Monday, 1 April 2013

# Simpulan Yang Bersimpul-Simpul



Simpulan bahasa - 'Bodoh macam lembu'


Nota kaki: 

Yang sebenarnya, dalam Quran atau Hadis, tidak ada satu pun kisah lembu yang merujuk kepada kebodohan. Kisah Nabi Yusuf ada cerita lembu kurus makan lembu besar, tunjukkan kehebatan. Dalam kisah Nabi Muhammad ada hadis cerita lembu yang gemuk dan sihat ibarat mukmin yang beriman.

Hatta masyarakat jahiliah zaman Nabi Musa A.S pun mengiktiraf lembu sampai buat patung emas bentuk lembu.

Jadi, siapa yang bodoh sekarang ni?

P/S: Kemungkinan dalam masyarakat lembu pula, barangkali lembu-lembu yang bodoh itu disamakan "bodoh macam manusia" gamaknya.

Friday, 29 March 2013

# Brunch Di Suatu Ketika Dolu Dolu


Dulu masa aku belajar, ada sekali aku ngan housemate aku pergi kedai makan time-time cenggini sebab nak Brunch (Breakfast + Lunch).

Dipendekkan citer, cuma ada satu kedai makan je yang bukak dan keadaan kedai tu sangatlah sadis. Lauk-pauk untuk makan tengah hari takde. Yang ada cuma bungkusan nasi lemak atas setiap meja makan kat situ.

Aku perhati keadaan dalam kedai tu, yang ada cuma seorang makcik dengan seorang budak perempuan umur dalam 5 tahun duk main lari-lari seorang diri dalam kedai. Rambutnya ikat tokcang ekor kuda menguatkan lagi hujah aku yang dia budak yang baru nak mumaiyiz.

"Elok lagi ke nasi lemak ni?", tanya housemate aku pada makcik yang kitaorang suspek owner kedai tu. Aku sebenarnya was-was nak makan nasi lemak stok tengah hari punya. 

"Elok lagi, makanlah", balas makcik tu.

Housemate aku yang jenis jarang baca doa makan terus bukak bungkusan nasi lemak lalu melantak dengan rakusnya. Aku plak dengan gaya abang-abang cuma order teh o ais limau saja. Nak makan pun macam takde selera. 

Budak perempuan yang berlari-lari dalam kedai tadi tiba-tiba berhenti lari lalu dia merapatkan dirinya ke meja kitaorang. 

"Nasi lemak tu dah basi", kata budak perempuan tu pastu dia sambung berlari semula...

*************

P/S: Orang kata, dengarlah nasihat walaupun nasihat itu datang dari seorang budak kecil kerana nasihat mereka itu lebih jujur.

Thursday, 28 March 2013

# Kelebihan Mu Kegagapan Ku


Aku baru perasan yang aku dah bercakap gagap skang dan aku dah kenalpasti puncanya.

Ini semua sebab aku banyak menulis dan tidak banyak bercakap.

So, aku kena kurangkan menulis dan banyakkan bercakap.

Ok, itu aje nak kabo....

Kisah Di Suatu Ketika

 
Sekedar Hiasan Jew..
Masa aku sekolah rendah, pernah sekali cikgu kelas aku ponteng mengajar kejap. Aku saspek cikgu kelas aku masa tu sibuk menjalankan tanggungjawab perniagaan jual kuih raya kat bilik guru.

Bila cikgu takde dalam kelas, peluang keemasan begini biasanya aku wat aktiviti melukis. Aku melukis kereta Bigfoot di bahagian belakang buku latihan matematik. Susah betul nak lukis kereta atas kertas grid berkotak-kotak kecil. Bila lukis garisan, pandangan dia jadi berserabut dan kucar-kacir tak tentu hala. Itu belum sampai bab lukis part tayar. Korang bayangkan macam mana unsur bulatan bergabung dengan unsur empat segi kecik-kecik. Gambar kereta Bigfoot kelihatan macam barua, sungguh tak berseni.

Sedang aku kusyuk melukis, tiba-tiba kelas aku di datangi dua orang makwe pengawas darjah enam. Dua makwe pengawas yang datang secara ayu tadi memberhentikan semangat melukis aku yang baru nak menaik.

"Kami wakil pengawas datang nak jual kad raya..", kata salah sorang makwe pengawas seraya meletak kotak yang berisi kad raya yang pelbagai atas meja cikgu.

Budak-budak kelas aku dengan sikap yang tak pernah bertenang terus serbu ke meja cikgu. Perangai jenis tak reti nak tunjuk sopan-santun depan tetamu. Kalau aku jadi bapak memang aku libas sekor-sekor dengan tali pinggang. Biasa sangat!

Aku tinggalkan lukisan Bigfoot dan terus menuju ke meja cikgu. Kad-kad raya yang dijual pengawas makwe tadi memang cantik-cantik. "Berapa harga kad raya ni kak?", tanya salah seorang budak kelas aku.

*****

Dua makwe pengawas tadi keluar dari kelas aku dengan wajah yang agak dukcaita. Kemudian mereka pergi promote kat kelas sebelah, hasilnya sama juga. Dua pengawas makwe tadi keluar dengan wajah yang amat menyedihkan.

*******************

P/S: Giler, ada ke patut jual satu kad RM5. Zaman tu, yang bawak duit belanja RM5 ke sekolah ni kerani am ngan cikgu-cikgu je.

Wednesday, 27 March 2013

Hantu Tindih

Dah sepuluh tahun aku rasa hantu tindih tak datang tindih aku waktu malam.

Mungkin dia ingat aku punya cuti sekolah sesi Disember 2003 tak habis lagi kot.

Kehkehkeh....

P/S: Kalau tidak pantang aku lompat baring terlentang atas katil asrama, datangla dia sibuk nak menindih. Tindih pulak bukan jenis ada kesian-kesian, sampai aku tak boleh bernyawa. Cilake lu hantu tindih.

Tapi bila dah lama-lama macam ni, aku rasa rindu plak..

Tuesday, 26 March 2013

Kisah Seorang Pemuda Dan Stokin


Semalam balik dari kerja, aku rasa dahaga sangat. Tetiba aku rasa macam kempunan nak minum air sejuk. Aku duk cari kedai runcit yang buka tapi kebanyakkan dah tutup. "Awal betul diaorang tutup, jam baru 9.30 malam" bentak aku dalam hati. Akhirnya aku singgah ke kedai Seven Eleven.

"Ting tong", bunyi ding dong bell menyambut kedatangan aku di muka pintu masuk Seven Eleven. Aku melangkah ke dalam kedai Seven Eleven sambil mata melirik ke arah makwe bertudung hitam di kaunter. Muka dia masam. Aku suspek dia bengang dengan bos sebab cuti dia dibekukan. Di dalam Seven Eleven ketika itu, selain makwe kaunter bertudung hitam yang bermuka masam, hanya ada aku dan seorang brader Melayu.

Brader ni mundar-mandir depan kaunter dengan sebelah tangan berisi makanan ringan, sebelah tangan lagi pegang botol mineral. Riak wajah menunjukkan beliau masih mencari barang lain yang hendak dibeli tapi tak jumpa. Aku perhatikan umur brader ni macam 30an. Cara berpakaian agak skema dengan seluar slack hitam pergi kerja bersama baju kemeja kain licin. Ilmu firasat aku memberitahu, beliau tak pernah ponteng kelas masa sekolah rendah atau kena tulis nama dengan pengawas. Hatta kantoi spot check lepas perhimpunan pun kompem beliau tak pernah. Aura akademik makam tinggi yang memenuhi ruang Seven Eleven juga menakutkan lagi hujah aku. Kerana pastinya aura tersebut milik brader seluar slack hitam, bukan milik aku. Makwe kaunter pun bukan.

Aku menuju ke peti ais di hujung belakang kedai yang lokasinya tak berapa jauh dari kaunter. Terdapat bermacam jenis air di situ dan harganya amatlah mengalahkan ketamakkan syaitan. Sedang aku melihat dan memilih air botol, aku terdengar makwe kaunter berkata sesuatu pada brader sebentar tadi yang sudah tercegat di depan kaunter.

“Kami takde jual stoking bang,” amat jelas aku dengar kenyataan makwe kaunter.

Aku yang cepat curious, memiliki daya refleksi tinggi serta berperwatakan hensem memasang telinga sambil mata curi-curi tengok. Pelik juga aku bila ada orang nak beli stoking dalam Seven Eleven. Ini memang rare!

“Belakang awak tu bukan stoking?” Dalam dengar tak dengar, aku tangkap butir-butir pertuturan brader akademik berseluar slack hitam kepada makwe kaunter.

Deria pendengaran saja belum cukup memberi maklumat lengkap. Aku terpaksa mendapatkan sokongan dari deria penglihatan. Aku toleh pandang sorok-sorok.

“Yang mana satu stokingnya bang?” makwe kaunter pusing belakang meminta kepastian benda apakah yang disifatkan sebagai stoking oleh brader berkenaan.

“Hah! Dalam kotak hijau tu. Stokinglah tu. Bagi satu!” Kerek saja arahan beliau pada makwe kaunter.

******

Selesai brader tersebut berurusan, dia pun blah gitu je. Kini giliran aku plak berdiri depan kaunter. Dalam tangan dah genggam kemas botol ais lemon tea. Aku cuba bersikap tenang seperti tiada apa yang berlaku. Tiada perbualan antara kami. Masing-masing bersikap professional. Lepas bayar aku blah.

***********************

Nota Kaki:

Woi, brader! Benda dalam kotak hijau tu nama dia KONDOM lah. KONDOM! Bukan stoking bai. Stoking tu pakai kat kepala kaki, K.E.P.A.L.A. K.A.K.I. faham? Ko punya berkias macam lahanat punya misleading! Siapa ajar ni? Jenis takde agak-agak langsung!

Saturday, 23 March 2013

Earth Hour



Aku baru tahu malam ni ada program Earth Hour. Sebenarnya, menutup lampu sejam sempena Earth Hour tidak memberi impak significant sebab generator powerhouse tidak shut-down dan masih membakar arang batu.


So sebagai tanda solidariti, aku akan nyalakan suma lampu-lampu di rumah tatkala stesen janakuasa arang batu dan empangan masih lagi memberi sumbangan pada pelanggan :P