Di suatu malam waktu memuda dulu, aku membuat keputusan untuk pulang dari
tempat kerja. Selepas mengemas barang, aku menghidupkan enjin kereta lalu
memandu dengan tenang di atas permukaan jalan yang lembab gara-gara hujan sejak
Maghrib. Di dalam pemanduan aku berfikir tentang bagaimana seluar dalam
Crocodile milik Amirul boleh dicuci di rumah makwenya.
Setelah memandu kira-kira 8 kilometer, aku sudah memasuki satu kawasan kampung
dan bersedia untuk membelok ke simpang perumahan tempat tinggalku. Sebaik
memasuki simpang, aku singgah di sebuah kedai makan yang berasaskan burger.
Aku memberhentikan kereta lalu turun.
"Assalamualaikum, bro," aku beri salam sambil berjalan mantap,
"Oblong kambing cheese satu"
"Waalaikumsalam. Beres!" kata brader burger yang sedang asyik
membalik-balikkan burger daging. Sesekali ditikam-tikamnya burger daging itu.
Sementara menunggu burger aku siap, aku duduk di sebuah meja kosong. Sesekali
aku menjeling kaca televisyen di situ yang memainkan drama pejabat serupa
bangang.
Tak jauh dari meja aku ada beberapa kutu gaya abang-abang duk lepak. Mereka
berborak dengan tekun. Kadang-kadang dahi berkerut, kadang-kadang geleng
kepala.
Ada sorang siap melambai tangan seolah-olah sedang berpidato. Aku dapat
rasakan borak mereka bukan borak kosong, bukan main-main punya borak.
Aku cuba pasang telinga. Aku cuba dengar sikit-sikit walaupun kadang-kadang
biji butirnya tak berapa jelas.
Akhirnya sah, mereka bukan borak kosong.
******
Aku berasa terharu, ada lagi rupanya belia sekarang yang masih minat borak
pasal burung. Nampaknya belia kita ni masih ada harapan. Mereka berada di
landasan yang betul.
No comments:
Post a Comment