Friday 18 October 2013

# Cinta?


Aku termenung hari ini. Aku terkenang peristiwa belasan tahun dahulu. Waktu itu aku sangat pemalu. Lebih-lebih lagi kepada perempuan. Hendak angkat muka pun malu. Tetapi itulah, bak kata orang pandai, 'kita boleh tutup mata kita daripada melihat perkara yang kita tidak suka, tetapi kita tidak boleh halang hati kita daripada merasainya'. Mantap.

Aku jatuh hati kepada seorang budak kelas aku. Comel. Matanya bulat dan giginya cantik. Apabila dia senyum, sangat membahagiakan.

Aku sedar sebagai budak tidak hensem dan masih bersekolah, perasaan itu tidak wajar tetapi apa yang boleh halang hati daripada merasainya? Aku hanya mampu memandang dari jauh, menyimpan hati dan menutup mulut kemas-kemas. Sikap pemalu aku sangat kuat.

Hari ini, aku jumpa dia. Sudah ketentuan agaknya. Dia semakin cantik dan hati aku tetap berdegup kencang walaupun aku yakin, aku sudah tidak menyimpan perasaan lagi kepada dia. Cukuplah lima tahun di sekolah menengah aku menyimpan hati.

Sebagai seorang belia yang sudah bekerja, aku gembira kerana sudah tidak terlalu pemalu dengan rakan lama. Aku berbual mesra dengan dia. Bercerita itu ini. Dia bersemangat mendengar cerita aku dengan mata yang bulat.

Cuma aku tetap berasa masih tidak lengkap sesuatu. Sesuatu yang aku simpan lama dahulu. Akhirnya aku memberanikan diri berkata, "Awak nak tahu? Semasa kita sekolah menengah, saya simpan hati dengan awak. Tetapi saya malu." Aku yakin kata-kata itu tidak ada apa-apa makna lagi untuk aku dan dia. Semuanya sudah jauh berubah.

Tetapi aku silap.

Aku lihat wajah dia berubah. Dia diam. Seketika kemudian seorang anak perempuan berambut lurus berlari-lari ke arah dia.

"Mama.... mama...."

Air matanya tumpah. Jantung aku berdegup makin kencang. Dan tahulah aku, apa yang aku fikir itu salah.

***********

Dah la. Tak larat aku nak menipu petang-petang ni.

3 comments:

  1. Haha.. pandai ar tulis blog...
    btw, ak bw, dri 1 entri ke 1 entri..
    good job

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak jangan tak bawak hahaha..blog picisan je..hohoh

      Delete
  2. cishh~ mati2 igt kisah benar.. da tercucuk da jantung nih
    sekali penasaran tu ditepis dgn ombak kasar, meregut perasaan ni dgn cerita dusta semata2 rupanya~
    (▰˘︹˘▰)

    ReplyDelete