Tuesday, 19 February 2013

Kekeliruan yang mengelirukan


Bukan Lukisan Sebenar
Sebenarnya masa aku kecil, aku memang handal bab2 melukis ni samada melukis objek mahupun melukis orang. Cuma bab melukis makwe aku tak berapa nak terer sebab aku tak habis study lagi dia punya struktur anatomi. Maka, zaman aku sekolah rendah dulu, budak kelas aku pernah diberi soalan untuk subjek Pendidikan Seni bertajuk 'Sila Lukis Pemandangan Suasana Kampung'. 

Bila aku dapat je soalan tu, aku pun mula memerah otak. Yeah, masa cuti sekolah pertengahan lepas pada masa tu aku pernah lepak bercuti di rumah bapak sedara aku kat Kedah. Jadi aku dah biasa tengok pemandangan sawah padi dan suasana selok-belok kampung kat sana. Dengan pengalaman yang masih dalam segar dalam ingatan, maka aku adaptasikan idea ni ke dalam lukisan aku.

So, untuk step pertama aku lukis sawah padi dulu. Lepas tu aku lukis rumah orang kampung plak. Nampaknya lukisan aku ni dah hampir tampak real, aku mula memikirkan apa lagi objek nak ditambah.

Ye, background lukisan aku kosong. Aku perlu lukis bukit bukau, awan, sungai dan jalan raya supaya lukisan aku nampak cemerlang. Sambil aku lukis tu, aku sempat gak usya member sebelah. Dia lukis rumah serupa macam bas, pastu lukis orang lidi. Jahanam betul lukisan dia. Aku cuma senyum sinis dan ketawa dalam hati.

Setelah selesai, aku masih tak puas hati. Lukisan aku ni masih 80% siap. Aku cuba memerah idea, apa lagi aksesori yang perlu ditambah. Dengan satu panahan kilat, akhirnya idea datang mencurah-curah. Aku pun tambah aksesori lukisan aku iaitu dengan melukis orang-orang di tengah sawah, lukis burung yang sedang terbang di awan, tiang lampu, signboard jalan dan macam-macam lagi objek yang rare. Sampai padat dan padu la lukisan aku tu. 

Setelah siap melukis, step akhir sekali ialah mewarna. Aku sempat tambah pelangi di sebalik bukit bukau supaya nampak lebih real. Gandingan begini jarang-jarang terhasil jikalau tidak mempunyai chemistry yang kuat. Bermodalkan pensil kaler Luna je. Masa tu mana ada pakai color water lagi.

Akhirnya lukisan aku siap dan semua murid diminta untuk hantar lukisan kepada cikgu seni. Keputusan akan diketahui selepas seminggu. Sebenarnya aku target lukisan aku leh pergi ke 80/100 sebab aku lukis berpandukan pengalaman.

******

Keputusan telah keluar, akhirnya lukisan aku mendapat separuh markah lebih kurang 58/100 kalu tak silap aku la. Aku jadi terkejut dan pelik macam mana la lukisan sepower gini bleh dapat separuh markah. Masa tu aku punya perasaan rasa macam nak rebel tetapi tak tau nak rebel gaya mana. Aku rasa lukisan aku tu dah cukup cantik dan true, bukan jenis lukisan kanak-kanak tak bersunat.

Aku adukan perkara ni pada mak aku. Aku mintak pendapat mak aku, apsal lukisan aku dapat markah separuh? Mak aku tengok lukisan aku dengan penuh teliti, pastu dia geleng-gelengkan kepala. Mak aku cuba menerangkan perkara sebenar tapi aku tak paham. Penyudahnya aku cakap, "Alah, sebenarnya cikgu tu dengki ngan orang, mak".

**************************

Manala aku tau dengan menambah aksesori seperti bendera PAS yang terpacak kat tiang lampu, terpacak kat tengah sawah bendang, terpacak kat bumbung rumah kampung bakal wat lukisan aku dapat separuh markah. Dah menda tu yang muncul dalam daya imaginasi aku. Bila aku dah dewasa ni baru aku paham, yang aku lukis tu bendera pembangkang.


2 comments:

  1. Hahaha..cikgu kebanyakannya sokong &^%&.. jadi jangan sesekali nak pikat cikgu dengan menghadiahkan bendera pas.,,okey..kuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha bila diimbas balik..meme real2 haha tak sangkat imaginasi reality tu melampau2 sangat..hahha

      Delete