Friday 10 January 2014

# Percintaan 2014

Cadangan Untuk Hiasan, Ehsan dari Dr Google
“So, kaki macam mana? Ubat yang saya kasi tu kena makan tau. Ubat antibiotik kena habiskan. Yang lain tak apa kalau dah ok.”

“Saya rasa dah ok ni, doktor. Main bola pun dah rasa sedap berlari. Terima kasih doktor. Ini kalau habis ubat ni nak jumpa doktor ke nak jumpa nurse?”

“Amboi, nak jumpa nurse je yang dia tahu. Kalau rasa tak ok, awak jumpa saya je. Baiklah, saya pergi dulu. Singgah sekejap saja di mini market ni.”

*****

Aku memperkenalkan Doktor Amira. Seorang gadis berusia 25 tahun yang mempunyai lesung pipit di pipi, tak berapa tinggi, mukanya manis dan nampak manja apabila berkata-kata. Aku mengenali Doktor Amira pada suatu hari ketika aku dimasukkan ke hospital kerana kaki aku mengalami kecederaan. Semasa itu Doktor Amira sedang asyik merawat pesakit lain.

Disebabkan aku ini jenis mengada-ngada dan berperwatakan hensem, maka secara auto Doktor Amira mula merawat aku. Semua ini berlaku pada beberapa bulan yang lepas. Hari ini kebetulan aku bertemu dengan beliau di sebuah pasar raya.

*****

“Ok, doktor. Jumpa lagi” aku angkat tangan cuba kasi ‘tata’ kepada Doktor Amira yang sedang berjalan ke kawasan tempat letak keretanya.

Dari jauh aku perhati Doktor Amira masuk dalam perut kereta Hondanya. Tiba-tiba dia turunkan cermin kereta dan melambai-lambai memanggil aku.

Dengan steady, aku melangkah kaki ke arah keretanya.

“By the way, awak Azli kan? Hujung nama awak ada Aiman kan?”

“Ya, ya. Macam mana doktor boleh ingat ni?” Aku cakap sedikit menjerit.

“Saya ingat awak sebab awak patient saya yang paling banyak tanya. Saya Amira.”

“Ya, saya dah tahu nama doktor ni, Amira. Saya tengok kat name tag doktor hari tu.”

“Oh, ye ke Azli? Ok Azli, saya pergi dulu.” Doktor Amira sempat melemparkan senyumannya yang manis.

Sekali lagi aku melambai tangan 'tata' ke Doktor Amira.

Lagi sekali aku tengok Doktor Amira turunkan cermin pintu keretanya. Aku rasa lain macam. Rindu ke aku agaknya Doktor Amira ni.

“Azli, boleh mintak tolong tak? Saya tak berapa confident nak undur kereta. Boleh awak tolong tengok-tengok tak, Azli?” pinta Doktor Amira. Suaranya begitu lunak.

"Boleh, benda mudah saja tu.”

Aku duduk belakang kereta Hondanya dan memberi isyarat tangan suruh berundur. Sambil itu aku tahan kereta-kereta lain dari arah belakang supaya beri laluan seketika. Doktor Amira mengundurkan keretanya dengan penuh yakin.

Kereta Honda Doktor Amira akhirnya berada di jalan yang lurus lalu dia kembali menurunkan cermin pintu keretanya.

Aku pergi ke arah doktor muda itu.

“Azli, terima kasih banyak-banyak.”

“Benda kecil saja ni, doktor. Hari tu doktor tolong saya, hari ini saya tolong doktor pula,” kata aku tersengih.

“Hehe... Ok, Azli. By the way Azli, banyakkan minum air suam dan jangan selalu makan makanan segera. Jaga kesihatan tau.” Nasihat Doktor Amira seraya tersenyum.

Kereta Honda Doktor Amira terus meluncur deras meninggalkan aku dengan dua perasaan.

Aku rasa macam doktor itu minat ke aku.

Dan perasaan kedua…

… Aku rasa macam budak jaga parking.

2 comments:

  1. hahaha... ayat last tu comel.. "aku rasa macam budak jaga parking"

    ReplyDelete