Wednesday 9 October 2013

# Sumbangan?


Korang pernah dengar kisah budak perempuan dengan tapak sulaiman di tepi pantai? Apa, tak pernah dengar? Mestilah sebab cerita ni aku yang reka. Ok, meh sini aku ceritakan secara ringkas. Cerita ni lebih kurang macam kisah burung pipit yang bantu padamkan api yang membakar nabi Ibrahim cuma aku punya versi indie.

Pada suatu hari, ada seorang budak perempuan bernama Hani bermain-main di tepi pantai dengan kawannya, Arip . Kemudian Hani ternampak ada ribuan tapak sulaiman yang terdampar di tepi pantai.

Hani pun pergi mencampakkan tapak-tapak sulaiman itu ke dalam laut. Tujuannya, supaya tapak sulaiman itu tidak mati terdampar.

Apabila Arip melihat perbuatan Hani itu, Arip sambil bercekak pinggang berkata, "Awak tidak akan mampu mencampakkan semuanya. Ada beribu-ribu."

Hani menjawab tenang, "Kita mungkin melihatnya ada beribu-ribu dan ia tidak bererti untuk kita, tetapi ia tetap bererti untuk seekor tapak sulaiman."

Tamat ~

Antara pengajarannya, berbuat baiklah dengan sesiapa walaupun ia dilihat kecil. Tetapi untuk orang yang menerima perbuatan baik itu, ia tetap terlihat sangat besar.

******

Jadi nak dijadikan cerita, adalah satu kutu ni yang mahu mengambil iktibar daripada kisah itu. Kita namakan dia Amirul lah senang, watak kegemaran.

Jadi semasa online pesbuk, dia rajin 'Like' semua status rakan-rakan pesbuknya yang baik-baik. Alasannya sama, memang tidak akan habis status untuk di Like. Ada beribu-ribu. Dan mungkin orang melihat usahanya itu sangat kecil dan buang masa, tetapi untuk orang yang menerima 'Like' dia, ia sangat besar dan sangat bererti untuknya.

Kemudian kawan-kawan dia pun berkata,

"Kau ni gila Like agaknya. Gila pesbuk. Takdak life."

Sekian ~

4 comments:

  1. macam-macam orang sekarang.. yang penting terus berusaha..

    ReplyDelete
  2. Hahah..last2 takdak life terus dia dpt..pernah ada kenangan..lontar ikan2 yg terdampar ditepi pantai..byk sgt..bila ingt balik rasa sedih..sbb tu kenangan bersama cinta pertama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah rejeki tu..tak pela Allah dah gantikan dengan yang lebih baik dan sempurna :)

      Delete