Monday, 25 February 2013

Bergomol2an Dengan Babi Itu Baik?



Aku selalu baca hujah2 orang kata, bergomol, bergaul atau pegang babi ni lagi bagus daripada pegang tangan yang bukan mahram. Siap ada flyers lagi tu. Ya, memang ada hadis sebut pasal tu.

Kat sini aku nak kasi pencerahan, idak ler hadis tu suh ko pegang babi ikut suka2 ko je. Memangla pegang babi tu tak berdosa, ko hanya perlu samak je pas pegang tu. Tapi aku tengok la ni ada orang dia nak dukung babi mcm dukung budak, pastu duk canang kat couple2 yang konon2 perbuatan deme pegang2 bukan mahram tu bleh masuk neraka, perbuatan dia duk dukung babi ni tadi tak dosa, hanya perlu samak je. Sebenarnya perbuatan ko tu bodoh, itu citer dia.


Islam mementingkan aspek kebersihan, yang tu ko kena ingat. Sebab tu bab ni korang jangan salah paham plak kehendak hadis tu. Agama tak suh ko pegang babi semata2 nak menyampaikan dakwah. Hadis tu ibarat perumpamaan je. Yang couple2 pegang2 tu lantak deme, yang penting korang sampaikan dakwah pada dia. Hidayah milik Tuhan, bukan milik kita. Dan nak wat kerja dakwah ni kena smart, bukan wat keje bangang tapi bajet dah berjasa pada agama. Itu giler namanya.

Saturday, 23 February 2013

# Kejayaan Sebenar #


Ada orang kata, 

kejayaan sebenar ialah lulus exam, dapat score straight A atau periksa dapat no 1.

kejayaan sebenar ialah bila ko berjaya ke menara gading, dapat segulung ijazah.
kejayaan sebenar ialah bila dapat hidup berkeluarga, dapat buat anak dan bini ramai.
kejayaan sebenar ialah bila ko jadi orang kaya raya, takde masalah hutang.
kejayaan sebenar ialah orang yang berjaya dalam hidup.


Pada aku, kejayaan sebenar adalah bila ko lepas masa lalu kat titian sirat kelak. 


Kalau lepas, power tu.

Friday, 22 February 2013

Penyebaran Maklumat



"Kalau hendak berperangai syaitan sekalipun, sekurang kurangnya hari Jumaat ni jadilah syaitan yang berkopiah"

**************

Ni kalau dapat kat media arus perdana kompem diorang spin kenyataan aku jadi:

TV3: Hari Jumaat jadilah syaitan yang berkopiah

Berita Harian : Adakah kopiah pakaian syaitan? 

Metro: Ali dakwa pemakai kopiah adalah syaitan.

Sinar: Kalau nak jadi syaitan, jangan pakai kopiah

Kosmo: 'Syaitan' Kopiah menjadi-jadi

Harian Metro: Syaitan Ditangkap Khalwat Memakai Kopiah

Utusan: Syaitan Berkopiah satu Propaganda Pembangkang?

Hdaily: Syaitan berkopiah adalah salah Kerajaan.

Chedet: Elok syaitan berkopiah yang dikenali daripada malaikat kopiah yang tak dikenali

Mangga: Kopiah berlogo syaitan makin luas tersebar.

Thursday, 21 February 2013

Cita-Citamu.


Tanya seorang cikgu pada muridnya;

"Besar nanti nak jadi apa?"


Jawab murid;

"Nak jadi ostat"


Tanya cikgu lagi;

"Kenapa nak jadi ostat"


Maka jawab si murid lagi;

"Trend sekarang jadi ostat la cikgu, masuk tv selalu. Mana ada Engineer masuk tv"


SMS Punya hal



# SMS #


Kawan aku: Man, barang ko pos dah selamat sampai. Ada masalah sikit.



Aku: Masalah camne?
.
.
.
.
no reply
.
.
Berdebor gak aku tunggu apa masalah kawan aku tu. Lambat betul dia nak reply.
.
.
.
Tiba-tiba sms masuk... 



"RM0. Dptkan video penuh aksi ratu-ratu di litar perlumbaan! PERCUMA 7 hari. Utk hentikan sms dr 23279, htr KELUAR ke 23279. Klik (Tiada caj data)."



Terus aku hempas henset ke lantai. Gampang mana la yang wat keje macam dajjal ni.

Wednesday, 20 February 2013

Teka Teki


Dulu masa aku darjah 2 sekolah sesi petang, ada sekali kelas aku ada buat Pendidikan Jasmani Kesihatan (PJK). Time PJK ni memang seronok sebab dapat bersukan tak ingat dunia sampai ke maghrib. Bila start je kelas PJK, pelajar yang sebelum ni berpakaian uniform sekolah diminta salin pakai baju sukan dengan seluar tracksuit. Seperti biasa, budak laki akan menghalau budak perempuan sebab budak laki memang gemar salin baju dalam kelas, manakala perempuan plak kena salin baju kat tandas. Hal-hal diskrimanasi begini memang stended berlaku kat mana-mana sekolah pun.


Bila semua dah ready dengan pakaian sukan, ntah tiba-tiba malaikat Mikail mula menjalankan tanggungjawabnya dengan menurunkan hujan yang naharom punya lebat. Kelas PJK pada petang itu terpaksa dibatalkan atas sebab hujan dan ramai yang frust nonggeng sebab tak dapat membuat aktiviti mengeluarkan peluh. Pelajar diminta masuk semula ke kelas dan bebas melakukan aktiviti sendiri. Bila buat aktiviti sendiri ni, biasanya takde guru yang jaga kelas dan ketika itulah pelajar menjadi setan.

Untuk pengetahuan korang, susunan pelajar kelas aku ni special sikit. Lelaki dan perempuan duduk selang seli dalam satu baris meja panjang. Ntah mazhab apa cikgu aku pakai aku pun tak tau. Walaupun begitu, kadang-kadang seronok juga sebab dapat duduk sebelah makwe-makwe. Kanan ada makwe Melayu, kiri plak ada makwe India, memang bercirikan konsep 1 Malaysia walaupun konsep tu tak wujud lagi masa tu.

Bila cikgu dah takde dalam kelas, maka macam-macamlah ragam student. Ada yang tido, ada yang buat kerja sekolah, ada yang termenung tapi untuk kes aku lagi best. Makwe Melayu yang duduk sebelah kanan aku ajak main teka-teki. Aku pun menyahut cabaran makwe tu, kadang-kadang layan juga jawab teka-teki dengan keadaan hujan lebat kat luar kelas.

Teka-teki yang makwe sebelah aku nak sampaikan tadi agaklah rare dan aku rasa ia jarang-jarang dipraktikkan kat mana-mana tempat aku rasa. Teka-tekinya ialah, "Cuba teka, hari ni kita 'pakai' kaler apa?", begitulah soalan dari makwe tadi. Tanpa buang masa, aku mula meneka;

"Biru?"

"Salah"

"Hitam?"

"Salah"

"Hijau?"

"Pun salah" kata makwe tadi dengan senyum sinis.

Tekanan juga aku nak jawab soalan teka kaler ni. "Warna apa lagi aku tak sebut?" kepala aku ligat mencari akal. Akhirnya, aku menggunakan jawapan yang aku rasa ini mungkin jawapan yang tepat dan jitu. "Kaler putih kan?", aku konfiden. "Hmm....sikit lagi nak tepat", makwe tadi mula beri sedikit harapan walaupun jawapan aku sipi-sipi. "Kalau gitu saya serender lah", aku mula menyerah diri. Aku kalau bab jawab teka-teki ni, bila aku dah sebut "saya serender" maknanya jangan dipaksalah aku jawab sebab aku malas nak pikir. "Ok, jawapan dia...." sambil makwe tadi dengan tenang menarik getah pinggang seluar tracksuit dia. Mata dia renung 'ke dalam'. Pastu dia menyuruh aku tengok.

Aku pun mendongak kepala lalu menjenguk isi kat 'dalam'. Setelah beberapa saat, makwe tadi melepaskan getah pinggang seluar tracksuitnya. "Betulah kita cakap, kaler putih!", aku mula merebel. "Salah la, awak takde sebut corak buah strawberi", makwe tadi membalas manja. Aku masih tak puas hati. "Tunjuk balik, kita tak nampak pun", pinta aku dengan mulut muncung.

Makwe tadi sekali lagi menarik getah pinggang seluar tracksuitnya. Aku menjenguk sekali lagi. Setelah puas hati, aku pun membalas, "Yela yela, kita kalah. Awak menang." Makwe tadi ketawa manja.

P/S: Alah... Budak-budak, bukan tau apa deme tu. kahkahkah :P

Bosan Hidup?



Tadi masa aku nak g sarapan, nyaris aku nak langgar makwe institut perguruan nak melintas jalan yang tak reti tengok kiri kanan. Terus aku sound direct kat situ, "Woi, dah bosan hidup?"

Peh, sungguh epic cara aku sound makwe tu. Real real.