Sunday, 20 October 2013

# Perubahan?


Dulu masa aku belajar kat IPT, aku ada seorang kawan yang rajin buat kerja mencegah maksiat. Pantang ada orang dating kat taman, mesti dia datang sergah atau kacau. Ramai couple-couple cukup bengang dengan kawan aku ini.

Dengan imej bersongkok, berkemeja putih, berseluar slack hitam kain licin dan selalu membawa fail, akhirnya kawan-kawan aku kasi dia gelaran JAIJ (Jabatan Agama Islam Johor) mengenangkan dia ni orang Johor.

Hari ni, aku terbaca status beliau di News Feed;

"Breakfast With Love — feeling loved with Nama Makwe Dia**.

Faker!

Friday, 18 October 2013

# Cinta?


Aku termenung hari ini. Aku terkenang peristiwa belasan tahun dahulu. Waktu itu aku sangat pemalu. Lebih-lebih lagi kepada perempuan. Hendak angkat muka pun malu. Tetapi itulah, bak kata orang pandai, 'kita boleh tutup mata kita daripada melihat perkara yang kita tidak suka, tetapi kita tidak boleh halang hati kita daripada merasainya'. Mantap.

Aku jatuh hati kepada seorang budak kelas aku. Comel. Matanya bulat dan giginya cantik. Apabila dia senyum, sangat membahagiakan.

Aku sedar sebagai budak tidak hensem dan masih bersekolah, perasaan itu tidak wajar tetapi apa yang boleh halang hati daripada merasainya? Aku hanya mampu memandang dari jauh, menyimpan hati dan menutup mulut kemas-kemas. Sikap pemalu aku sangat kuat.

Hari ini, aku jumpa dia. Sudah ketentuan agaknya. Dia semakin cantik dan hati aku tetap berdegup kencang walaupun aku yakin, aku sudah tidak menyimpan perasaan lagi kepada dia. Cukuplah lima tahun di sekolah menengah aku menyimpan hati.

Sebagai seorang belia yang sudah bekerja, aku gembira kerana sudah tidak terlalu pemalu dengan rakan lama. Aku berbual mesra dengan dia. Bercerita itu ini. Dia bersemangat mendengar cerita aku dengan mata yang bulat.

Cuma aku tetap berasa masih tidak lengkap sesuatu. Sesuatu yang aku simpan lama dahulu. Akhirnya aku memberanikan diri berkata, "Awak nak tahu? Semasa kita sekolah menengah, saya simpan hati dengan awak. Tetapi saya malu." Aku yakin kata-kata itu tidak ada apa-apa makna lagi untuk aku dan dia. Semuanya sudah jauh berubah.

Tetapi aku silap.

Aku lihat wajah dia berubah. Dia diam. Seketika kemudian seorang anak perempuan berambut lurus berlari-lari ke arah dia.

"Mama.... mama...."

Air matanya tumpah. Jantung aku berdegup makin kencang. Dan tahulah aku, apa yang aku fikir itu salah.

***********

Dah la. Tak larat aku nak menipu petang-petang ni.

Wednesday, 9 October 2013

# Sumbangan?


Korang pernah dengar kisah budak perempuan dengan tapak sulaiman di tepi pantai? Apa, tak pernah dengar? Mestilah sebab cerita ni aku yang reka. Ok, meh sini aku ceritakan secara ringkas. Cerita ni lebih kurang macam kisah burung pipit yang bantu padamkan api yang membakar nabi Ibrahim cuma aku punya versi indie.

Pada suatu hari, ada seorang budak perempuan bernama Hani bermain-main di tepi pantai dengan kawannya, Arip . Kemudian Hani ternampak ada ribuan tapak sulaiman yang terdampar di tepi pantai.

Hani pun pergi mencampakkan tapak-tapak sulaiman itu ke dalam laut. Tujuannya, supaya tapak sulaiman itu tidak mati terdampar.

Apabila Arip melihat perbuatan Hani itu, Arip sambil bercekak pinggang berkata, "Awak tidak akan mampu mencampakkan semuanya. Ada beribu-ribu."

Hani menjawab tenang, "Kita mungkin melihatnya ada beribu-ribu dan ia tidak bererti untuk kita, tetapi ia tetap bererti untuk seekor tapak sulaiman."

Tamat ~

Antara pengajarannya, berbuat baiklah dengan sesiapa walaupun ia dilihat kecil. Tetapi untuk orang yang menerima perbuatan baik itu, ia tetap terlihat sangat besar.

******

Jadi nak dijadikan cerita, adalah satu kutu ni yang mahu mengambil iktibar daripada kisah itu. Kita namakan dia Amirul lah senang, watak kegemaran.

Jadi semasa online pesbuk, dia rajin 'Like' semua status rakan-rakan pesbuknya yang baik-baik. Alasannya sama, memang tidak akan habis status untuk di Like. Ada beribu-ribu. Dan mungkin orang melihat usahanya itu sangat kecil dan buang masa, tetapi untuk orang yang menerima 'Like' dia, ia sangat besar dan sangat bererti untuknya.

Kemudian kawan-kawan dia pun berkata,

"Kau ni gila Like agaknya. Gila pesbuk. Takdak life."

Sekian ~

Tuesday, 8 October 2013

# Gangguan


Masa aku nak terlelap pagi tadi, tetiba je nset aku berbunyi. Nombor yang tak dikenali kelihatan memenuhi screen. Aku saspek ejen insuran atau.....(biarlah rahsia).

"Aiman, ni aiman ke?"

Perghh dah la tak reti beri salam, jantan plak tu. Maka aku yang ngah mamai tambah mengantok terus pura-pura blur.

"Eh bukan ni, wrong number ma"

"Aiman CIMB tu ea?"

Kompius sat, eh tau plak mamat ni nama aku? Tapi aku ni ada gaya cam pegawai bank ke? Tak pun akauntan? lau opis boy mungkin sama.

"Bukan ni, salah nombor rasanya" selesai aku menjawab soalan mamat tu, secara spontan terus aku campak henpon bawah katil tanpa belas ehsan, lantak lew yang penting aku leh sambung membuta.

Len kali kalau nak buat panggilan, pastikan anda  memberi ucapan pendahuluan atau salam, jangan men terjah sesuka hati lu je. Lepas ni kalau  ada nombor yang tak dikenali berlegar-legar memenuhi screen semasa waktu-waktu perdana, nescaya aku akan buat dek je sambil cari butang tuk silent atau reject terus brengsek!!.

Monday, 7 October 2013

# Syarat?

Ihsan Maulana Google
Syarat-syarat seorang makwe yang pernah bagi kat aku:

1. Imamkan dia waktu solat.

2. Ajar dia dia baca Quran dengan tajwid yang betul.

3. Relationship macam orang tua yang loving - makan, borak & buat kerja semua bersama.

4. Kurangkan rasa cepat marah.

5. Kurang tulis benda ngarut-ngarut dekat pesbuk.

6. Share interest yang sama.

p/s: Benda no. 5 tu aku pikir 7-8 kali juga.

Wednesday, 2 October 2013

# ReVolusi Henpon


Untung bebudak sekolah lar ni, muda-muda lagi dah pakai henpon cecangih. Aku dulu start pakai henpon lepas SPM. Henpon pertama aku pakai adalah Sony Ericson T10, korang hado?. Aku suka ringtone dia. Nyaring macam gampang. Mujur bapak aku yang kasi. Aku pakai pun untuk kegunaan bila aku masuk IPT.

Masa belajar, bila aku dapat elaun untuk kali pertama, terus aku sambar pakai henpon nokia 3220, ala henpon disko yang ada lampu kelip-kelip kat kiri kanan dia tu. Aku memang dah lama target henpon tu sebab ada ciri-ciri yang aku nak. Ada kamera, ringtone polifonik dan paling dasyat screen dia bercolour. Bila pakai henpon tu baru nampak gagah bila nak bergayut kat tengah orang ramai.

Setahun kemudian aku pakai henpon nokia 7610 a.k.a henpon daun. Henpon daun tu lama jugak lah aku pakai sampailah aku mula kerja. Bila aku dah masuk alam pekerjaan, teknologi henpon telah berkembang dan mengalami evolusi. Zaman itu bermulalah era henpon touch screen. Masa tu kalau aku tak tukar henpon touch screen nampak sangat kampung.

Maka, aku beli lagi henpon iaitu nokia 5800 Express Music. Lengkap dengan ciri-ciri yang aku nak, ada camera, ada 3G, touch screen dan boleh main wifi. Biasalah, henpon baru aku buat perangai tipikal orang pakai henpon baru. Aku letak ringtones untuk mesej masuk sikit punya panjang dia punya lagu. Aku rasa cool. Jangan nak poyo-poyo cakap kau orang tak penah wat camtu.

Hari ini teknologi henpon berkembang lagi. Macam-macam model terbaru berada di pasaran dan menjadi kegilaan orang ramai. Kawan-kawan dan nafsu aku ada gak suruh aku tukar lagi henpon, suruh pakai Note 3, boleh berinstagrams bagai. Jadahnya pakai henpon canggih semata-mata nak main instagrams. Itu perangai budak tak amik SPM sikit-sikit nak up gambar ke instagram tu.

Ada juga yang suruh aku pakai tablet macam ipad. Aku reject sebabnya bila orang telefon aku rasa macam letak meja makan kat tepi telinga.

Penyudahnya aku selesa ngan henpon yang ada. Aku pakai pun semata-mata nak telefon orang, SMS dan update status pesbuk ngan main tagged.

p/s: Note 8.0 pun aku wat sendal pintu bilik je. Heh

Tuesday, 1 October 2013

Ayam Masak Merah


Kes keracunan makanan kat Kedah tu, puncanya ayam masak merah je. Aku memang dah lama tak berkenan ayam masak merah dijadikan menu utama sebab ia terlalu mainstream.

Kalau Ada sape-sape nak wat kenduri masih nak pakai menu ayam masak merah, memang aku bawak kentaki makan kat kenduri korang.

lantaklah apa korang nak kata.

p/s: "jika takut keracunan makan ayam, jangan makan ayam... makanlah kambing" ~ Menteri Kerja Kawin