Monday 13 January 2014

# Pertemuan


Ketika sedang aku mengelamun sambil tunggu flight untuk pulang ke Malaysia, teringat aku satu kesah pertemuan daku dengan seroang insan yang banyak memberi impak dalam rona-rona hidupku, cerita begini.

Hari itu adalah hari pertama pendaftaran masuk ke kelas. Aku ditetapkan masuk ke kelas 4 Kerjasama. Cikgu Rahim guru kelasnya. Berkarakter sempoi dan sporting. Kadang-kadang beliau suka curi-curi merokok tepi bangunan sekolah, bersebelahan dengan signboard zon larangan merokok. Memang mantap.

"Darjah 3 tahun lepas dapat nombor berapa?" Tanya Cikgu Rahim kepada aku yang masih belum bersunat ketika itu.

"Lapan...." Aku menjawab gugup.

Cikgu Rahim meletakkan aku di posisi meja nombor 38. Jangan-jangan Cikgu Rahim sangka aku bergurau atau dia tersalah dengar.

Sistem pembahagian posisi di sekolah aku ini berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun yang lepas. Atas kesilapan teknikal, aku diletakkan di meja yang paling bengap a.k.a King of Bengap di dalam kumpulan bengap iaitu Kumpulan F. Yang paling handal diletakkan di meja pertama di tepi pintu diikuti kedua handal, ketiga handal dan seterusnya sampai ke semi bengap dan ultra bengap.

Kesan daripada dasar meritokrasi ini menyebabkan aku tidak senang duduk. Tak elok kanak-kanak terdedah kepada 'stress'. Cikgu-cikgu yang masuk ke kelas akan aim aku tanpa berlapik. Senyum cikgu-cikgu itu ke arah kumpulan F pula tampak tidak semesra senyuman ke arah kumpulan A. Dan yang paling tak ngam, makwe-makwe kelas lain yang lalu-lalang memandang aku macam tak pandai sifir 3.

Rata-rata yang duduk di kumpulan A dan sedikit B, tidak putih bajunya. Mana yang laki-laki, segak dengan rambut sikat tepi dan perempuannya sudah haid, barangkali. Wajah mereka berseri-seri dengan bedak mewangi dan seragam yang jenamanya hanya dijual di bandar besar. Kasut mereka pula canggih tanpa tali.

Masing-masing kelihatannya berjawatan. Tidak kira di kelas, di pusat sumber, kantin, laluan berjalan dan melompat mahupun di pintu pagar sekolah. Kebanyakkan anak cikgu, anak pegawai, anak kadi daerah, anak PPD dan hanya satu dua anak pembantu tadbir rendah serta anak orang lembaga letrik. Bertuah ibubapanya.

Yang comot-comot, yang pipi bersepah dengan minyak sebab makan mee goreng, yang pakai kasut tapak hijau, yang pakai stoking tak brape fit, yang pakai baju abang, yang hingus kesat pada baju dan yang bawa komik Mutiara Naga pergi sekolah majoritinya di kumpulan E dan F. Kumpulan aku.

Di sinilah bermulanya perkenalan aku dengan Amirul yang claim belakang rumah dia ada beruang koala.

Tanpa sambungan...

2 comments:

  1. Biar betol memori tahap mcm ni sekali..fuh..tercabar I..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah tula..bila kerap flash memory..rupanya macam2 perkara yang tah pape pernah jadi dalam hidup kita.....

      Delete