Thursday, 4 April 2013

# Salah Arti


Tengahari tadi dalam pukul 12.03pm, ketika matahari terpacak atas kepala, bersama 2-3 ekor kucing merayau mencari rezeki di bandar Miri, aku buka pesbuk.

Port tempat kerja yang baik membolehkan aku bukak pesbuk sekali-sekala sambil buat kerja.

Tiba-tiba aku terbaca status di News Feed yang datang dari kawan lama aku, Rahman atau nama pendeknya, Man. Aku jadi berdebor.



"Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan saya. Semoga kalian mendapat rahmat Allah dan dipermudahkan segala urusan"

Hati aku berdetik;
Apa pulak sakit si Man ni? Dulu dia pernah bagitahu aku dia eksiden motor. Pastu dia demam teruk pas eksiden tu. Tapi itu 2-3 bulan lepas. Namun bila aku kira-kira balik, dekat 2 bulan juga aku tak kontek si Man ni. Ishk, takkan lah demam dia tak pulih lagi.
Aku jadi tak sedap hati.

Tanpa perlu berfikir panjang sangat, aku terus komen pada status Man.

"Man ko sakit ke?"

Status yang Man naikkan baru berusia satu jam. Jadi aku harap dia masih berada di depan pesbuk.

Aku tunggu... takde reply...

Aku tunggu lagi... takde jugak...

Tunggu lagi... pun tak ada..

Tiba-tiba ada sorang kutu lalu di belakang, aku kucar-kacir minimizekan Window pesbuk dan maximisekan Window Microsoft Office Word.

Dalam pada berpura-pura yang celaka begitu, muncul satu notification di Window pesbuk.

Ya. Notification itu datangnya dari Man. Aku telan air liur. Hati semakin berkecamuk sebab risau dan berdebar. Tik! Aku klik mouse ke status Man tadi. Aku baca tulisan Man satu demi satu:

"Semalam besday aku la. tak larat aku nak cakap terima kasih satu-satu"

Aku hempas LCD ke lantai, kibod aku karate terbelah dua. Malu ya Tuhan punya Malu.

Tuesday, 2 April 2013

#Bubar Parlimen dan PRU 13


Mulai hari ini, berhentilah kita menjual tudung, jual collagen, mengepost gambar makanan, memberitahu umum bahawa kau sayang laki kau, share gambo cinta tudung-kupiah, berhenti buat apa saja.

Mulai hari ini, mulalah kita menabur fitnah.

PRU13 dah dekat.


# Aku dan Masalah Engkau


"Ko ni duk termenung je dari tadi. Ada masalah taknak citer kat aku ke? Kita dah lama berkawan tau."

"Ermm...susah nak cakap. Masalah, masalah."

"Masalah pe? Masalah ngan awek? Kamon bro, kalau asyik gaduh cari je yang lain. Bersepah lagi kat luar sana nun. Settle"

"Bukan masalah awek la..."

"Dah tu, masalah keje? Tak cukup ke duit gaji ko tu. Kalau ko takde duit, pinjam la duit aku. Tak payah segan-segan"

"Duit aku cukup. Ni masalah lain..."

"Kalau masalah makwe bukan, masalah duit bukan, ni mesti masalah familykan?"

"Tak juga. Entah la bro. Pening pala aku ni dok pikir."

"Kalau semua bukan, apa masalah ko ni? Ko jangan nak cakap masalah ko ialah ko takde masalah. Aku terajang kang!"

"Hmm... Masalahnya 'problem'..."

Krik Krik Krik Krik (sound Effect cengkerik)

"Hmmm..."

Aku terus berlalu tanpa berkata apa-apa..kerana kalau terus menerus dilayan pasti ada yang makan selipar jap lagi..

#Aku, Oblong, Belia dan Burung



Di suatu malam waktu memuda dulu, aku membuat keputusan untuk pulang dari tempat kerja. Selepas mengemas barang, aku menghidupkan enjin kereta lalu memandu dengan tenang di atas permukaan jalan yang lembab gara-gara hujan sejak Maghrib. Di dalam pemanduan aku berfikir tentang bagaimana seluar dalam Crocodile milik Amirul boleh dicuci di rumah makwenya.

Setelah memandu kira-kira 8 kilometer, aku sudah memasuki satu kawasan kampung dan bersedia untuk membelok ke simpang perumahan tempat tinggalku. Sebaik memasuki simpang, aku singgah di sebuah kedai makan yang berasaskan burger. 

Aku memberhentikan kereta lalu turun.

"Assalamualaikum, bro," aku beri salam sambil berjalan mantap, "Oblong kambing cheese satu"


"Waalaikumsalam. Beres!" kata brader burger yang sedang asyik membalik-balikkan burger daging. Sesekali ditikam-tikamnya burger daging itu.

Sementara menunggu burger aku siap, aku duduk di sebuah meja kosong. Sesekali aku menjeling kaca televisyen di situ yang memainkan drama pejabat serupa bangang.

Tak jauh dari meja aku ada beberapa kutu gaya abang-abang duk lepak. Mereka berborak dengan tekun. Kadang-kadang dahi berkerut, kadang-kadang geleng kepala. 

Ada sorang siap melambai tangan seolah-olah sedang berpidato. Aku dapat rasakan borak mereka bukan borak kosong, bukan main-main punya borak.

Aku cuba pasang telinga. Aku cuba dengar sikit-sikit walaupun kadang-kadang biji butirnya tak berapa jelas. 

Akhirnya sah, mereka bukan borak kosong.

******

Aku berasa terharu, ada lagi rupanya belia sekarang yang masih minat borak pasal burung. Nampaknya belia kita ni masih ada harapan. Mereka berada di landasan yang betul.



#Pokok Limau Dalam Perut


Dulu masa aku kecik, ada sekali aku melantak limau mandarin tak ingat dunia. Satu karton aku mampu bedal setengah. Pastu nenek aku tegur;

"Kamu makan limau leklok, kang tertelan biji limau susah nanti".

"Kalau tertelan biji limau jadi apa nek?", tanya aku yang mula curious.

"Kalau tertelan biji, nanti takut pokok limau tumbuh dalam perut"

Perghhhhhhh...


******

Satu malam la aku tak boleh tido mengenangkan bala yang bakal menimpa perut aku kelak. 2-3 bijik aku tertelan kot. Peh

Keturunanku?


Tidak berapa lama dahulu telah dikhabarkan kepada aku bahawasanya nama aku ni kalau dibin-binkan sehingga beberapa keturunan ke belakang akan sampai ke bin Hang Tuah. Begitu power sekali aku ini. Maka sekali aku tumbuk muka orang boleh jadi pecah kepada 8 bahagian.

Jika ada sesiapa yang tidak berpuas hati dengan penyataan ini jelaslah mereka tidak tahu menahu soal sejarah dan hanya mempunyai hasrat dengki semata-mata.

Monday, 1 April 2013

# Simpulan Yang Bersimpul-Simpul



Simpulan bahasa - 'Bodoh macam lembu'


Nota kaki: 

Yang sebenarnya, dalam Quran atau Hadis, tidak ada satu pun kisah lembu yang merujuk kepada kebodohan. Kisah Nabi Yusuf ada cerita lembu kurus makan lembu besar, tunjukkan kehebatan. Dalam kisah Nabi Muhammad ada hadis cerita lembu yang gemuk dan sihat ibarat mukmin yang beriman.

Hatta masyarakat jahiliah zaman Nabi Musa A.S pun mengiktiraf lembu sampai buat patung emas bentuk lembu.

Jadi, siapa yang bodoh sekarang ni?

P/S: Kemungkinan dalam masyarakat lembu pula, barangkali lembu-lembu yang bodoh itu disamakan "bodoh macam manusia" gamaknya.