Dulu masa aku mula-mula masuk IPT, selalu juga aku tengok
kutu-kutu dok main chatting. Aku pada masa tu kurang sangat pengetahuan tentang
dunia internet, aku cuma tau main games je. Oleh sebab aku tengok housemate
aku, si Man dok gila isim main chatting, aku mula curious. Apa la yang indah
sangat main chatting ni sampai tak mengira ke maghrib.
"Man, apa yang best main chatting ni?" tanya aku memulakan sesi bual
bicara.
"Bila chatting kita leh dapat ramai member. Boleh cari awek", jawab
Man dengan bangga sambil menekan-nekan papan kekunci. Bibirnya senyum nipis dan
matanya fokus pada screen monitor.
"Ouh. Apsal ko cari awek time chatting?" tanya aku lagi.
"Sebab aku tak hensem. Nak ngorat kat luar kompem tak dapat", Man
jawab ringkas.
"So, awek-awek chatting ni konpem sama gak kan? Diorang tak cun, kat luar
konpem takde orang nak ngorat. Pastu guna modus operandi yang sama macam ko
berharap dapat pakwe hensem. Macam tu?", aku mula memanaskan isu.
Man terdiam seketika. Raut wajahnya seakan bersetuju dengan buah fikiran aku.
"Tapi layan ooo main chatting ni", Man sembang taknak kalah.
"Dah berapa banyak no tipon awek ko dah dapat?", ujar aku sambil
mengambil kerusi untuk duduk sebelah Man. Sesekali mataku menjeling screen
monitor.
"Ramai gak awek aku chat, tapi wat masa ni haram tak dapat lagi. Aku
berkenalan ngan sorang awek ni, budak KL. Dah tiga hari aku chat ngan dia. Aku
tengah berusaha nak mintak no tipon ngan gambar dia.", terang Man.
"Kasi aku try plak. Ajar aku macam mana nak main chatting ni. Macam best
je", bentak aku.
Dipendekkan citer kawan aku si Man ajar buat akaun, pastu ajar cara nak
memulakan dialog chat menggunakan ayat keramat iaitu ASL. Aku ingatkan ASL ni
'ASAL', sekali makna dia Age, Sex, Location. Sape punya akal ntah. Patutnya
beri salam, barulah real. Masa tu main chatting kat Yahoo Messenger je.
********
Tak sampai setengah jam, aku mula berhenti main chatting.
"Kejap ko main. Amacam, best? Ada dapat no tipon awek?", tanya Man
bersemangat.
"Aku dapat dua no tipon awek. Sorang budak Penang, sorang lagi budak
terengganu." aku jawab rileks.
"Perghhh... Ko mengayat macam mana masa mintak no tipon tu?", tanya
Man seolah tidak berpuas hati dengan kenyataan aku.
"Mintak apa. Diaorang yang mula-mula mintak no tipon aku. Pastu baru aku
mintak no tipon diaorang."
P/S: Aku malas nak berlagak. Itu ceritanya. :P
No comments:
Post a Comment