batin yang telah diaorang kuasai.

******

Beberapa tahun kemudian, aku dah mula mengenali internet, rumah pun dah ada Astro. Bangsat gila bila aku kenang cerita di atas.

Setakat berguru dengan buku cerita Tamar Jalis, budak darjah satu pun boleh jadi biadap kalau baca.

2 comments:

  1. hahaha...semangat je cik akak baca....mampus rupanya buku...:)

    ReplyDelete