Tuesday, 1 October 2013

Ayam Masak Merah


Kes keracunan makanan kat Kedah tu, puncanya ayam masak merah je. Aku memang dah lama tak berkenan ayam masak merah dijadikan menu utama sebab ia terlalu mainstream.

Kalau Ada sape-sape nak wat kenduri masih nak pakai menu ayam masak merah, memang aku bawak kentaki makan kat kenduri korang.

lantaklah apa korang nak kata.

p/s: "jika takut keracunan makan ayam, jangan makan ayam... makanlah kambing" ~ Menteri Kerja Kawin

Sunday, 29 September 2013

Pasak??


Kes histeria ni memang standard berlaku kat sekolah asrama. Kadang-kadang deme bukan histeria betul-betul pun, saja gatai buat-buat.

Dulu masa aku mula-mula masuk sekolah asrama, aku ngan beberapa kutu lain ada perasan dalam dorm kitaorang tu ada 4 pasak yang di pasang kat setiap penjuru dorm. Menurut senior aku, pasak tu bertujuan untuk pagarkan dorm, tak nak bagi makhluk halus masuk. Memang asrama sekolah aku ni dulu pernah jadi habitat macam-macam spesis jin.

Walaupun begitu, pagar yang dipasang ni ada pantang larang dia. Siapa yang melakukan dua perkara ini, pagar akan hilang power dan bocor. Ini bermakna makhluk halus boleh tembus masuk.

Nak jadikan cerita ada sekali asrama perempuan ada kes histeria. Mula-mula sorang je histeria, pastu histeria tu boleh berjangkit-jangkit sampai 3-4 orang histeria.

Aku ngan beberapa kutu lain dah start geleng kepala. Itu tandanya pagar asrama perempuan dah bocor. Kompem ni diaorang ada langgar salah satu daripada dua pantang larang yang senior aku pernah bagitahu.

Agak mustahil kalau budak perempuan sekolah aku nak main spirit of the coin. Kalau masturbasi kitaorang rasa masuk akal. Hmm....

Wednesday, 25 September 2013

Tegarkah Kau?


Sesampai je aku di Penang 4 hari lepas aku tersangat lah heran, sebab bila aku buka Radio atau tengok TV, semua pakat pasang lagu Tegar. Fenomena tegar melanda Malaysia?, cam tu Budak-budak lepas ni tak payah pergi belajar. Pergilah pulun menyanyi.

Tak cukup lagi ke deme nak bawak Indon masuk Malaysia?

Banyak lagi orang Malaysia yang dulunya susah kemudian hidup senang. Banyak sangat.

Tegar tu dah lah satu itu je lagu dia sedap. Tambah pula sekarang ni Tegar bukan hidup susah pun.

Sikit hari lagi hisap dadah lah tu, tak pun kena tangkap khalwat. Percayalah.

Tuesday, 24 September 2013

Kalimah Allah


Ok aku rasa agak lama kot aku tak mengarut kat sini, tuntutan kerja yang semakin hari semakin memalaskan aku, ok serius aku tak ada idea nak up kat sini cuma sambil melihat laut dan langit, teringat aku kesah zaman kekanak dolu.

Dulu masa aku kecik-kecik, habis saja sekolah rendah sesi pagi, sebelah petang pula aku pergi mengaji kat sekolah agama rakyat. Aku pergi mengaji dengan beskal.

Sampai saja bangunan sekolah, aku parking beskal bawah tangga. Kemudian aku akan tandakan Alif Lam Lam Ha dengan buat isyarat menulis pakai jari.

Tapi tu la, kadang-kadang beskal aku hilang jugak. Memang jenis tak takut Tuhan deme ni.

Tuesday, 27 August 2013

#Sendri Kasi Henggat


"Awak, saya nak cakap sesuatu ni. Dah lama saya pendam perkara ni." kata pakwe sambil berkerut dahi.

"Hal apa sayang?", tanya makwe.

"Awak, saya nak bagitahu yang kita sudah tak serasi. Saya minta maaf..." kata pakwe sambil memandang langit.

"Tak serasi apa bendanya? Tiap minggu awak ajak saya masuk rumah sewa awak?" ujar makwe yang air matanya mula bergelinangan.

"Biasalah, darah muda... darah nak mencuba..." balas pakwe yakin.

"Habis, saya dah tak ada apa dah sekarang... Macam mana?" suara makwe mula tersekat-sekat sayu.

"Nanti awak cakaplah dekat bakal suami awak tu... Kalau cinta awak, kena terima awak seadanya. Meskipun awak dah tak ada dara..." balas pakwe.

"Awak ni... Awak ni babi!" seraya makwe menampar sedas ke muka pakwe.

p/s: sindri mo henggat la dey..sedap sama-sama frust sorang..hamikk

# Jurnal Ke?

  

Perhhh....lama betei aku tak mengupdate blog comel aku, eh bajet jambu lettew guna perkataan "comel". Aku pun dah kembali melaksanakan rutin hidup sebenar sebagai seafarer. Rini last day aku kat Port Jawaharlal Nehru. Rasa cam tak puas pijak tanah. Moga-moga laut tenang bak cermin.

Thursday, 1 August 2013

# Malam Jumaat


Dulu masa aku duduk kat sekolah asrama, malam Jumaat begini boleh dikatakan malam yang agak menyeramkan. Budak dorm aku yang seramai 18 orang boleh dikatakan cuma 14 orang je pernah kena ganggu dek mahkluk halus. Baki termasuk aku tak pernah kena ganggu lagi. Jauh disudut hati, aku teringin juga nak tengok mende-mende gini. Sebelum ni asyik dengar cakap-cakap orang je pasal citer hantu.

Nak dijadikan cerita, pada suatu malam aku tengah baring atas katil empuk aku. Katil aku katil atas. Maka, tak pernah lagi bebudak berani nak panjat katil aku. Masa tu dah hampir tengah malam. Lampu semua dah tutup.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi aneh;

Ta... ta... ta... ta... ta...!!!

Bunyi tu sekejap perlahan temponya, kemudian laju dan kemudian perlahan balik temponya. Aku baring diam-diam. Nak kata mahkluk halus, tak ada pula bulu roma aku meremang tak tentu hala.

Ta... ta... ta... ta... ta...!!!

Lama juga berlaku bunyian aneh tu. Aku masih mengamati bunyi itu dengan tenang. Aku cari di mana puncanya. Sekali imbas macam bunyi almari. Tak mungkin hantu almari.

Ta... ta... ta... ta... ta...!!!

Ok, baiklah. Aku malas nak cerita panjang penuh misteri. Dalam samar-samar bantuan sinar bulan tu aku boleh nampak satu mamat dalam posisi berjaga-jaga tengah makan biskut tepi katil kat hujung almari. Bunyi almari tu memang sengaja dia buat sebab nak cover bunyi kruk kruk biskut dalam mulut dia.

Macam celaka...!