Sunday, 8 December 2013

# Ditikam


Tahun 90an

Masa cuti panjang, aku lepak kat kampung teman tok ngan opah aku. Suatu hari aku rasa macam nak pergi kedai beli makanan. Disebabkan duit poket tinggal 20 sen, aku pecut berjalan kaki dari rumah tok aku ke kedai runcit kampung situ. Adalah lebih kurang 500 meter jaraknya. Jadi tak perlulah aku nak tahan teksi. Lagipun baru darjah dua, tak manis juga kalau aku naik teksi sendiri-sendiri.

Sepanjang menapak - fikiran aku runsing. Puas aku fikir benda apa nak beli kat kedai runcit tu nanti. Sekejap-sekejap keluar bayangan cekelat Hacks, sekejap-sekejap kang gula-gula kapas, sesekali menjelma jeruk sengkuang di dalam balang air warna kuning. Mamee pun banyak kali juga aku terbayang. Tekak aku makin tak tenteram. Aku genggam erat duit syiling 20 sen di tangan.

Kedai runcit sudah semakin hampir. Dari jauh aku dah nampak pakcik kedai tu tersenyum lebar. Bila aku melangkah ke dalam kedai runcit tu, aku tercari-cari Cikedis apa yang kena dengan selera aku. Lepas satu-satu aku belek. Nasib baik pakcik kedai tu sporting tak tanya macam-macam.

Nak dijadikan cerita, aku terpandang satu gambar menarik di dalam plastik besar berisi kuaci cap bunga. Ada gambar kereta control, gambar basikal, gambar jam tangan dan macam-macam lagi. Aku jadi tak keruan.

"Hah, beli kuaci tu untung-untung boleh dapat mini kompo." Tegur pakcik kedai tersengih-sengih.

Dengar saja kata-kata pakcik kedai tu, aku makin menaik darah. Aku terus sambar kuaci satu bungkus. Aku hulur 10sen kepada pakcik kedai tu dan aku gigit buka kuaci tu sepantas mungkin. Kuaci di dalam tu habis aku curah ke dalam longkang. Aku ambil sekeping kad yang tertinggal di dalam plastik bungkusan kuaci tu. Pada kad itu tertulis;

'TERIMA KASIH'


"Kalau dia tulis terima kasih, maknanya tak dapat apa-apa laa...." Tegur pakcik kedai tersengih-sengih lagi sambil belah kelapa untuk diparut.

Baru darjah dua aku dah rasa macam pantang dicabar. Aku angkat lagi satu bungkus kuaci. Kali ni aku pilih-pilih sambil baca-baca sikit. Bismillah saja yang bunyi Arab.

Seperti tadi, aku gigit ganas plastik kuaci. Berterabur kuaci aku simbah ke dalam longkang. Kad di dalam plastik kuaci tu aku sengaja tak terbalikkan lagi. Sengaja aku nak kasi surprise. Aku syak kali ni ada untung.

"Hah, dapat? Dia tulis apa?" Tanya pakcik kedai dengan suara yang agak tinggi hendak mengalahkan bunyi mesin parut kelapa.

Aku pusing kad.

'TERIMA KASIH'

*****

Aku berjalan kaki pulang ke rumah dengan tekak rasa macam nak makan Cikedis.

Monday, 18 November 2013

# Soper NaturaL


Sekitar tahun 90an - Aku darjah empat.

Cikgu Rahim pergi mesyuarat. Dalam kelas, Amirul buka cerita kat kutu-kutu sedarjah, mendakwa beliau sedang tekun belajar ilmu batin dan ilmu melawan rasukan syaitan.

Dalam ramai-ramai kutu yang mendengar, Ariff dah termakan umpan. Memang Ariff ada berangan nak ada ilmu batin macam Barry Prima masa tengok filem Jaka Sembung. Ilmu batin Barry Prima amat tinggi. Beliau boleh lawan kuasa jahat dan beliau juga rajin bertapa di kaki gunung.

Ini peluang tak boleh kasi lepas.

"Aku nak belajar juga!" Ariff beriya-iya.

"Aku belajar style batin je beb. Baca kitab. Semua ilmu tok guru dan masuk dalam kitab. Kalau ko belajar ko boleh ubatkan orang kena rasuk hantu raya." Amirul hasut Ariff bertubi-tubi.

"Mana kitab tu? Bak sini aku nak baca!" Ariff jadi serius tak tentu hala.

Amirul keluarkan sekeping kitab dari meja dia.

"Ko habiskan sekeping ni dulu. Ni kitab jilid satu. Dia ajar ko macam mana nak ubat orang kena hantu raya."

"Aku nak yang boleh ghaib sekali" Ariff demand lain pula.

"Itu kitab jilid dua. Nanti aku bagi kemudian. Aku sekarang dah capai tahap boleh tunggang harimau malam-malam beb! Malam ni aku nak try praktis. Aku nak tunggang harimau pergi supermarket beli PlayDoh. Kat kedai biasa tak jual tu..." Amirul bercakap gaya orang penuh ilmu di dada.

Ariff jadi teruja dan taksub sampai tak boleh kawal. Kutu-kutu lain semua geleng kepala hendak percaya ke tidak cerita Amirul itu.

******

Sejak hari tu, Ariff dan Amirul jadi begitu akrab. Hari-hari sembang hal tangkap hantu, hal tunggang harimau dan tak lupa juga hal masuk ke alam bunian. Mereka jadi takbur tak nak share ilmu dengan rakan-rakan sedarjah. Nak pinjam kitab pun kedekut, kononnya taknak orang lain salah guna ilmu batin yang telah diaorang kuasai.

******

Beberapa tahun kemudian, aku dah mula mengenali internet, rumah pun dah ada Astro. Bangsat gila bila aku kenang cerita di atas.

Setakat berguru dengan buku cerita Tamar Jalis, budak darjah satu pun boleh jadi biadap kalau baca.

Thursday, 14 November 2013

# Jumaat


Masa aku kecik-kecik dulu, hari Jumaat ni boleh dikatakan hari paling stailo sebab boleh pergi masjid bersembang duduk bersandar dengan kawan-kawan sambil pekena pisang berangan.

Pergi sembahyang Jumaat ni pun boleh kira macam pergi main guli juga la dia punya seronok. Masa sembahyang boleh tarik kain member sampai terlondeh, siku budak-budak yang umur lagi muda sampai menangis, main mercun, sorok selipar kawan tak pun tukar pasangan selipar dia, jerit "Amiiiinnn!" sampai nak tercabut anak tekak padahal ambik air sembahyang pun tidak dan bila pak imam sampai ke tahiyyat akhir, aku cepat-cepat duduk tahiyyat bersama makmum yang bersembahyang macam takde apa-apa hal yang berlaku.

Perghh!!

Masa masa macam tu kalau aku kenang balik memang boleh buat mata bergenang.

Thursday, 7 November 2013

# Kenduri Kahwin?

Ehsan Uncle Google
Ada member aku nak kahwin Ahad ni. So, masa scene melepak kat kedai makan tadi perbualan kitaorang lebih terjurus pada topik perkahwinan beliau. Beriya betul aku tengok member aku menggelabah fikir bukan-bukan time nak dekat kahwin ni.

Risau catering tak sedaplah, risau makanan tak cukuplah, risau tak ramai orang datanglah, risau jalan sempit susah kereta nak parking pun dia juga, risau demamlah.

Paling aku tak boleh blah, bila dia berserabut risau kalau hari kenduri tu tiba-tiba hujan. Jenis kerisauan yang macam gampang.

Dah buat kenduri dalam dewan, apa kejadah yang jadi masalah hujannya?

Tuesday, 29 October 2013

# Hukum?


"Oleh kerana terlalu banyak sangat kes pembunuhan, kini sudah tiba masanya Malaysia perlu laksanakan hukum hudud. Saya yakin kadar jenayah dan maksiat akan menurun" - Mujahidden pesbuk

************

Kahkahkahkah... mengekek-ngekek aku ketawa.

Pertama, apa jadah nak on hudud untuk kes pembunuhan. Belajar kitab mana kata kes bunuh kena kasi hudud? Mengaji ke tak ni?

Ok, realitinya aku perhati ramai rakyat pesbuk tak paham bab hudud ni. Yang dia tau terpekik melalak dan klem diri sudah berjasa pada ugama. Korang kena paham, hudud ni hanya boleh terlaksana untuk kesalahan:

1. Mencuri
2. Berzina
3. Tuduh orang berzina
4. Minum arak
5. Murtad

Orang kata, kalau kita laksanakan hudud, negara jadi aman. Siapa kata? Kau tahu kerajaan buat hukum QISAS, bahasa mudah faham hukum balas balik. Maka, bunuh dibalas bunuh. Nampak, itu pun ramai juga yang berani pergi bunuh orang. Pointnya, hudud tu sebenarnya bertujuan untuk mencegah supaya benda tu tak diperbesarkan. Bukan semua kes mencuri boleh potong tangan beb.

Kalau kau pergi curi buah pelam jiran kau, curi sebiji je pun. Adakah dikenakan hudud? No! Mana ada boleh kasi hudud beb. Ada dalil dia.

Kalau kau mencuri di musim kemarau, tambah plak kau orang miskin yang buat kerja tak senonoh iaitu mencuri, adakah dikenakan hudud? Mana boleh kasi hudud.

Ok contoh lain, katakan kau ni suka minum arak. Kau minum arak senyap-senyap dalam rumah kau, baik punye cover line. Tapi ada kutu mana ntah pergi pasang cctv dalam rumah ko sebab dia suka cari kesalahan kau. So, kau pun kantoi. Adakah boleh dikenakan hudud? Jawapan dia tak boleh.

Kalau kau beri rasuah sebab nak dapatkan tender, pastu kantoi ngan SPRM. Adakah dikenakan hudud? Kalau jawab ya, maka kau memang bangang. Kes rasuah kena masuk dalam hukum TAKZIR yakni ikut kebijaksanaan pemimpin untuk menghukum kau. Samada kau kena penjara atau sebat atau denda sebagainya.

Sebenarnya banyak lagi contoh aku nak kasi, tapi malas pula nak tulis. Kalau cerita face 2 face baru boleh kasi pencerahan.

Kesimpulannya, pergi timba ilmu lagi, kasi paham betul-betul hukum hudud tu apa. Tambah pula kita duk dalam dalam negara demokrasi, nak hidupkan hukum hudud memang payah. Tapi cita-cita untuk laksanakan hukum hudud ni dinegara kita perlu ada dalam setiap diri masing-masing. So, berdoa jelah.

Monday, 28 October 2013

# Cantaik?


Aku perhati dah jadi viral video makwe yang duk klem diri cantik la, comey la.

Dik, janganlah kau gusar dengan hinaan orang. Ketahuilah banyak lagi video bangang akan menyusul selepas ini.

Video Parody adik misalnya.


Elok lah sama-sama jadi bangang.

Sunday, 27 October 2013

# N-Set


Yang bebudak dok up status ngan gambo 'BBM pin' ni apa function sebenarnya? Aku ni noob sikit bab kejuruteraan henpon sebab aku ni bukan jenis tatap screen henpon macam remaja-remaja luar sana, pesen main pesbuk kat tipon sampai tak ingat Subuh. Kadang-kadang mereka tersengih-sengih secara tiba-tiba.

Aku guna henpon untuk telefon orang, ambil gambar, SMS. Main pesbuk pun pakai PC je. Kadang-kadang aku biasa je baling henpon ke dinding sebab dapat SMS merapu:

"As-salam kak. Sy ni farah, ni no sy tau. Akak save la. Thanks tau urutkan sy td, pandai akak ngurut. nt sy nk blaja la he3.. Badan sy selesa sgt, lg2 time akak urut kat buah dada sy td, best sgt. Tu la first time org sentuh buah dada sy. k la kak, nt kalau ada pape akak msg je kat no sy ni ye kak. Bye! -farah-"

Setan!