Tuesday, 27 August 2013

#Sendri Kasi Henggat


"Awak, saya nak cakap sesuatu ni. Dah lama saya pendam perkara ni." kata pakwe sambil berkerut dahi.

"Hal apa sayang?", tanya makwe.

"Awak, saya nak bagitahu yang kita sudah tak serasi. Saya minta maaf..." kata pakwe sambil memandang langit.

"Tak serasi apa bendanya? Tiap minggu awak ajak saya masuk rumah sewa awak?" ujar makwe yang air matanya mula bergelinangan.

"Biasalah, darah muda... darah nak mencuba..." balas pakwe yakin.

"Habis, saya dah tak ada apa dah sekarang... Macam mana?" suara makwe mula tersekat-sekat sayu.

"Nanti awak cakaplah dekat bakal suami awak tu... Kalau cinta awak, kena terima awak seadanya. Meskipun awak dah tak ada dara..." balas pakwe.

"Awak ni... Awak ni babi!" seraya makwe menampar sedas ke muka pakwe.

p/s: sindri mo henggat la dey..sedap sama-sama frust sorang..hamikk

# Jurnal Ke?

  

Perhhh....lama betei aku tak mengupdate blog comel aku, eh bajet jambu lettew guna perkataan "comel". Aku pun dah kembali melaksanakan rutin hidup sebenar sebagai seafarer. Rini last day aku kat Port Jawaharlal Nehru. Rasa cam tak puas pijak tanah. Moga-moga laut tenang bak cermin.

Thursday, 1 August 2013

# Malam Jumaat


Dulu masa aku duduk kat sekolah asrama, malam Jumaat begini boleh dikatakan malam yang agak menyeramkan. Budak dorm aku yang seramai 18 orang boleh dikatakan cuma 14 orang je pernah kena ganggu dek mahkluk halus. Baki termasuk aku tak pernah kena ganggu lagi. Jauh disudut hati, aku teringin juga nak tengok mende-mende gini. Sebelum ni asyik dengar cakap-cakap orang je pasal citer hantu.

Nak dijadikan cerita, pada suatu malam aku tengah baring atas katil empuk aku. Katil aku katil atas. Maka, tak pernah lagi bebudak berani nak panjat katil aku. Masa tu dah hampir tengah malam. Lampu semua dah tutup.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi aneh;

Ta... ta... ta... ta... ta...!!!

Bunyi tu sekejap perlahan temponya, kemudian laju dan kemudian perlahan balik temponya. Aku baring diam-diam. Nak kata mahkluk halus, tak ada pula bulu roma aku meremang tak tentu hala.

Ta... ta... ta... ta... ta...!!!

Lama juga berlaku bunyian aneh tu. Aku masih mengamati bunyi itu dengan tenang. Aku cari di mana puncanya. Sekali imbas macam bunyi almari. Tak mungkin hantu almari.

Ta... ta... ta... ta... ta...!!!

Ok, baiklah. Aku malas nak cerita panjang penuh misteri. Dalam samar-samar bantuan sinar bulan tu aku boleh nampak satu mamat dalam posisi berjaga-jaga tengah makan biskut tepi katil kat hujung almari. Bunyi almari tu memang sengaja dia buat sebab nak cover bunyi kruk kruk biskut dalam mulut dia.

Macam celaka...!

Monday, 29 July 2013

* Kenangan Merombong

Bukan Sivajoe Sebenar
Dulu masa aku form 4, aku ada mengikuti satu rombongan anjuran pihak kelas. Masa tu setiap kelas dibolehkan membuat rombongan melancong sendiri-sendiri dengan bajet sendiri-sendiri. So, budak kelas aku sebulat suara bersetuju membuat rombongan ke Kedah-Perlis. Inilah julung-julung kalinya aku berjalan jauh menaiki bas.

Yuran rombongan adalah lebih kurang RM70-80. Mahal kemain lagi masa tu. Tapi disebabkan aku masa tu belajar punyalah pandai mengalahkan Adi Putra, senang-senang saja mak aku kasi duit. Tambah lagi duit belanja dari Ayah aku. Peh... jadi tak keruan aku memikirkan bentuk enjoy yang bakal mendatang pada hari rombongan nanti. Yang pasti, aku akan pakai baju paling cantik yang pernah aku ada untuk rombongan itu. Itu prinsip berjalan jauh aku masa tu.

Hari merombong sudah tiba. Aku bersiap dengan beg besar warna biru. Beg besar tu biasanya beg balik kampung yang mak aku buat isi baju dua beradik sekaligus. Tapi pada hari tu, beg besar tu khas untuk pakaian aku saja. Amacam? Kalau aku yang jadi bapak aku masa tu, memang aku kasi pelempang sedas. Bawa baju macam nak berpergian selama sebulan.

Waktu bertolak adalah waktu malam. Semua budak kelas aku termasuk budak kelas lain yang tak malu nak join sama sudah menunggu dengan bersabar dan bergaya di perkarangan sekolah. Tak lama kemudian satu bas pun sampai.

Bas sekolah berbadan kuning yang bernama bas Sivajoe masa tu aku dengar speed dia boleh tahan juga. Boleh pergi 180km/h. Pakcik Arqam yang kerja jaga sekolah pun mengaku. Cuma Pakcik Arqam tu jadi tak berapa Arqam bila dia cakap bas Sivajoe ni pernah jadi johan pertandingan lumba bas Asia. Budak darjah tiga pun boleh jadi biadap kalau dengar.

Cikgu Suzy dan Teacher Hasnin mengarahkan semua pelajar menaiki bas. Mendengar arahan itu, semua pelajar mengangkat beg masing-masing dan menyimpan di dalam perut bas. Aku pula terus panjat tangga bas dan terus cari tempat duduk paling belakang serta di tepi tingkap. Senang sikit nak menghayati pemandangan indah.

Lagi sekali disebabkan bertolak malam, pemandangan indah jadah apa. Kiri kanan depan belakang semua gelap. Baik aku tidur. Kurang sikit risiko diganggu daun pokok pisang bertukar jadi hantu.

Hampir subuh, rombongan akhirnya sampai di sebuah masjid area Alor Star. Semua pelajar mandi-mandi kat sana. Ada yang sempat bergambar kat situ. Kemudian bertolak ke sebuah gerai untuk sarapan.

Semasa kat gerai makan, setiap atas meja situ ada nasi lemak dengan pisang. Budak-budak kelas aku pakat makan nasi lemak dengan pisang. Habis makan, masing-masing bersemangat nak bayar.

"Saya makan nasi lemak, minum teh o ais. Pisang sebijik. Berapa semua makcik?" Tanya Haris budak kelas aku steady.

"Pisang tu free je dik"

Sunday, 28 July 2013

* Ketamakan atau Ibadah?


Ramai antara manusia hari ini melihat Ramadhan sebagai bulan menjana duit. Ini termasuk prebet kapitalis yang berniaga di bazar seperti karipap inti angin, kuih lepat perasa selipar, nasi lemak sambal air, mee goreng goreng pakai lutut serta roti john inti sos. Ketamakan mereka kepada wang ringgit melebihi segala ketamakan ibadah oleh para alim ulamak.

Wednesday, 24 July 2013

# Status Anda?


2, 3 hari ni aku rasa cam tak bernafsu plak nak mengemaskini entry-entry blog serta menerjah sana-sini blog kawan-kawan mahupun kenalan baru, aku pun tak tahu ngape, walhal idea sentiasa mencurah-curah bak air terjun kat Niagara tu, mungkin instinct aku dah dapat merasakan yang laut telah pun memanggil-manggil? Sabau la dulu beb aku nak raya.

Dalam masa yang sama, baru aku perasan di dalam kenalan pesbuk aku terdapat kengkawan dari kalangan belia remaja yang masih belum habis PMR lagi, so sambil berkembara di wallpost deme, aku tergelak sendiri sambil melaksanakan upacara kutuk lagi terkutuk dalam hati, betei ar apa yang mak zukubeg buat "what`s on your mind". Memang minda belia era milinia chengini ea?? nih ada beberapa contoh tempekan status mereka di wall memasing yang sempat aku salin tampal:

+ Assalamuailaikum Selamat Pagi Sayang - pe`ah 13 tahun.

+ Kalau saye say ' i love you' kat awak ... awak akan ______ ! isikan tempat kosong di coment - jenab 14 tahun 3 bulan.

+ Bagi korang ,kenal dulu 0r c0uple dulu ?? - Tipah 13 nak masuk 14 tahun.

+ 239 orang Yang Online , Nak 5 Like And 6 Hai Boleh Tk ??? - Tina baru derjah 6.

+ Hey pak cik ! cek maseh hidop nah ? kalau pak cik tk syang cek ... pak cik boleh ceraikan cek dgan talak lapa cek dah bosan dgan skap pak cik yg dah mula abaikan cek jgan buat cek supa tak wujud dpan pak cik nah ! damn ! - Munah 15 tahun.

p/s: oh adik adik..kalau lah korang boleh baca balik status ni masa ko berada di lingkungan umur aku, pasti ko nyesal sambil berkata "nape la aku tak mati masa memuda dulu.."

# Syurga Untuk Mu 2


Bebanan dan tugas yang ditanggung oleh para guru masa kini sangat berat. Kami ‘yang menurut printah’ ini terlalu memikirkn urusan kerja yang tak pernah surut sehinggakn kekadang keluarga dan rumahtangga terabai. Semalam, seorang rakan kami yang mengajar di SMK USJ4, Subang Jaya telah kehilangan seorang anak yang berumur 3 Tahun yang lemas di dalam kereta.

Kisahnya, guru ini menghantar anaknya ke rumah pengasuh. Kebiasaannya, guru ini menghantar kedua-dua anaknya yang masing-masing berumur 4 dan 3 Tahun. Tetapi semalam hanya si kakak yang dihantar ke rumah pengasuh manakala si adik masih berada di seat belakang. Guru ini terus pergi ke sekolah kerana mengajar sesi petang. Tiba di sekolah pada kul 11.45 pagi, guru itu tidak menyedari yang anaknya berada di seat belakang. Guru itu mengambil buku di bahagian belakang tetapi langsung tak nampak si anak tadi dan terus MESYUARAT .

Selesai MESYUARAT pada kul 5 petang, ketika membuka pintu kereta belakang, si anak telah kaku tidak bernyawa. Paling menyedihkan ialah anak patung kecil yang dipegang basah dengan air mata si anak. Si ayah bergegas dari p.pinang balik ke Subang Jaya. 

Jadikanlah ini sebagai renungan dn iktibar kepada kita semua. Jangan tinggalkan anak-anak kecil di dalam kereta. Sebelum mengunci kereta pastikan tiada orang di dalamnya. Walau apapun ajal maut di tangan tuhan, kita hanya mampu merancang. InsyaAllah , bagi si ibu, si anak tadi akan menunggunya di pintu syurga. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.