Sunday, 7 July 2013

# Pertanyaan 4


Aku kalau balik kampung, kalau takde warga emas tak tegur aku memang tak sah.

"Man, man... Nak kahwin tu biar kahwin dengan orang sini je. Muor ke, Tangkak ke. Tak payah jauh-jauh. Nanti senang pakcik nak datang makan kenduri kamu."

Aku macam biasa. Macam biasa. 

Aku mencari dinding untuk bersandar. Kedua tangan aku seluk dalam poket seluar.

Dengan tenang aku merenung tajam muka pakcik tu. 

"Kenduri saya je yang pakcik kisah, kenduri pakcik macam mana pulak?"

Lepas tu pakcik tu terus campak kopiah ke tanah dan buat upacara Gwiyomi.

# Kaget

Sekadar Hiasan Semata
Dulu masa aku jadi student IPT, selalu juga aku turun ke KL untuk jalan-jalan dan bershopping. Pernah sekali aku balik dari berjalan sakan di KL letih ya amat sebab banyak berjalan kaki. Letih mengalahkan letih orang bina kapal layar.

Setibanya di Stesen KL Central, orang beli tiket komuter punyalah ramai gilew. Yang beli tiket manual panjang, yang automatik pun panjang. Aku ambil jalan selamat, aku pilih manual.

Jadi aku terpaksa berbaris. Panjang betul barisan. Boleh buat 8 team bola sepak.

Sambil tunggu giliran untuk aku berurusan, tiba-tiba aku termengelamun. Jauh betul aku mengelamun. Lain macam dia punya pergi.

Sedar tak sedar dah sampai giliran aku. Muka makwe sedap mata memandang di kaunter itu dah betul-betul di hadapan aku. Aku pun apa lagi, kucar-kacirlah bila order tiket.

"Liverpool"

Saturday, 6 July 2013

# Hubungan Ini


Islam adalah agama yang syumul iaitu bersifat menyeluruh bagi setiap aspek kehidupan dari sains hingga ke sastera, dari politik hingga ke politeknik, sosial, ekonomi, kaki up status pesbuk dan serba serbi. Jadi semua itu melibatkan hubungan dengan bukan sahaja Tuhan tetapi sesama manusia dan alam sekeliling.

Oleh itu orang yang beriman, bertaqwa dan setiap hari memakai kopiah perlu memberi signal jika hendak masuk ke simpang ketika memandu.

Begitu juga dengan budak-budak tabligh. Membasuh baju itu adalah satu ibadah. Memakai deodorant pun boleh menjana hubungan baik sesama manusia.

Tahun 2050

Tahun 2050 (sempat lagi ke idak)
Petang itu cuaca sungguh baik sekali. Di balkoni sebuah banglo yang dibina daripada konkrit yang terbagus dan mahal pula harganya, aku membelek-belek novel yang dikirim seorang sahabat lama. Sahabat itu seorang penulis novel yang berkarisma. Sejak muda lagi dia begitu prolifik. Setiap karyanya juga meletup dan sentiasa di kedudukan nombor satu dalam carta kedai buku.

"Ermm..." Aku geleng-geleng kepala. Sekali-sekala aku picit ubun-ubun. Sekejap-sekejap aku senyum nipis. Sambil itu jari aku yang memegang aiskrim Mat Kool yang sudah separuh cair, menyelak-nyelak helaian novel lapan demi lapan.

"Baca apa tu bang?" tanya isteri aku yang tinggi lampai dan masih mengekalkan potongan tubuhnya seperti 20 tahun sudah. Entah dari mana dia muncul. Tapi yang pasti bukan dari dapur kerana sudah ada pembantu rumah dari seberang laut yang menguruskan hal-ehwal dapur. Isteri aku duduk bersimpuh di atas lantai sebelah kerusi malas tempat aku duduk menyandar. Tidak disuruh pun dia sudah mula memicit-micit sebelah tangan aku yang masih mantap. Tangan yang penuh pengalaman dengan kerja kasar dan kerja halus.

Aku masih diam. Tidak sikit pun ada rasa ingin menjawab pertanyaan yang tujuannya bukanlah ada apa-apa pun.

Isteri aku yang berleher jinjang mengintai kulit novel yang aku pegang. "Sebenarnya Isteri Dia Suka Saya?"

"Ermm..." Jawab aku.

"Novel kawan abang dulu, kan?" Tanya isteri aku lagi.

"Ermm..." Jawab aku.

"Masih akif lagi dia rupanya. Di mana dia sekarang?" Tanya isteri aku lagi sambil menyuap pisang goreng.

"Kalau mengikut setem pada bungkusan yang dikirimnya ini, dari Israel." Jawab aku seraya menghulurkan satu sampul bungkusan kosong yang sudah terkoyak kepada isteri aku.

"Oh, bagus novelnya?"

"Susah nak cakap. Abang tak gemar novel asmara begini."

***********************

Malas plak aku nak menaip. Kalau rajin aku sambung.

Thursday, 4 July 2013

# Mangosteen


Di sebuah restoran berasaskan Roti Canai...

"Kahkahkahkah...."

Terdengar bunyi ketawa serupa syaitan oleh Zailan, Badrul, muaz dan Daus. Jenis ketawa takde adab punya. Mereka ketawakan Kassim hari itu. Naik merah muka Kassim kena bahan. Orang kat meja sebelah dah usya tak puas hati. Semua ketawa seolah-olah esok akan berlaku hari kiamat dan tidak mungkin mereka akan dapat ketawa lagi.

Punca ketawa adalah bila semua sibuk nak speaking oang putih, kemudian Kassim dengan konfiden kata 'mangosteen' adalah spesis buah tembikai. Yang paling kuat ketawa adalah Badrul. Sampai bercucuran air mata. Jenis ketawe memang takde agak-agak langsung.

"Adoi... Senak perut aku. Apasal la kau ni bengap sangat?" Muaz memberi provokasi bernada friendly.

"Hahaha. Amende la kau ni Kassim..." Badrul masih tak habis ketawa sambil menghentak-hentak meja.

Kassim menggaru kepala sambil buat mulut muncung itik. Jauh disudut hatinya masih membara. Ingin saja dia rebel tapi apakan daya dia sekolah pun tak tinggi mana. Periksa pun selalu dapat nombor corot.

Bila semua dah tenang dan ambil nafas, muka Kassim pun kembali normal. Kassim memulakan bicara.

"Amboi Bad, bukan main lagi ko gelakkan. Ko tahu ke 'mangosteen' tu menatang ape?"

"Aku tahu la. Kalau tak, buat apa aku nak gelak. Adoiyai."

"Apa dia 'mangosteen' tu"

"Ala... Kamon la Kassim. 'Mangosteen'... mangga la..."

**************

Lepas tu semua yang berada di situ terus tanggal baju lalu menari Gangnam Style beramai kecuali Badrul.

Mangosteen adalah Mangga?

Wednesday, 3 July 2013

# Pertanyaan 3


Aku kalau pergi lepak minum kat kedai mamak, kalau sekor dua mamak tak menyapa aku memang tak sah.

"Eh, you itu filem punya worang kan?"

Mendengar sapaan itu, aku tersenyum dan membetulkan kedudukan rambut.

Macam biasa, aku mencari dinding untuk bersandar. Kedua tangan aku seluk dalam poket seluar.

Dengan tenang aku merenung muka mamak tu. Belum sempat aku berkata-kata, mamak tu pantas berkata:

"Itu filem Ibu Mertuaku kan?"

Dan dan kat situ jugak aku hentak muka mamak tu atas kuali roti canai.

Ada apa dengan nama?


# Tahun 1970 #

Pakwe: "Nenek awak nama apa?"

Makwe: "Peah binti Karim"

******************************

# Tahun 2048 #

Pakwe: "Nenek awak nama apa?"

Makwe: "Natalia Ellysa Liliana Binti Aliff Avans"